Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 16, 2015”

Makanan Rendah Kalori

1. Epal
2. Brokoli
3. Bayam
4. Gandum
5. Segenggam Almond 80 kalori
6. 10 Kacang pistachio 40 kalori
7. Ikan Tuna
8. Dada ayam
9. Putih Telur
10. Tomato
11. Lobak
12. Bawang Putih
13.

Senaman Bakar Kalori

Jika anda tidak bersenam, anda masih boleh kempiskan perut dengan mengurangkan pengambilan kalori. Tetapi, jika anda mahu cepat, tambahkan dengan senaman.
Di bawah adalah contoh senaman dan sukan yang membakar 500 kalori ke atas:

Jogging (75 minit) = 525 kalori
Berbasikal (70 minit) = 525 kalori
Badminton (95 minit) = 523 kalori
Bola Sepak (65 minit) = 520 kalori

Seperti yang saya katakan sebelum ini, “Perut buncit tidak akan berlaku sekiranya anda mengambil jumlah tenaga yang betul”. (ulang ayat ini sebanyak 3 kali)
Selepas anda berjaya kempiskan perut, kira semula jumlah kalori yang anda perlukan. Kemudian, makan ikut kalori. Anda masih boleh makan apa sahaja yang anda suka, tetapi jangan lupa seimbangkan diet anda.

Makan dengan Mengira Kalori

Anda perlu makan mengikut keperluan kalori anda. Contoh di bawah adalah bagaimana Sarah menguruskan pengambilan kalorinya sebanyak 1300 kalori sehari.
****************
Sarapan Pagi:
2 Keping Roti Wholegrain = 124 Kalori
1 Biji Telur Goreng = 100 Kalori
Segelas Milo Suam = 174 Kalori
****************
Makan Tengah Hari:
Nasi Putih (Secawan) = 180 kalori
Ayam Goreng (Seketul) = 255
Sayur (Secawan) = 50 kalori

Air kosong
****************
Minum Petang:
Air soya (Segelas) = 60 kalori
Karipap (Sebiji) = 120 kalori
****************
Makan Malam:
Oat + Susu (Semangkuk) = 237 kalori
Jumlah Kalori Yang Diambil = 1300 Kalori
****************
Ini lah 3 langkah untuk kempiskan perut. Semuanya mengenai kalori (kira kalori, kurangkan kalori dan makan ikut kalori). Seringkali kita tengok jika seseorang itu mahu kempiskan perut, biasanya mereka tidak makan pagi dan malam. Ini lah diet mereka.

Walaupun mereka kurangkan makan, tetapi mengambil kalori lebih daripada yang diperlukan, perut mereka tidak akan kempis. Mereka berasa hairan: “Aku dah tak makan pagi dan malam. Kenapa perut aku masih buncit?”.
Berlainan dengan anda, jika anda makan ikut kalori, walaupun anda makan lebih 6 kali sehari pun (termasuk makan pagi, malam dan tengah malam), perut anda tetap akan kempis.

Kesimpulannya, ia bukan mengenai berapa banyak anda makan, tetapi ia mengenai berapa banyak kalori yang anda ambil.
*Copypaste.

Contoh Kalori yang diperlukan

Age, years: 37
Gender: Male
Heigth, cm: 165
Weigth, kg: 89
Activity: Sedentary
Daily Calorie Needs
2212 Calories/day

Tolak 500

Jadi : 1712

Post Navigation