Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 15, 2015”

Kerosakan Aqidah Sufiyyah

Dalam agama sufi, ambilan mereka ialah dari falsafah jahmiyyah dan syiah batiniyyah iaitu gabungan antara penyucian rohani dan kepercayaan ALLAH masuk ke dalam tubuh. Ini mereka nama sebagai wusul, ma’rifat dan maqam haqiqat. Untuk sampai ke maqam sesat ini, perlu bertariqat, ber’uzlah, menari, berzikir2 dengan zikir-zikir palsu hasil rekaan guru yang sesat. (Sebenarnya zikir-zikir sesat itu diwahyukan oleh syaitan kepada guru-guru tariqat yang sesat, haqiqatnya guru tariqat itu adalah taghut dan syiatan). Menurut mereka, Ketika sampai maqam sesat ini, tiada lagi syariat halal dan haram! Ini kufur!

Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Salafiyyah, Allah itu di atas langit ketujuh di atas ArasyNYA, manakala yang berada di mana-mana ialah ilmuNYA, qudratNYA, penglihatanNYA dan pendengaranNYA. Ini pegangan Nabi saw dan para sahabat (salaf).

Fahaman sesat sufiyyah ini diambil dari ajaran sesat qaramitah dan syiah batiniyyah. Hallaj seorang zindiq menyamakan Allah dengan manusia, anak lembu, babi dan anjing. Lihat Ibn ‘Arabi, Futuhat Makkiyyah , ms 43.

Ini dinamakan wahdatul wujud dan hulul yang lebih kafir dari yahudi dan nasrani. Dalam kepercayaan kristian, Allah hanya masuk ke dalam tubuh ‘Isa dan dalam yahudi, diajarkan kesesatan bahawa ‘Uzayr anak Allah. Tetapi dalam agama sufiyyah, diajarkan bahawa Allah itu masuk ke dalam seluruh makhluk, berada di setiap tempat seluruh alam. !!

Post Navigation