Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 2, 2015”

Berhati2 Mewahhabikan Seseorang Muslim

Ditakuti orang yang melabelkan muslim lain sebagai wahhabi telah jatuh kafir murtad.
Ini kerana wahhabi yang mereka (penuduh) maksudkan ialah kafir mujassim mushabbih murtad. Orang menghukum seorang muslim (tanpa mukaffir tanpa hujjah yang sahih) sebagai kafir adalah kafir.

Mereka juga boleh menjadi kafir menghina Nama Allah iaitu al-Wahhab.

Yang kamu tuduh wahhabiyyah itu adalah Ahl Sunnah yang bermazhab Shafi’iyyah dan Hanabilah. Bertaubat lah dari mengkafirkan Ahl Sunnah orang islam yang bersolat.

Sebenarnya wahhabiyyah adalah penisbahan yang salah. sekiranya dinisbahkan kepada Alah maka bermakna pencinta Allah al-Wahhab yang menaha mengurniakan rahamat, nikmat anak isteri dan rezeki.

Juga bermakna pencinta2 yang mencintai Allah al-Wahhab.

Fiqh Kontemporari

Ujian Fiqh Kontem
Arahan : Jawab dengan tulisan tangan.
1. Berapa harikah tempoh sapuan atas stokin ketika bermukim dan bermusafir? (Langkau 2-3 baris)
2. Sebutkan 5 langkah sapuan atas stokin ketika berwudhu’.

cth: waktu subuh berwudhu’, kemudian solat dengan berstokin,

3. Sebutkan tiga dalil pengharaman kenduri arwah.
4. Sesetengah golongan menolak kewujudan ijtihad dan mujtahid pada zaman kini. Berikan 6 hujah anda utk membantah pandangan tersebut.

5. Takrifkan ijtihad intiqa’i serta berikan contoh.

6. Kesepakatan Ulama Shari’ah Malaysia dan Ulama al Azhar adalah hujjah dan ijma’ mu’tabar. Betul atau salah. Berikan alasan anda.
7. Sebutkan 5 hujah al Imam Abu Hanifah yang mengharuskan wanita merdeka balighah menikahkan dirinya sendiri.

8. Siapakah ulama yang mengharuskan dan mengharamkan pembedahan kosmetik buang lemak? Apa hukum shaft ad-duhun (sedut lemak) tanpa pembedahan?

9. Sebutkan 3 pendapat ulama tentang Nikah Mis-yar.
10. Sebutkan 4 perbezaan nikah mis-yar dengan nikah mut’ah.
11. Sebutkan perbezaan antara fatwa dan ijtihad.
12. Bezakan antara taqlid buta dan ittiba’.
13. Siapakah ulama yang mengharamkan tifl al anbub (bayi tabung uji) dan sebutkan hujah-hujah mereka.
14. Apakah hukum istinsakh bashari (pengklonan manusia)? Sebutkan 4 hujah ulama.
15. Huraikan 2 pendapat Ulama Ahl al Sunnah wa al Jama’ah tentang nikah mut’ah.
16. Sebutkan khilaf ulama tentang nikah sirr .
17. Poligami boleh menjadi harus, sunat dan wajib. Huraikan hujah-hujah para ulama syariah tentangnya.

18. Apakah perbezaan personal loan dengan bay’ at tawarruq di bank-bank konvensional?
19. Apakah takrif bay’ tawarruq dan langkah-langkah perlaksanaannya?
20. Haydar dan Siti telah nikah hanafi. Sebutkan 3 penyelesaiannya menurut ijtihad ulama mujtahidun.

21. Datangkan 5 hujah anda untuk membantah ijtihad Abu Hanifah dalam bab wanita harus menikahkan dirinya sendiri.

22. Apakah perbezaan antara Ta’jir Bay’i dengan al-Ta’jir thumma al-Bay’?

Post Navigation