Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “December, 2015”

Solat Munafiq

Kaki masjid juga perlu muhasabah.
قال الخلال في السنَّة (4/119) رقم [ 1308] حدثنا أبو عبدالله قال ثنا وكيع عن سفيان عن الأعمش عن خيثمة عن عبدالله بن عمرو قال (( يأتي على الناَّاس زمان لا يبقى مؤمن إلا لحق بالشَّام ، ويأتي على النَّاس زمان يجتمعون في المساجد ليس فيهم مؤمن )) ”
al-Hafiz al-Khallal berkata, dalam al-Sunnah, berkata kepada kami Abu ‘Abdillah (Ahmad ibn Hanbal), (beliau berkata) berkata kepada kami Waki’, dari Sufyan (al-Thawri), dari al-A’mash, dari Khaythamah, dari ‘Abdullah ibn ‘Amr r.a. berkata,
“Akan datang satu masa, manusia berkumpul (bersolat) di masjid tapi tiada pun yang mukmin.” sahih mawquf.

Berkata shurrah, yakni tiada yang sahih dan sempurna iman, kerana banyaknya sifat-sifat nifaq seperti tidak amanah, menipu, mungkir janji, mengajak kepada bid’ah, bakhil, menentang hadith al-Sifat, melampau batas dalam berkelahi dll.

Oleh itu tidak perlu bangga, megah dan ujub walau ia tablighi kaki masjid.
-apa maknanya serban jubah tapi maki dan pukul ulama contohnya?
-solat masjid tapi memukul orang dalam masjid
-solat masjid tetapi mengikuti ajaran sesat, tariqat sesat, syiah, jahmiyyah atau sufi zindiiq gila

Mengapa Keras Mengkritik Ahli Bid’ah?

Mengapa Keras Mengkritik Ahli Bid’ah?

1. Kerana bid’ah mengubah Islam dan Sunnah. Nabi berlembut dengan org yang salah dalam solat, yang kencing dalam masjid, yang minum arak dan berzina. Kerana maksiat itu tidak mengubah agama. Tapi dalam bid’ah ibadah berbeza dengan Nabi, dan kesesatan khawarij, Baginda sangat marah kerana mereka mengubah agama!
2. Ahli maksiat bertaubat, ahli bid’ah tidak bertaubat.
3. Bid’ah satu bentuk syirik menandingi Allah dalam membuat agama baru, dan wasilah kepada syirik.

Para Imam Memang Keras Terhadap Ahli Bid’ah. Ini Sunnah! Syiar Salafus Salih!
Firman Allah, “…hendaklah mereka mendapat kekerasan dari kamu…” (al-Tawbah: 123).
Firman Allah, “…berpalinglah dari mereka dan nasihatilah mereka dengan mendalam…(al-Nisa’ : 63)
Firman Allah, “Wahai Nabi, berjihadlah bersungguh2 menentang kuffar dan munafiqin dan berkasarlah dengan mereka…” (al-Tawbah: 73).
Ibn Masud berkata, dengan tangan, kalau tidak maka masamkanlah wajah terhadap mrk.
Ibn ‘Abbas berkata, Allah wajibkan menentang kuffar dengan peang dan munafiqin dengan lidah, jgn berlembut dengan mereka…tegakkan hudud (dan ta’zir) ke atas mereka.

Firman Allah, “…Mrk itu seumpama himar yang membawa kitab-kitab…”

Firman Allah, “…maka perumpamaannya seumpama anjing…”

Mrk itu seperti binatang2 ternakan…

Musa berdoa, “Wahai Tuhan kami, hapuskan harta mereka, matikanlah hati mereka, …

Nabi saw bersabda, “Laknat Allah ke atas yahudi dan Nasara

laknat Allah ke atas pencuri

laknat Allah ke atas juru gambar…

Suruhlah ia menggigit kemaluan ayahnya…! Hadith.

Kemuliaan agama mesti dipelihara, ada masanya wajib keras dan tegas.
1. Imam Shafi’i melihat sekolompok manusia membicarakan kalam (falsafah sesat). Beliau memekik dengan berkata, “Hendaklah kamu berbicara dengan baik2 (Quran Hadith) atau kalian berambus dari sini!!.”
2. Imam Shafi’i berkata, “Bertemu Allah dengan membawa segala dosa (besar dan kecil) itu lebih ringan berbanding menemuiNYA dengan membawa sedikit sahaja dari ilmu kalam (falsafah bid’ah dalam aqidah).!” al-Bayhqai berkata, al-Shafi’ei sgt keras terhadap ahli bid’ah dan beliau memulaukan mereka.
3. Tentang qadariyyah, Ibn ‘Abbas berkata, ” mrk itu seburuk2 manusia di muka bumi, sekiranya mreka sakit jangan ziarahi mrk, sekiranya mrk mati jgn kamu solati mereka, Sekiranya saya temui mereka, pasti saya cucuk mata mereka.!”
4. Umar al-Khhattab memukul Sabigh b ‘Asal kerana membicarakan mustashabihat.
5. Malik memarahi orang bertanya tentang kayfiyyah (haqiqat) istiwa’ Allah dan menghalaunya. Beliau menamakan org itu sbg ahli bid’ah.!

Malik berkata, “Jgn mengucap salam kpd ahli bid’ah, jgn duduk bersama mrk, kecuali utk menasihati mrk dengan keras, jgn ziarahi mrk yg sakit dan jgn berbicara dgn mrk.” al-Jami’ oleh Ibn Abi Zayd al-Qayrawani.
5. Samurah b Jundub mengutuk khawarij
6. Ibn ‘Umar memulaukan anaknya yang bid’ah sehingga mati, berlepas diri dari qadariyyah
7. Sekiranya telah dinasihati dengan lembut, mrk tetap bergdegil, maka patut ditarik lidak mrk ke belakang tengkuk mereka! al-Imam ‘Umar ‘Abd al-‘Aziiz.

8. Sofwan b Muhriz al-Mazini berkata, “Kamu (wahai ahli bid’ah) adalah kurap, kayap (yang menyebarkan penyakit kpd org lain).”

9. al-Sha’bi menamakan ahli bid’ah sbg Sa’aqifah iaitu org yang menempel kpd agama sebenarnya tiada agama. Duduk bersama tukang sapu sampah lbh baik dari duduk bersama sa’aqifah.

10. Yunus b ‘Ubayd berkata, “Ahli bid’ah itu mal’un.”

11. Mak-hul al-Shami berkata, “Ahli bid’ah walau tidak mengangkat pedang membunuh muslimin, mrk tetap lbh bahaya dari peminum2 arak.”

Byk lagi label utk mrk spt tafih, la yu’raf, kazzab, dajjal, hina, zanadiqah

Salaf dan Salafi

Ahlus Sunnah juga disebut Salafi, Salafiyyun dan Ahli Hadith.

Kemunculan gerakan Salafi Sunni kontemporari mempunyai banyak nilai positif dalam bentuk usaha keras mereka menghidupkan sunnah, memerangi syirik dan bid’ah, menekankan rujukan kepada para ulama yang keilmuannya diakui oleh umat Muslimin.

Secara sederhana, salafi bermaksud orang-orang Islam zaman kini yang mengikuti generasi Salaf. Salaf yang dimaksudkan ialah adalah tiga generasi islam permulaan (generasi Rasulullah saw dan para sahabat ra, generasi Tabi’in dan generasi Tabi’ut Tabi’in) itulah yang kerap disebut As-Salafus Salih, iaitu para golongan muslimin terdahulu dahulu yang salih. Istilah Salafi merujuk kepada seseorang muslim sunni yang mengikuti ajaran Salafus Shalih ra. Adapun bentuk jamak (plural) dari Salafi ialah Salafiyyun atau Salafiyyin.

Sekiranya kita jujur, sebenarnya majoriti umat hari ini, mereka berfahaman Salafi. Ini kerana, mereka yang mengikuti jejak Salafus Shalih, iaitu Rasulullah, para sahabat, para tabi’in dan tabi’ut tabi’in. Mereka mengikuti ajaran yang ditinggalkan oleh generasi terbaik dalam sejarah Islam.

Fakta
1. Ahlus sunnah sebenar ialah salafiyyun yang menyambung aqidah dan ajaran salaf. Mereka beraliran ahlussunnah salafiyyah.
2. Salafiyyah lebih tepat dan lebih baik dari aliran Asha’irah.
3. Buku2 karangan Ulama Salaf dan Ulama Salafi lebih kemas, jelas dan penuh dengan dalil2 al-Quran dan al-Hadith, berbanding ilmu kalam golongan asha’irah mutakhir.

Salafi Haqiqi adalah yang seperti digambarkan oleh Allah SWT , “…bersikap tegas kepada orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang dengan sesama mereka (sesama mukmin)…” (QS AL-Fath: 29).

Terdapat banyak ayat Al-Qur’an yang menjelaskan sifat-sifat para sahabat r.a. (salaf), maka dalam diri para as-Salafus Salih memiliki sifat-sifat mulia seperti ini:

  1. Beraqidah lurus, beribadah kepada Allah, dengan tidak menjadikan bagi-Nya sekutu dalam bentuk apapun.
  2. Mengimami Rasulullah Saw, membenarkan ajarannya, memuliakan Syari’atnya, membela kemuliannya, serta berjalan di atas cahaya petunjuknya.
  3. Sebagai natijah tauhid ialah munculnya Al Wala’ wa al-Bara’, iaitu menetapkan Wala’ (Kesetiaan) kepada orang-orang yang beriman, dan menetapkan Bara’ (berlepas diri atau anti kesetiaan) kepada orang-orang kafir.
  4. Mengerjakan salat (berjamaah bagi laki-laki dewasa), menunaikan zakat, menginfakkan sebahagian rezeki ketika lapang mahupun sempit.
  5. Sikap iithar, yang mendahulukan saudara mukmin, meskipun diri sendiri kukurangan dan sangat memerlukan.
  6. Hidupnya bermanfaat bagi orang lain, ibarat pohon kurma yang selalu mengeluarkan buah di setiap musim.
  7. Sentiasa menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan buruk (menunaikan amar makruf dan nahi munkar).
  8. Berakhlak mulia, menjauhi kesia-siaan, memelihara kehormatan diri, menunai amanah dan janji-janji. Menahan amarah, memaafkan manusia, serta tidak melayan perkataan orang-orang jahil.
  9. Sentiasa berzikir mengingati Allah pada waktu pagi dan petang, tidak lalai dari berzikir kerana kesibukan perdagangan, jual beli, pekerjaan dll.
  10. Menunaikan hak-hak persaudaraan (ukhuwwah), tidak menghina, tidak mencela, tidak memanggil dengan gelaran buruk, menghindari prasangka buruk, tidak tajassus (mencari-cari kesalahan), tidak ghibah (mengumpat) dan namimah.
  11. Hatinya lembut untuk sentiasa bertaubat, memohon ampun atas dosa-dosa, dan sangat cepat berhenti dari perbuatan keji.
  12. Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa, serta tidak melemah atau lesu menghadapi segala risiko jihad di jalan Allah.

– Lihat http://www.arrahmah.com.

 

Barzanji Batil

Berdoa dan Beristighathah kepada Nabi. Qasidah ini ada syirik akbar kerana mengangkat Nabi saw sebagai Tuhan, Ghaffar, Rafii’ al-Darajat yang semua itu milik Allah sahaja satu-satuNYA.

Barzanji berkata dalam halaman 1114:

يا بشير يا نذير

فأغثني و أجرني يا مجير من السعير

يا ولي الحسنات يا رفيع الدرجات

كفر عني الذنوب و اغفر عني السيأت

Wahai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan

Tolonglah aku dan selamatkan aku, wahai penyelamat dari neraka Sa’ir

Wahai pemilik kebaikan-kebaikan dan pemilik derajat-derajat

Hapuskanlah dosa-dosa dariku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku

Subhanallah!
Ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang nyata kerana penulis berdoa kepada Nabi dan menjadikan Nabi sebagai penghapus dosa, dan penyelamat dari azab neraka, sedangkan Allah berfirman:

قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا(20)قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا رَشَدًا(21)قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا(22)

“Katakanlah: “Sesungguhnya Aku hanya menyembah Rabbku dan akau tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya.”
Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan suatu kemudharatan pun kepadamu dan tidak pula suatu kemanfaatan.” Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun dapat melindungiku dari (azab) Allah dan sekali-kali aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya.” (QS. Al-Jin: 20-22)

*************************************************

Imam Shaykh ‘Abdur Rahman bin Naasir as-Sa’di berkata:

“Katakanlah kepada mereka wahai rasul sebagai penjelasan dari hakikat dakwahmu: “Sesungguhnya aku hanya menyembah Rabbku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya.” Ya’ni aku mentauhidkan-Nya, Dialah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku lepaskan semua yang selain Allah dari berhala dan tandingan-tandingan, dan semua sembahan yang disembah oleh orang-orang musyrik selain-Nya.

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan suatu kemudharatan pun kepadamu dan tidak pula suatu kemanfaatan.” yakni kerana aku adalah seorang hamba yang tidak memiliki sama sekali perintah dan urusan. .”

Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun dapat melindungiku dari (azab) Allah dan sekali-kali aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya.”Yaitu tidak ada seorang pun yang dapat aku mintai perlindungan agar menyelamatkanku dari adzab Allah. Jika saja Rasulullah yang merupakan makhluk yang paling sempurna, tidak memiliki kemadhorotan dan kemanfaatan, dan tidak bisa menahan dirinya dari Allah sedikitpun, jika Dia menghendaki kejelekan padanya, maka yang selainnya dari makhluk lebih pantas untuk tidak bisa melakukan itu semua.” (al-Sa’di, Tafsir Taysir al-Karimir Rahman, hal. 1522 cet. Dar Dhakha’ir)

Ayat-ayat di atas dengan jelas menunjukkan atas larangan berdo’a kepada Rasulullah dan bahawa Rasulullah tidak berupaya menyelamatkan dirinya dari azab Allah apalagi menyelamatkan orang lain !

5 Kesesatan Barzanji

Kesalahan Pertama

Penulis kitab Barzanji meyakini melalui ungkapan syairnya bahawa kedua orang tua Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam termasuk ahlul Iman dan termasuk orang-orang yang selamat dari neraka bahkan ia mengungkapkan dengan sumpah. (Yang Sahih : mereka akan diuji di Akhirat, sekiranya berjaya mereka akan masuk syurga dengan rahmatNYA)

Kesalahan Kedua
Penulis kitab Barzanji mengajak para pembacanya agar mereka meyakini bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam hadir ketika membaca salawat, terutama ketika Mahallul Qiyâm (posisi berdiri).

Kesalahan Ketiga
Penulis kitab Barzanji mengajak untuk mengkultuskan (mendewakan) Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam secara berlebihan dan menjadikan Nabi sebagai tempat untuk meminta tolong dan bantuan. Mengangkat Nabi sebagai Tuhan.

Kesalahan Keempat
Penulis kitab Barzanji menurunkan beberapa salawat bid’ah yang mengandung pujian yang sangat berlebihan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Kesalahan Kelima
Penulis kitab Barzanji juga meyakini tentang Nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana yang terungkap dalam syairnya:
وَماَ زَالَ نُوْرُ الْمُصْطَفَى مُتْنَقِلاً مِنَ الطَّيِّبِ اْلأَتْقَي لِطاَهِرِ أَرْدَانٍ

Nur Mustafa (Muhammad) terus berpindah-randah dari sulbi yang bersih kepada yang sulbi suci nan murni.

Faridatul Fara’id – Jahmiyyah aritotle tulen

Buku Faridatul Faraid ialah sebuah buku ilmu kalam sesat yang diterbitkan di Malaysia. Buku ini sangat taksub dengan istilah2 falsafah yunani dan greek spt lafaz tahayyuz, makan (tempat), jihah, jis, aradh, jawhar, qadim, hadith, tanjiz, shay’ atau ghayr shay’ dll. Ia ditulis oleh Ahmad Al-Fathani dan diterbitkan oleh Khazanah Fathaniyah dalam Bahasa Melayu .

Buku sesat ini dianggap buku asha’irah melayu. menggunakan lafaz2 greek yunani yang diterjemah ke dalam bahasa Arab.
suluhi qadim, tanjizi hadith, jism, aradh, jawhar, al-fard dll. Pelik2 lagi membodohkan pembacanya.

“Faridatul Faraid” pernah diringkaskan dan pernah disyarahkan. Yang diringkaskan di namakan “Pati Faridatul Faraid” yang di usahakan oleh Nik Abdullah al-Jambu Fathani.
Syarahnya diberi judul “Umdah Talibil Mujtahid bi Syarhi Faridah al-Faraid” diselesaikan tahun 1380 H/1960 M yang diusahakan oleh salah seo­rang tokoh Patani iaitu Abdullah bin Hj. Ibrahim bin Abdul Karim al-Fathani

Makanan Rendah Kalori

1. Epal
2. Brokoli
3. Bayam
4. Gandum
5. Segenggam Almond 80 kalori
6. 10 Kacang pistachio 40 kalori
7. Ikan Tuna
8. Dada ayam
9. Putih Telur
10. Tomato
11. Lobak
12. Bawang Putih
13.

Post Navigation