Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Fiqh Kontemporari

BAB 10 PERANCANGAN KELUARGA
Takrif
Perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi Fiqh Islam Dunia. Mereka mempunyai dua puluh tiga (23) ulama yang mengkaji topik dan membentangkan kajian mereka tentang isu ini. Di kalangan mereka adalah Muhammad ‘Ali al-Baar, ‘Ali al-Saaloos, Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti, ‘Abdullah al-Bassam, Hasan Hathoot and Muhammad Sayyid Tantaawi. Prosiding, kertas kerja dan perbincangan mereka boleh didapati dalam Bahagian Pertama, Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan.
Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً
“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.” -Surah ar-Ra’d, 38-
Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim. ALLAH berfirman,
أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ
“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka” -Surah al-An`am, 90-
Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak. Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi (pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi. Baginda bersabda;
“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwini wanita. Sesiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku”
Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan yang subur untuk meramaikan anak. Baginda SAW bersabda;
“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan berbangga mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.” -Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-
Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;
وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (72) سورة النحل
“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”
ALLAH juga berfirman,
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” -Surah Al-Kahfi, 46-
Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka. ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام
“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka” -Surah al-An’am, 151-
ALLAH juga menegaskan;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” -Surah al-Isra’, 31-
Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.

Hukum:
Muhammad Salih al-‘Uthaymin terdapat perbezaan antara tahdid al-nasl dan tanzim al-nasl.
Salih Fawzan al-Fawzan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Feb 1991 telah membincangkan Sistem Susuk Norplant Dalam Program Perancang Keluarga. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:
1. Memandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram.

2. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.

3. Menyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus.

Keterangan/Hujah:

Sistem Susuk Norplant adalah satu kaedah pencegah kehamilan yang terbaru di dalam program Perancangan Keluarga Kebangsaan. Sistem ini adalah satu cara mencegah kehamilan yang tidak kekal dengan jarak kehamilan selama 5 tahun. Sistem ini mengandungi satu jenis hormon yang dinamakan “levongestreal” di mana bahan ini telah digunakan dalam pil pencegah kehamilan yang digunakan sekarang. Hormon tersebut akan mencegah kesuburan penerima.

Penggunaan sistem ini ialah dengan memasukan enam kapsul plastik yang mengandungi “levongestreal” ke bawah lapisan kulit bahagian dalam lengan penerima dengan menggunakan alat khas. Ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sekiranya penerima ingin mengandung semula atau penerima tidak sesuai menggunakan kaedah ini.
Walaubagaimanapun kapsul tersebut mesti dikeluarkan apabila mencukupi tempoh lima tahun kerana hormon yang dimasukkan ke dalam kapsul tersebut sudah tidak berfungsi lagi. Sekiranya sistem tersebut masih diperlukan kapsul yang baru boleh dimasukkan semula ke dalam badan penerima. Hormon yang dimasukkan ke dalam kapsul tidak mengandungi najis dan hormon tersebut telah digunakan dalam pil pencegah kehamilan.

Kesan awal yang biasa dialami oleh pengguna ialah pusingan haid yang tidak teratur. Walaubagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis pil. Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diatasi maka kapsul itu terpaksa dikeluarkan dan ini menunjukkan penerima berkenaan tidak sesuai menggunakkan kaedah ini dan kaedah-kaedah lain pula dicadangkan. Hasil dari percubaan-percubaan yang telah dijalankan, kaedah ini lebih berkesan dengan kadar 99.8% berbanding dengan kaedah lain.

Di dalam Islam memandulkan lelaki atau perempuan tidak dibolehkan sama sekali kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat meneruskan keturunannya selama-lamanya. Walaubagaimanapun Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar’ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh memberi kesan kepada jiwa dan kesihatan isteri.

Sistem susuk norplant ini harus digunakan sebagai salah satu alternatif yang boleh diatur oleh pasangan bagi menyusun keluarga dengan cara yang dibenarkan oleh Islam bukan melalui kaedah pemandulan yang diharamkan.

TEKNIK PERANCANGAN KELUARGA
al-‘azl
Al-‘Azl bermaksud mengeluarkan air mani di luar rahim ketika melakukan persetubuhan untuk mengelakkan dari mengandung.
Pendapat Ulama Berkaitan ‘Azl
Terdapat 4 pendapat Ulama berkaitan ‘azal:
1.Pertama: Harus ‘azl secara mutlak.Maksud harus secara mutlak ialah boleh lakukan ‘azl itu sama ada dengan izin isteri atau tanpa izinnya,kerana merancang atau memang tidak mahu langsung anak,atau ‘azl kerana nak jaga kesihatan dan kencantikkan.Semua itu terpulang kepada suami.ini adalah pendapat Imam al Ghazali dan yang sependapat dengannya.
2.Pendapat Kedua: Tidak boleh (haram) sama sekali melakukan ‘azal. Ini adalah pandangan imam Ibnu Hazm dan yang sependapat dengannya.
3.Pendapat Ketiga: Jika dengan izin isteri boleh (harus)
4.Pendapat keempat:Makruh melakukan ‘azal. Ini adalah pandangan Imam an-Nawawi dan yang sependapat dengannya.
Pendapat Yang Kuat: Pendapat yang kuat dan sederhana dalam masalah ini adalah harus melakukan ‘azl berdasarkan kata-kata seorang sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir bin ‘Abd Allah:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ
“Kami melakukan ‘azl pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maksud Jabir r.a. mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan sedangkan mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran.Ini menunjukkan mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.
Walaupun harus tetapi ‘azl mesti dilakukan dengan dua syarat:
Pertama: Mesti dengan izin isteri seperti mana pendapat yang ketiga.Ini kerana dibimbangi ‘azl boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (klimax).Oleh itu suami yang ingin melakukannya hendaklah meminta keizinan isterinya terlebih dahulu kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri.Inilah pendapat yang paling kuat disisi kebanyakan ulama.
Kedua: ’azl diharuskan jika untuk merancang keluarga (menjarakkan anak)atau kerana masalah kesihatan,tapi bukan untuk terus mencegah kehamilan.Mencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan.Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam.Dalam islam kita digalakkan agar memperbanyakkan zuriat,kerana ianya dapat menambahkan kekuatan dan suara umat Islam.
Khilaf Tentang ‘Azl
Terdapat 4 pendapat Ulama berkaitan ‘azal:
1.Pertama: Harus ‘azl secara mutlak. Maksud harus secara mutlak ialah boleh lakukan ‘azl itu sama ada dengan izin isteri atau tanpa izinnya, kerana merancang atau memang tidak mahu langsung anak, atau ‘azl kerana hendak menjaga kesihatan dan kecantikkan. Semua itu terpulang kepada suami. Ini adalah pendapat Sa’d ibn Abi Waqqas, Ibn Mas’ud, Khabbab, Rafi’ ibn Khadij, Zayd ibn Thabit, Ibn ‘Abbas, Hasan ibn ‘Ali, Imam al Ghazali dan yang sependapat dengannya. Jumbur Shafiyyah termasuk Ibn Hajar dan al-Ramli. Hanabilah harus, dan wajib ‘azl ketika perang.
2.Pendapat Kedua: Tidak boleh (haram) sama sekali melakukan ‘azal. Ini adalah pandangan imam Ibnu Hazm dan yang sependapat dengannya spt sesetgh Fuqaha’ Muta’akhirin al-Shafi’iyyah.
3.Pendapat Ketiga: Jika dengan izin isteri boleh (harus). Ini pendapat Qudama’ al-Ahnaf spt Abu Yusuf dan Muhammad al-Hasan juga al-Kasani. Al-Tahawi dan Ibn al-Humam, Ibn Nujaym, Ibn ‘Abidin, mengatakan harus. Begitu juga pendapat jumhur al-Malikiyyah. Malik 2 pendapat harus, dan harus . sesedengan izin isteri. Ibn ‘Abdil Barr mengatakan tiada khilaf di kalangan salaf bhw harus ‘azl dgn izin isteri hurrah. Sesetgh Shafiyyah juga mengatakan hrus dengan izin isteri.
4.Pendapat keempat:Makruh melakukan ‘azal. Ini adalah pandangan ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Ibn ‘Umar, al-Shirazi, Ibn al-Jawzi, Ibn Qudamah, al-Imam an-Nawawi, al-Qastalani, sesetgh Zaydiyyah dan yang sependapat dengan mereka.
Pendapat Yang Kuat: Pendapat yang kuat dan sederhana dalam masalah ini adalah harus melakukan ‘azl berdasarkan kata-kata seorang sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir bin ‘Abd Allah:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ . وزاد مسلم : زَادَ ‏‏إِسْحَقُ ‏قَالَ ‏سُفْيَانُ ‏: ‏لَوْ كَانَ شَيْئًا ‏‏يُنْهَى عَنْهُ لَنَهَانَا عَنْهُ الْقُرْآنُ .
“Kami melakukan ‘azl pada zaman Nabi s.a.w. dan al-Quran sedang turun.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Hadith yang mengharuskan lebih banyak dan lebih sahih.
Sekiranya tanzim al-nasl terdapat maslahah shar’iyyah, spt seseorg ibu terbeban dengan kelahiran yang berterusan, pakar perubatan mengakui perkara membahayakan nyawa atau badan si ibu maka harus utk merancang kehamilan, insha Allah. Ini dengan syarat tidak memutuskan zuriat secara kekal.
Awla meninggalkan ‘azl kerana
1.menghilangkan kelazatan bagi isteri
2.menghilangkan maqasid nikah iaitu membanyakkan umat Muhammad saw
3.seolah menolak taqdir. Sekiraya berlaku taqdir Allah, tetap akan mengandung.
Antara perancangan keluarga terbaik ialah
-menggunakan IUD pregnancy (Intra Uterine Device) iaitu memasukkan alat pencegah kehamilan ke dalam vagina atau -mengelakkan persetubuhan ketika waktu subur isteri.
Ada juga dengan
-mengambil pil perancang (birth control pills) tetapi ini akan menyebabkan kegemukan.
-Selain itu, ada juga cara injection atau
-implant (tanam) atau
-patch (tampalan) atau
-menggunakan kondom.

PIL PERANCANG
Hukum merancang keluarga menggunakan pil perancang atau apa sahaja yang boleh menghalang isteri dari mengandung sama sahaja seperti hukum melakukan ‘azl cuma disyaratkan ia tidak mendatang mudharat dan ia bukan dari najis.
Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;
1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.
2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.

Al-Ijhadh (Pengguguran)
Pengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya. (Mustafa, Ibrahim et.al.,al-Mu’jam al-Wasit, cet. ke-2, Istanbul: Dar al-Da’wah, 1989, jil. 1, hlm. 144)

Rasulullah saw menjelaskan peringkat perkembangan janin dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Abu ‘Abdir Rahman; ‘Abdullah ibn Mas’ud berkata, “Nabi Muhammad s.a.w., orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah memberitahu kami,

‘Sesungguhnya setiap orang daripada kalian dicipta di dalam rahim ibunya selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani (nutfah), kemudian dia menjadi segumpal darah (‘alaqah) selama 40 hari juga, lalu menjadi seketul daging (mudghah), juga selama tempoh yang sama. Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan 4 perintah, iaitu supaya menuliskan rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sama ada dia akan sengsara ataupun bahagia…” (Hadis sahih Imam Bukhari dan Muslim)

Abu Hamid al-Ghazali (w 505H); ulama bermazhab Shafi’i menjelaskan,

“Menggugurkan janin (al-ijhadh) dan menanam bayi hidup-hidup (al-wa’d) merupakan satu jenayah ke atas makhluk yang wujud. Terdapat beberapa tahap kewujudan, pertamanya ketika benih lelaki memasuki rahim wanita, lalu bercampur antara benih lelaki dan perempuan serta ia bersedia untuk menerima kehidupan, yang dinamakan nutfah (zigot).

Menggugurkan nutfah merupakan satu jenayah. Jika nutfah itu berubah menjadi ‘alaqah (epigenesis) dan mudghah (somit), maka jenayah menggugurkannya menjadi semakin berat.

Seterusnya jika telah sempurna bentuk tubuh badannya dan telah ditiupkan roh, maka jenayah menggugurkannya menjadi lebih berat. Jenayah yang paling berat apabila bayi yang telah lahir hidup dibunuh.” (al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad, Ihya’ ‘ulum al-din, Qaherah: al-Matba’ah al-‘Uthmaniyah, 1352H, jil. 2, hlm. 47 )

As-Syeikh Wahbah al-Zuhaili berkata,

“Pendapat yang lebih tepat (rajih) menurut saya ialah dilarang menggugurkan kandungan seawal usia kandungan kerana ia sudah dianggap bermulanya sebuah kehidupan dan bermulanya perkembangan janin.

Melainkan jika terdapat darurat seperti penyakit yang merbahaya, kanser; atau adanya keuzuran seperti terputus susu ibu kesan daripada mengandung, sedangkan ibu itu sedang menyusukan bayinya, serta dalam masa yang sama bapa bayi itu tidak mampu membayar upah ibu susu, dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan bayi.
Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Ghazali yang menganggap pengguguran itu walaupun pada awal kandungan ia adalah seperti dosa menanam anak hidup-hidup serta ia adalah perbuatan jenayah ke atas makhluk yang hidup.” (al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, cet. ke-3, Dimashq: Dar al-Fikr, 1989, jil. 3, hlm. 557)

Imam Qadi Khan memberikan contoh keuzuran yang membolehkan seseorang wanita menggugurkan kandungannya,

“Seorang wanita yang sedang menyusukan anaknya, kemudian dia mengandung, lalu terhenti susunya, serta dalam masa yang sama bapa kanak-kanak itu tidak mampu membayar upah ibu susu, dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan kanak-kanak itu.

Para ulama berpendapat, ‘Wanita itu dibenarkan untuk menggugurkan kandungannya selagi ia masih berupa nutfah, ‘alaqah, atau mudghah yang masih belum memiliki anggota badan.’ Mereka menjelaskan tempoh kandungan itu masih belum melebihi seratus dua puluh hari.

Mereka membenarkan untuk digugurkan segumpal darah tersebut, kerana ia masih belum dianggap seorang manusia. Ia dibenarkan untuk menjaga nyawa seorang manusia (iaitu kanak-kanak yang sedang menyusu tersebut).” (Qadi Khan, al-Fatawa al-Khaniyyah, dlm. al-Fatawa al-Hindiyah, Misr: al-Matba’ah al-Amiriyah, 1310H, jil. 3, hlm. 410)

Hujah pendapat ini ialah kandungan yang masih belum ditiupkan roh masih belum dianggap sebagai seorang manusia. Oleh itu, menggugurkan kandungan yang masih berada pada peringkat nutfah, ‘alaqah, dan mudghah yang belum berusia seratus dua puluh hari iaitu sebelum janin itu bernyawa, tidak dianggap sebagai membunuh seorang manusia.

Namun jika dilakukan tanpa sebarang keuzuran yang diiktiraf oleh Syarak, wanita yang menggugurkan kandungannya itu adalah berdosa. Disyaratkan perlu wujud keuzuran kerana walaupun janin itu masih belum bernyawa, tetapi ia sudah berada di dalam rahim ibunya dan sudah bermula proses kehidupan. (al-Zuhayli, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, cet. ke-3, Dimashq: Dar al-Fikr, 1989, jil. 3, hlm. 557)

Menurut majoriti para pakar perundangan Islam, jika dalam keadaan darurat, maka pengguguran janin yang sudah bernyawa adalah dibenarkan. Contoh keadaan darurat ialah bagi menyelamatkan nyawa ibu. al-Sharbini al-Khatib; alim bermazhab Syafi’i menjelaskan, “Jika seorang wanita mengandung terpaksa makan ubat sehingga menyebabkan kandungannya gugur, maka wanita itu tidak bersalah.” (al-Khatib, Muhammad al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, t.th., jil. 4, hlm. 103.)

Mahmud Shaltut; mantan Syeikh al-Azhar menjelaskan, “Jika disahkan melalui kaedah yang berautoriti, keberadaan janin yang sudah bernyawa di dalam rahim boleh membahayakan nyawa ibu, maka Syariat Islam menurut kaedah umumnya menyuruh kita mengambil kemudaratan yang lebih ringan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar, maka dibenarkan janin itu digugurkan.” (Zaydan, ‘Abd al-Karim, al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Shari’ah al-Islamiyah, cet. ke-2, Beirut,hlm. 126-127)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

“Adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.” Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-52 pada 1 Julai 2002 juga telah membincangkan isu Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

a) “Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.”
Tugasan
Jawikan tajuk ini dengan tulisan tangan atau ditaip serta angkah sebaris. Hantar lima hari setelah tugasan ini diserahkan kepada anda. (5 markah).

Latihan
(a) Sebutkan bentuk-bentuk perancangan keluarga hari ini. (4M)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(b) Antara cara merancang keluarga ialah al-‘azl.
i. Apa takrif al-‘azl?
ii. Apa syarat-syarat keharusan al-‘azl? (2M)
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
iii. Huraikan empat pendapat ulama berkenaan al-‘azl. (4M)
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: