Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 2, 2015”

Sifat ‘Uluww Allah

Bantahan terhadap Ummul Barahin atau al-‘Aqidah al-Sughra oleh al-Sanusi. Selain Jawharat al-Tawhid oleh al-Laqqani (disyarakan oleh al-Bayjuri), Buku Sughra ini termasuk buku dijadikan silibus asha’irah.

1. Antaranya kesilapan kata-kata al-Sanusi,”…aw yakun fi jihah..” (maksudnya : mustahil Allah itu menempati arah…)
Menafikan jihah atau arah (tinggi di atas arasy) bukanlah manhaj Salaf, Ahl Sunnah, tp method mu’tazilah. Ini disahkan oleh al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Kesalahan ini ada dlm Ummul Barahin atau Aqidah Sanusiyyah Sughra
المُمَاثَلَةُ لِلْحَوَادِثِ: بِأَنْ يَكُونَ جِرْمًا: أَيْ تَأخُذَ ذَاتُهُ الْعَلِيةُ قَدْراً

مِنَ الْفَرَاغِ. أَوْ يَكُونَ عَرَضًا يَقُومُ بِالْجِرْم، أَوْ يَكُونَ فِي جِهَةٍ

للْجْرمِ، أَوْلهُ هُوَ جِهَةٌ، أَوْ يَتَقَيَّد بِمَكَانٍ، أَوْ زَمَانٍ، أَوْ تَتَّصِفَ ذَاتُهُ

الْعِلِيةُ بِالحَوَادِثِ، أَوْ يَتَّصِفَ بِالصِّغَرِ، أَوْ الْكِبَرِ، أَوْ يَتَصَّفَ
بَاْلأَغْرَاض فِي اْلأَفْعَالِ أَوْ اْلأَحْكامِ.
Matn “…Dia tidak disifatkan dengan sifat besar?”
Ini batil krn Allah mmg besar dan maha besar!! Bagaimanakah orang yang mengaku Ahl Sunnah boleh menafikan sifat bagi Allah???

2. Bantahan terhdp Umm Barahin . al-Sanusi berkata;
وَالْوَحْدَانِيَّةُ:أَيْ لاَ ثَانِيَ لَهُ فِي ذَاتِهِ، وَلاَ فِي صِفَاتِهِ، وَلاَ فِي أَفْعَالِهِ.

Maksud, “Tiada yg kedua dlm ZatNya,…”
Ini batil juga keliru krn tawhid atau wahdaniyyah atau uluhiyyah ialah mengkhususkan ibadah utk Allah krn Allah.
Tafsiran sahih wahdaniyyah ialah :- tiada sembahan yang benar melainkan Allah , tiada yang meletakkan syariat (ibadah dan undang2 melainkan Allah).
لا معبود بحق إلا الله ولا مشرع إلا الله

3. Sifat Qayyumiyyah Allah terkandung di dlmnya segala Sifat2 Perbuatan, tidak memerlukan sebarang bantuan bahkan Dia dgn diriNya sendiri. Inilah yg sahih.
Tafsiran qiyamuhu bi nafsih dgn makna (la yaftaqir ila mahall) dlm Ummul Barahin adalah tidak tepat.
As Sanusi al Ash’ari berkata;

وَقِيَامُةُ تَعَالَى بِنَفْسِهِ: أَيْ لاَ يَفْتَقِرُ إِلَى مَحَلَّ، وَلاَ مُخصِّصٍ

4. Lihat : Tafsiran jahmiyyah mu’tazilah dan cicit mrk terhadp sifat Kalam – sifat Ma’ani.
Yakni kalam nafsi. Kunun kalam Allah tanpa huruf tanpa suara. Ini bid’ah! Yang sahih, kalamullah ialah dengan suara dan huruf sesuai dengan keagunganNYA.
al-Sanusi berkata;
وَالْكَلامُ: الذَّي لَيْسَ بِحَرْفٍ، وَلاَ صَوْتٍ، وَيَتَعَلَّقُ بِمَا يَتَعَلَّقُ بِهِ

الْعِلْمُ مِنَ المُتَعَلَّقَاتِ

5. Termasuk kesilapan Ummul Barahin: Tafsiran kalimah tawhid dgn makna rububiyyah semata2, iaitu dengan takrif istighna’ al ilah ‘an kulli ma siwah…bkn dgn uluhiyyah atau ifrad Allah bi al ‘ibadah!
Al Sanusi berkata;
وَيَجْمَعُ مَعَانِيَ هذِهِ العَقَائِدِ كُلهَا قَوْلُ:

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

إِذ مَعْنَى اْلأُلُوهِيَّةِ: اسْتِغْنَاءُ اْلإِلهِ عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ، وَافْتِقَارُ كُلِّ مَا عَدَاهُ إِلَيْهِ.
فَمَعْنى لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ: لاَ مُسْتَغْنَي عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ، وَمُفْتَقِرًا إِلَيْهِ

كُلُّ مَا عَدَاهُ إِلاَّ اللهُ تَعَالَى

Penilaian Ilmiah atau Kesesatan

“Tanda Ulama’ Akhirat cinta kitab2 al-Ghazali,” ini tidak sahih. Ini ghuluww dan syirik, mengangkat kitab2 lebih tinggi dari al-Quran dan hadith2 sahih.!
Adakah anda cinta juga ibarat2 batil, ayat2 sesat, hadith2 palsu dan da’if jiddan, dan munkar di dlm kitab2??

Hujjah ialah kitabullah dan al-Hadith, bukan fulan atau fulan, kitab itu dan ini.

Post Navigation