Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “November, 2015”

Fiqh Kontemporari dan Usul al-Fiqh

Ujian
1. Sebutkan 4 dalil pengharaman kenduri arwah dari hadith, ijma’ sahabah dan ijma’ 4 mazhab dan lain-lain.
2. Sebut 3 dalil keharusan menyapu air di atas stokin ketika wudhu’.
3. Apakah maksud al asl fi al ibadah at tahrim? Berikan satu contoh
4. Apakah dalil ulama yang mengharuskan qasar ketika musafir 18 km ke atas?
5. Sebutkan nama para ulama yg mgharamkan tabung uji dan hujah2 mrk
abidannuriyy:
6. Jumhur mengharamkan jual beli emas secara online. Sebutkan hukum2 jual beli emas secara online dan dalil2 mrk

7. Apakah hukum menyebarkan hadith palsu dalam fiqh dan undang2 jenayah islam
8. Sebutkan 5 kesesatan ahbash kontemporari

8. Sebutkan 5 kesesatan ahbash kontemporari

9. Asha’irah ialah kelompok muslimin aliran ilmu kalam falsafah aqliyyah greek yunani yang banyak menggunakan akal dan logik dalam aqidah. Sebutkan 5 kesilapan pemikiran asha’irah maturidiyyah Kullabiyyah

10. Sebutkan 5 kesesatan syiah

11. Sebutkan 5 keunggulan dan kelebihan ahl sunnah wa al jama’ah as-salafiyyah

Penipuan Kenduri Arwah

Penyembah kenduri arwah yang lahap.

Golongan pondokiyyah yg bid’ah dan penipu mencari makan, nama dan kemegahan menggunakan agama.
Pengharaman kenduri arwah telah sabit dengan
1. hadith sahih
2. ijma’ sahabah
3. akal yang sihat
4. fitrah yang bersih

Tetapi mrk menipu mgkin kerana bodoh atau takabbur jumud beku dan taksub yg terkutuk
mrk mngatakn kononnya perkara ini khilaf membawa hadith daif lagi palsu dengan tambahan da’i imra’atih, sdgkan yang sahih ialah da’i imra’atin min quraysh dan da’i imra’ah shj tanpa idafah.
Mrk memg ada dalil tapi pendalilan mrk batil dan sesat, menggnakan hadith daif dan meletakkan hadith itu bukan pada maksudnya yang sebenar.
الحديث رواه أحمد وأبو داود ، ولفظ أبي داود (دَاعِي امْرَأَةٍ) ولفظ أحمد : (دَاعِي امْرَأَةٍ مِنْ قُرَيْشٍ) .م
وقد نبه في تحفة الأحوذي على أن الحديث وقع في مشكاة المصابيح بلفظ (داعي امرأته) قال : وهو ليس بصحيح ، بل الصحيح : (داعي امرأةٍ) بغير الإضافة اهـ .
وعلى هذا لا يصح الاستدلال بهذا على جواز صنع أهل الميت طعاما .

Ulama vs Ular

Siapakah ‘Ulama’.
Penulis2 buku arab dan jawi yang menulis ilmu kalam dan falsafah aqliyyah aristotle bukanlah ulama kerana menyeleweng dari manhaj Nabi saw dan sahabat dalam aqidah. Mereka itu secara sedar atau tidak adalah penipu agama, mereka adalah dukhala’.

Ulama sebenar ialah Fuqaha’ Ahli Hadith, yang menerima dan beramal dengan hadith2 sahih dalam aqidah dan syariah. Golongan yang menolak hadith2 sahih sebagai hujah aqidah bukanlah ulama, atau menrima hadith tetapi men’wilkannya dengan ta’wilan jahmiyyah ahl klaam, mrk bkn ulama tetapi mrk itu cicit mu’tazilah kullabiyyah. Bahkan mereka yg sesat itu mengatakan bhw Sahihayn adalah rekaan Yahudi.

Oleh itu yg taksub kepada ilmu kalam asha’irah dan mu’tazilah bukan lah ulaama. apalagi kalau mereka tidak menghafaz al-Quran dan hadith2, dan tidak menguasai bahasa Arab, dan Usul al-Fiqh.
al-Imam al-Hafiz Ibn ‘Abd al-Barr al-Qurtubi berkata,

أهل الكلام أهل بدع وليسوا من أهل العلم

قال ابن عبد البر المالكي : “أجمع أهل الفقه والآثار من جميع الأمصار أن أهل الكلام أهل بدع وزيغ، ولا يعدون عند الجميع في جميع الأمصار في طبقات العلماء، وإنما العلماء أهل الأثر والتفقه فيه، ويتفاضلون فيه بالإتقان والميز والفهم”
__________
جامع بيان العلم وفضله (2/95).
“Ulama Fiqh dan Hadith telah ijma’ dari serata negara Islam, bahawa Ahli Kalam (mu’tazilah asha’irah kullabiyyah maturidiyyah) adalah ahli bid’ah dan kesesatan. Mereka tidak dianggap sebagai ulama menurut semua Ulama di serata negara Islam.

Ulama sebenar ialah Ahlul Athar (Ahl al-Hadith) bertafaqquh dalam ilmu hadith. Mereka berbeza2 dari segi kemantapan, kemampuan membezakan darjat hadith, keitimewaan dan kefahaman.” Ibn ‘Abil Barr, Jami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadlih, jld 2, ms 95.

Bukan Ulama’.

Ulama salaf telah ijma’ bahawa orang yang tidak mempelajari hadith dan tidak tahu membezakan antara hadith sahih dan daif bukanlah ulama. Bahkan itu sifat orang jahil mubtadi’.

Apalagi golongan yang suka mencipta bid’ah dan mempertahankan bid’ah2! Selain tidak mempunyai kelayakan akademik (‘ilmiyyah) yang jelas dan bukti keilmuan yang meyakinkan.

  • ada yang membaca 2-3 hadith selebihnya hanya bergendang berqasidah. ini bukan ulama!
  • ada yang mengarut merepek mengatakan qiyamat berlaku pada 2013, Nabi Adam turun atas Gunung Jerai, mendakwa Nabi saw datang kepadanya secara yaqazah. Ini bukan ulama tetapi manusia bebal.
  • ada yang memprtahana upacara jahiliyyah kenduri arwah dan hawl, menyokong ahbash sesat, muktazilah syiah, khawarij. memfitnah para imam, menyebar hadith2 palsu spt hadith musafahah diajmin syurga dll
  • ada yang suka membawa cerita2 dongeng dan khurafat, demi Allah mereka bukanlah ulama!
  • ada yang suka mencasi, qazf, menyesatkan dan mengkafirkan sesuka hati dengan kejahilan dan hawanafsu.
  • pencipta hadith palsu, penyebar hadith palsu bukan ulama tetapi kafir. Ini penyakit golongan tareqat dan pondok2 sesat.
  • ramai yang tidak habis belajar lalu memakai nama Tokguru membuka pondok jahmiyyah, tahfiz dan darul hadith kononnya. sedangkan duit derma orang ramai habis disapu, menipu masyarakat. Jahil, penipu dan jahat, makan haram, adakah itu ulama?
  • Bani Tamim dikatakan : tanah melayu , memfatwakan harus kenduri arwah , zikir menari dll

Bantahan Terhadap Kebatilan Murshidah Ibn Tumart.

Aqidah Murshidah.
Buku yg sgt baik tetapi ada matnnya yg menyeleweng dari Aqidah Salaf.
Iaitu :
ولا فوقٌ ولا تحتٌ، ولا يَمينٌ ولا شمالٌ، ولا أمامٌ ولا خلفٌ،
Maksudnya
“( DIA ) bukan di atas, bukan di bawah, bukan di kanan, bukan di kiri, bukan di depan, bukan di belakang.” (kononnya).
Ini sifat ma’dum! Kosong! Ta’til tulen, jahmiyyah! Inilah teori greek yunani, plato aristotle!
ولا كلٌّ، ولا بعضٌ، ولا يقالُ متى كانَ ولا أينَ كانَ ولا كيفَ، كان ولا مكان،
كوَّنَ الأكوانَ ودبَّر الزمانَ، لا يتقيَّدُ بالزمانِ ولا يتخصَّصُ بالمكان،

“Tidak penuh, tidak sebahagian, …… , tidak ditanya di mana DIA, kerana DIa telah ada sedangkan tempat belum lagi ada…, mencipta segala makhluk, menguruskan masa, tidak terikat dengan masa dan menempati tempat.”

Bahkan yang sahih, Allah maha tinggi di atas arasy.

Murshidah ini dikenali sbg ‘Aqidah Ibn ‘Asakir kononnya (walhal Ibn ‘Asakir bersih dari sebarang bid’ah jahmiyyah) atau aqidah Ibn tumart kazzab.
Buku ini silibus firqah ahbash yg sesat.

Kahwin Muda yang diabaikan Umat

Zawaj Mubakkir.

Zawaj mubakkir atau ‘kahwin muda’ adalah Sunnah para Nabi dan salafussalih. Para salaf menikahkan anak2 perempuan mereka sebelum baligh kepada lelaki2 salih. Umat Islam telah menyalahi salaf dalam perkara ini. Sedangkan Nikah Muda sabit dalam al-Quran, al-Hadith, al-Ijma’ dan maslahah.

1.Dalil al-Quran. Antara dalil al-Quran ialah ;
Firman Allah
وَالْلآئِي يَئَسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتِهِنَّ ثَلاَثَةُ أَشْهُرٍ وَالْلآئِي لِمْ يَحِضْنَ[الطلاق:]
“Dan perempuan-perempuan yang tidak lagi haid dari isteri-isteri kamu – sekiranya kamu ragu, – maka ‘iddah mereka adalah 3 bulan begitu juga ‘iddah bagi perempuan –perempuan yang belum haid…” al-Talaq: ayat 4.
Allah menjadikan bagi perempuan yang belum haid iaitu isteri2 kecil berlaku ke atas mereka hukum nikah, talaq dan ‘iddah. Ini tidak berlaku melainkan dengan adanya perkahwinan .

Firman Allah,
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَاب لَكُمْ مِنْ الْنِّسَاءَ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ[النساء:3]
Berkata ‘Aishah radhiyallahu ‘anha, “Wahai anak kakakku (‘Urwah ibn Zubayr), ini adalah tentang yatimah yang di bawah jagaan penjaganya. Ia suka kepada nya kerana hartanya dan kecantikannya. Lalu ia mahu menikahi anak yatim itu tanpa memberikan maharnya, lalu mereka dilrang berbuat demikian melaikn mereka mestilah memberi mahar yang paling tinggi seperti wanita-wanita lain yang ia kahwini.” Muttafaq ‘alayh. .

Ini menunjukkan disyariatkan mengahwini perempuan yang belum baligh, kerana setelah balighah, perempuan tidak lagi disebut yatim.

Firman Allah,
وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاء الْلآتِي لاَ تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ [النساء: 127 ].
Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: “Allah akan memberi keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah ditetapkan menjadi hak mereka, dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka;…” (al-Nisa’: ayat 127)

قالت أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها: هي اليتيمة تكون في حجر الرجل قد شركته في ماله فيرغب عنها أن يتزوجها ويكره أن يزوجها غيره، فيدخل عليه في ماله فيحبسها، فنهاهم الله عن ذلك. متفق عليه
Aishah r.a. ibu orang-orang beriman berkata, “Ini ialah tentang yatimah yang di bawah jagaan penjaganya. Dia tidak mahu mengahwininya dan tidak mahu menikahkannya kepada lelaki lain.dia mengambil harta yatimah itu menjadi hartanya. Lalu Allah melarang mereka dari berbuat demikian.” Sahih. Muttafaq ‘alayh.

2.Dalil Sunnah.

Dalil dari Sunnah ialah perbuatan Nabi saw yang mengahwini Aishah.
في الصحيحين عن عائشة رضي الله عنها قالت: تزوجني النبي صلى الله عليه وسلم وأنا ابنة ست، وبنى بي وأنا ابنة تسع.
Sabit dalam Sahihayn Aishah r.a. berkata, “Nabi saw mengahwini saya ketika saya berumur enam tahun dan bersama dengan saya ketika berumur Sembilan tahun.” Sahih.

3.Ijma’ .

Ramai ulama telah menukilkan ijma’ dalam perkara ini yakni keharusan menikahkan anak perempuan yang masih kecil, yang mengaqadkannya ialah ayahnya (dan menurut al-Shafii dan lain2 juga datuknya sebelah ayahnya).

Berkata Ibn Qudamah dalam al-Mughni, “Ada pun keharusan menikahkan perempuan yang masih kecil (oleh ayahnya) maka ini harus tanpa khilaf.”

Ibn al-Mundhir berkata, “Ahli ilmu yang mu’tabar telah ijma’ bahawa harus seorang ayah menikahkan anak perempuannya yang masih kecil kepada lelaki yang sekufu’, walau anak itu tidak mahu dan enggan.” (Berkata al-Baghawi, Tetapi tidak boleh disetubuhi melainkan setelah baligh dan mampu bersama dengan suaminya).

4.Amalan para Sahabat.

‘Ali r.a. telah mengahwinkan anaknya Umm Kulthum dengan ‘Umar al-Khattab r.a. dan Ummu Kulthum telah melahirkan anak sebelum kewafatan Nabi saw. ‘Umar mengahwininya sebelum Ummu Kulthum baligh.

Zubayr r.a. telah mengahwinkan anak perempuannya yang masih kecil ketika baru dilahirkan. Lihat Sunan Sa’id ibn Mansur dan Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf dengan sanad sahih.

al-Shafi’i dalam al-Umm berkata, Ramai sahabat yang mengahwinkan anak perempuan ketika masih kecil.

5.Maslahah

Dalam kahwin muda terdapat maslahah yang banyak dan dapat menolak pelbagai mafsadah. Antaranya Maslahah sakan, mawaddah, rahmah, ‘iffah, dan ihson. Meramaikan umat Nabi saw. Menjauhkan dari bahaya mafsadah zina dan pelbagai kerosakan.

Melewatkan perkahwinan anak-anak perempuan adalah bid’ah dan menyalahi amalan salaf, akibat idea pembaratan dan kemasukan undang-undang sekuler yang mengakibattkan kefahaman dan adat yang baik mjd rosak. Dengan lewat berkahwin, berlaku pendedahan aurat, pelbagai kekejian, lemah amalan agama, kerosakan pemuda, dan akhlak.

Lewat nikah menghilangkan sakan (ketenangan), mawaddah, rahmah, ‘iffah, juga ihson, dan menyebabkan kurang jumlah umat Nabi saw.

Kritikan Mesra kepada Jawharah

Sebenarnya Matn-matn asha’irah  itu sendiri sudah batil. APA perlu kepada syarah-syarah?!
ضعف الطالب والمطلوب

Dalam tradisi Islam, budaya kritikan ilmiah adalah termasuk amal salih bahkan kewajipan para ahli ilmu. mengkritik idea, fikrah (pemikiran), amalan yang batil, buku2 yang terdapat di dalamnya kesalahan aqidah dan syariah atu mengkritik tokoh2  adalah perkara biasa. Perkara ini nasihah, dan inkar al-munkar.

Kecuali golongan bebal, bertaqlid buta, taqdis, jumud asabiyyah, mrk tidak dapat menerima perkara ini.

Kita mengkritik fikrah dan manhaj yang salah, bukan mengkafirkan mana2 peribadi atau tokoh. Semua tokoh tidak maksum dan boleh diterima dan ditolak pendapatnya, melainkan Nabi saw.

1. Dalam syarah Jawharah, dibincangkan sama ada iman itu makhluk atau qadim. Ini kemandulan pemikiran! Tiada guna membincangkan sama ada iman itu makhluk atau qadiim. Mrk amat suka memikirkan sesuatu yang tidak ada kaintan dengan Sunnah dan aqidah Salaf. Bingung sungguh.
~ kebingungan Ahli falsafah dlm Jawharah ~

2. Melafazkan shahadah adalah syarat kesahihan iman menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah (Salaf). Iman adalah gabungan iktiqad dalam hati, lafaz dengan lidah dan amalan dengan anggota yakni dengan mengikuti sunnah. Manakala melafazkan kalimah shahadah sbg kesahihan iman adalah khilaf menurut ibrahim laqqani. Kasihan…
Ini bermakna firaun dan Abu talib adalah mukmin.
Iman hanyalah tasdiq qalbi kununnya, melafazkan kalimah hanya khilaf, tidak wajib. Ini kesilapan besar!!

Laqqani berkata;

وفسر الإيمان بالتصديق ، والنطق فيه الخلف بالتحقيق

“Dan tafsirkanlah iman dengan tasdiq (tasdiq qalbi), melafazkannya adalah khilaf menurut pendapat yang benar.”

Ini menyalahi ‘Aqidah Nabi dan Sahabat dan menyalahi Ijma’ Salaf…! Ini fahaman irja’ yang sesat dan tercela.

3. Satu lagi masalah jihah (arah). Tiada guna membincangkan jihah itu makhluk atau bukan. ini sama dengan mu’tazilah silam!! Bahkan itu satu kebodohan, kemerengan dan kekeringan otak.

4. Menurut Aqidah Ahl Sunnah wa al-Jama’ah, Kasb dan perbuatan2 hamba memberi kesan dgn izin Allah. Tp Ahli bid’ah berkata itu syirik dan ini bukti kesesatan mrk. Kasb menurut Ahli Bid’ah tidak memberi sebarang kesan kerana fa’il haqiqi ialah Allah. Ini bid’ah jabariyyah.
Mrk berkata
وعندنا للعبد كسب كلفا # به ولكن لم يؤثر فاعرفا

 Kononnya sesiapa yang mengatakan “air menghilangkan dahaga dengan tabiatnya, api membakar, pisau memotong,” maka ia kafir murtad, atau fasiq atau bid’ah.
Sungguh semberono mengkafirkan dalam perkara2 yg bukan melibatkan aqidah pun! Ini ghuluww dan kesesatan pemikiran. Bahkan ini satu bentuk pemikiran sesat khawarij.
Bahkan, Teori kasb al-Ash’ari ini adalah teori jabariyyah tulen. Dgn pemikiran ini, manusia tidak perlu dipertanggungjawabkan terhadap perbuatan2nya. Ini batil!
5. Laqqani dalam matannya mewajibkan taqlid. Sekiranya taqlid yg dimaksudkan Laqqani ialah ittiba’ dgn mengetahui dalil maka itu benar. Tapi taqlid imam itu hanya harus bukan wajib.
Kalau dgn maksud taqlid buta maka itu batil dan bid’ah. Dia berkata,
فواجب تقليد حبر منهم،…#
 6. Dlm syarah jawharah ada anjuran membaca Al Quran di kubur. Itu batil. Yg sahih , sunat menzaiarahi kubur, mambca quran dianjurkan stp masa, terutamanya di masjid2 dan di rumah2.
7. Nampaknya laqqani, sharih dan penterjemah sendiri tidak faham apa yang ia syarah dan terjemahkan. Contohnya al jawhar al-fard yang kununnya al-juz’ allazi la yatajazza’. ! smile emoticon. Yakni xdiatas xdibwh xdikanan xdikiri. Ini semua untuk menolak sifat istiwa’ haqiqi bagi Allah.
Penterjemah xtahu menjelaskan jawhar fard. Kesian. Bingung, gelap, celaru. Laqqani berkata,
وجود شيء عينه والجوهر # الفرد حادث عندنا لا ينكر
Mrk dlm kebingunan kalam yg hitam.

Mereka bukan Asha’irah

Al-Daraqutni, Al Silafi, al-Qurtubi, al-Nawawi, Ibn Hajar adalah imam mujtahid dan hafiz2 besar belaka. Mereka tidak bertaqlid kepada asha’irah. Kebetulan beberapa ijtihad mereka bersamaan dgn pandangan asha’irah. Mrk bkn asha’irah. Bahkan mereka juga mengkritik bnyk pemikiran ashairah.
Sila faham.

Hatta mufassir Muhammad ‘Ali al-Sabuni juga mengkritik beberapa pemikiran Asha’irah.

Post Navigation