Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Fatwa dan Ijtihad tentang Sedut Lemak

HUKUM SEDUT LEMAK.

Berkaitan pengurangan berat badan (izalat wa shaft al-duhun wa al-shuhum), Prof Zaydan dalam al-Mufassal mengatakan, sebagaimana hukum menambah berat badan, program diet juga diHARUSkan dalam agama, selagi tidak mengakibatkan kesan negatif kepada kesihatan tubuh.

Berdiet untuk tujuan kesihatan ataupun atas saranan dari suami kedua2nya memiliki hukum sama, iaitu HARUS. Pada prinsipnya, lemak yang berlebihan adalah akibat tabiat pemakanan yang tidak sihat. Islam menekankan pentingnya menjaga keseimbangan dalam makan minum. Tidak kekurangan dan tidak pula kelebihan. “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.” (QS al-Araaf [7] : 31).

Namun, Dr. Ismail Marhaba dalam Al-Bunuk at-Tibbiyyah al-Bashariyyah wa Akhamuha al-Fiqhiyyah, tidak sependapat dengan pandangan Prof Zaydan. Ia menegaskan, tidak semua metode pengurangan ataupun penambahan berat badan dianggap sah dalam kaedah syariah.

Shaykh Dr Yusuf al-Qaradawi berijtihad,
بالنسبة لشفط الدهون أنا لدي فيها قاعدة وهي أنه إذا كانت العملية المراد منها أن يعود الإنسان إلى الخلقة الطبيعية فلا مانع من هذا، والأصل أن الله لم يخلق الإنسان “بكرش”، فإذا أصبح هناك “كرش” سواء من كثرة الأكل أو بسبب الغدد، وهذه السمنة تؤذيه من ناحية، ومنظرها سيئ من ناحية أخرى، وتعوقه عن كثير من الأعمال، فإذا استطاع أن يجري عملية بحيث يعود إلى الجسم الطبيعي، كما خلق الله الناس، فلا مانع من ذلك، ما دام ليس فيه جور على شيء آخر
Berkaitan menyedut lemak, kaedahnya ialah sekiranya yang dikehendaki darinya ialah agar seseorang itu kembali kepada rupanya yang asal, maka tiada halangan (yakni harus). Prinsipnya ialah, Allah tidak menjadikan seseorang insan itu buncit boroi. Sekiranya buncit sama ada kerana banyak makan atau disebabkan hormone, kegemukan ini mengganggunya dari satu aspek. Dari aspek lain, rupanya hodoh, dan menghalang dari banyak gerakerja. Sekiranya ia mampu untuk melakukan proses yang mengembalikan badannya yang tabi’I, sebagaimana yang Allah ciptakan sebelum itu, maka tiada larangan selagi tidak ada mudarat kepada yang lain.

Shaykh Muhammad al-Salih al-‘Uthaymin.

Hukum sedut lemak sekiranya aib dan memudaratkan, diperakui para pakar perubatan ianya selamat, perlu dan tidak memudaratkan, maka harus khasnya apabila badan terlalu besar. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu merasa sangat terganggu dengannya. Ini tidak sama dengan hokum haram menjarakkan gigi untuk kecantikan gigi. Ini untuk menghilangkan darar (mudarat). Tiada masalah untuk menghilangkan mudarat.
Kesimpulannya, keharusan sedut lemak ini bergantung kepada ijtihad ulama dan perakuan pakar perubatan.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: