Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “October, 2015”

Fatwa dan Ijtihad tentang Sedut Lemak

HUKUM SEDUT LEMAK.

Berkaitan pengurangan berat badan (izalat wa shaft al-duhun wa al-shuhum), Prof Zaydan dalam al-Mufassal mengatakan, sebagaimana hukum menambah berat badan, program diet juga diHARUSkan dalam agama, selagi tidak mengakibatkan kesan negatif kepada kesihatan tubuh.

Berdiet untuk tujuan kesihatan ataupun atas saranan dari suami kedua2nya memiliki hukum sama, iaitu HARUS. Pada prinsipnya, lemak yang berlebihan adalah akibat tabiat pemakanan yang tidak sihat. Islam menekankan pentingnya menjaga keseimbangan dalam makan minum. Tidak kekurangan dan tidak pula kelebihan. “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.” (QS al-Araaf [7] : 31).

Namun, Dr. Ismail Marhaba dalam Al-Bunuk at-Tibbiyyah al-Bashariyyah wa Akhamuha al-Fiqhiyyah, tidak sependapat dengan pandangan Prof Zaydan. Ia menegaskan, tidak semua metode pengurangan ataupun penambahan berat badan dianggap sah dalam kaedah syariah.

Shaykh Dr Yusuf al-Qaradawi berijtihad,
بالنسبة لشفط الدهون أنا لدي فيها قاعدة وهي أنه إذا كانت العملية المراد منها أن يعود الإنسان إلى الخلقة الطبيعية فلا مانع من هذا، والأصل أن الله لم يخلق الإنسان “بكرش”، فإذا أصبح هناك “كرش” سواء من كثرة الأكل أو بسبب الغدد، وهذه السمنة تؤذيه من ناحية، ومنظرها سيئ من ناحية أخرى، وتعوقه عن كثير من الأعمال، فإذا استطاع أن يجري عملية بحيث يعود إلى الجسم الطبيعي، كما خلق الله الناس، فلا مانع من ذلك، ما دام ليس فيه جور على شيء آخر
Berkaitan menyedut lemak, kaedahnya ialah sekiranya yang dikehendaki darinya ialah agar seseorang itu kembali kepada rupanya yang asal, maka tiada halangan (yakni harus). Prinsipnya ialah, Allah tidak menjadikan seseorang insan itu buncit boroi. Sekiranya buncit sama ada kerana banyak makan atau disebabkan hormone, kegemukan ini mengganggunya dari satu aspek. Dari aspek lain, rupanya hodoh, dan menghalang dari banyak gerakerja. Sekiranya ia mampu untuk melakukan proses yang mengembalikan badannya yang tabi’I, sebagaimana yang Allah ciptakan sebelum itu, maka tiada larangan selagi tidak ada mudarat kepada yang lain.

Shaykh Muhammad al-Salih al-‘Uthaymin.

Hukum sedut lemak sekiranya aib dan memudaratkan, diperakui para pakar perubatan ianya selamat, perlu dan tidak memudaratkan, maka harus khasnya apabila badan terlalu besar. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu merasa sangat terganggu dengannya. Ini tidak sama dengan hokum haram menjarakkan gigi untuk kecantikan gigi. Ini untuk menghilangkan darar (mudarat). Tiada masalah untuk menghilangkan mudarat.
Kesimpulannya, keharusan sedut lemak ini bergantung kepada ijtihad ulama dan perakuan pakar perubatan.

Jangan Tertipu!

Jangan tertipu dengan pakaian syiah dan sufiyyah zanadiqah batiniyyah. dengan jubah, serban, suara yang merdu, rentak syaitan, janggut, ibadat, zikir, selawat, qasidah, khusyuk dan tangisan ahli bid’ah.

Berkata al-Imam al-Shafi’i,
اذا رأيتم الرجل يمشي على الماء. ويطير في الهواء, فلا تغترّوا به, حتى تعرضوا أمره على الكتاب والسنة
“Apabila kamu lihat seseorang berjalan di atas air, dan terbang di udara, maka jangan kamu tertipu dengannya hinggalah kamu membentangkan urusannya atas kitab dan sunnah.”

Imam Shafi’i telah menamakan kaki gendang, nasyid dan qasidah agama sebagai zanadiqah (puak sesat). Mereka sama sengaja atau tidak meninggalkan al-Kitab dan al-Sunnah.

Penyakit Syiah dalam Hati

Sekiranya kamu temui seseorang itu suka mewahhabikan orang, bermakna ada ruh syiah dalam dirinya walau ia mengaku ash’ari shafi’i…!

Itulah syirik dan kesesatan tanpa sedar!

Tasawwuf al-Shafi’i vs tasawwuf al-Ghazali

رأيت القناعة رأس الغنى * فصرت بأذيالها متمسك
فلا ذا يراني على بابه * ولا ذا يراني به منهمك
فصرت غنيا بلا درهم * أمر على الناس شبه الملك.
aku lihat qana’ah kepala kekayaan, lalu aku berpegang teguh dengan ekor-ekornya
tidaklah si fulan melihatku di pintunya, dan tidak fulan melihatku tenggelam dengannya,
lalu jadilah aku kaya tanpa dirham, aku berjalan di hadapan manusia seperti seorang raja!
*************
إن لله عبادا فطنا * تركوا الدنيا وخافوا الفتنا
نظروا فيها فلما علموا * أنها ليست لحي وطنا
جعلوها لجة واتخذوا * صالح الأعمال فيها سفنا.
Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang cerdik, mereka tinggalkan dunia serta mentalaqkannya dan mereka takut akan fitnah-fitnah (dunia dan kesesatan)
mereka melihat di dalamnya (dunia), maka ketika mereka tahu bahawa ia buan tempat tinggal tinggal bg yang hidup, mereka menjadikannya ombak dan mengambilnya amalan2 salih sebagai kapal-kapal di dalamnya
*************
لا تسكنن بلدا لا يكون فيه عالم يفتيك عن دينك, ولا طبيب ينبئك عن أمر بدنك

Jawapan Terhadap Fitnah Kullabiyyah Ahbash Syiah 2

Muslim Ahl Sunnah menamakan diri mereka sebagai Salafi, muslim, Ahli Hadith, Sunnah atau Sunni.

Firqah jahmiyyah mu’tazilah moden (asha’irah kullabiyyah syiah ahbash) merapu2 menulis fitnah mereka. Mereka menggelar Ahl Sunnah sebagai wahhabi yang sesat dan kafir, juga mujassimah (mengatakan Allah berjisim) dan mushabbihah (menyamakan Allah dengan makhluk) yang kafir.

Syi’ah dan Ahbash yang menyamar Ahl Sunnah menulis…;

“Manakala pertentangan dalam masalah furu’ (feqah) adalah terlalu banyak dan mereka (ahl sunnah salafiyyah) mengatakan begitu banyak amalan-amalan yang dilakukan oleh kebanyakkan Umat Islam di negara ini sebagai bid’ah. Di antaranya adalah :

1. Bacaan Yasin beramai-ramai setiap malam Jumaat.
Jawapan Salafi ahl Sunnah : Bacaan Yasin boleh dilakukan pada setiap malam atau setiap hari (siang) secara sendirian atau berdua, bertadarus sambil mempelajari makna2nya dan tafsirannya.
Adapun membaca beramai2 dengan jahil makna dan tafsirannya itu bukanlah sunnah Nabi dan sahabat. Ini jelas, bukan sunnah Nabi bahkan sunnah melayu sahaja. Sekiranya kamu mahu lakukan maka silakan.
2. Tahlil Arwah.
3. Kenduri Arwah.

Jawapan: Kenduri arwah memang dilarang dalam Islam seperti yang sabit dalam hadith sahih, dilrang oleh ijma’ sahabat, dilarang ulama Shafi’yyah dan ulama 4 mazhab, bahkan kenduri arwah termasuk niyahah jahiliyyah (ratapan jahiliyyah). Atas dasar apa kamu ingin pertahankan jahiliyyah? Kerana mahu makan sepinggan dengan percuma, kebulur? yang sunnah ialah jiran2 dan kelaurga terdekat memberi makan kepada keluarga si mati. Inilah yang patut dilakukan, adakah kamu lakukan? Bukan isteri si mati yang memberi makan kepada orang ramai!! Sila kaji hadith2 Nabi saw ttg perkara ini.

4. Bacaan Quran di samping jenazah.
5. Bacaan Quran di kubur.
6. Bacaan Fatihah ketika jenazah keluar dari rumah.

Jawapan: 4,5 dan 6 ini jelas bid’ah dan tambahan kepada sunnah dan syariah!! Jelas2 batil dan munkar!
7. Boleh memberi dan menjawab salam orang kafir.
Jawapan: Ini tidak wujud dalam manhaj salaf. Ini perkara khilaf di kalangan salaf. Faham!

8. Mengharamkan bertawassul dengan kemuliaan nabi.
9. Majlis sambutan Maulid Rasul adalah bid’ah dan haram.

Jawapan: Tawassul dengan zat Nabi adalah khilaf. Sambutan mawlid jelas2 tidak wujud dalam sunnah. Mengapa perlu emosi melampau dan ekstrem?
10. Wanita haram menziarahi kubur walaupun maqam Rasulullah.
11. Haram memotong janggut walaupun sedikit.
Jawapan: 10 dan 11 fitnah.
12. Wanita haram memakai seluar walaupun longgar termasuk di hadapan suami.
Jawapan : Ini fatwa peribadi beberapa tokoh.
13. Lafaz صدق الله العظيم adalah bid’ah yang sesat.
14. Perempuan dilarang memandu kereta.
15. Suara wanita adalah aurat.
16. Waktu Imsak di Bulan Ramadhan adalah bid’ah yang sesat.
Jawapan: 13, 14, 15 dan 16 adalah fitnah.

Jawapan Salafiyyah terhadap Fitnah Kullabiyyah

JAWAPAN TERHADAP FITNAH
PERTENTANGAN AHLI SUNNAH SALAFIYYAH DENGAN AHLI SUNNAH ASHA’IRAH.

Fitnah terhadap Ahl Sunnah ini dibuat oleh kelompok sesat syiah dan ahbash serta yang terpengaruh dengan mereka. Ahbash adalah satu cabang syiah, begitu golongan serban jubah zindiq atheis dari kalngan tariqat2 sesat batiniyyah.

Yahudi, kristian Salib, Syiah, Ahbash, komunis dan yang tertipu dengan mereka menuduh Ahli Sunnah sebagai wahhabi, sesat dan kafir. Syiah menuduh semua Ahl Sunnah sebagai wahhabi kafir, kecuali golongan sufi yang bersekongkol dengan mereka.

Syiah dan Ahbash menyamar sebagai Ahl Sunnah Asha’irah untuk memecahbelahkan Ahli Sunnah wal Jama’ah sebenar.

Wakil Asha’irah (sebenarnya Syiah ahbash yang menyamar Asha’irah) menulis: Terdapat berbagai pertentangan antara golongan ini (wahhabiyyah) dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana bukan sahaja melibatkan masalah-masalah Furu’ (Fiqh) malah turut melibatkan masalah Usul (Aqidah). Di antara pertentangan dalam masalah aqidah adalah :

a. Mereka (ahl al-sunnah salafiyyah) menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20 dan membahagikan tauhid kepada 3 iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma Was Sifat.

Jawapan: Pendekatan sifat 20 secara mendalam bukanlah manhaj aswj. Di manakah Nabi dan sahabat mengajar tentang tanjizi hadith, tanjizi qadim, saluhi qadim, jawhar, aradh, jism, jihah, makan dan lain2 lafaz bid’ah ini??
Semua itu tidak membuah iman dan takut kepada Allah sebaliknya hanya memeningkan masyarakat dan membingungkan mereka!! Mengapa dalil2 aqal shj yg dikemukakan? Di mana ayat2 al-Quran dan al-Hadith. Jelas ini bukanlah manhaj aswj bahkan manhaj falsafsah aristotle dan plato.

Uluhiyyah, rububiyyah dan Asma’ wa Sifat ini mmg wujud dalam al-Quran dan Hadith. Bagaimanakah kamu berani mengingkari al-Quran dan al-Hadith?? Kerana kejahilan dan kebencian??

b. Berpegang dengan ayat-ayat mutasyabihat secara zahir sehingga sampai ke peringkat menyamakan Allah dengan makhluk (Musyabbihah Mujassimah). Contohnya : meeka mengatakan, “Allah duduk di atas Kursi”. (Lihat Fathul Majid, Abdul Rahman Bin Hasan Bin Mohd Bin Abdul Wahab, cet. Darul Salam, Riyadh)

Jawapan: Ini menunjukkan pemfitnah atau penulis ini tidak mengetahui apa itu takrif mujassimah dan mushabbihah. Ayat2 mutashabihat di sisi ulama salaf dan salafiyyah bukanlah mutashabih secara total. Bahkan makna-makna kalimah tersebut diketahui dan jelas (muhkamat), yang tidak jelas (mutashabihat) hanyalah haqiqat dan kayfiyyahnya, inilah yang kita tafwidhkan kepada Allah.
kami berpegang dengan kaedah ithbat al-ma’na dan tafwidh al-kayfiyyah bukan tafwidh mutlaq atau ta’wil (tahrif).

Kami tidak pernah tahu Allah duduk atas kerusi. Ini fitnah. Yang kami yaqini ialah Allah tinggi di atas arasy. Arasy Nya di atas kerusiNYA. Kami beriman dgn perkara ini dan menyerahkan haqiqatnya kepada Allah. (Yang mengatakan Allah di atas kerusi ialah Mujahid ibn Jabr dan ‘Abdul Qadir al-Jaylani). yang penting, Allah boleh berbuat apa sahaja yang DIA kehendaki.

c. Menganggap syirik berbagai amalan ahli sunnah seperti Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Baz. (Mohd Jamil Zainu, Kaifa Ihtadaitu Ila Tauhid, ms 83 dan 89)

Jawapan: Ya benar, kami menolak selawat2 rekaan yang mengandungi pendewaan terhadap makhluk seolah2 Nabi itu Tuhan yang menyembuhkan penyakit2. Menyembuhkan penyakit hanyalah Allah dan itu adalah sifat dan NamaNYA. Ini jelas dalam al-Quran dan al-Hadith.
Belum cukup lagikah selawat2 dalam hadith2 sahih?? Kami mencintai Nabi tapi tidak mengangkat Baginda ke taraf Tuhan.

d. Pengikut Asya’irah dan Maturidiyah tidak layak digelar sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. (Soleh Fauzan, Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, ms 32, terbitan Riasah Ammah Lil Ifta’).

Jawapan: Asha’irah ialah golongan yang mempelajari kitab2 asha’irah dan percaya kepada karangan2 tersebut. Adapun maturidiyyah tiada kena mengena dgn masyarakat melayu krn org melayu secara umumnya tidak membaca dan tidak mempelajari buku2 maturidiyyah.! Bagaimana mrk boleh mengaku sbg maturidi?? Ini karut.
Kami menghormati asha’irah sbg golongan yang mengamalkan sunnah, menepati banyak aqidah sunnah (aswj), menghormati kalian sebagai muslim, solat di belakang kamu, dan tidak mengkafirkan kamu. (kamu shj yg menganggap kami lbh kafir drpd syiah! melabel kami sbg wahhhabi sesat dan murtad!) Siapa dari kita yg lbh fanatik??

Prinsip kami ialah : aqidah tidak dinisbahkan kpd manusia2 yang tidak maksum. Itu adalah bid’ah! Bahkan aqidah wajib dinisbahkan kpd Quran dan Hadith, kpd Nabi dan sahabat yang dijamin syurga, dijamin aqidah mrk sahih. mrklah golongan salaf (Nabi , shabat dan tabi’in).
Kamu mengaku sunnah, tetapi byk sunnah kamu perangi dan tolak, bahkan kamu mencipta pelbagai bid’ah! Itukah Ahl al-Sunnah??
Kamu mengaku al-Jama’ah. Adakah aqidah kamu diambil dari jamaah sahabat?? atau buku2 asha’irah kullabiyyah dan mu’tazilah??
Bukan semua perkara kamu betul. Asha’irah kullabiyyah bukanlah maksum bahkan banyak kesalahan.

e. Memerangi Tareqat Kesufian – Perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi Yahudi, sesungguhnya Sufi itu adalah roh Yahudi. (Majmu’ul Mufid Min Aqidatit Tauhid, ms 102, Maktabah Darul Fikr, Riyadh)

Jawapan: Sufi yang dimaksudkan ialah sufiyyah batiniyyah. Ya, mereka memang kuffar kerana menganggap tidak perlu lagi syariah, tiada lagi halal haram, dan kewajipan2 ibadat setelah wusul kpd maqam haqiqat! Tareqat2? apa perlunya tareqat2? Tidak cukupkah zikir2 Nabi? Tidak cukupkah akhlak dan adab2 salaf? Tidak cukupkah tareqat Nabi dan sahabat??? Tidak cukupkah maqam ihsan, zuhd, riqaq, ikhlas dan khashyah? Bai’ah ialah kpd pemerintah muslim, bkn kpd guru2 tareqat!

f. Menganggap pelaku berbagai amalan ahli sunnah sebagai melakukan bid’ah dhalalah dan akan menjadi penghuni neraka.

Jawapan: Ini tuduhan kebudak-budakan. Pertama, apakah yang dimaksudkan amalan ahli sunnah? Adakah adat2 melayu kuno dan batil itu amalan2 ahli sunnah? Siapakah yang menuduh kamu bid’ah dalalah? Siapa yang menuduh dan menghukum kamu sbg ahli neraka?. Mustahil muslim salafi menghukum org lain sbg penghuni neraka. Ini jelas fitnah dan kamu tidak temui jawapannya hingga Qiyamat.

Mengkritik kebatilan fikrah2 dan aliran2 sesat bukan bermakna menghukum orang lain sebagai ahli neraka. Ini dua perkara yang berbeza.

Muslimin yang kamu tuduh sebagai wahhabi sesat kafir itu adalah Ahl al-Sunnah bermazhab Shafi’iyyah dan Hanabilah. Berhati2lah mewahhabikan dan mengkafirkan orang lain, agar aqidah kamu tidak hancur, amalan tidak gugur dan tidak kekal dalam Api Neraka Jahannam.
Wassalam. 16/10/2015

Salafiyyah dan Asha’irah

ASWJ aliran Salafiyyah
Untuk mengenal manhaj Salaf, bolehlah membaca buku2 berikut,
‘Aqidah Salaf aswj oleh Abu ‘Uthman al-Sobuni, Kitabut Tauhid, al-‘Aqidah al-Wasitiyyah, dan Lum’atul I’tiqad oleh Ibn Qudamah; atau dalam bentuk ringkasan buku akidah, spt Fathu Rabbil Bariyyah ringkasan Hamawiyah, Taqrib Tadammuriyah ringkasan kitab Tadmuriyah; atau buku-buku yang khusus dalam bab akidah, seperti Syarh Ushulil Iman, al-Iman bil Qadar, dan al-Qawa’id al-Muthla oleh Shyakh Muhammad al-Salih al-‘Uthaymin.

ASWJ aliran Asha’irah.
Ashairah kini tidaklah tulen spt asha’irah mutaqaddimin. asha’irah mutakhir adalah kullabiyyah , lebih dekat dan cenderung kepada mu’tazilah.
Terdapat 15 hingga 60 perbezaan antara Salafiyyah dengan Asha’irah. Lihat Manhaj al-Asha’irah fi al-‘Aqidah oleh Dr. Safar al-Hawali.

Post Navigation