Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Pendermaan Organ

By: Ust Abid Annuriyy

Takrif: Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir. Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa. Pemindahan organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma.

Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak sahaja yang boleh mendermakan organ (jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang) dan tisu. Manakala penderma yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu (mata, kornea, injap jantung, tulang dan kulit).

Proses perolehan organ melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah secara steril (sucihama). Proses ini tidak akan menyebabkan sebarang kecacatan kepada tubuh badan penderma. Selepas pendermaan dijalankan, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna.
Pendermaan organ dan tisu boleh dijalankan di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta. Bagi individu yang meninggal di rumah, hanya pendermaan mata boleh dijalankan.

Hukum Pemindahan dan Pendermaan Organ

Hukum Pemindahan dan Pendermaan Organ : Khilaf di kalangan Ulama.

1.Menurut Ulama Hanabilah, pemindahan organ atau pendermaan organ adalah tidak harus dalam Islam. Ini kerana terdapat nass yang mengharamkan pencabulan jasad manusia ketika hidup dan mati. Anggota badan adalah milik dan amanah Allah bukan milik manusia. Lihat al-‘Uthaymin, Sharh Riyadh al-Salihin, 2006.
فهناك قسم كبير من العلماء يرون عدم جواز نقل الأعضاء من جسم إلى آخر، واستدلوا لذلك بأن الإنسان لا يملك جسده حيا أو ميتا حتى يهبه ويعطيه للآخرين، فكيف يعطي ويتبرع بما لا يملكه؟!
Ramai ulama yang berpendapat tidak harus memindahkan anggota-anggota badan seseorang kepada seorang yang lain. Mereka berhujah bahawa manusia tidak memiliki tubuhnya ketika hidup atau mati maka bagaimanakah ia dapat mendermakannnya kepada orang lain. Bagaimana harus ia memberikannya apa yang ia tidak miliki.
وقال بعضهم: فيه تشويه لجسد الإنسان وتقطيع أعضائه، أو برر بعضهم أنه قد يحدث عند نقله تعطل إحدى الكليتين مثلا فيحتاج المتبرع إلى كليته التي تبرع بها، والثانية قد لا تصلح لمن تبرع بها إليه ويرفضها جسده، ونكون قد تسببنا في هلاكه،
Sesetengah ulama berhujah, Pemindahan dan Pendermaan Organ adalah HARAM kerana menghodohkan jasad manusia dan memotong-motong anggota tubuhnya. Mungkin ketika pemindahan dilakukan, rosak salah satu buah pinggang contohnya lalu penderma memerlukan kembali buah pinggangnya itu kembali. Penerima juga mungkin tidak dapat menerima kerana mungkin tidak sesuai sedangkan kita telah menyebabkan kematiannya atau kerosakannya.
وقال بعضهم: سدا للذرائع حيث هناك طوابير ينتظرون من يشتري منهم حتى يستطيعون القضاء على ديونهم أو يتغلبوا على متطلبات الحياة، ويضيف: وكم من إنسان نقل إليه عضو من إنسان آخر وبعد فترة لفظه ولم يقبله، ناهيك أنه يستخدم الأدوية التي تضعفه وتؤدي به إلى التهلكة {ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة وأحسنوا إن الله يحب المحسنين} (البقرة:195) و«لا ضرر ولا ضرار» (حسنه الألباني) و«درء المفاسد مقدم على جلب المصالح»
Ulama lain berhujah dengan Sadd al-Zara’ei’ yakni menghalang akan zari’at-zari’at (jalan kerosakan an kemudaratan) di mana orang ramai menunggu orang lain untuk membeli organ-organ mereka untuk melangsaikan hutang-hutang mereka atau mengatasi masalah-masalah kehidupan. Betapa banyak pemindahan organ dilkukan gagal kerana tidak sesuai dan tidak diterima oleh jasad penerima. Ubatan yang digunakan pula melemahkan dan boleh menyebabkan kematian. Firman Allah Ta’ala, “…dan jangan kamu lemparkan diri kamu kepada kebinasaan…(al-Baqarah: 195). Dalam hadith, “Tidak boleh memudaratkan diri dan tidak juga memudaratkan orang lain,” dan kaedah Fiqh “Menolak kerosakan lebih utama dari mencari manfaat.”
وأيضا هذا فيه إلحاق أذى بمن تبرع، وحرم الله سبحانه وتعالى الإيذاء قائلا {والذين يؤذون المؤمنين والمؤمنات بغير ما اكتسبوا فقد احتملوا بهتانا وإثما مبينا} (الأحزاب:58)
Pendermaan organ juga menyakiti orang yang menderma. Allah telah mengharamkan perbuatan menyakiti orang lain dengan berfirman, “Dan orang-orang yang menyakiti mukminin dan mukminat tanpa sebarang dosa, maka mereka telah melakukan buhtan (tuduhan palsu) dan dosa yang jelas (besar).” (Al-Ahzab: 58).
وبعض أهل العلم يرى أن هذا تمثيل بالميت، ولقد جاء النهي المحرم بهذا العمل لحديث «لا تمثلوا» (صحيح مسلم)، وبعضهم قال: هذا يمس كرامة الإنسان حيا أو ميتا {ولقد كرمنا بني آدم} (الإسراء: 70)، وبعضهم حرم نقل الأعضاء حتى عن الميت لحديث «كسر عظم الميت ككسره حيا» في الإثم.
Segolongan ahli ilmu berpendapat pemindahan organ adalah perbuatan mencincang-cincang mayat sedangkan ini telah diharamkan dalam hadith “Janganlah kamu mencincang-cincangkan mayat.” Sahih Muslim.
Segolongan ulama lain berkata, ini (haram kerana) menghina kemuliaan manusia yang hidup atau mati sedangkan Allah berfirman,
ولقد كرمنا بني آدم (الإسراء: 70)
“Dan demi sesungguhnya KAMI telah muliakan anak-anak Adam,…” (al-Isra’: 70). Ulama lain memandang haram pemindahana organ orang hidup atau mati berdasarkan hadith, “Mematahkan tulang orang mati sama (dosanya dan hukumnya) dengan mematahkan tulang orang hidup.”

2. Ulama Fatwa di Lajnah Fatwa Kementerian Waqaf Kuwait no. 23/79 (bertarikh 5 Safar 1400H). Harus memindahkan anggota badan dari penderma yang masih hidup dengan syarat tidak membawa tidak membawa kepada kematian penderma seperti derma jantung, paru-paru, atau merosakkan dua tangan atau dua kaki atau salah satu darinya. Pemindahan salah satu buah pinggang atau sebatang gigi atau darah adalah harus dengan syarat keizinan penderma.

Ulama yang mengharuskan berhujah bahawa perkara itu (derma darah atau buah pinggang) termasuk amal salih, ihsan, birr dan ithar (mengutamakan orang lain) yang dipuji syarak.

جاءت فتوى لجنة الفتوى في وزارة الأوقاف الكويتية رقم 23/79 بتاريخ 5 صفر 1400 هـ حول جواز نقل الأعضاء من المتبرِّع الحي، بشرط ألّا يُفضي العضو المنقول إلى موت المتبرِّع كالقلب والرئتين أو فيه تعطيل له عن واجب اليدَين والرجلَين معًا، أما نقل إحدى الكليتين أو العينين أو إحدى الأسنان أو بعض الدم، فهو جائز بشرط الحصول على إذن المنقول منه
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 – 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

1. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

2. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.

3. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.

4. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat kemalangan.

Majma’ al-Fiqh al-Islami.
3. Menurut Ulama Majma’ al-Fiqh al-Islami (Pertubuhan Fiqh Islam Sedunia) harus hukumnya dengan syarat Manfaat yang dijangka mestilah arjah (lebih besar) dari kerosakan. Memindahkan jantung hokumnya haram kerana mengakibatkan pemilik jantung itu mati.

Keterangan dan Hujah:

1. Sumber yang menjadi asas hukum di atas ialah:
i. Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang dituntut oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi ” لا ضرر ولا ضرار ” yang bermaksud “Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”.
ii. Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam firman Allah 185 Surah al-Baqarah yang bermaksud “Allah berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan tidak berkehendak kepayahan”.
iii. Melakukan kemudharatan yang paling ringan di antara dua kemudharatan, sepertimana yang terkandung dalam kaedah Fiqh yang berbunyi ” ارتكا ب أخف الضررين ” yang bermaksud ” melakukan kemudharatan yang lebih ringan “.

2. Hukum harus menderma dan memindahkan organ juga tertakluk kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
i. Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan sebagainya.

ii. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan.

iii. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau kekeliruan.

iv. Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli anggota tubuh. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata. Sekiranya ada pemberiaan penghargaan semata2, atau membayar ketika darurat maka itu masih dlm perbincangan mujtahid. (Majma’ al-Fiqh al-Islami)

v. Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam.
vi. dipercayai dengan sangkaan kuat bahawa pemindahan itu Berjaya.
Di Malaysia, pendermaan organ akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut:
1. Hanya organ dan tisu yang diizinkan oleh ahli keluarga;
2. Organ dan tisu itu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian;
3. Ada penerima sesuai yang menunggu.
Di negara-negara Islam tertentu seperti Mesir, Arab Saudi, Iran dan Pakistan, umat Islam dibenarkan mendermakan organ atau tisu mereka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Menurut Ulama Hanabilah, pemindahan organ atau pendermaan organ adalah tidak harus dalam Islam. Ini kerana terdapat nass yang mengharamkan pencabulan jasad manusia ketika hidup dan mati. Lihat al-‘Uthaymin, Sharh Riyadh al-Salihin, 2006.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: