Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Sifat dan Ciri2 Islamic Law

CIRI-CIRI ASAS HUKUMAN DALAM ISLAM
• Berasaskan wahyu (al-shar’iyyah atau al-rabbaniyyah). Dari situ muncul kaedah; “la jarimah wa la ‘uqubata illa bi nass.”
• Al-Qada’iyyah iaitu diputuskan hukuman oleh pemerintah dan qadi yang dilantik.
• Al-Musawah iaitu persamaan hukuman dikenakan ke atas semua: pemerintah juga rakyat, orang asing atau kerabat, kaya dan miskin.
• Shakhsiyyat al-‘Uqubah iaitu penjenayah menanggung sendiri hukuman akibat jenayahnya bukan orang lain.
لا يؤخذ الرجل بجريرة أبيه ولا بجريرة أخيه
Bukan seperti masayarakat jahiliyyah, apabila dibunuh maka dibunuh dengan jumlah ramai, atau apabila haiwan mereka dibunuh maka manusia pula dibunuh sebagai balasan.

OBJEKTIF/TUJUAN HUKUMAN HUDUD, QISAS, DIYAT DAN TA’ZIR.
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah shar`iyyah bertujuan mencegah semua kerosakan (mafasid) juga untuk menjaga lima perkara:
1. Hifz ad-din iaitu Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.” (Riwayat Bukhari)
2. Hifz al-Nafs iaitu Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, 2:179)
3. Hifz al-‘Aql iaitu Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh (80) kali sebatan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Abu Bakr r.a. telah menyebat empat puluh kali sebatan juga, dan ‘Umar r.a. menyebat sebanyak lapan puluh kali.”
4. Hifz al-Nasab iaitu Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
“Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus (100) kali sebatan, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5. Hifz al-Mal iaitu Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Ma’idah: 38)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar.” (Surah Al-Ma’idah: 33)
Ada ulama yang memasukkan objektif ke 6 iaitu hifz al-‘irdh atau hifz al-muru’ah.
Ulama lain menambah objektif hifz al-‘adl. Al-Quran telah menghuraikan konsep keadilan didalam beberapa ayat yang diantaranya membawa pengertian Al-quran mewajibkan setiap manusia di dalam segala urusannya terutama di kalangan pemerintah yang berkuasa.Apabila mereka menjalankan sesuatu pemerintahan dan memutuskan sesuatu hukuman itu hendaklah seadil yang mungkin. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT:

“Jika kamu menghukum diantara manusia, hendaklah kamu menghukum
seadil-adilnya.” (Surah An-Nisa’ 4:58)
KONSEP HUKUMAN
Apabila membincangkan keadilan di dalam syariah Islam,beberapa perkara penting perlu dihuraikan untuk melihat keadilan.Prinsip syariah Islam itu sendiri melambangkan keadilan iaitu terdapat 4 prinsip utama :

1. Syariah Islam berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kesusahan dan memberikan kemudahan kepada umat manusia untuk mematuhi syariah Allah SWT . segala sesuatu yang diperundangkan ,sememangnya dapat dilaksanakan oleh manusia.hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam terjemahan :

“Allah tidak membuat untuk kamu kesukaran didalam agama kamu”. Surah al-Hajj, 22:78

Kemudahan syariah Islam dapat dilihat didalam semua perundangan.Misalnya Allah SWT menggugurkan taklif keatas manusia daripada melakukan fardhu ain ketika uzur.

2. Syariah Islam cuba sedaya upaya mengurangkan hukuman agar tidak menjadi beban kepada manusia. Allah SWT hanya mengharamkan sesuatu yang merosakkan akidah, syarak dan akhlak,akal,tubuh badan,keturunan dan harta benda. Sebaliknya semua yang baik dihalalkan oleh Allah SWT.Firman Allah SWT[30] :

“Mengapa kamu tidak mahu makan binatang yang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, pada hal Allah telah menjelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan kepada kamu”. Surah Al-An’am, 6:119

3. Syariah Islam juga memperundangkan sesuatu dan perlaksanaanya secara beransur-ansur ,tidak sekaligus.Hal ini adalh bertitik tolak daripada kadar keupayaan manusia yang berada didalam keadaan lemah yang tidak pasti melaksanakan segala hukuman sekaligus.

4. Keadilan syariah Islam kemudiannya dapat dilihat dengan kewujudan kesamarataan didalam mentaklifkan segala fardhu ain. Setiap manusia tidak mengira pangkat dan keturunan diwajibkan melakukan titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangannya.Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada keutamaan bagi orang Arab dan orang Ajam dan tidak ada keutamaan bagi orang hitam dengan orang arab melainkan taqwa”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: