Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Definisi Jenayah dan Kategorinya

DEFINISI JENAYAH.
Jenayah menurut Bahasa Arab ialah melakukan kesalahan, kejahatan atau dosa atau melakukan kesalahan yang dihukum dengan sebab kesalahan itu. Jamaknya jinayat. Jenayah itu boleh berlaku kepada badan, harta atau kehormatan (maruah).
Menurut istilah syariah, al-jinayah ialah
التَّعَدِّيْ عَلَى الْبَدَنِ بِمَا يُوْجِبُ قِصَاصًا أَوْ مَالًا
pencerobohan terhadap badan yang mewajibkan qisas (hukuman balas) atau harta.
Kategori Jenayah.
1. Hudud. Hudud ialah

عقوبة مقدرة من قبل الشارع فلا يجوز الزيادة عليها ولا النقصان منها

Hukuman yang telah ditetapkan kadarnya oleh shari’ (Allah) tidak harus ditambah dan tidak harus dikurangi.

2. Qisas. Qisas ialah dilakukan kepada seseorang itu sepertimana yang ia lakukan kepada orang lain yang berbentuk kejahatan kepada tubuh badan, sama ada perbatan itu adalah pembunuhan atau lebih ringan dari itu (seperti luka dan patah). Lihat Dr. Mustafa al-Khin, et.al, al-Fiqh al-Manhaji, Dimashq: Dar al-Qalam, jld 3, ms 397.

3.Ta’zir. Ta’zir ialah
عُقُوبةٌ غَيرُ مُقَدَّرَةٍ مِنْ قِبَلِ الشَّارِعِ بل هي متروكةٌ لِرأيِ الْحَاكِمِ
‘Uqubah (hukuman) yang tidak ditetapkan oleh shari’ (Allah) bahkan terpulang kepada ijtihad pemerintah.
Lihat Dr. Mustafa al-Khin, et.al, al-Fiqh al-Manhaji, Dimashq: Dar al-Qalam, jld 3, ms 416.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: