Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Apakah Beza antara riba al-nasi’ah dengan riba al-fadl?

Perbezaan antara riba al-fadhl dgn riba al-nasi’ah.

Riba nasi’ah berasal dari kata an-nasaa’u, yang bermaksud penangguhan. Terdapat dua jenis riba nasi’ah.

1. Mengubah hutang bagi orang yang dalam kesulitan,dan inilah riba Jahiliyyah, di mana seseorang memiliki wang pada orang lain untuk dibayarkan dengan jangka waktu. Jika sudah sampai tempohnya, maka orang yang memberi pinjaman itu berkata kepada orang yang berhutang, “Kamu boleh lunasi (sekarang) atau menambahi (jika menunda)”. Jika dia melunasinya, maka selesai masalah. Jika tidak, maka peminjam mesti menambah nilai pada jumlah pinjaman awal ketika waktu tamat tempoh. Penambahan tersebut dilakukan kerana lambat membayar hutang. Dengan itu, pinjaman itu akan berlipat-lipat kali ganda jumlahnya ke atas peminjam.

2. Pada suatu jual beli dua jenis barang, yang keduanya mempunyai ‘illat terdapat riba fadhl sama, dengan penangguhan penerimaan keduanya atau penerimaan salah satu dari keduanya. Misalnya jual beli emas dengan emas atau dengan perak, atau perak dengan emas dengan jangka waktu atau tanpa serah terima barang di tempat pelaksanaan akad.

Riba Nasi’ah adalah riba yg paling buruk.

((إنما الربا في النسيئة))،  المقصود منه: الربا الأفحش والأغلظ هو ربا النسيئة.

Riba al-Fadl.

Riba al-fadhl pula berasal dari perkataan al-fadhl yang bererti tambahan pada salah satu dari kedua barang yang dipertukarkan.

هو بيع المال الربوي بجنسه مع زيادة في أحد العوضين.

al-Fadl menurut istilah : jual beli barang ribawi dengan jenisnya berserta tambahan dalam salah satu barangan.

Dan nash-nash telah datang mengharamkannya pada enam (6) jenis barangan, iaitu emas, perak, jelai, gandum, kurma dan garam.

Jika salah satu dari barang-barang di atas dijual dengan barang yang sejenis, maka diharamkan adanya tambahan (kelebihan) diantara keduanya. Dan diqiyaskan kepada keenam hal di atas adalah barang-barang yang mempunyai kesamaan ‘illat dengannya. Maka, tidak diperbolehkan, misalnya, menjual satu kilo emas berkualiti buruk dengan setengah kilo emas berkualitas baik. Demikian halnya perak dengan perak, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, kurma dengan kurma dan garam dengan garam. Tidak diperbolehkan menjual sedikitpun dari barang-barang di atas dengan jenis yang sama kecuali dengan sama banyak, berkuliti sama, dan seketika penyerahannya.

Namun, dibolehkan menjual satu kilo emas dengan dua kilo perak jika dilakukan dari tangan ke tangan (seketika), kerana adanya perbezaan jenis. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((الذهب بالذهب، والفضة بالفضة، والبر بالبر، والشعير بالشعير، والملح بالملح، والتمر بالتمر، مثلاً بمثل، يدًا بيد، فمن زاد أو استزاد فقد أربى، الآخذ والمعطي فيه سواء)).

أخرجه مسلم عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه –

وفي رواية أخرى لمسلم: (( وإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدًا بيد)).

“Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, kurma dengan kurma, garam dengan garam, semisal dengan semisal, dalam jumlah yang sama dan tunai, tangan dengan tangan. Dan jika jenis-jenis ini berbeza, maka juallah sekehendak hati kalian, jika dilakukan serta diserahkan pada waktu yg sama (tanpa bertangguh).” [HR Muslim dari hadith ‘Ubadah bin al-Shamit radhiyallahu ‘anhu]

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: