Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Aqidah Abu Hanifah

al-Imam Abu Hanifah (80-150H) berkata “Allah memiliki sifat-sifat zatiyyah dan fi’liyyah. Sifat-sifat zatiyyah Allah adalah hayah (hidup), qudrah (mampu atau berkuasa), ilmu (mengetahui), sam’ (mendengar), basar (melihat), dan iradah (kehendak). Sedangkan sifat-sifat fi’liyyah Allah adalah menciptakan, menghidupkan memberi rezeki, membuat seseuatu, mematikan dan lain-lain yang berkaitan dengan sifat perbuatan. Allah tetap dan selalu memiliki asma’-asma’ dan sifat-sifatNya. [kitab al-Fiqh al-Akbar ] Beliau juga berkata “Allah tetap melakukan (berbuat) sesuatu. Dan melakukan (berbuat) itu merupakan sifat azali. Yang melakukan (berbuat) adalah Allah, yang dilakukan (objeknya) adalah makhluk dan perbuatan Allah bukanlah makhluk.” [Ibid]

Abu Hanifah menegaskan bahawa Allah di atas langit ke tujuh di atas arasyNYA. Beliau berkata “Sesiapa yang berkata; ‘Saya tidak tahu Tuhanku itu di mana,di atas langit atau di bumi; maka orang itu telah kafir. Demikian pula orang yang berkata, ‘Tuhanku itu di atas ‘arasy. Tetapi saya tidak tahu ‘arasy itu di atas langit atau di bumi.” [ kitab al-Fiqh al-Absath, Majmu’ al-Fatawa (Ibn Taimiyyah), Ijtima’ al-Juyush al-Islamiyyah (Ibn Qayyim), al-‘Uluww (az-Zahabi), dan Sharh al-‘Aqidah at-Tohawiyyah (Ibn Abi al-‘Izz) ] Seorang wanita bertanya kepada beliau, “Di mana Tuhan anda yang anda sembah itu? Abu Hanifah menjawab, “Allah SWT ada di atas langit, bukan di bumi.” Kemudian ada seseorang bertanya “Tahukah anda bahawa Allah berfirman ((Dan Dia (Allah) itu bersama-sama kamu)) Al-Hadid ( 4 )?” Abu Hanifah menjawab “Ungkapan itu seperti kamu menulis surat kepada seseorang, “Saya akan selalu bersamamu”, padahal kamu jauh darinya” [kitab al-Asma’ wa as-Sifat] Beliau juga berkata “Demikian pula tentang Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka yang menyatakan janji setia kepada rasul, Tangan Allah itu tidak sama dengan tangan makhluk” [kitab al-Fiqh al-Absat ] Beliau juga berkata “Bahawa Allah itu mempunyai sifat kalam (berkata-kata) sebelum Allah berfirman kepada nabi Musa a.s.” [kitab al-Fiqh al-Akbar ]

Larangan Imam Abu Hanifah Terhadap Ilmu Kalam Dan Berdebat Dalam Masalah Agama

Ilmu kalam ialah kesesatan iaitu membicarakan tentang sifat2 Allah dan Nama2NYA secara sgt mendalam tanpa petunjuk Rasul dan sahabah, tidak mendiamkannya sebagaimana diamnya Rasul dan Sahaabah. Cthnya kebanyakan golongan pondok yg memperdlm2kan bicara ttg sifat wujudullah sehingga bertahun2, dgn akal yg dangkal, merepek2, dan direka2 spt bicara golongan falsafah yg sesat dan bingung. Antaranya, “Adakah wujud itu ‘ayn al-mahiyah atau bukan? adakah wujud zat ‘ayn al-mawjud?” atau wujud itu ‘ayn az-zat? Mrk bicarakn perkara2 yg sia2 spt ttg jawhar, jism, aradh, jihah, shay’ wa ghayr shay’, kalam nafsiyy, kasb, juga takrif iman secara batil dll. Iman Shafiei menamakan mrk itu sbg zindiq! Abu Hanifah jg sgt keras dlm mengingkari ilmu kalam (karut).

  1. Imam Abu Hanifah berkata “Di kota Basrah, orang-orang yang mengikuti hawa nafsu sangat banyak. Saya dating ke Basrah lebih dari dua puluh kali. Terkadang saya tinggal di Basrah lebih dari satu tahun, terkadang satu tahun, dan terkadang kurang dari satu tahun. Hal itu kerana saya mengira kononnya bahawa Ilmu Kalam itu adalah ilmu yang paling mulia.” [Al-Kurdi,Manaqib Abi Hanifah]
  2. Beliau menuturkan “Saya pernah mendalami ilmu kalam, sampai saya tergolong manusia unggul dalam ilmu kalam. Suatu ketika saya tinggal dekat tempat pengajian Hammad bin Abu Sulaiman. Lalu ada seorang wanita datang kepadaku,ia berkata “Ada seorang lelaki mempunyai seorang isteri wanita sahaya. Lelaki itu ingin menalaknya dengan talak yang sesuai sunnah. Berapakah dia harus menalaknya?” Pada saat itu saya tidak tahu apa yang harus saya jawab. Saya hanya menyarankan agar ia datang ke Hammad untuk bertanyakan hal itu,kemudian kembali lagi kepada saya untuk memberitahu apa jawaban Hammad. Ternyata Hammad menjawab “Lelaki itu dapat menalaknya ketika isterinya dalam keadaan suci dari haid dan juga tidak dilakukan hubungan jima’, dengan satu kali talak sahaja. Kemudian isterinya dibiarkan sampai haid dua kali. Apabila isteri itu sudah suci lagi,maka ia hala untuk dinikahi.” Begitulah wanita tadi datang lagi kepada saya dan memberitahukan jawaban Hammad tadi. Akhirnya saya berkesimpulan “Saya tidak perlu lagi mempelajari ilmu kalam. Saya ambil sandalku dan pergi untuk berguru kepada Hammad.” [kitab Tarikh Baghdad ]
  3. Beliau berkata lagi “Semoga Allah melaknati ‘Amr bin ‘Ubayd,kerana telah merintis jalan untuk orang-orang yang mempelajari ilmu kalam, padahal ilmu ini tidak ada gunanya bagi mereka.” Beliau juga pernah ditanya seseorang “Apakah pendapat anda tentang masalah baru yang dibicarakan orang-orang dalam ilmu kalam,iaitu masalah sifat-sifat dan jism?” Beliau menjawab “Itu adalah ucapan-ucapan para ahli falsafah. Kamu wajib mengikuti hadis Nabi s.a.w dan metode para ulama’ salaf. Jauhilah setiap perkara yang baru, kerana hal itu adalah bid’ah.” [al-Harawi, Zamm ‘Ilm al-Kalam ]

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: