Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “April 17, 2015”

Cahaya Allah Tajalli

al-Imam Ahmad ibn Hanbal mengisnadkan
حَدَّثَنَا رَوْحٌ ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ ، عَنْ ثَابِتٍ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ : فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ سورة الأعراف آية 143 قَالَ : فَأَوْمَأَ بِخِنْصَرِهِ ، قَالَ : فَسَاخَ .
Nabi saw bersabda tentang firman Allah, “Maka ketika muncul Tuhannya kepada gunung,…” (al-A’raf: ayat 143) lalu Dia menunjukkan hujung jari kelingkingNYA lalu gunung itu hancur luluh tenggelam ke dalam bumi dan Musa terjatuh pengsan. Hadith 12926.

Gunung Tursina Musa

Siapa Ahl al-Quran dan Ahl al-Hadith?

Bismillah…

Ahl al-Qur'an dan al-Hadith

Rindu Imam Shafiei

قال الشافعي:
إذا هجع النوام أسبلت دمعتي ,,, وأنشدت بيتا وهو من ألطف الشعرِ
أليس من الخسران أن لياليا ,,, تمر بلا علمِ وتحسب من عمري

Berkata al-Imam al-Shafiei,
Apabila org2 telah tidur nyenyak, mengalir airmataku,
aku dendangkan syair yang paling halus.
Bukankah suatu kerugian ; malam demi malam berlalu, tanpa ilmu,
tetapi umurku semakin habis.

Pilihlah.

Dara A berzina.
Dara B berkahwin baik-baik dengan suami orang. Mana lebih baik?

Akhlaq: Sedar Diri

Perlu Ahliyyah (kelayakan), authority dan Tawliyah Untk Berfatwa.
Kuasai ilmu2 syariah sblm berfatwa di fb. Kuasai aqidah salaf, tafsir, bhs arab, fiqh 4 mazhab, hadith Sunan Tis’ah dan usul fiqh. Yg plg cepat berfatwa plg cepat ke Neraka. Jauhi fatwa kanak2 ribena – fatwa gila.

Iman dan Tawhid yg Sahih

Allah menjelaskan bhw DIA di atas arasy secara haqiqi bkn majazi. Seluruh alam ini dlm GenggamanNya. Ini keykinan Ahl al-Sunnah Ahl al-Hadith ASWJ.
Manakala Syiah jahmiyyah muktazilah aristotle sesat mengatakan Allah tidak bertempat yakni sama dgn al ma’dum (tiada), Allah tidak menggenggam. Mrk menafikan banyak sifat Allah.

Cara Kurus

A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Post Navigation