Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “April 14, 2015”

Istilhaq Anak Zina

Luasnya fiqh Islam dan rahmat ALlah.

al-Imam Abu Hanifah berkata, “Sekiranya seorang lelaki dan perempuan berzina lalu prempuan itu mengandung, lalu ia mengahwininya dan menutup aibnya, maka anak itu adalah anaknya (yg sah).”

قال أبو حنيفة: لا أرى بأساً إذا زنى الرجل بالمرأة فحملت منه أن يتزوجها ويستر عليها، والولد ولد له.
Ini juga pendapat al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Urwah, Sulayman ibn Yasar, al-Nakhaei dan Ishaq ibn Rahawayh.

Berkata Shaykhul Islam dalam Fatwanya,

وإن استلحق ولده من الزنا ولا فراش لحقه، وهو مذهب الحسن وابن سيرين والنخعي وإسحاق.انتهى

Menurut jumhur fuqaha’ pula, anak itu dinasabkan kepada ibunya dan keluarga ibunya. Anak itu menjadi rabib (anak tiri) kepada si lelaki (suami) dan berlaku hukum-hakam rabib (anak tiri) ke atas anak itu.

Post Navigation