Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Mazhab Melayu vs Mazhab Shafiei

Terdapat banyak amalan masyarakat Melayu yang dianggap bid’ah hasanah telah difatwakan haram dan bid’ah yang mungkar oleh Imam al-Shafi’e dan ulama Shafi’iyyah. Antaranya:

1) Solat Ragha’ib (solat sunat 12 rakaat antara maghrib dengan isyak pada bulan Rejab) dan solat sunat Nisfu Sya’ban. Solat ini dihukum bid’ah, mungkar dan buruk oleh Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, 4/56.

2) Mengangkat tangan terlalu tinggi ketika takbir sedangkan dalam mazhab Shafiei hanya separas bahu.

3) Menambah lafaz “wabarakatuh” ketika salam selepas solat. Juga dihukum bid’ah oleh Imam an-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Shahih Muslim 4/153.

3) Kenduri arwah. Ia dihukum bid’ah oleh Imam Syafie dan Imam al-Nawawi sebagaimana dinyatakan di dalam al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, 5/319-320.

4) Membina masjid atas kubur, mengerjakan solat dan minta doa pada mayat di kubur. Semua amalan ini dilarang oleh Imam as-Suyuti al-Shafie dalam al-Amr bi al-Ittiba’. Beliau menegaskan semua amalan-amalan ini boleh membawa kepada syirik.

5) Berjabat tangan selepas solat dan menyapu muka selepas berdoa. Ia dianggap perbuatan orang jahil oleh Imam al-‘Izz ibn ‘Abdis Salam al-Shafi’e dalam kitab al-Fatawanya, ms 46-47.

6) Meninggikan kubur. Amalan ini dibenci oleh Imam asy-Syafi’e sebagaimana yang dinukilkan Imam al-Nawawi dalam Sharh al-Muhadhdhab, 1/140.

7) Berzikir dengan suara yang kuat di dalam masjid. Amalan ini telah difatwakan haram oleh Imam Ibnu Hajar al-Haythami al-Shafi’e sebagaimana yang dinukilkan oleh Shaykh Zaynuddin ‘Abdul ‘Aziz al-Malibari al-Shafi’e dalam Fath al-Mu’in, 3/185.

al-Imam al-Shafi’e menjelaskan di dalam kitabnya al-Umm 1/127:

وَاخْتِيَارٌ لِلإِمَامِ وَالْمَأْمُوْمِ أَنْ يَذْكُرَا اللهَ بَعْدَ الْاِنْصِرَافْ مِنَ الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إِلَّا أَنْ يَكُوْنَ إِمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ مِنْهُ، فَيَجْهَرُ حَتَّى يَرَى أَنَّهُ قَدْ تُعَلِّمَ مِنْهُ ثُمَّ يُسِرُّ،

“Dan aku memilih bagi para imam dan makmum untuk berzikir setelah solat (yang lima waktu) dengan cara memperlahankan (yakni tidak mengeraskan suara), kecuali bila imam harus mengajarkannya kepada makmum, maka ia (boleh) untuk mengeraskan bacaan tersebut sehingga boleh mengikuti, tetapi kemudian dia (imam) kembali memperlahankan (lagi seperti semula).”

Shaykh Zaynuddin ‘Abdul ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’e rahimahullah di dalam kitabnya Fath al-Mu’in 3/185-186 menyatakan:

قال شيخنا: أما الْمُبَالَغَةُ فِيْ الْجَهْرِ بِهِمَا فِيْ الْمَسْجِدِ، بِحَيْثُ يَحْصُلُ تَشْوِيْشٌ عِلَى مُصَلٍّ فَيَنْبَغِيْ حُرْمَتُهَا.

“Syaikh kami (Ibnu Hajar al-Haitsami) mengatakan: Adapun (berzikir atau berdoa) dengan suara yang sangat keras di dalam masjid sehingga mengganggu orang yang sedang solat, maka sudah seharusnya hal seperti ini diharamkan.”
8) Membaca surah Yasin malam Jumaat. Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah menerusi kitabnya yang masyhur al-Umm, 1/239:

وَبَلَغَنَا أَنَّ مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ وُقِيَ فِتْنَةُ الدَّجَّالِ وَأُحِبُّ كَثْرَةَ الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ كُلِّ حَالٍ، وَأَنَا فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَتِهَا أَشَدُّ اسْتِحْبَابًا، وَأُحِبُّ قِرَاءَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ لْجُمُعَةِ وَ يَوْمَهَا لِمَا جَاءَ فِيْهَا.

“Dan apa yang telah sampai kepada kami, sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Kahfi terselamat daripada fitnah Dajjal. Dan disukai memperbanyakkan selawat ke atas nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada setiap masa. Bagi pendapat saya pada hari Jumaat dan pada malamnya lebih disukai. Dan saya suka membacanya (al-Kahfi) pada malam Jumaat dan pada siangnya seperti hadis yang menyebutnya.”

9) Zakat fitrah dengan duit

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: