Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “March, 2015”

Teguran Suci buat Golongan Sufi Falsafi

Menari Sambil Berzikir: Catatan Prof Dr. Wahbah al-Zuhayli |

“(Soalan:) apakah hukum menari semasa berzikir?

(Jawapan:) ini termasuk dalam bid’ah mungkar yang diharamkan oleh para ulama syariat walaupun golongan sufi melakukannya dengan takwilan-takwilan – hanya Allah yang tahu mengenainya – dan amalan ini tidak dibenarkan dan tidak diterima dari sudut syarak.

Al-Qurtubi rahimahullah dan ulama lain telah mengingkari perbuatan tersebut dan (perbuatan) seumpamanya berupa (bermain) sanj dan gendang semasa beliau mentafsirkan (ayat 6, surah Luqman)…”

[Fatawa Mu’asirah (1431 H); Muhammad Wahbi Sulayman (ed); Damsyik: Dar al-Fikr; h. 346]

Nota:

Sanj merupakan sejenis alat muzik.

Menganyam Lintasan Hati

1. Hudud hukum Allah yg tidak boleh dibatalkan atau dimaafkan apabila sabit, selain huquq al-‘ibad. Yang mengingkarinya adalah tidak beriman kpd Allah dan hari Akhirat. Dengan perlaksanaan hudud bumi akan dicurahi banyak barakah, insha Allah.
2. Adakalanya tidak kenal tapi cinta.
3. Dulu saya jg diajar bhw hadith2 sahih tidak qatei. Hasil pemerhatian dan bimbingan beberapa ilmuan, jelaslah pemikiran itu hanyalah kesesatan muktazilah jahmiyyah selepas 100 hijrah. Golongan salaf tidak berbeza pendpt ttg qat’iyyat khabar wahid sahih hatta Kibar asha’irah sendiri mengatakan hadith ahad adalah qatei dan hujjah aqidah jg syariah. Jgn tertipu dgn ustaz2 liberal muktazilah
4. Hudud bkn menghukum tujuannya tp sbg sempadan, kawalan , zajr, nakaal (rantai pengajaran) yg menggerunkan. Undg2 ciptaan manusia tidak akan mggerunkan. Dlm hudud tidak akan byk potong tgn yg akan dilaksanakan krn hanya ta’zir akan byk disabitkan.

5. Ketika mengajar bab hudud , qisas dan ta’zir, terlihat dlm huraian kitab2 fiqh betapa mudahnya islam, ddlmnya penuh kasih syg sehingga pesalah zina dibiarkan lari sekiranya ia mahu. Pencuri yg akan dipotong tgn blh menarik semula pengakuannya!
6. Tasawwuf palsu hari ini lebih kurang ramalan2, khurafat2, perbomohan dan ilmu hitam.
7. Kitab al-Tawhid syarah Shaykh Salih Alu al-Shaykh sgt detail dan hebat mengandungi persoalan2 hati yang halus2 sehingga tidak perlu lagi kpd tasawwuf falsafi.

Mazhab Melayu vs Mazhab Shafiei

Terdapat banyak amalan masyarakat Melayu yang dianggap bid’ah hasanah telah difatwakan haram dan bid’ah yang mungkar oleh Imam al-Shafi’e dan ulama Shafi’iyyah. Antaranya:

1) Solat Ragha’ib (solat sunat 12 rakaat antara maghrib dengan isyak pada bulan Rejab) dan solat sunat Nisfu Sya’ban. Solat ini dihukum bid’ah, mungkar dan buruk oleh Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, 4/56.

2) Mengangkat tangan terlalu tinggi ketika takbir sedangkan dalam mazhab Shafiei hanya separas bahu.

3) Menambah lafaz “wabarakatuh” ketika salam selepas solat. Juga dihukum bid’ah oleh Imam an-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Shahih Muslim 4/153.

3) Kenduri arwah. Ia dihukum bid’ah oleh Imam Syafie dan Imam al-Nawawi sebagaimana dinyatakan di dalam al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, 5/319-320.

4) Membina masjid atas kubur, mengerjakan solat dan minta doa pada mayat di kubur. Semua amalan ini dilarang oleh Imam as-Suyuti al-Shafie dalam al-Amr bi al-Ittiba’. Beliau menegaskan semua amalan-amalan ini boleh membawa kepada syirik.

5) Berjabat tangan selepas solat dan menyapu muka selepas berdoa. Ia dianggap perbuatan orang jahil oleh Imam al-‘Izz ibn ‘Abdis Salam al-Shafi’e dalam kitab al-Fatawanya, ms 46-47.

6) Meninggikan kubur. Amalan ini dibenci oleh Imam asy-Syafi’e sebagaimana yang dinukilkan Imam al-Nawawi dalam Sharh al-Muhadhdhab, 1/140.

7) Berzikir dengan suara yang kuat di dalam masjid. Amalan ini telah difatwakan haram oleh Imam Ibnu Hajar al-Haythami al-Shafi’e sebagaimana yang dinukilkan oleh Shaykh Zaynuddin ‘Abdul ‘Aziz al-Malibari al-Shafi’e dalam Fath al-Mu’in, 3/185.

al-Imam al-Shafi’e menjelaskan di dalam kitabnya al-Umm 1/127:

وَاخْتِيَارٌ لِلإِمَامِ وَالْمَأْمُوْمِ أَنْ يَذْكُرَا اللهَ بَعْدَ الْاِنْصِرَافْ مِنَ الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إِلَّا أَنْ يَكُوْنَ إِمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ مِنْهُ، فَيَجْهَرُ حَتَّى يَرَى أَنَّهُ قَدْ تُعَلِّمَ مِنْهُ ثُمَّ يُسِرُّ،

“Dan aku memilih bagi para imam dan makmum untuk berzikir setelah solat (yang lima waktu) dengan cara memperlahankan (yakni tidak mengeraskan suara), kecuali bila imam harus mengajarkannya kepada makmum, maka ia (boleh) untuk mengeraskan bacaan tersebut sehingga boleh mengikuti, tetapi kemudian dia (imam) kembali memperlahankan (lagi seperti semula).”

Shaykh Zaynuddin ‘Abdul ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’e rahimahullah di dalam kitabnya Fath al-Mu’in 3/185-186 menyatakan:

قال شيخنا: أما الْمُبَالَغَةُ فِيْ الْجَهْرِ بِهِمَا فِيْ الْمَسْجِدِ، بِحَيْثُ يَحْصُلُ تَشْوِيْشٌ عِلَى مُصَلٍّ فَيَنْبَغِيْ حُرْمَتُهَا.

“Syaikh kami (Ibnu Hajar al-Haitsami) mengatakan: Adapun (berzikir atau berdoa) dengan suara yang sangat keras di dalam masjid sehingga mengganggu orang yang sedang solat, maka sudah seharusnya hal seperti ini diharamkan.”
8) Membaca surah Yasin malam Jumaat. Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah menerusi kitabnya yang masyhur al-Umm, 1/239:

وَبَلَغَنَا أَنَّ مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ وُقِيَ فِتْنَةُ الدَّجَّالِ وَأُحِبُّ كَثْرَةَ الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ كُلِّ حَالٍ، وَأَنَا فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَتِهَا أَشَدُّ اسْتِحْبَابًا، وَأُحِبُّ قِرَاءَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ لْجُمُعَةِ وَ يَوْمَهَا لِمَا جَاءَ فِيْهَا.

“Dan apa yang telah sampai kepada kami, sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Kahfi terselamat daripada fitnah Dajjal. Dan disukai memperbanyakkan selawat ke atas nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada setiap masa. Bagi pendapat saya pada hari Jumaat dan pada malamnya lebih disukai. Dan saya suka membacanya (al-Kahfi) pada malam Jumaat dan pada siangnya seperti hadis yang menyebutnya.”

9) Zakat fitrah dengan duit

Pengharaman Kenduri Arwah dlm Kitab2 Jawi

Dalil larangan kenduri arwah ialah hadith sahih, ijma’ sahabat, ijma’ 4 mazhab, akal dan fitrah.

.
1. dalil hadith. Dari ‘Abdullah ibn Ja’far r.a. berkata: Ketika Ja’far ibn Abi Talib terbunuh syahid di Mu’tah, Nabi saw mengalirkan airmata baginda yang mulia lalu bersabda: (( Isna’uu li Aali Ja’far ta’ama…))
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ ، قَالَ : لَمَّا جَاءَ نَعْي جَعْفَرٍ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا شَغَلَهُمْ ” ، أَوْ ” أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ
((Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana mereka telah ditimpa perkara yang menyedihkan mereka…)) SAHIH. HR Ahmad, al-Humaydi, Ibn Abi Shaybah, Abu Dawud, Ibn Majah, Abu Ya’la al-Mawsili dan lain-lain dari Ibn ‘Umar, ‘Abdullah ibn Ja’far dan Asma’ binti Umays.

.
2. Ijma’ Sahabat Nabi. Jabir r.a. “Kami semua (para sahabat Nabi) memandang berkumpul di rumah keluarga si mati, dan membuat makanan selepas pengkebumiannya termasuk niyahah (ratapan jahiliyyah).” Disahihkan oleh al-Nawawi.

3. Ijma’ 4 mazhab

4. Akal dan fitrah.

Pengikut2 mazhab Shafiei juga mencelanya. Berikut adalah Hukum “Berkumpul dan Mengadakan jamuan Selepas Kematian” Dari Kitab-kitab Jawi -KITAB PONDOK;

1. Kitab Furu’ al–Masaa’il: Antara lain yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah: “Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kafarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh dan empat puluh dan umpamanya, yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus. (Maka dijawabnya): Maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak kerana tegah pada syarak kata Syeikh Ibnu Hajar tiada sah wasiatnya).[ Syeikh Dawud bin Abdullah Al-Fathoni, Furu’ al-Masa’il,Juzk 1 halaman 183.]

2. Dari kitab Sabil al-Muhtadin: Ringkasan dari kitab ini ialah: “Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan.” [Syeikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Banjari, Sabil Al-Muhtadin, Juzuk 2 halaman 83]

3. Dari kitab Kashf al-Litham: “Barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian lagi dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kafarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh hari dan empat puluh hari dan umpamanya yang demikan itu yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela oleh syarak kerana tegah pada syarak.” [Kasyfu Al-Litsam, Juzuk 1 halaman 85]

4. Dari kitab Bughyat al-Tullab: “Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekalipun, dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu……

Dan makruh lagi bid’ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan (menyerukan) segala manusia atas memakan dia, samada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya.” Dan setengah daripada yang qabihah (keburukan) lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kafarah dan wahsyah dan tujuh hari dan empat puluh dan umpamanya yang demikian itu… Adapun asal sunat menyediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi SAW, “Tatkala datang khabar kematian Saidina Ja’far bin Abu Talib pada perang Mu’tah, perbuat oleh mu bagi keluarga Ja’far makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu.” [Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fathoni, Bughyat al-Tullab, Juzu’ 2, halaman 33-34.]

5. Dari kitab al-Bahru Al-Madhi: Ringkasan yang diambil dari kitab ini mengenai tajuk berkenaan antara lain seperti berikut:

a) Ahli si mati (isteri/suami, anak-anaknya) memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu makanan kepada mereka, maka amalan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh di pegang dan diikuti dari Nabi SAW dan dari sahabatnya.

b) Hukumnya bid’ah dan makruh jika ahli si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan menjamu makanan itu kepada mereka kerana berpandukan kepada hadis Jarir Bin Abdullah r.anhma katanya “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian”.

c) Sunat kepada kaum kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak atau membuat makanan dan diberi makan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya dan berkata Imam Syafie rhm.“Aku suka kepada kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak makanan kepada ahli si mati yang mencukupi sehari semalam kerana ianya sunat dan perbuatan golongan yang baik-baik).Sheikh Al-Marbawi, Bahrul Madhi, juz 7, hlm. 129-130.] [Sumber: MAJALAH PENGASUH – BILANGAN: 587. JULAI – OGOS 2004. MAIK.]

Post Navigation