Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Teguran Suci Utk Pondok Cicit Jahmiyyah

1. Aqidah. Kembalilah kepada aqidah salaf aswj, jadilah sunni salafi, rujuklah kitab2 aqidah salaf bukan kitab2 tulisan yg mencampur adukkan fahaman aswj dengan jahmiyyah mu’tazilah dan istilah2 falsafah. Aqidah salaf plg jelas, mudah dan ringkas plg sahih. Kasihanlah kpd murid2 yg belajar lama sehingga 3-4 tahun tetapi blm mengenal Allah dan tidak tahu di mana Allah. pilihlah yg jelas dan jauhilah kebingungan. Lpasan pondok mengatakan, “Alangkah susahnya hendak mengenal Allah.”, sedangkan dalam hadith2 sahih, mengenal Allah sangat mudah iaitu dengan mengenal Asma’ dan SifatNya.
2. Fiqh . Jauhilah taksub mazhabi, fiqh jumud atau hukum2 fiqh rekaan spt hukum sah batal mengikut hawanafsu yg bersalahan dengan logik dan akal yg sempurna (spt hukum tahi cicak di suis dan kuah kari daging). Ajarkan Fiqh Manhaji mazhab Shafiei yg penuh dengan dalil2 dan Fiqh Sunnah agar pemikiran pelajar berkembang dan tidak sempit. Tambahkan juga dengan bab2 pilihan dari al-Umm, Sunan al-Shafi’ei, Musnad al-Shafiei, Mukhtasar al-Buwayti dan Mukhtasar al-Muzani atau Kifayat al-Akhyar.

Jgn diajar bhw buku2 jawi adalah bertaraf kitab suci dan hadith sahih yang agung.
3. Tasawwuf. Cukuplah dengan akhlak dan adab, cintakan bacaan al-Quran dan zikir. elakkan cerita2 karut yg tidak mempunyai sanad sahih yg xditerima akal yg sihat. Elakkan pengaruh tariqat2 sesat yg mengajak kpd wusul iaitu wahdatul wujud dan hulul atau ittihad.
Kitab al-Hikam perlu intiqa’ dan tahzib, serta tashih, bukan semua kalimah hikmahnya blh diterima pakai. Ajarkan kewajipan berusaha mencari rezeki bkn maqam tajrid, hingga lepasan pondok sendiri menamakan tasawwuf sbg ” ilmu karut.” kalian  wajib berhati2, wajib menjauhi segala ghuluww, batiniyyah dan khurafat, kalian mesti memilih tasawwuf yg sahih shj yg mempunyai dalil dalam Quran, hadith dan ijma’ salaf.
4. Hadith. Kelemahan plg menonjol dalam silibus pondok ialah cetek dan sedikitnya pengajian ilmu hadith, apalagi mustalahnya. Kenalilah hadith2 sahih, daif dan mawdhu’. Mulalah membuka pengajaran Riyadus Salihin dan Sunan Sittah. Kritik dan tahzibkanlah kitab2 pondok agar bersih dari hadith2 palsu, bid’ah dan kesesatan. Tiada alasan lagi untuk jahil dalam ilmu hadith kerana semua hadith ada dikumpulkan dalam alam maya dan dibukukan.Tidak perlulah berzikir dgn membayangkan wajah al-Ghazali dan tokguru. Jauhilah cerita2 dongeng dlm pengajaran spt kununnya Nabi SAW menyesal krn xsempat bertemu al-Ghazali. Bagaimana guru2 pondok boleh menolak hadith2 sahih sewenang2nya spt hadith jariyah dan hadith2 Sifat, memakai pula hadith2 palsu sewenang2nya?
5. Ghuluww. jgn diajarkan anak2 murid mengkafirkan sana sini dengan tanpa ilmu, mewahhabi sesiapa shj yg tidak sama dengan mrk, memusuhi sunnah atau menolaknya atau menta’wil secara batil. Fahaman sesat “tak ta’wil kafir, ithbat haqiqi kafir”, perlu dielakkan krn itu fahaman jahmiyyah mu’tazilah! ahbash khawarij! Elakkan dari mengkafirkan masyarakat awam dengan hukuman mujassimah, mushabbihah, kuffar, ahli neraka Jahannam, hashawiyyah, seolah2 kamu tidak tahu apa itu tajsim dan tashbih di sisi salaf. Adakah kamu ambil takrif tajsim dan tashbih dari mu’tazilah atau ulama salaf ahl al-hadith aswj? Takrif tashbih yg sahih ialah spt yg disebut oleh Nu’aym ibn Hammad dan Ishaq ibn Rahawayh.
6. Meminta2. Kenakan yuran atau buka bisnes agar x bergantung dgn derma semata2.
Pondok mesti berubah atau anda akan pupus ditelan zaman.

7. Guru. pastikan guru2 menghafaz al-Quran, mendalami hadith, ikhlas, jujur , mengetahui selok belok aqidah sunnah aswj, mu’tazilah, jahmiyyah murji’ah khawarij, qadariyyah jabariyyah. Sekiranya tidak mengenal aqidah salaf, jahmiyyah syiah mu’tazilah maka itu bukanlah alim. Bersihkan pemikiran dari mu’tazilah jahmiyyah.

8. Pendewwaan kpd guru. Ini sangat bahaya kerana boleh membawa kpd syirik. mengangkat guru sbg tuhan, nabi atau wali.

Tafsir hendaklah dibaca sebanyak2nya termasuk Tafsir al-Qurtubi dan Ibn Kathir, yang ma’thur dan ar-ra’y, yang turath dan yang moden . Begitu juga bahasa arab krn bukan alim sesiapa yg tidak menguasai bahasa arab dan ilmu tafsir. Tidak cukup dengan nawh arab bahkan mestilah disertai balaghah, mutala’ah, kitabah, khitabah, khutbah dalam bahasa arab, ittisal bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih dan sahih. Guru2 biarlah berjanggut sbg menzahirkan satu sunnah, xperlu malu atau takut utk berjanggut. Apa guna belajar agama sekiranya tidak mahu beramal dengannya? Jgnlah perasan sebagai alim ulama. Ini bukanlah menafikan kewujudan tokguru2 yg alim.

Pondok hanya wasilah, bukan segala2nya. Jgn anda ajar murid2 anda bhw pelajaran di luar pondok semuanya tidak betul, hanya pelajaran di pondok yg betul. Yg di sekolah2, kolej2 dan univ2 semuanya tidak barakah, xsahih, xbetul, xikhlas, sekuler, yahudi dan lain2.

Wassalam.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: