Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “January, 2015”

Hizb al-Tahrir

Satu firqah yang meyakini bahawa punca segala kehinaan umat Islam ialah kerana ketiadaan khilafah. Di asaskan oleh al-Nabhani, seorang lepasan al-Azhar berasal dari Palestine. Muhammad Taqi al-Din bin Ibrahim bin Mustafa bin Ismail bin Yusuf al-Nabhani (1909 – December 11, 1977) was the founder of the Islamist political party Hizb ut-Tahrir. Al-Nabhani belonged to Bani Nabahan and he came from a village by the name of Ajzam in Haifa in Northern Palestine. Al-Nabhani was born in the village of Ajzam 1909. Mengasaskan Partinya di beirut tahun 1948 dan meninggal di sana.

Aliran aqidah : maturidi bertaqlid kpd al-Razi dalam memuja akal secara melampau.

Antara bahaya tersembunyi Hizb al-Tahrir ialah

1. Mengutamakan akal ke atas wahyu (nass al-Quran dan al-Hadith). Mereka cenderung kepada aliran aqliyyah kuno (mu’tazilah). Bahkan mrk memuji2 tokoh2 mu’tazilah spt Wasil ibn ‘Ata’, ‘Amr ibn ‘Ubayd, Abu Hudhayl al-‘Allaf dan al-Nazzam. (Lihat Taqiyyuddin al-Nabhani, al-Shakhsiyyah)

2. Menolak hadith2 sahih bertaraf Ahaad sebagai sumber aqidah. al-Nabhani berkata, “Hadith2 Ahad bukanlah hujah dalam aqidah.” (Lihat al-Shakhsiyyah). Dikatakan mereka menolak hadith sahih tentang nikmat dan azab kubur juga kemunculan dajjal. Ini juga penyakit mu’tazilah.
al-Nabhani juga berkata;
“Jadi aqidah seorang muslim itu harus bersandar kepada akal atau pada sesuatu yang telah terbukti kebenaran dasarnya oleh akal. Seorang muslim wajib meyakini (menjadikan sebagai aqidah) segala sesuatu yang telah terbukti dengan akal atau yang datang dari sumber berita yang yakin dan pasti (qat’ei), iaitu apa yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan hadith mutawatir. Apa saja yang tidak terbukti oleh kedua jalan tadi, iaitu akal serta nash al qur’an dan hadits mutawatir, HARAM baginya untuk mengimaninya (menjadikan sebagai aqidah)…..”. (al-Nabhani, Nizam al-Islam, ms 12)

“… Khabar ahad tidak memiliki kedudukan pada urusan aqidah, (maka) sesungguhnya khabar ahad dengan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya menurut ilmu Usul al-Fiqh tidak menghasilkan kecuali zann (sangkaan tidak qat’ei), dan zann tidak diambilkira dalam bab aqidah (keyakinan).” (Taqiyyudin al-Nabhani, al-Shakhshiyah al-Islamiyah, (Beirut : al-Quds, 1953), cet. ke-2, Jilid 1, ms 129.)

3. Takrif Iman diambil dari jahmiyyah iaitu semata2 tasdiq yang jazim.

4. Bab Asma’ dan Sifat mereka mengikuti aliran al-Asha’irah iaitu ta’wil atau tafwidh mutlaq.

5. Mempunyai fahaman khawarij yg suka mengkafirkan muslimin dan berburuk sangka kpd mrk.

6. Mengambil taqiyyah dari syiah rawafidh, berbelit2 ttg hukum jihad, hukum halal haram demi mengambil hati golongan fasiq.

7. Tumpuan melampau terhadap khilafah sehingga terbabai tashih aqidah dan ibadah.

8. Fatwa2 fiqh pelik spt harus bersalaman dengan perempuan atau mencium, harus melihat gambar telanjang, memakai skirt dan keluar tanpa izin suami, muslim dibunuh balas krn membunuh kafir, perempuan harus mjd ahli parlimen dan qadhi (hakim mahkamah), dan harus taat khalifah walau menyalahi kitab dan sunnah. tidak wajib amr makruf nahi munkar sehingga tertegaknya khilafah.

Ibn Hajar al-‘Asqalani : salafi atau ash’ari?

al-Imam Ibn Hajar seorang imam besar, mujtahid mutlaq, hafiz hadith, bahkan salah seorang amirul mu’minin fil hadith.

Zahir dari buku-nya bahawa beliau beraliran ahli hadith seperti kebnayakan tokoh ahl sunnah. Walau adasedikit  menta’wil dalam bab sifat, beliau bukanlah ash’ari.

al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani sendiri mengkritik puak asha’irah dlm bab al iman , bab al ma’rifah dan awwal wajib. Lihat Fath al Bari, jld1, ms 46; jld3-361 dan jld 13/350.

Beliau lbh dekat kpd ashairah mutaqaddimin dan mufawwidah hanabilah. Apakah perbezaan ketara antara asya’irah mutaqaddimin dan mutaakhirin? Ashairah Mutaqaddimin spt abul hasan al tabari al baihaqi albaqillani dll ithbat sifat2 zatiyyah spt wajh, yad , ayn dll tanpa ta’wil. Mrk ta’wil sifat2 yg menunjukkan hulul hawadith spt ghadab dan mahabbah spt ta’wilan ibn hajar.

Ibn Hajar jg mengkritik Ibn Furak al-Ash’ari yg menggunakan mantiq dan ta’wil dalam aqidah. Lihat al Fath, sharh kitab tawhid 13/347-350

Jenayah Ibn Tumart

Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn ‘Abdillah Ibn Tumart al-Barbari (Berber: Amghar ibn Tumert,Arabic: أبو عبد الله محمد ابن تومرت, c.1080–1130 or 1128) was a Muslim Berberreligious scholar, teacher and political leader from southern Morocco. He was the founder and spiritual leader of the Almohad movement, a puritanical reform movement launched among the Masmuda Berbers of the Atlas Mountains. Ibn Tumart launched the open revolt against the ruling Almoravids during the 1120s. After his death, his followers, the Almohads, went on to conquer much of North Africa and Spain. He is also known as al-Mahdi (المهدي) in reference to his prophesied redeeming.

Antara jenayah ibn tumart al-kazzab dan kelompoknya ialah membunuh al-Qadhi ‘Iyadh rhm.
Smg Allah membunuh puak jahmiyyah mu’tazilah syiah ahbash khawarij.

Ibn Tumart sangat akrab dengan ilmu kalam. Dia menulis kitab akidah yang dia beri nama Al Mursyidah. Di dalam kitab tersebut terdapat ajaran tauhid campur aduk aqidah mu’tazilah dan ahl sunnah. Pengikut2nya menjadikan buku tersebut sebagai sandaran sehingga Ibn Tumart menjuluki mereka sebagai Al Muwahhidun (orang-orang yang mengesakan Allah), menjuluki orang-orang yang menolak kitab Al Mursyidah sebagai pengikut fahaman tajsim (mujassimah : mempercayai Tuhan berbadan sebagaimana makhluk) dan dia menghalalkan darah mereka. Kita berlindung kepada Allah SWT dari kesesatan dan godaan hawa nafsu.

Ibn Tumart menzahirkan keidupan zuhud. Tetapi dia telah banyak menumpahkan darah untuk mendapatkan tampuk kepemimpinan. 70,000 muslim dibunuh demi kerakusan kuasanya.

Tashayyu’.

Membawa fahaman syiah khawarij, jahmiyyah mau’tazilah berselindung di sebalik nama asha’irah.

Hafaz al-Quran Cara Para Sahabat r.a.

Bagaimana para sahabat membaca al Quran?
قال أبو عبد الرحمن السلمي: حدثنا الذين كانوا يقرئوننا القرآن. كعثمان بن عفان، وعبد الله بن مسعود وغيرهما، أنهم كانوا إذا تعلموا من النبي -صلى الله عليه وسلم- عشر آيات لم يتجاوزوها حتى يعلموا ما فيها من العلم والعمل، قالوا: فتعلمنا القرآن والعلم والعمل جميعًا،
Abu Abdirrahman al-Sulami (seorg tabi’i besar) berkata, ” Guru2 kami yang mengajarkan al-Quran kpd kami spt ‘Uthman ibn ‘Affan, ‘Abdullah ibn Mas’ud dan lain2 berkata bhw mrk apabila mempelajari dari Nabi saw 10 ayat mereka tidak melepasinya sehinggalah mrk memahami maksudnya dan beramal dengannya. Mrk berkata, “kami belajar menghafaz al-quran, ilmu ttg isi kandungannya dan beramaal dengannya serentak.” (Tidak spt golongan terkemudian yg hafaz quran tp x faham dan xberamal dgn isi kandungannya)
ولهذا كانوا يبقون مدة في حفظ السورة، قال أنس: “كان الرجل إذا قرأ البقرة وآل عمران جَدَّ فينا” “رواه أحمد في مسنده”. وأقام ابن عمر على حفظ البقرة ثماني سنين، أخرجه مالك في الموطأ،
Kerana itulah mereka menghafaz al-Quran dalam jangkamasa yang lama. Anas berkata, “Apabila seseorang itu menghafz surah al-Baqarah dan Ali Imran ia pandang besar di sisi kami (kerana alim dan beramal dengan isi kandungannya).” Lihat al Itqan dan al Tafsir al Kabiir

Makan Minum Tangan Kiri

Ramai juga guru makan minum dengan tangan kiri. Itu makan cara syaitan. Elakkan. Makan dengan tangan kanan adalah sunnah dan bukan perkara remeh temeh.
al-Hafiz Abu ‘Isa Al Tirmizi mentakhrij dari Ibn ‘Umar berkata, bhw Nabi saw bersabda
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” لَا يَأْكُلْ أَحَدُكُمْ بِشِمَالِهِ وَلَا يَشْرَبْ بِشِمَالِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ
“Jgn kamu makan dgn tangan kiri , jgn minum dgn tgn kiri krn syaitan mkn dgn tgn kiri dan minum dgn tgn kirinya.” sahih.
Amalkan sunnah dan ajarkan sunnah.

Tetapi guru2 tidak boleh dipersalahkan kerana pd zaman mrk ilmu hadith blm subur dan tersebar luas bukan spt skrg ilmu hadith di hujung jari.

Tidak cukup nilai2 murni rekaan akal golongan rationalist, bahkan mesti ditanam sunnah2 Nabi saw

Maturidiyyah

Maturidiyyah ialah golongan ahli kalam iaitu kesinambungan pemikiran kullabiyyah. Secara teorinya maturidiyyah bukanlah tulen Ahl al-Sunnah.

Antara tokoh mrk yg termashur ialah abu mansur al-maturidi, abul yasar al-Bazdawi, Abul Ma’in al-Nasafi, nuruddin al-Sabuni, dan yg plg akhir al-Kawthari. Walau menamakan diri mrk Ahl al-Sunnah, maturidyyah menyalahi beberapa prinsip Ahl al-Sunnah 1. Tawhid mrk tidak mengarah kpd tawhid uluhiyyah tetapi hanya berlegar sekitar rububiyyah. Mrk menamakan tawhid sbg tawhid zat, tawhid sifat dan tawhid af’al spt yg disebut ‘Ali al-Qari. 2.Bab al-Iman, iman di sisi mrk hanyalah tasdiq. Iman tidak bertambah dan xberkurang serta mengharamkan istithna’ dlm iman kununnya krn itu menunjukkan syak. 3.Masdar talaqqi mrk ialah akal krn akal itu qat’ei. sdgkan masdar talaqqi ahl sunnah ialah al-Quran dan al-Hadith. 4. Ma’rifah wujud Allah dgn tariqat al-huduth bkn dgn fitrah. 5. Inkar, Ta’til dan ta’wil al-Sifat dan Ithbat 7 sifat shj. Wajh dita’wil sbg Zat dan Wujud. Kalam haqiqi dijadikan kalam nafsiyy tanpa suara dan huruf. 6.

Teguran Suci Utk Pondok Cicit Jahmiyyah

1. Aqidah. Kembalilah kepada aqidah salaf aswj, jadilah sunni salafi, rujuklah kitab2 aqidah salaf bukan kitab2 tulisan yg mencampur adukkan fahaman aswj dengan jahmiyyah mu’tazilah dan istilah2 falsafah. Aqidah salaf plg jelas, mudah dan ringkas plg sahih. Kasihanlah kpd murid2 yg belajar lama sehingga 3-4 tahun tetapi blm mengenal Allah dan tidak tahu di mana Allah. pilihlah yg jelas dan jauhilah kebingungan. Lpasan pondok mengatakan, “Alangkah susahnya hendak mengenal Allah.”, sedangkan dalam hadith2 sahih, mengenal Allah sangat mudah iaitu dengan mengenal Asma’ dan SifatNya.
2. Fiqh . Jauhilah taksub mazhabi, fiqh jumud atau hukum2 fiqh rekaan spt hukum sah batal mengikut hawanafsu yg bersalahan dengan logik dan akal yg sempurna (spt hukum tahi cicak di suis dan kuah kari daging). Ajarkan Fiqh Manhaji mazhab Shafiei yg penuh dengan dalil2 dan Fiqh Sunnah agar pemikiran pelajar berkembang dan tidak sempit. Tambahkan juga dengan bab2 pilihan dari al-Umm, Sunan al-Shafi’ei, Musnad al-Shafiei, Mukhtasar al-Buwayti dan Mukhtasar al-Muzani atau Kifayat al-Akhyar.

Jgn diajar bhw buku2 jawi adalah bertaraf kitab suci dan hadith sahih yang agung.
3. Tasawwuf. Cukuplah dengan akhlak dan adab, cintakan bacaan al-Quran dan zikir. elakkan cerita2 karut yg tidak mempunyai sanad sahih yg xditerima akal yg sihat. Elakkan pengaruh tariqat2 sesat yg mengajak kpd wusul iaitu wahdatul wujud dan hulul atau ittihad.
Kitab al-Hikam perlu intiqa’ dan tahzib, serta tashih, bukan semua kalimah hikmahnya blh diterima pakai. Ajarkan kewajipan berusaha mencari rezeki bkn maqam tajrid, hingga lepasan pondok sendiri menamakan tasawwuf sbg ” ilmu karut.” kalian  wajib berhati2, wajib menjauhi segala ghuluww, batiniyyah dan khurafat, kalian mesti memilih tasawwuf yg sahih shj yg mempunyai dalil dalam Quran, hadith dan ijma’ salaf.
4. Hadith. Kelemahan plg menonjol dalam silibus pondok ialah cetek dan sedikitnya pengajian ilmu hadith, apalagi mustalahnya. Kenalilah hadith2 sahih, daif dan mawdhu’. Mulalah membuka pengajaran Riyadus Salihin dan Sunan Sittah. Kritik dan tahzibkanlah kitab2 pondok agar bersih dari hadith2 palsu, bid’ah dan kesesatan. Tiada alasan lagi untuk jahil dalam ilmu hadith kerana semua hadith ada dikumpulkan dalam alam maya dan dibukukan.Tidak perlulah berzikir dgn membayangkan wajah al-Ghazali dan tokguru. Jauhilah cerita2 dongeng dlm pengajaran spt kununnya Nabi SAW menyesal krn xsempat bertemu al-Ghazali. Bagaimana guru2 pondok boleh menolak hadith2 sahih sewenang2nya spt hadith jariyah dan hadith2 Sifat, memakai pula hadith2 palsu sewenang2nya?
5. Ghuluww. jgn diajarkan anak2 murid mengkafirkan sana sini dengan tanpa ilmu, mewahhabi sesiapa shj yg tidak sama dengan mrk, memusuhi sunnah atau menolaknya atau menta’wil secara batil. Fahaman sesat “tak ta’wil kafir, ithbat haqiqi kafir”, perlu dielakkan krn itu fahaman jahmiyyah mu’tazilah! ahbash khawarij! Elakkan dari mengkafirkan masyarakat awam dengan hukuman mujassimah, mushabbihah, kuffar, ahli neraka Jahannam, hashawiyyah, seolah2 kamu tidak tahu apa itu tajsim dan tashbih di sisi salaf. Adakah kamu ambil takrif tajsim dan tashbih dari mu’tazilah atau ulama salaf ahl al-hadith aswj? Takrif tashbih yg sahih ialah spt yg disebut oleh Nu’aym ibn Hammad dan Ishaq ibn Rahawayh.
6. Meminta2. Kenakan yuran atau buka bisnes agar x bergantung dgn derma semata2.
Pondok mesti berubah atau anda akan pupus ditelan zaman.

7. Guru. pastikan guru2 menghafaz al-Quran, mendalami hadith, ikhlas, jujur , mengetahui selok belok aqidah sunnah aswj, mu’tazilah, jahmiyyah murji’ah khawarij, qadariyyah jabariyyah. Sekiranya tidak mengenal aqidah salaf, jahmiyyah syiah mu’tazilah maka itu bukanlah alim. Bersihkan pemikiran dari mu’tazilah jahmiyyah.

8. Pendewwaan kpd guru. Ini sangat bahaya kerana boleh membawa kpd syirik. mengangkat guru sbg tuhan, nabi atau wali.

Tafsir hendaklah dibaca sebanyak2nya termasuk Tafsir al-Qurtubi dan Ibn Kathir, yang ma’thur dan ar-ra’y, yang turath dan yang moden . Begitu juga bahasa arab krn bukan alim sesiapa yg tidak menguasai bahasa arab dan ilmu tafsir. Tidak cukup dengan nawh arab bahkan mestilah disertai balaghah, mutala’ah, kitabah, khitabah, khutbah dalam bahasa arab, ittisal bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih dan sahih. Guru2 biarlah berjanggut sbg menzahirkan satu sunnah, xperlu malu atau takut utk berjanggut. Apa guna belajar agama sekiranya tidak mahu beramal dengannya? Jgnlah perasan sebagai alim ulama. Ini bukanlah menafikan kewujudan tokguru2 yg alim.

Pondok hanya wasilah, bukan segala2nya. Jgn anda ajar murid2 anda bhw pelajaran di luar pondok semuanya tidak betul, hanya pelajaran di pondok yg betul. Yg di sekolah2, kolej2 dan univ2 semuanya tidak barakah, xsahih, xbetul, xikhlas, sekuler, yahudi dan lain2.

Wassalam.

Post Navigation