Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Jama’ Antara Solat Jumaat dan Asar

1. Ulama Shafi’iyyah dan Jumhur mengharuskan jamak antara Jumaat dan Asar ketika musafir. (Lihat al-Majmu’, Asna al-Matalib dan Tuhfat al-Habib). Begitu juga pendapat Ibn Jibrin dan al-Barak.
2. Sebahagian atau kebanyakan ulama Hanabilah tidak mengharuskannya.
Yang rajih ialah harus jama’.

Antara tempat2 rukhsah jamak ialah :-

1. Safar seperti yang telah disebutkan oleh hadis dari Ibn Abbas:

صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. HR Imam Muslim dalam al-Sahih, hadith no. 705.

Hadis ini secara mafhum mukhalafah menunjukkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat kerana ketakutan, musafir, dan sebab2 lain.

2. Keadaan yang sukar atau sulit (al-haraj wa al-mashaqqah)

Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh berubah kepada menghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan mengeluarkan umat Islam dari kesulitan yang ditempuhi. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika Ibn ‘Abbas radhiyalllahu‘anhu ditanya tentang sebab Baginda SAW  solat jamak, beliau menjelaskan:

أراد أن لا ‏ ‏ يحرج أمته

Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud, hadith no. 1211.
3. Jamak kerana keperluan al-jam’ lil hajah). Dalilnya ialah:


عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

‘Abdullah ibn Shaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu ‘Abbas berpidato (memberikan kuliah) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu ‘Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

‘Abdullah ibn Shaqiq berkata: Penjelasan Ibnu ‘Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu ‘Abbas. HR Muslim dalam Sahihnya, hadith no. 705.

Riwayat ini menjelaskan bahawa Ibnu ‘Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan). Menurut  beliau, meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak.

al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari mengatakan, “Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibn Sirin, Rabi’ah, Ibn al-Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Telah diriwayatkan juga oleh al-Khattabi dari satu jamaah dari kalangan Ahl al-Hadith. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat (keperluan), antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu ‘Abbas terhadap pidato (khutbahnya).”
4.Jamak Kerana Hujan
Jamak ini dilkukan di masjid secara berjamaah. Sekiranya imam tidak jamak maka tidak perlulah jamak kerana memelihara maslahah ‘ammah. Imam pemutus dalam hal ini. Sekirinya dilakukan maka hendaklah dilakukan di rumah secara bersendirian. Ya, ulama berbeza pendapat dalam hal ini antara membenarkan dan melarang.
5.Jamak Kerana Sakit
Ini telah disentuh dalam blog ini, sila rujuk di sana.
6.Jamak Kerana Penat dan Mengantuk
Sekiranya seseorang itu jenis tidur awal selepas maghrib dan dikhuatiri akan terlajak Isya’nya hingga sebelum subuh atau waktu subuh, maka harus ia menjamakkan solat maghrib dan isya’ dalam waktu maghrib.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: