Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Biografi al-Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Beliau ialah Sham al-Din Abu ‘Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimashqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Gelaran al-Jawziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin ‘Abd a-Rahman al-Jawzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya. Dilahirkan pada 7hb Safar pada tahun 691H di sebuah kampung sekitar 55 mil (batu dalam kiraan dahulu) dari Bandar Damsyik.

Guru

Mempelajari hadis daripada al-Shihab al-Nabulusi, al-Qadi Taqiyy al-Din bin Sulayman, Abu Bakr bin ‘Abd al-Daim, ‘Isa bin al-Mut‘im, Isma’il bin Maktum, Fatimah bint Jauhar dan lain-lain. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu lain dalam Bahasa Arab, Fiqh dan al-Usul daripada berbagai-bagai guru seperti yang disebut dalam sumber-sumber kitab Tarajum dan Tarikh.

Namun episod yang paling penting dalam hidupnya adalah perguruannya dengan Shaykh al-Islam al-Hafiz Ibn Taimiyyah r.h. Beliau sentiasa mendampingi Ibn Taimiyyah sejak kepulangan Ibn Taimiyyah dari Mesir pada tahun 712H sehingga pada hari kewafatannya pada tahun 728H. Perdampingan beliau dengan Ibn Taimiyyah pada masa usianya masih muda dan penuh kemampuan untuk mengutip limpahan keluasan dan kematangan ilmu Shaykh al-Islam berkenaan. Kecintaannya kepada gurunya itu telah memenuhi hidupnya.

Beliau begitu mencintai Ibn Taimiyyah sehingga al-Hafiz Ibn Hajar ketika memperkenalkan biodata Ibn al-Qayyim r.h berkata:

“Beliau seorang yang berani, luas ilmunya, pakar dalam dalam perbezaan pendapat dan mazhab-mazhab salaf. Kecintaannya kepada Ibn Taimiyyah telah mempengaruhinya sehingga dia tidak berbeza pendapat sedikit pun dengan Ibn Taimiyyah bahkan membela semua pendapatnya. Beliaulah yang telah meringkaskan buku-buku Ibn Taimiyyah dan menyebarkan ilmunya.. beliau dikurung dalam kubu bersama Ibn Taimiyyah selepas dihina dan dipukul atas unta yang dibawa mengeliling orang ramai. Apabila Ibn Taimiyyah meninggal dia dikeluarkan dari kurungan.. tempoh perdampingannya dengan Ibn Taimiyyah adalah sejak Ibn Taimiyyah pulang dari Mesir pada tahun 712H sehingga Ibn Taimiyyah meninggal”. (Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah, 4/401)

Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata:

“Ibn Taimiyyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan. Dia (Allah) memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan dalam dada. Hari kematian Ibn Taimiyyah itu menjadi bukti, manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya, orang Islam datang dari serata pelusuk. Mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya, pada hari yang ditegakkan bukti, mereka semua ingin memegang pengusungnya sehingga patah kayunya. ( Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Durar al-Kaminah, 1/155).

 

Murid-Muridnya

Antara bukti kehebatan tokoh ilmuwan adalah hasil ilmiah yang tertonjol pada diri murid-murid yang mengambil ilmu daripadanya. Begitulah Ibn al-Qayyim terbukti kehebatannya menerusi murid-muridnya. antara tokoh ilmuwan besar dalam bidang hadis yang lahir dari asuhan al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jawziyyah ialah;

al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal 795H) seorang tokoh ilmuwan terbilang terutama dalam bidang hadis. Menghasilkan karangan-karangan yang masyhur termasuk Sharh Sunan al-Tirmizi.

al-Hafiz Ibn Kathir (meninggal 774H). Tokoh hadis, al-Tafsir bi al-Ma`thur dan sejarahwan yang terkenal. Antara karangannya yang terkenal al-Bidayah wa al-Nihayah, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, al-Fusul fi Sirah al-Rasul, Jami’ al-Masanid, Mukhtasar ‘Ulum al-Hadith dan lain-lain.

al-Hafiz Ibn Qudamah al-Maqdisi atau dikenali dengan Ibn ‘Abd al-Hadi (meninggal 744H). Ilmuwan hadis yang terbilang. Menulis lebih daripada 70 karangan. Meninggal sebelum sempat berusia 40 tahun. Antara karangannya dalam bidang hadith al-‘Ilal.

Kewafatannya

Ibn Rajab al-Hanbali berkata:

“Beliau wafat waktu Isyak, malam Khamis pada 13hb Rejab 751H. Diiringi jenazahnya oleh manusia yang begitu ramai. Diperlihatkan untuknya mimpi-mimpi yang begitu banyak dan baik. Semoga Allah meredhainya. Sebelum meninggal, dia melihat al-Syeikh Taqiyy al-Din (Ibn Taimiyyah) dalam mimpinya. Dia bertanya mengenai kedudukan gurunya itu. Gurunya mengisyaratkan tentang kedudukannya melebihi sebahagian tokoh-tokoh yang besar. Kemudian Ibn Taimiyyah berkata: “Engkau hampir mencapai kedudukan kami, tetapi engkau sekarang pada peringkat Ibn Khuzaimah.” (Ibn Rajab al-Hanbali, Zayl Tabaqat al-Hanabilah, 1/363).

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menerima kisah tersebut dan menyebutnya dalam al-Durar al-Kaminah:

“Teramat ramai yang menghadiri pengebumiannya. Diperlihatkan kepadanya mimpi-mimpi yang baik. Beliau menyebut sebelum kematiannya bahawa beliau melihat gurunya Ibn Taimiyyah dalam mimpinya. Beliau bertanya mengenai kedudukan gurunya itu, lalu dia menjawab bahawa beliau ditempatkan melebihi kedudukan beberapa tokoh yang besar dan “engkau hampir akan mencapai kedudukan itu, cumanya engkau berada pada peringkat Ibn Khuzaimah” (4/403).

 

Pujian para Tokoh Terhadap Ibn Qayyim

1.Al-Hafiz Ibn Kathir

Ibn Kathir (wafat 774H) dalam al-Bidayah wa al-Nihayah memberi pujian kepada Ibn Qayyim dengan berkata, “Ibn Qayyim adalah seorang alim yang pakar serta menguasai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan, termasuklah dalam ilmu Tafsir, Hadith dan Usul.” (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, jld 14, hlm 234)

2.al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali

Ibn Rajab al-Hanbali berkata, “Beliau seorang yang arif dalam tafsir yang tidak dapat ditandingi, dalam usuluddin (akidah). Kepada beliau penghujung dua ilmu ini. (Beliau juga arif) dalam hadis, makna-maknanya, fiqhnya dan pendetilan istinbat (mengeluarkan hukum) darinya yang tidak dapat ditandingi. (Beliau juga arif) dalam fiqh, usul fiqh dan bahasa arab. Beliau mempunyai tangan yang panjang (kepakaran) di dalamnya dan beliau mempelajari ilmu kalam, nahu dan lain-lain. Beliau adalah ulama dalam ilmu suluk (penyucian jiwa), kalam ahli tasawwuf dan isyarat-isyarat mereka…” (Rujuk: Zayl Tabaqat al-Hanabilah, jld. 5, hlm. 171-172)

3.al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani

Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata, Maksudnya: Beliau adalah seorang yang berani (kental) jiwanya, luas ilmunya, arif dalam isu-isu perbezaan mazhab ulama salaf. Beliau terlalu cintakan Ibn Taimiah sehinggakan beliau tidak keluar dari pandangannya bahkan beliau menyokongnya dalam semua itu…(al-Durar al-Kaminah, jld. 5, hlm. 138)

4.al-Hafiz al-Shawkani

Beliau terikat dengan dalil-dali sahih, amat teruja untuk beramal dengannya, tidak suka untuk menggunakan al-ra’y (akal), berani (mempertahankan) kebenaran dan tidak melebihkan (taksub) orang dalam mencari kebenaran, alangkah baik keberaniannya. (al-Shawkani, al-Badr al-Tali’, jld 2, ms 143-144)

 

u mempunyai ramai murid-murid yang tidak jemu-jemu datang kepadanya malam ataupun siang, akhlaknya tersangat mulia, tidak pernah menyakiti orang lain, dan aku tidak pernah tahu orang yang alim yang paling kuat beribadah kecuali Ibn Qayyim.” ◆Ibn Rejab (m.796 H) sebagai salah seorang muridnya berkata : “Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah adalah seorang yang kuat beribadah, tahajjud dan memanjangkan munajatnya bagi mencapai tujuan cinta ilahi. Aku tidak pernah lihat seorang pun sepertinya. Aku juga tidak nampak orang lain yang lebih luas ilmu daripadnya, tidak ada seorang pun yang dapat menandingi pengetahuannya mengenai ilmu al-Quran, al-Sunnah dan hakikat iman. Dia bukanlah maksum, tetapi seolah-olah aku lihat dia seoarng yang maksum.” ◆Al-Suyuti (m. 911 H) turut menukilkan pujiannya terhadap Ibn Qayyim, kata beliau : “Beliau adalah seorang ulama besar dalam tafsir, hadith, ilmu furu’ dan usul serta bahasa arab.”◆Kata Qadhi al-Qudhah ‘Abd al-Rahman al-Tafhani al-Hanafi : “Murid kepada Ibn Taymiyyah ini (Ibn Qayyim) karya-karyanya telah menerangi serata alam.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: