Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Khomeini taghut atau dajjal?

KESESATAN KHoMeiNI dan kesyirikan Imamiyyah
Dalam Islam, terdapat satu disiplin ilmu hadith yang dinamakan ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil iaitu ilmu yang menilai keperibadian dan keilmuan seseorang tokoh yang meriwayatkan hadith riwayatnya diterima atau ditolak. Ilmu ini sangat penting untuk menjamin kemurniaan Islam dan ketulenan Sunnah dari kepalsuan, penyelewengan, penambahan dan pengubahan. Usaha ini salah satu bentuk jihad dalam Islam dan satu kewajipan. Ia adalah ibadah dan bukan satu umpatan. Bahkan pahalanya lebih besar dari semata-mata beriktikaf, bersolat, berpuasa, berzikir dan membaca al-Quran.
Al-Imam ‘Abdullah ibn al-Mubarak (118-181H) telah memperingatkan umat pada zamannya agar tidak mengambil ilmu dan hadith dari ahli-ahli bid’ah. Beliau berkata di khalayak ramai, “Tinggalkan hadith ‘Amr ibn Thabit, jangan kalian mengambil hadith darinya kerana dia mencaci salaf (sahabat Nabi).” Ini kerana ilmu akan menentukan aqidah dan agama seseorang.
Antara tokoh bid’ah yang sesat, bahaya lagi berpengaruh zaman ni ialah Khomeini, imam ahli bid’ah dan taghut. al-Khomeini (1902-1989) menjadi Presiden Iran selam 10 tahun iaitu dari tahun 1979 hingga tahun 1989. Datuknya berasal dari India, lalu berpindah ke Najaf Iraq dan akhirnya ke Khomein, Iran. Mati 3 Jun 1989 dikambus di bandar Tehran. Khomeini sangat diagungkan oleh para pengikutnya sehingga dimasukkan namanya dalam azan “Allahu akbar, Allahu akbar, Khomeini rahbar (pemimpin), ashhadu anna Muhammadan Rasulullah…”. Di Iran, sesiapa saja yang mencela Khomeini dikenakan hukuman berat.

943038_239131979596801_1200613204_n

1459765_581223181954842_1443409181_n

1465106_239132459596753_763975675_n
Khomeini Tiada Beza Dengan Syi’ah Zaman Silam

Ketika Khomeini al-Fasiq menduduki kuasa pemerintahan Iran, ramai ahl al-sunnah terpukau dengannya, sehingga mereka menganggap Khomeini seolah seorang mujtahid dan mujaddid Islam yang unggul. Mereka datang menziarahi Khomeini berbondong-bondong dari segenap pelusuk dunia kerana menyangka Khomeini memperjuangkan Islam. Akhirnya, mereka kecewa dan menyesal besar kerana jelas terbukti bahawa Khomeini menzahirkan aqidah sesat rawafidh antaranya mengkafirkan sahabat Nabi saw.
Selain itu, Khomeini didapati bersekongkol dengan rejim-rejim arab ketika itu untuk menangkap dan membunuh tokoh-tokoh gerakaan islam ahl al-sunnah khasnya al-Ikhwan al-Muslimiun. Konspirasi ini didedahkan oleh Shaykh Sa’id Hawwa dalam bukunya “Aliran Khomeini, Sesat Aqidah dan Menyeleweng Dari Prinsip-prinsip Islam.” Begitu juga Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadawi dan Dr. ‘Abdullah ‘Azzam dalam ucapan-ucapannya. Prof al-Qaradawi yang sejak sekian lama mengusahakan Program Sunnah-Syiah juga akhirnya menyesal kerana syiah tetap tegar dengan pemikiran yahudiyyah saba’iyyah. Beliau memuji kematangan dan kedalaman ilmu golongan salafiyyun yang sejak awal menolak usaha taqrib tersebut.
Khomeini menzahirkan kalimah-kalimah kufur dan sesat secara terang-terangan. Antara kata-kata Ayat al-Shaytan Khomeini al-Kazzab ini terhadap Ahli Sunnah :

Antara kesesatannya ialah

MENSYIRIKKAN ALLAH
Masyhur dalam kepercayaan agama syiah, bahawa imam mereka yang 12 itu bersama-sama Allah mentadbir alam. Khomeini tidak terkecuali. Antara kata-katanya ialah
1. “Mestilah diyakini bahawa imam-imam kita mempunyai maqam-maqam tertinggi yang tidak dicapai oleh mana-mana malaikat yang dekat dengan Allah dan tidak dapat oleh mana-mana Nabi yang diutuskan.” Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyyah, ms 52.
2. “Iman seorang syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah menentang Ahli al-Sunnah…Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan.” [Lihat al-Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, ms 83.
3. “Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknati Allah) tanpa ragu-ragu adalah najis.” Lihat al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jld 1, ms 118.
4.“Imam-imam mentadbir alam menggantikan Allah, memberi rezeki dan menyembuh penyakit-penyakit! Kashf al-Asrar, ms 92. Oleh itu tidak apabila apabila kita mendengar Ahmadinejad berkata, “Kalau bukan imam-imam (syiah) yang mentadbir alam, maka siapa lagi??”
Ini tidak syak lagi, syirik dan khurafat yang mengeluarkan dari Islam!

MENGKAFIRKAN DAN MENYESATKAN SAHABAT
al-Imam Abu Zur’ah al-Razi telah menyatakan bahawa pencela sahabat adalah zindiq (munafiq) dan tidak boleh diambil agama darinya. Al-Imam Yahya ibn Ma’in berkata, “Sesiapa yang mencela sahabat, maka ia adalah dajjal.”
Menurut Khomeini, sahabat yang bersih dan benar-benar beragama hanyalah ‘Ali ibn Abi Talib, Salman, Abu Zarr, ‘Ammar, Miqdad, al-Hasan, al-Husayn, al-‘Abbas dan Ibn ‘Abbas. Manakala Sahabat lain semuanya telah salah kerana melantik Abu Bakr al-Siddiq sebagai khalifah, sedangkan al-Quran telah memuji sahabat baginda semuanya tanpa kecuali, telah diampunkan dosa-dosa mereka, dikurniakan keredhaaan Allah dan dijamin syurga.

Khomeini mengikuti jejak langkah syiah silam yang mengutuk dua sahabat Rasulullah saw yang teragung. Dia berkata, “Dua shaykh (Abu Bakr dan ‘Umar r.a.anhuma) menentang al-Quran, menentang serta menzalimi Fatimah dan keturunannya, menghalalkan dan mengharamkan dalam agama sesuka hati, kami tunjukkan kejahilan kedua-duanya terhadap hukum-hukum Tuhan dan agama! Kashf, ms 126.
Dalam kitab-kitab syiah, Abu Bakr al-Siddiq dan ‘Umar al-Khattab yang mulia itu digelar sebagai “Dua berhala Quraisy.”
Ini benar-benar menyalahi Islam, al-Quran al-Hadith.
Abu Bakr al-Siddiq pula dituduh sebagai jahil agama kerana kononnya memotong tangan kiri seorang pencuri dalam satu kes, membakar pencuri lain dan menyokong Khalid ibn al-Walid membunuh Malik Nuwayrah. Yang lebih menzahirkan kebodohan dan kejahatan Khomeini ialah menuduh ‘Umar merejam perempuan hamil dan perempuan gila, jahil hukum mahar, mengharamkan haji tamattu’, nikah mut’ah, dan membakar pintu rumah Nabi saw. ms 128.
Begitu mudah puak sesat mencipta fitnah, menipu dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang merupakan wali-wali terbesar di muka bumi ini. al-Imam al-Shafi’ei berkata, “Tidak saya temui golongan yang paling kuat berdusta seperti rafidhah (syiah).”

Dalam Islam, Sahabat Nabi saw adalah dicintai dan dimuliakan semuanya tanpa pengecualian. Ianya syarat keselamatan dunia dan di Akhirat. Abdullah ibn al-Mubarak berkata, “Dua perkara sesiapa yang memiliknya ia selamat iaitu al-sidq (kejujuran) dan mencintai sahabat Nabi.”

MENGHINA NABI MUHAMMAD DAN PARA NABI
Khomeini tidak dapat menahan ‘kebenciannya’ kepada Nabi Muhammad saw. Dengan penuh bebal dan biadab Khomeini mencela Nabi dengan berkata, “Nabi-nabi hatta Nabi Muhammad saw tidak berjaya membaiki alam, sehinggalah muncul imam mahdi yang ditunggu-tunggu, dialah yang akan membaiki alam.” Kata-kata ini jelas kufur dan satu penghinaan terhadap Allah, Muhammad saw dan semua nabi.
Jelas nifaqnya apabila menafikan kejujuran Nabi Muhammad saw! Dalam Kashf al-Asrar, Khomeini menulis, “Kalaulah Nabi seorang yang jujur dalam menyampaikan risalah, pasti tidak berlaku perselisihan, perpecahan dan peperangan dalam umat ini, pasti tidak berlaku khilaf dalam usul dan furu’.” ms 155.
Khomeini menuduh Nabi membuat al-Quran dan menyembunyikan Surah al-Imamah dalam al-Quran. Ini tidak syak lagi satu kekufuran kepada Allah, Rasul dan al-Quran!

Alangkah besarnya penghinaan Khomeini terhadap ALLAH, agama, nabi dan islam sehingga boleh mengeluarkannya dari Islam. Kita tertanya-tanya, di manakah iman Khomeini kepada Allah dan Rasul? Ilmu pengetahuannya lebih rendah dari budak-budak tadika! Benarlah kata Yahya ibn Ma’in bahawa pencela sahabat adalah dajjal, bukan imam!

MENGHALALKAN DARAH AHL AL-SUNNAH
Antara tuduhan jahat Khomeini kepada Ahl al-Sunnah ialah Ahl al-Sunnah itu menyokong ‘Umar dalam kesalahan-kesalahannya, mengutamakan pendapat-pendapat ‘Umar mengatasi ayat-ayat al-Quran.
Menurut Khomeini, ‘Umar r.a. adalah kafir dan melakukan perbuatan-perbuatan kufur. Ini benar-benar menyalahi aqidah Islam dan satu kekufuran.
Khomeini tidak dapat menyembunyikan kebenciaanya kepada Ahl al-Sunnah lalu berkata, “Zahir nass haram mengumpat mu’min, tetapi harus mengumpat mukhalif (penentang yakni sunni) kecuali apabila perlu taqiyyah,…” al-Makasib al-Muharramah, 1/249.
Dia juga mengutuk dan menggelar ahl al-sunnah sebagai pengembala unta yang hina lagi mundur, binatang-binatang buas, penghuni gurun sahara yang bodoh, golongan yang bertaqlid kepada Ibn Taymiyah dan sejahat-sejahat manusia.

FATWA-fatwa YANG MENYESATKAN
Antara Fatwa Fiqh Khomeini yang gila dan sesat ialah:
i. harus mut’ah dengan penzina walau makruh. Al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, 2/265. Masyhur dari kalangan syiah keharusan bermut’ah dengan isteri orang lain. Ini satu kekufuran yang jelas kerana menghalalkan zina yang diharamkan.
ii. Pendapat yang kuat, sunni adalah sama seperti kafir harbi, bahkan harus mengambil harta mereka dimana sahaja, dengan apa cara sekalipun, dan wajib khumus (1/5 untuk imam). Tahrir, 1/318.
iii. tidak salah mut’ah dengan kanak-kanak atau bayi dengan memeluk, mencium dan berlaga-laga peha. Ibid, 2/241.
iv. wajib membayar khumus iaitu 1/5 dari gaji pendapatan kepada imam-imam. Tidak hairanlah mereka itu kini kaya-raya dan senang-lenang tanpa diketahui apa pekerjaan mereka yang rasmi! Dalam Islam, khumus ialah untuk Allah, Rasul, kaum-kerabat baginda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Itu pun tidak diambil oleh Nabi saw untuk dirinya walau halal. Baginda menghadiahkan bahagian baginda kepada anak-anak yatim dan faqir miskin.
Bolehkah kagum dan memuji ahli bid’ah mukaffirah? mengambilnya sebagai imam dan idola?
Ulama ASWJ ijma’ bahawa haram memuji ahli bid’ah, duduk bersama, bercakap-cakap bersama ahli bid’ah tanpa sebarang maslahah, apalagi mengambil mereka sebagai idola dan imam!! Al-Imam Fudayl ibn Iyadh berkata, “Sesiapa yang memuliakan ahli bid’ah maka ia telah berusaha meruntuhkan Islam.”
Ibn Sirin dan al-Imam Abu Qilabah al-Raqashi berkata,
“Jika kamu melihat seseorang duduk-duduk bersama ahli bid’ah, berikanlah peringatan keras dan jelaskanlah kepadanya tentang keperibadiannya. Apabila ia tetap duduk-duduk bersama ahli bid’ah setelah ia mengetahuinya, maka jauhilah ia kerana ia termasuk pengikut hawa nafsu (ahli bid’ah)“. (al-Barbahari, Sharh al-Sunnah, ms 144)

Pembunuh dan Penjenayah Perang
Rakan-rakan politik yang menjadi saingannya dipenjara dan dibunuh. Lebih-lebih lagi dari kalangan Ahl Sunnah seperti Shaykh Ahmad Mufti Zaedah dan rakan-rakannya. Dari semasa ke semasa ahl sunnah dibunuh di Iran. Sehingga ke hari pembunuhan demi pembunuhan terhadap Ahl al-Sunnah masih berterusan. Di Iran, Ahl al-Sunnah digantung hingga mati sewenang-wenangnya. Ribuan muslim dibunuh dalam Perang Iran-Iraq. Dalangnya ialah Khomeini dan rawafidh.

Khomeini sebenarnya bukan bapa revolusi Iran.
Revolusi Iran yang berjaya menjatuhkan Raja Shah Reza Pahlevi diusahkan oleh puluhan bahkan ratusan parti, pertubuhan dan kelompok masyarakat Iran. Khomeini hanyalah satu kelompok kecil bahkan ketika itu dia sendiri berada di luar negara.! Tetapi kebanyakan pejuang revolusi memilihnya kerana dia disangka warak dan zuhud serta tidak minat kononnya kepada jawatan dan kuasa pemerintahan. Dalam istilah politik disebut sebagai ‘menang terpijak.’ Satu pertanyaan, ke mana hilangnya Imam Syiah Iran ketika itu, Ayatollah Musa al-Sadr? Tidak diketahui siapa yang membunuhnya.
Jelas, bahawa Khomeini dinaikkan oleh konspirasi Yahudi dan Salibiyyah Barat.
Sudah sampai masanya golongan ahl al-sunnah yang terpukau dengan khomeini sedar, insaf dan bertaubat dari kejahilan dan kesesatan mereka, kembali kepada Islam Sunnah serta mensahihkan kembali aqidah mereka dari semua khurafat yang membinasakan. Menurut al-Imam ‘Abd al-Rahman ibn ‘Amr al-Awza’ei (w157H), ahli bid’ah itu sekiranya tersembunyi bid’ah mereka, dapat dilihat siapakah sahabat-sahabat rapat dan idola mereka!

Maksum seperti Nabi
Khomeini menyatakan kedudukan Faqih (dirinya) sebagai berikut setelah mendatangkan beberapa dalil daripada perkataan Imam mereka berkenaan Wilayatul Faqih:

“Dalam riwayat ini dijelaskan bahawa seorang mujtahid itu dianggap sebagai Hakim (Pemerintah). Menolak hukum pemerintahan Mujtahid adalah menolak Imam dan menolak Imam itu adalah menolak Allah dan menolak Allah itu menyebabkan syirik kepada Allah”. Kashf al-Asrar, Khomeini, ms 207, ‘Amman: Dar ‘Ammar.

Dalam al-Hukumah al-Islamiyyah dia menyatakan:

فقهاء الإسلام اليوم حجة على النّاس كما كان رسول الله – صلّى الله عليه وآله وسلّم – حجة الله، وجميع الأمور بيده، وكل من تخلف عنه تقام الحجة عليه. فالفقهاء حجة على النّاس من قبل الإمام – عليه السّلام – وجميع الأمور، وكل مسائل المسلمين موكولة إليهم. وكل من يتخلف عنهم في أمر الحكومة، وإدارة أمور المسلمين، وأخذ الواردات العامة وصرفها، فسوف يحتج الله تعالى عليه.

“Fuqaha’ Islam (yakni Ulama Syiah) pada hari ini adalah Hujjah atas manusia seperti mana Rasulullah s.a.w Hujjah Allah dan semua urusan berada pada tangan baginda, sesiapa yang menyalahi perintah baginda maka akan didirkan hujah atasnya (dihukum di akhirat). Demikian juga para Faqih adalah hujjah atas manusia daripada Imam a.s dan semua urusan dan masalah kaum muslimin diserahkan kepada mereka. Sesiapa sahaja yang menyalahi perintah mereka dalam urusan pemerintahan, pentadbiran kaum muslimin, dan urusan sumber kewangan, maka Allah akan menegakkan hujah atasnya (di akhirat)”. [al-Hukumah al-Islamiyyah, m.s 125].

Jelas daripada kenyataan-kenyataan kufur Khomeini ini, Dia telah meletakkan dirinya dan para Ulama Syiah setaraf dengan Rasulullah s.a.w di mana segala undang-undang yang mereka laksanakan hendaklah ditaati tanpa dibantah. Hak Imam Maksum Syiah kini menurut Khomeini telah berpindah kepadanya dan sekutu-sekutunya.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: