Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kesesatan Ahbash

Antara ajaran sesat terbaru di tanah air ialah ajaran ahbash. Mereka adalah pengikut seorang lelaki negro sesat bernama ‘Abdullah al-Harari al-Habashi yang berasal dari Habsyah yang akhirnya menetap di Lubnan. Dia menyebarkan kesesatan di Lubnan dan mendapat pengikut-pengikut yang sangat taksud kepadanya. Antara penyakit ahbash yang sesat lagi bahaya (semoga Allah memberi hidayah kepada mereka) ialah suka melabel orang yang menyetujui pemikiran mereka, mewahhabikan orang lain, mengkafirkan, mencaci, mencarut dan mengutuk-ngutuk, bahkan mereka fitnah!. Ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan mereka caca-merba seperti orang tidak siuman dan tidak beragama serta sangat jauh dari aqidah dan akhlak Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Kini ahbash Malaysia menyamar sebagai ‘pejuang ahlus sunnah tulen’ , asha’irah dan ‘pengkaji syiah’ kononnya, sedangkan ahbash sendiri hampir tiada beza dengan syiah, bahkan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan syiah. AQIDAH AHBASH Dalam aqidah, ahbash yakin Allah tidak bertempat, iaitu aqidah jahmiyyah mu’tazilah yang batil, bukan aqidah ahl al-sunnah. Mereka mempromosikannya ke sana sini. Mereka mengingkari nama-nama Allah, sifat-SifatNya, dan perbuatan-perbuatanNya yang haqiqi. Ini fahaman mu’tazilah dan jahmiyyah yang sesat lagi membingungkan. Islamkah kalau menolak sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi? Mereka juga menganut fahaman sesat al-Irja’ iaitu mempercayai iman hanyalah percaya dalam hati dan amal tidak termasuk iman. Abdullah al-Harari berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah dalam dirinya, tidak melaksanakan sedikit pun kefardhuan Allah dan tidak menjauhi perkara-perkara haram, tetapi dia pernah mengucapkan la-ila-ha-illallah walau sekali seumur hidup, maka dia seorang muslim dan digelarkan juga sebagai seorang mukmin yang berdosa.” (al-Dalil al-Qawim, ms 9-10). Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murjiah yang sesat. Mereka percaya kepada Imam ke 12 Syiah Muhammad Hasan al-‘Askari, dan ke 13 ialah al-Rifa’ie pengasas tariqat rifa’iyah tariqat ikutan ahbash. Merrka juga percaaya kitab al-Jufr yg terkandung di dlaamnya nasib mereka hingga Hari Qiyamat. MENGKAFIRKAN Ahbash memakai fahaman khawarij sesat yang suka mengkafirkan umat islam. Ramai yang mereka kafirkan secara jahat dan keji. Mereka kafirkan Dr Johari Mat, TGN Aziz, TG Haji Hadi, Dr Maza, Dr Zahazan, Dr Maszlee, Sham Kamikaze dan lain-lain. Semua ustaz-ustaz salafi dituduh mujassim, sesat dan bahlul. Bahkan mereka menghalalkan darah tokoh-tokoh agama tersebut dan menghasut masyarakat agar membunuh tokoh-tokoh agama salafi ahl-sunnah wal jamaah itu. Menurut al-Harari, perkara pertama yang wajib ke atas setiap mukallaf ialah beriktikad akan kekafiran Ibn Taimiyyah. Dia bersungguh-sungguh memberi peringatan supaya menjauhkan diri dari kitab-kitab Ibn Taimiyyah. Demikian juga al-Imam al-Zahabi yang di sisinya (al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia juga menganggap al-Syeikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-Tamimi sebagai seorang penjenayah, pembunuh dan seorang kafir. Dia juga mengkafirkan al-Syeikh al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani, mengkafirkan al-Syeikh Sayyid Sabiq dan menganggap Sayyid Sabiq sebagai seorang Majusi yang kafir. al-Harari juga mengkafirkan Sayyd Qutb sepertimana yang ia sebutkan dalam bukunya al-Nahj al-Sawiy fi al-Radd ‘ala Sayyd Qutb wa Tabi’ihi Faisol Mawlawi. Bahkan menurutnya, syahadah seseorang itu tidak sah sehingga lah ia mengkafirkan Ibn Taimiyah Ibn Qayyim dan Muhammad al-Tamimi. Ini tambahan dan syarat yang direka-reka dalam agama, yang tiada dalam Islam, al-Quran dan al-Hadith! Ini adalah bid’ah yang menyesatkan. Mereka mengkafirkan setiap muslim dan muslimah yang mengatakan Allah itu Maha Tinggi. TERRORISME Di Lubnan, mereka telah membunuh Mufti Lubnan Syeikh Hasan Khalid, pakar ‘Ulum al-Quran Dr. Subhi al-Salih, pemuda-pemuda sunni salafi dan ramai lagi. Terbukti pengeboman dan pembunuhan tersebut dilakukan oleh pemuda-pemuda ahbash. Mereka telah ditahan. Mereka mengkafirkan al-Imam Ibn Taimiyah, al-Imam Ibn Qayyim, Prof Muhammad al-Ghazali, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, ‘Abdul Aziz ibn Baz (Mufti Saudi), al-Albani, Muhammad Salih al-‘Uthaymin, Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, Ramadan al-Buti, Prof Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr ‘Abd Rahman Sudays Imam Masjidul Haram, dan ramai ulama al-Azhar. SOLAT Ahbash solat Mengadap timur, sedangkan umat islam solat mengadap barat (ke Mekah). Ini antara amalan sesat golongan ahbash. Mencipta hokum dan amalan agama mengikut hawanafsu. ZAKAT Zakat tidak wajib ditunaikan kerana kononnya wang kertas bukan dinar dan dirham. Bahkan ad dalam ajaran mrk bahawa solat, puasa dan ibadat tidak wajib lagi begitu juga segala yang haram tidak lg haram setelah mencapai ‘Hadrat Tuhan’. Adapun orang awaam maka mrk itu baru ‘Mengetuk Pintu Tuhan.’ AURAT Dalam fatwa batil mereka, disebutkan keharusan mendedahkan aurat, harus wanita islam memakai wangian2, harus melihat tarian bogel, dan harus bersalaman lelaki perempuan yang bukan mahram. Mereka Berselindung di sebalik fahaman asha’irah, shafi’iyyah dan tariqat rifa’iyyah. Pengkaji syiah kununnya, pejuang aswj tulen (kononnya). Hakikatnya mereka amat mirip dengan syiah dan kumpulan militan yang sangat bahaya. Prof Dr. Wahbah al-Zuhayi seorang alim faqih terkemuka di Syria dan merupakan rujukan yang dihormati dunia, pernah menjadi Ketua Ulama Dunia dan masih menganggotai Majlis Ulama Dunia ! Beliau (Dr. al-Zuhayli) berkata: “Mereka adalah kumpulan sesat lagi menyesatkan. Wajib menjauhkan diri daripada mereka dan berhati-hati dengan mereka.Kumpulan mereka adalah kumpulan fitnah dan berfatwa mengikut hawa nafsu..Mereka suka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka juga dibimbangi mempunyai hubungan dgn negara luar (Israel dan Barat).. Arak Halal Di Sisi Ahbash Mereka iaitu Ahbash Satu Kaum Yang Sesat, Mereka Berpura bertopengkan Al-Quran Sunnah, Mereka Menghalalkan Arak yang Jelas Haram!! Dr Safar al-Hawali seorang pakar Ilmu Aqidah berkata, “Antara perkara yang disebarkan oleh Ahbash ialah Aqidah Jahmiyyah yang buruk, berselindung di sebalik Asy’ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan ‘Aqidah Abu al-Hasan al-Ash’ari yang telah kembali kepada Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dengan aqidah jahmiyyah. Mereka menafikan sifat-sifat bagi Allah. Mereka menafikan sifat al-‘Uluww (ketinggian) bagi Allah, mengubah Kalamullah Azza wa jalla. Mereka menyatakan iman itu hanya di dalam hati (fahaman sesat murji’ah) dan dalam masalah Qadar mereka menghampiri mazhab Jabariyyah. Antara bukti taksub mereka kefahaman mereka ialah mereka telah membunuh seorang pemuda muslim yang menetapkan sifat ‘Uluww bagi Allah Ta’ala. Pemuda itu menulis sebuah kitab bertajuk Ithbat ‘Uluww Allah ‘ala Khalqih. Fatwa Prof Dr ‘Abd al-Aziiz al-Tarifii seorang tokoh besar ulama hadith dan hafiz abad ini berkata, “Ahbash meyakini wali-wali mengurus alam. Mereka sama seperti musyrikin. Tidak halal sembelihan mereka, tidak harus berkahwin dengan mereka dan tidak harus solat di belakang mereka (tidak sah).” Mereka solat mengadap timur. Dr Ahmad Shalabi (al-Azhar) berkata, “Bahayanya kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain mereka dan mereka menyangka bahawa hanya kumpulan mereka sahajalah yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah Islam Ahl al-Sunnah wal Jama’ah kerana ASWJ mengatakan pegangan mereka itu salah. Mereka memaksakan aliran aqidah (jahmiyyah) mereka dengan senjata dan kekerasan.” Shaykh Hamid al-‘Aliyy berkata, “Ahbash mengamalkan kesesatan termasuk syirik, menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat Allah (jahmiyyah), menyebarkan fahaman murjiah, Jabariyyah, tasawwuf batiniyyah dan syiah rafidhah. Mereka mencela para sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-Mukminin ‘Aisyah melakukan maksiat dengan melanggar perintah2-perintah Allah. Mereka juga mengeluarkan fatwa-fatwa yang sangat pelik. al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk memohon dari kubur, memohon pertolongan dari kubur dan memohon ditunaikan hajat dari kubur. Ini kerana kumpulan Ahbash mempercayai orang-orang yang telah mati itu akan keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang yang telah mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka. Mereka juga mengharuskan perbuatan memohon perlindungan kepada selain Allah, dan menyeru mengambil berkat dari beberapa batu. (Kitab al-Dalil al-Qawim, ms 173). JENAYAH ILMIYYAH Amanah termasuk iman dan tiada iman bagi sesiapa yang tidak amanah. Termasuk amanah ialah amanah ilmiah. Sebaliknya, golongan ahbash mentahqiq kitab-kitab turath dengan mengubah suai kitab-kitab tersebut, memotong perkataan-perkataaan, ayat-ayat dan perenggan yang tidak mereka sukai dan mentafsirkan ayat-ayat sifat Allah dengan tafsiran jahmiyyah. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan hadith-hadith yang lemah dan palsu, yang menyokong mazhab mereka. Kerana itu mereka menghukum banyak hadith yang sahih sebagai dhaif kerana tidak menyokong mazhab mereka. Perkara ini jelas di dalam kitab mereka yang bertajuk al-Maulid al-Nabawi. BERSEKONGKOL DENGAN KRISTIAN Keganasan yang dilkaukan ahbash dikatakan dengan bantuan dari golongan Kristian dan Yahudi. Mereka dibekalkan senjata dan kewangan. MENYEBARKAN FITNAH (BUHTAN) Ramai ulama’ dan pendakwah yang mereka fitnah sehingga dipenjara. Ramai yang lari menyelamatkan diri ke Saudi dan Mesir. Pengikut-pengikut mereka di Malysia dan Indonesia tradisi fitnah, melakukan jenayah yang sama, meneruskan agenda dajjal dan yahudi.

Mazhab dan Tariqat Sesat

Dalam urusan fiqh mereka menyalahi mazhab Shafiei bahkan mengelurakan hokum-hakam mengikut hawanafsu mereka iaitu dengan mengeluarkan fatwa-fatwa pelik dan karut. Menurut mereka, melihat, bercampur dan bersalaman dengan perempuan yang ajnabiy itu tidak mengapa (halal). Bahkan dia mengatakan wanita boleh keluar rumahnya dengan berwangi-wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui suaminya. al-Harari mengharuskan jualan dan belian budak yang merdeka. Dia juga membolehkan orang ramai meninggalkan bayaran zakat dengan wang kertas dan mendakwa wang kertas tidak ada kaitan dengan zakat. Zakat yang wajib ialah zakat emas dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan riba, mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis. (Bughyah al-Talib: 99) al-Harari juga telah menimbulkan fitnah (kesesatan) di Amerika dan Kanada dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah. Mereka menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam. Mereka juga yakin bumi bukannya berbentuk globe seperti yang dimaklumi, sebaliknya bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk setengah buah oren. Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah menunaikan solat. Ini perbuatan yang sesat kerana memisahkan diri dari jamaah. Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz Mufti Besar Saudi telah mengeluarkan fatwa, “Sesunguhnya kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan mengingkari aqidahnya yang batil. Wajib memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya, tidak mendengar serta tidak menerima apa yang mereka katakan.” (al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 1/430.

Tariqat Sesat

al-Ahbash mengajak kepada tariqat sesat naqshabandi dan rifa’iyyah. Mereka berzikir tidak mengikuti sunnah tetapi berzikir dengan lafaz-lafaz yang direka-reka sendiri sambil menari-nari. Membaca qasidah-qasidah dan nasyid-nasyid yang mengandungi syirik. Hampir semua tariqat mengajarkan istighathah (memohon pertolongan) dari selain Allah, seperti meminta kesembuhan penyakit dari shaykh-shaykh tariqat yang masih hidup dan yang telah mati. Shaykh harus disembah oleh para pengikut. Apakah masih berbaki Iman dan Islam? Bahkan pengasas tariqat naqshabandiyyah iaitu Baha’uddin al-Naqshabandi pernah berkata, ” Aku Kafir kepada agama Allah, dan kufur itu di sisiku wajib…” Pelbagai dakwaan karut dalam tariqat seperti selalu naik Arasy Allah. Apabila Naqshabandi mati, pengikut-pengikutnya membina masjid dan kubah di atas kuburnya. Merka berdoa dan solat di situ sedangkan Nabi saw telah memberikan peringatan, “Allah melaknat yahudi dan Nasrani, mereka mengambil kubur nabi-nabi mereka sebaga masjid.” Ada di kalangan mereka bernama Ahmad al-Faruqi berkata, “Aku temui Allah itu ialah benda-benda ini (alam ini). Bahkan Allah itu diriku sendiri.” (Lihat al-Mawahib al-Sarmadiyyah). Ini ajaran syirik wahdatul wujud. Mereka mengatakan bahawa orang yang beribadah kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka adalah taghut. Kepercayaan seperti ini menyalahi Kitab, Sunnah dan aqidah para nabi. Dalam Aqidah ASWJ, ibadah dilakukan kerana cinta kepada Allah, takutkan neraka dan mengharapkan syurgaNYA. Nabi Ibrahim sendiri berkata, “Ya Allah, jadikanlah aku penghuni syurga yang penuh nikmat.” Nabi saw disuruh berdoa, “Sesungguhnya aku takut – sekiranya akau derhaka kepada Tuhanku – akan azab yang sangat dahsyat pada Hari Qiyamat.” Malangnya apabila syirik-syirik dan kesesatan mereka dikritik, mereka akan melabel si penasihat jujur itu sebagai wahhabi!

Tariqat rifaiyyah suka bermain ular, menikakm2 perut dengan iaitu bermain sihir, ilmu hitam dan jampi serapah. Zikir mereka disertai naynyian, tarian dan pemnyembahan terhadap syeikh. Di zamn abbasiyyah mrk bersekongkol dgn tatr untuk menjatuhkan khilfah Islam. mrk meykini Rifai boleh mnghidupn dan mematikan. cthnya menghidup ikan yang telah dimakan. Rifai boleh memasukkan mrk ke dalam syurga, mengethui ilmu gahiab dan taqdir lalu mengubah nasib pengikut2nya , membeli tanah utk pengikut2nya. mrk percaya kepada imam 12 syiah, dan memhon hajat dbeedoa di kubur2 mereka. Naqshabdiyyah wajib menyerah zahir dan batin kpd syeikh anpa bantahan. wajib x boleh ingkar syeikh, walau zahir perbuatan syeikh haram, bezikir mesti membayang wajahsyeikh. wajib percaya bhw segala nikmat adalah dari syeikh. WALA’ Mereka memberikan wala’ (sokongan dan ketaatan) kepada rejim Nusayri Ba’thi Syria yang dihukumkan musyrik kafir murtad oleh ulama’ Islam sepanjang zaman. Ahbash bersekongkol dengan Parti Amal Syiah dan Hizbullat Lubnan. Mereka suka melabel orang lain sebagai pengganas dan pelampau sedangkan merekalah sebenarnya pengganas dan pelampau. Pengeboman terhadap Rafiq Hariri dilakukan demi rejim Syria dan agam syiah.

Kesimpulan

Setiap muslimah dan muslimah mestilah mempelajari aqidah ASWJ yang sahih dari guru-guru yang dipercayai dan diiktiraf agar selamat dari semua ajaran sesat dan bid’ah yang merosakkan. Anak-anak dan keluarga mestilah diajarkan aqidah yang sahih dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, mengikut tafsiran dan kefahaman golongan salafus salih. Mereka perlu dimesra dengan masjid, solat Jumaat dan jamaah. Antara buku-buku aqidah yang patut dibaca dan dirujuk Kitab al-Tawhid oleh al-Imam al-Bukhari, ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah oleh al-Sabuni, Lum’at al-I’tiqad oleh Ibn Qudamah al-Madisi dan lain-lain. Kitab-kitab palsu ahbash, jahmiyyah mu’tazilah yang bertopengkan ahl al-sunnah dan asha’irah hendaklah dijauhi.

Single Post Navigation

9 thoughts on “Kesesatan Ahbash

  1. Ahbash tu apa sebenarnya??? Adakah golongan tak ikut 4 mazhab tu? +60183705696 Zabid

  2. Terbaik post ni. Smoga rancangan jahat mereka akan diketahui umum. In Shaa Allah. Jgn bertopengkan mazhab itu mazhab ini sedangkan mereka seolah-olah mengasaskan mazhab bahkan, agama sendiri. Masha Allah…

  3. salam tuan, terbaik post ni… boleh kongsi jenis2 kitab depa yang ada kat mesia ni, supaya kalangan kita tau kitab tu tak betul… satu lagi apa betul pergerakan pengajian kitab Baituss Sa’adah di Damansara ada kaitan mohon perkongsian?

  4. hmm.apa yg saya belajar depa x macam tu pun.semoga dijauhkan daripada fitnah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: