Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Bahaya Bid’ah

72 aliran bid’ah bermula dengan 4 atau 5 kelompok sesat iaitu rawafidh (shi’ah), khawarij, qadariyyah, dan murji’ah serta jahmiyyah mu’tazilah. Kelompok2 bid’ah mengakibatkan sangat banyak bahaya besar dunia, di alam barzakh dan di akhirat.

Untuk mendakyahkan aliran sesat mrk , mrk mencipta hadith2 palsu supaya dkayah merek dilihat sbg agama dan mjd laku dalam masyarakat. Mereka mentafsirakn ayat2 al-Quran dan al-hadith mereka keinginan hawanfsu mereka y sesat dan akal yg dangkal, bukan mengikut cara yang betul.

Antara punca-punca bid’ah ialah:

Pertama, al-ahwa’ (emosi, tujuan dan keinginan jahat) seperti khawarij.
Kedua, al-‘aqliyyat menggunakaan akal dalam menentukan agama seperti jahmiyyah mu’tazilah, ahli kalam dan falsafah.
Ketiga, al-diyanat wa al-nihal al-qadimah iaitu agama-agama sesat dan ajaran-ajaran kuno seperti kristian, budha, hindu dan selain itu lalu diambil oleh rawafidh, batiniyyah dan ghulat sufiyyah.
Keempat, taqdis al-ashkhas iaitu pendewaan terhadap peribadi-peribadi tertentu dan para tokoh.
Kelima, kejahilan terhadap al-Quran, hadith-hadith Nabi saw, ijma’ dan qiyas serta maqasid.
Keenam, kejahilan dalam bahasa Arab.

1469972_10201711437321871_241641101_n
Tulisan penulis dalam Sinar Harian

DI DUNIA
1. Pertama, ibadah ahli bid’ah tidak diterima Allah Ta’ala kerana ibadatnya adalah ibadat baru, menyalahi sunnah. Dimaklumi bahawa syarat penerimaan ibadah ialah ikhlas, iman yang sahih, menepati sunnah, dilakukan cinta, khawf dan raja’.
2. Ahli bid’ah sentiasa jauh dari Allah. Semakin rajin ia beribadah, ia semakin jauh dariNya.
3. Setiap bid’ah adalah kesesatan, menyalahi ahl al-sunnah wa al-jama’ah.
bahkan ahli bid’ah menyesatkan orang ramai dengan ibadah, populariti dan penampilan waraknya yang mempesonakan.
4. antara sikap ahli bid’ah ialah suka melabel ahl al-sunnah dengan pelbagai gelaran buruk di mata masyarakat spt mushabbih, mujassim, kafir, wahhabi, zahiri, nasibi, sampah dan lain-lain, semata2 krn ahl al-sunnah itu mengikuti al-Quran dan al-Hadith spt yang disebutkan oleh al-Imam Abu Hatim al-Razi. Akibatnya berlaku caci mencaci, label melabel, kebencian dan perpecahan serta mungkin hurur-hara.
Adapun ahl sunnah wa al-jamah mereka menajuhi debat dan pengtengkaran yang sia2. Al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni dalam kitab Aqidah Salaf Ahl- Sunnah wa al-Jama’ah berkata, Mereka (iaitu Ashab al-Hadith AHl al-Sunnah wa al-Jama’ah) itu saling mencintai kerana agama dan saling membenci kerana agama (kerana Allah bukan kerana dunia. Ini tanda kesahihan aqidah dan merupakan seteguh-teguh ikatan iman). Mereka juga menghindari perdebatan dalam agama Allah (Zat Allah dan Sifat-sifatNya) dan perbalahan tentangNya, mereka menghindari ahli bid’ah dan kesesatan, memusuhi ashabul ahwa’ dan orang-orang jahil yang berkata tanpa ilmu (ruwaybidhah).Mereka mengikuti jejak salaf salihin (Nabi, para sahabatnya dan tabi’in) dari kalangan imam-imam dan ulama’ muslimin para ulama salafus salih. Berpegang teguh dengan agama yang kukuh dan kebenaran yang jelas (al-Qur’an dan al-Hadith). al-Sabuni, ‘Aqidah al-Salaf (terj Abid Muhammad Noor), ms 47.
DI ALAM BARZAKH
al-Imam Ahmad ibn Hanbal berkata, “ahli bid’ah seorang ahli ibadah maka kubur satu lubang dari lubang api neraka Jahannam.”

DI AKHIRAT
ahli bidah tidak mendapat syafaat Nabi saw, dan dihalau dari minum dari telaga Baginda.
Lalu Nabi saw bersabda,
“(Wahai Rabbku), mereka betul-betul pengikutku. Lalu Allah berfirman, ‘Sebenarnya engkau tidak mengetahui bahawa mereka telah mengganti ajaranmu setelahmu.” Kemudian aku (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam) mengatakan, “Celaka, celaka bagi orang yang telah mengubah ganti ajaranku sesudahku.” (HR al-Bukhari no. 7051).
Ini doa laknat untuk orang-orang yang mengubah ganti ajaran Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan berbuat bid’ah.

TANDA2 AHLI BID’AH
Antara tanda ahli bid’ah ialah kejahilan tentang maqasid al-shariah (objektif-objektif shariah), berpecah belah, memisahkan diri dari jamaah muslimin, suka berdebat dan bertengkar, mengikuti hawanafsu, menguatamakan aqal mengatasi ak-kitab dan al-sunnah,

HARAM Mempromosi Ahli Bid’ah
Haram mempromosikan ahli2 bid’ah dalam akhbar atau majalah, buku2 atau media elektronik.
Syaikhul Islam al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata:
من عظم صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام
“Sesiapa yang memuliakan seorang ahli BID’AH, maka dia telah MEMBANTU untuk MENGHANCURKAN Islam”
[Sharh al-Sunnah 2/321]

Tempat Asal Kemunculan Bid’ah.

Dimanakah asal bid’ah yang menyesatkan? Iraq. Di sanalah munculnya pelbagai aliran bid’ah dalam sejarah. Khawarij, rafidah, batiniyyah, jahmiyyah, mu’tazilah, Syiah,
al-Imam Ahmad, al-Bukhari, dan Tirmidhi dan lain2 meriwayatkan meriwayatkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ : ” اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا ، قَالَ : قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ، قَالَ : قَالَ : اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا ، قَالَ : قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ، قَالَ : قَالَ : هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ” .

dari Ibn ‘Umar berkata, Ya Allah, berkatilah untuk kami Syam kami dan Yaman kami. Mereka berkata “..wahai Rasulullah, dan juga Najd (Iraq) kami.” Nabi saw bersabda, “Di sana berlaku gempa bumi dan huruhara (peperangan). Dari sana muncul tanduk syaitan.” Sahih al-Bukhari, al-Fitan, hadith 6592.

Salim berkata, Wahai ahli Iraq alangkah sukanya bertanya tentang remeh temeh, lagi suka melkaukan jenayah besar (seperti membunuh al-Husayn ibn ‘Ali di Karbala, Iraq) sebahagian kamu memenggal sebahagian yang lain. Najd I dalam hadith ialah Najd Irqa bukan Najd Yamamah di Saudi. al-Khattabi (wafat 388H) berkata Najd ialah pedalaman Iraq dan sekitarnya. Ini dipersetujui oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani. al-Fath, 13/47. Ini termasuk mukjizat Nabi saw.

Sahl ibn Hunayf berkta sambil tangan menujukk kearah Iraq, saya mendengar nabi saw bersabda, “Dari sana (iraq), akan muncul kaum yang membaca al-Quran (kuat beribadah) tetapi bacaan mereka tidak melepasi tekak mereka. Mereka keluar dari Islam spt keluarnya anak panah dari busurnya.” Sahih al-Bukhari. Rasulullah saw jugfa bersanbda, “Pangkal kekufuran dari tmur (Iraq dan Iran).” al-Kushminahi berkata Itu menujkkan betapa teruknya kekufuran majusi kerana kerjaan Parsi dan pengikut mereka dari kalangan araab di Timur Madinah. Merrka sangat keras, kasar dan angkuh. Paris Majusi amat dahsayt kekufuran mereka. Di sana Ramai ahli sihir, jin2 jahat dan dan penyakit2 berbahaya.

Bahaya Bergaul dengan Ahli Bid’ah

Antara bahaya dan kerosakan akibat duduk bersama ahli bid’ah ialah:

1) Pelbagai syubhat akan masuk ke dalam hatinya sedangkan ia tidak dapat menolaknya.
2) Menghadiri majlis ahli bid’ah bermakna menentang perintah Allah dan Rasul yang menyuruh agar meninggalkan majlis mereka. Ini menyebabkan kesesatan dan azab yang pedih.
3) Bermajlis dengan ahli bid’ah menimbulkan rasa cinta kepada mereka sedangkan Allah telah memerintahkan agar membenci dan memusuhi mereka.
4) Ahli bid’ah akan menganggap dirinya benar lalu ia tidak bertaubat.
5) Duduk dengan ahli bid’ah menyebabkan orang lain bersangka buruk kepadanya.

Jauhilah Ahli Bid’ah.

al-Imam Abu Qilabah al-Raqashi berkata,
“Jika kamu melihat seseorang duduk-duduk bersama ahli bid’ah, berikanlah peringatan keras dan jelaskanlah kepadanya tentang keperibadiannya. Apabila ia tetap duduk-duduk bersama ahli bid’ah setelah ia mengetahuinya, maka jauhilah ia kerana ia termasuk pengikut hawa nafsu (ahli bid’ah)“. (Sharh al-Sunnah, ms 144, al-Imam al-Barbahari)

al-Imam Sufyan al-Thawri berkata, “Seseorang yang duduk dengan ahlul bid’ah tidak akan selamat dari tiga perkara:
1. menjadi fitnah kepada orang lain, (org lain akan terikut dan terpengaruh dengannya)
2.masuk ke dalam hatinya kebid’ahan hingga dia tergelincir dengannya,
3.atau dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka Jahannam…”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: