Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Ramadhan Cinta

HIDAYAH RAMADHAN.
Kedatangan Ramadhan disertai dengan seribu barakah, rahmat, maghfirah dan jaminan pembebasan dari Api Neraka. Ramadhan termasuk syiar Allah dan sesiapa yang mengagungkannya maka ia termasuk taqwa. Di dalamnya diturunkan al-Quran, dan wajibkan berpuasa ke atas orang-orang beriman. Maka sangat wajar bulan ini disambut dengan gembira, taubat, dan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah serta mjd persediaan untuk menemuiNya.
1.Antara kewajipan ketika berpuasa ialah 8 perkara iaitu Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa seperti masuknya sesuatu ke dalam perut dengan sengaja, muntah dengan sengaja, istimna’, haidh, nifas, bersetubuh dengan sengaja, murtad dan gila. Begitu juga dengan berbekam. Wajib juga memelihara diri dari perkara yang diijma’ oleh fuqaha’ membatalkan pahala puasa spt menipu, ghibah, dan mencaci. Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata dusta dan masih beramal dengannya, maka Alllah tidak berhajat kepada perbuatan lapar dan dahaganya.” HR al-Bukhari.
2.Pada waktu malamnya disunatkan qiyam ramadhan (kalimah solat tarawih tidak sabit dalam hadith sahih). Sangat digalakkan menghidupkan malamnya walau dengan solat 2 rakaat dan 1 rakaat witir.
3.Menurut Anas, Ibrahim al-Nakha’ei dan al-Awza’ei, ghibah dan dusta membatalkan puasa dan wajib diqadha’. Mereka mengatakan bahawa 5 perkara membatalkan puasa iaitu dusta, ghibah, namimah, memandang dengan syahwat dan sumpah palsu. Lihat Ibn Abi Shaybah, al-Daylami, al-Azdi. Dikatakan Anas berkata, “Apabila orang berpuasa mengumpat, batallah puasanya.” Al-Muhalla Ibn Hazm.
4.Membanyakkan doa. Doa ketika berbuka puasa tidak sabit satu pun dalam hadith sahih. Cuma para sahabat sangat suka berdoa sebelum berbuka puasa. Dibolehkan berdoa dengan sebarang doa. Antara yang terbaik ialah doa “Telah hilang dahaga, dan basah urat-urat dan sabit pahala inshaAllah.” Hr Ibn al-Sunni
‘Abdullah ibn ‘Amr berdoa ketika berbuka puasa,
‏اللَّهُمَّ إني أسألُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْء أنْ تَغْفِرَ لي
“Ya Allah sesungguhnya aku meminta dengan rahmatMu yang lebih luas segala sesuatu agar Engkau mengampunkanku.” HR al-Hakim.
5.Banyak bersugi. al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmizi menukilkan dalam al-Sunan bahawa Al-Imam al-Shafiei memilih bersiwak pagi dan petang.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: