Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “July, 2013”

Berdosakah Tidak Membaca al-Quran?

DOSA MEMINGGIRKAN AL-QURAN (hujran al-Qur’an).
Soalan: Adakah seorang muslim berdosa sekiranya dia tidak pernah membaca Al Quran dlm bulan Ramadhan?

Jawapan:
Ya, Rasulullah pernah mengadukan kaumnya kepada Rabbnya
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
“Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan“. (Surahl al-Furqan: ayat 30)

Bentuk hujran iaitu tidak acuh, mensiakan, meminggirkan atau meninggalkan al-Quran itu berlaku dalam beberapa bentuk:
Tidak membacanya
Tidak merenungi maknanya (tadabbur)
Tidak mengamalkannya
Tidak mendakwahkannya
Tidak berhukum dengannya
Ini semua adalah bentuk pengabaian terhadap al Quran dan ini menunjukkan kurangnya iman dan kebaikan pada seseorang sekadar bentuk ketidakacuhannya kepada Al Quran.
al-Hafiz Ibn Kathir al-Dimashqi berkata dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld 6, ms 109,
وذلك أن المشركين كانوا لا يُصغُون للقرآن ولا يسمعونه ، كما قال تعالى: وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ [ فصلت : 26] وكانوا إذا تلي عليهم القرآن أكثروا اللغط والكلام في غيره، حتى لا يسمعوه. فهذا من هجرانه، وترك [علمه وحفظه أيضا من هجرانه، وترك] الإيمان به وتصديقه من هجرانه، وترك تدبره وتفهمه من هجرانه، وترك العمل به وامتثال أوامره واجتناب زواجره من هجرانه، والعدولُ عنه إلى غيره -من شعر أو قول أو غناء أو لهو أو كلام أو طريقة مأخوذة من غيره -من هجرانه، فنسأل الله الكريمَ المنانَ القادرَ على ما يشاء، أن يخلّصنا مما يُسْخطه، ويستعملنا فيما يرضيه، من حفظ كتابه وفهمه، والقيام بمقتضاه آناء الليل وأطرافَ النهار، على الوجه الذي ” ” يحبه ويرضاه، إنه كريم وهاب.
“Itu kerana musyrikin tidak memberi perhatian kpd al-Quran dan tidak mendengarnya….bising dan bercakap2 ketika dibacakan al-Quran termasuk meminggirkan al-Quran, tidak mempelajari cara memebacanya, isi kandungannya dan tidak menghafaznya juga termasuk meminggirkannya, tidak tadabbur dan memahaminya juga termasuk meminggirkannya, tidak bermala dengannya tidak memahtuhi perintahnaya dan meninggalakn larangan2nya, memilih perkataan lain spt syair, kata2, lagu, hiburan, tariqat selainnya termasuk meminggirkannya…”
Maka seseorang muslim muslimah yang mencurah perhatian kepada al-Quran ialah yang membacanya, merenungkannya, mengamalkannya, berdakwah dengannya dan berhukum dengan Al Quran. Apabila ini dilakukan maka seseorang tidak termasuk orang yang tidak acuh dengan al-Quran dan selamat dari dosa hujran al-Quran.

Ramadhan Cinta

HIDAYAH RAMADHAN.
Kedatangan Ramadhan disertai dengan seribu barakah, rahmat, maghfirah dan jaminan pembebasan dari Api Neraka. Ramadhan termasuk syiar Allah dan sesiapa yang mengagungkannya maka ia termasuk taqwa. Di dalamnya diturunkan al-Quran, dan wajibkan berpuasa ke atas orang-orang beriman. Maka sangat wajar bulan ini disambut dengan gembira, taubat, dan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah serta mjd persediaan untuk menemuiNya.
1.Antara kewajipan ketika berpuasa ialah 8 perkara iaitu Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa seperti masuknya sesuatu ke dalam perut dengan sengaja, muntah dengan sengaja, istimna’, haidh, nifas, bersetubuh dengan sengaja, murtad dan gila. Begitu juga dengan berbekam. Wajib juga memelihara diri dari perkara yang diijma’ oleh fuqaha’ membatalkan pahala puasa spt menipu, ghibah, dan mencaci. Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata dusta dan masih beramal dengannya, maka Alllah tidak berhajat kepada perbuatan lapar dan dahaganya.” HR al-Bukhari.
2.Pada waktu malamnya disunatkan qiyam ramadhan (kalimah solat tarawih tidak sabit dalam hadith sahih). Sangat digalakkan menghidupkan malamnya walau dengan solat 2 rakaat dan 1 rakaat witir.
3.Menurut Anas, Ibrahim al-Nakha’ei dan al-Awza’ei, ghibah dan dusta membatalkan puasa dan wajib diqadha’. Mereka mengatakan bahawa 5 perkara membatalkan puasa iaitu dusta, ghibah, namimah, memandang dengan syahwat dan sumpah palsu. Lihat Ibn Abi Shaybah, al-Daylami, al-Azdi. Dikatakan Anas berkata, “Apabila orang berpuasa mengumpat, batallah puasanya.” Al-Muhalla Ibn Hazm.
4.Membanyakkan doa. Doa ketika berbuka puasa tidak sabit satu pun dalam hadith sahih. Cuma para sahabat sangat suka berdoa sebelum berbuka puasa. Dibolehkan berdoa dengan sebarang doa. Antara yang terbaik ialah doa “Telah hilang dahaga, dan basah urat-urat dan sabit pahala inshaAllah.” Hr Ibn al-Sunni
‘Abdullah ibn ‘Amr berdoa ketika berbuka puasa,
‏اللَّهُمَّ إني أسألُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْء أنْ تَغْفِرَ لي
“Ya Allah sesungguhnya aku meminta dengan rahmatMu yang lebih luas segala sesuatu agar Engkau mengampunkanku.” HR al-Hakim.
5.Banyak bersugi. al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmizi menukilkan dalam al-Sunan bahawa Al-Imam al-Shafiei memilih bersiwak pagi dan petang.

Post Navigation