Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Fadilat Bulan Sha’ban

Bulan Kelalaian.
1. Dalam seminggu amal diangkat pada hari Isnin dan Khamis. Dalam setahun amal diangka dalam bulan Sha’ban. Rasulullah sallalahu’alaihi wa sallam ditanya oleh Usamah bin Zaid
Radhiallahu’anhu kenapa baginda banyak berpuasa di bulan sha’ban baginda
menjawab: “Kerana bulan ini banyak dilalaikan oleh manusia padahal pada
bulan tersebut akan diangkat amalan-amalan seorang hamba kepada Allah
Azzawajalla , dan saya ingin amalanku diangkat dan saya dlm keadaan saya berpuasa. SAHIH.
(HR al-Imam Ahmad, Abu Dawud dan An Nasaei, lihat Sahih al-Targhib wat Tarhib 425 dan Sahih
Abu Dawud 2/461)
2. Hadith2 lain berkaitan bulan Sha’ban semua daif dan palsu.
3. Antara adab mempersembahkan amalan kepada Tuhan Raja segala raja, ialah membanyakkan taubat dan istighfar, membaca al-Quran berzikir dengan zikir2 sunnah yg sahih, takut dan malu kepadaNya.
4. Adapun adat membanyakkan kenduri kendara dan makan2 sepanjang bulan sha’ban (mungkin kerana marah terpaksa puasa di bulan ramadan)adalah tiada asalnya dalam agama. Ini bulan sha’ban (berlapar) bukan bulan shab’an (kenyang)!

Kelebihan Khas Malam Nisfu Sha’ban

Hadith yang boleh dipegang berkaitan malam Nisfu Sha’ban ialah yg diriwayatkan oleh ramai sahabat, bahawa Rasulullah saw bersabda:
يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان , فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
قال الألباني في (السلسلة الصحيحة) 3 / 135 : حديث صحيح , روي عن جماعة من الصحابة من طرق مختلفة يشد بعضها بعضا وهم : (معاذ ابن جبل وأبو ثعلبة الخشني وعبدالله بن عمرو وأبي موسى الأشعري وأبي هريرة وأبي بكر الصديق وعوف ابن مالك وعائشة) .
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sha’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci) (HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. jilid 3, ms 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh).
Hadith ini secara mafhumnya mengajarkan agar memebetulkan aqidah tauhid dan menjauhi semua bentuk syirik besar dan kecil, memelihara silaturrahim dan ukhuwwah, secara halus mengisyaratkan agar beristighfar dan bertaubat pada malam nisfu sha’ban agar dapat kemapunanNya. Begitu juga pada setiap malam bulan sha’ban.
Adapun membaca yasin 3 kali malam nisfu sha’ban, dengat niat panjang umur, selamat dari bala dan murah rezeki, maka tiada nass yang mengkhususkan amalan ini. Begitu dengan ‘mewajibkan’ doa khusus selepas itu, maka itu doa rekaan yang rapuh.
Yang lebih patut ialah berdoa dan beribadah seperti biasa, spt memelihara solat jamaah, membanyakkan bacaan al-Quran, taubat dan istighfar. Allahu ‘alam.
By: Ust Abid Annuriyy.

KHUTBAH 5 JULAI 2013. SHA’BAN 14
SHAABAN DAN AMBANG RAMADHAN
Khutbah 1
Muslimin yang dirahmati Allah,
Allah ‘azza wa jalla berfirman,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
“Wahai manusia, kamulah yang sangat memerlukan Allah, sedangkan Allah itu, Dialah yang maha kaya tidak memerlukan kamu, lagi maha terpuji. Surah Fatir ayat 15.

Muslimin yg dikasihi,
Bulan sha’ban ialah bulan yg seringkan dilalaikan dan disia2kan oleh manusia sedangkan di dalamnya terdapat pelbagai kebaikan. Dlm bulan Sha’ban, Allah menyuruh agar membetulkan tauhid, meninggalkan semua syirk besar dan kecil, meninggalkan permusuhan, dosa2 besar spt cukai dan zina, membanyakkan puasa, menyambung silaturrahim dan menguatkan ukhuwwah. Kerana dalam bulan ini, Allah menawarkan keampunan dosa2 semuanya, bagi semua orang beriman, kecuali yang syirik dan saling bermusuhan, pelacur dan pemungut cukai.
Dalam hadith disebutkan, Nabi saw bersabda,
يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان , فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba2Nya pada malam Nisfu Sha’ban, lalu mengampunkan semua yang meminta ampun kecuali yang syirik atau bermusuhan (atau melakukan bid’ah).” Dalam bulan sha’ban, diangkat amalan setahun seseorg kpd Allah. Di penghujung bulan Sha’ban ini, tiada amalan yg lbh utama spt taubat, menegakkan solat, membaca al-Quran dengan tadabbur, berzikir sebanyak2nya, mengelakkan kezaliman, menegakkan keadilan, memberikan hak kepada yg berhak, mengingati kematian, menunggu2 Ramadhan dengan hati yg gembira, mempersiapkan bekalan utk menemui Allah dlm keadaan islam, menepati sunnah dan hati yang bersih.

بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم ، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم ، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
Khutbah 2
Muslimin yang dirahmati Allah,
Di ambang Ramadhan ini, dianjurkan agar bersedia menyambut kedatangannya dengan taubat nasuha, ia termasuk syiar2 Allah, wajib mengagungkannya dengan mengikuti syariah dan sunnah, meninggalkan segala menyalahinya dari perkara2 munkar. Sesiapa yang mengagungkan syiar Allah, maka itu datang dari hati yang bertaqwa dan tanda hati itu bertaqwa.
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
Sesiapa yang mengagungkan syiar Allah, maka itu datang dari hati yang bertaqwa. surah al-hajj ayat 32.
Antara amalan yang sangat diberatkan oleh Nabi saw dalam bulan Ramadhan ialah bulan membaca al-Quran dengan kefahaman dan bersedekah sebanyak2nya. Al-Quran menjelaskan antara Islam dan kekufuran, tauhid dan syirik serta merupakan furqan (iaitu jalan keluar dari segala masalah manusia). Tadarus bukanlah bermakna membaca huruf2nya shj, bahkan tadarus maknanya meneliti, mentadabbur, mendalami isi kandungannya sehingga faham. (agar kita xmjd spt himar yg membawa kitab2). Bahkan disebutkan bhw dlm bulan Ramadhan, Baginda saw lebih pemurah dari angin yang berhembus. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sandanya,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ ” .
Dari Ibn ‘Abbas berkata, “Sesungguhnya Rasulullah saw manusia yang paling pemurah, dan baginda lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemui baginda, Jibril menemuinya pada stp malam dan sama2 mempelajari al-Quran. Demi sesungguhnya Rasulullah saw lebih pemurah dari angina yang berhembus.” Sahih al-Bukhari.
Ringkasnya, Ramadhan ialah gedung pahala yg sgt besar labanya. Yang beribadah dengan penuh taqwa akan memasuki syurga dari pintu rayyan.
Muslimin yg dimuliakan,
Setiap saat manusia menuju kepada kematian. Setiap saat yg berlalu, menghabiskan umur dan mendekatkan kpd ajal. Tidak sepatutnya manusia sentiasa berhibur dan lalai, bahkan sgt mustahak manusia mengingati Akhirat dan kematian. Dunia ini dihinakan Allah seumpama bangkai kambing yg terlalu busuk, yang mengejarnya adalah anjing2, juga spt najis yang keluar dari dubur anak Adam.
Apabila mati, dunia tidak berguna lagi, tidak berguna lagi segala harta apabila seseorang itu telah ditanam di dalam kubur, tidak berguna lagi lagi terjun ke dalam Api Neraka Jahannam, yg sgt2 dalam!
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اَللًّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحُمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، برحمتك يا أرحم الراحمين ، اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلامِ ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهْرَ مِنْهَا وَمَا بَطْنَ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَأَزْوَاجِنَا ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ ، قَابِلِينَ بِهَا ، فَأَتمَّهَا عَلَيْنَا ، اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبرائنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي …ربنا ظلمنا أنفسنا ،وإن لم ، …لا إله إلا أنت، سبحانك إنا كنا من الظالمين …اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا ، ونعوذ بك من شرورهم ، اللهم انصر إخوتنا في سوريا وفي فلسطين وفي العراق وفي الأحواز وفي كل مكان،
عباد الله ، إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (النحل:90) فاذكروا الله العظيمَ يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، وسلوه من فضله يعطكم ، ولذكر اللهِ أكبر، والله يعلم ما تصنعون.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: