Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Alim Akhirat Alim Rabbani

Ulama yang sadiq, rabbani, berjaya dan hampir dengan Allah swt. ialah Ulama Akhirat. Menurut Abu Hamid al-Ghazali, mereka yang mempunyai beberapa tanda pengenalan; antaranya ialah

1.Tidak mencari dunia dengan ilmunya yakni tidak menjadikan ilmu agamanya itu untuk mencapai kesenangan hidup dunia (dengan pengajaran dan fatwa2 yang batil).
وقال الحسن‏:‏ عقوبة العلماء موت القلب وموت القلب طلب الدنيا بعمل الآخرة
al-Hasan al-Basri berkata, “Hukuman bagi ulama’ (dunia yang jahat) ialah kematian hati iaitu mencari dunia dengan amalan Akhirat.”
Ia mengikhlaskan hati mencari redhaNya dan kejayaaan Akhirat, segala amalannya dm melakukan amalan salih dan meninggalkan larangan2 seolah2 Akhirat di depan matanya. Tidak riya’, sum’ah, mengejar nama, pengaruh, kedudukan dan harta.
Serendah2 darjat alim ialah mengetahui bhw dunia ini hina dan keruh, Akhirat itu sangat besar dan mulia.
Ulama dunia tujuannya dalam ilmunya ialah untuk bernikmat2 dgn dunia dan mencari kedudukan.

2.Perbuatannya tidak bercanggah (bertentangan) dengan percakapannya, yakni setiap perkataan yang lahir dari lidahnya, dia mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya.
Zahir sifat takut dan gerunnya kepada Allah, adapun ulama’ su’, mrk itu tidak takut kpd Allah dan tidak takut melanggar hukum2 Allah.
3.Dia menyibukkan dirinya dalam ilmu yang memberi manfa’at di Akhirat (al-Quran, al-Hadith dan Fiqh) dan menguatkan semangat untuk mengerjakan amalan-amalan yang salih (baik). Dia mengelakkan diri daripada ilmu yang tiada bermanfa’at atau kurang bermanfa’at bagi dirinya di akhirat. spt debat, falsafah2.

4.Dia tidak memberi perhatian berlebihan dalam pakaian, makanan dan minuman yang enak-enak. Dia bersederhana dalam hal tersebut. Dia memakai adab yang mulia.

5.Dia menjauhi sultan-sultan dan pegawai-pegawai kerajaan untuk memelihara diri dari kerosakan dan terpesona dengan dunia mereka atau cenderung kepada kezaliman dan penipuan mereka. Ia amat berhati2 (ihtiraz) apabila terpaksa bergaul dengan mereka dan tidak mengambil hadiah2 dari mrk. Bahkan mereka mengatakan kebenaran, menyuruh yg ma’ruf melarang munkar untuk membantu sauadara2nya yg muslimin. Manakala ulama su’ suka mudahanah dan nifaq.

6.Tidak tergesa-gesa mengeluarkan fatwa. Tidak berfatwa melainkan setelah fatawa itu diyakini kesahihannya. Mereka menjelaskan ilmu bukan hanya meriwayatkannya. Adapun alim su’ mereka menyembunyikan ilmu.

7.Dia sangat mementingkan ilmu batin (ilmu pembersihan jiwa dan tipudaya syaitan). perkara2 yg merosakkan amalan, mengeruhkan hati, menimbulkan waswas.

8.Keimanan dan keyakinannya sentiasa terkait dengan Allah dan dia memelihara kepentingannya. Tawakkalnya kepada Allah buan kepada makhluk. Lidahnya terpelihara dari ucapan yang salah sewaktu di timpa bencana atau pun sewaktu menerima ganjaran dunia.

9.Setiap kelakuannya dan diamnya sentiasa mencerminkan perasaan takut terhadap Allah swt yakni dia bersifat tenang, berperibadi mulia dan rendah diri.

10.Sentiasa mempersoalkan amalan agamanya. Amalan yang mana di benarkan syariat dan yang mana tidak. Amalan yang mana paling penting untuk di amalkan dan yang mana pula perlu ditinggalkan. Dan sentiasa memerhatikan perkara2 yang merosakkan amalannya. Suka mengkaji rahsia2 amalan syariei, dan hikmah2nya.

11.Dia meneliti (mengkaji) ilmu yang diterimanya secara mendalam. Dia tidak akan menerima sesuatu pendapat atau amalan hanya kerana ramai yang menyokong atau menyetujui amalan atau pendapat tersebut selagi pendapat tersebut belum dipastikan ‘benar dari Rasulullah saw. dan para sahabat beliau’. Ini menunjukkan bhw ualama akhirat ialah pakar hadith atau ahli hadith yang mampu membezakan hadith sahih, daif dan palsu.

12. Ia bersikap keras terhadap bid’ah dan menjauhkan diri darinya, sekalipun orang ramai sepakat mengamalkan perkara bid’ah tersebut. Bersungguh2 mengikuti sunnah nabi , sahabat dan tabiin yang terbaik. Alim su dan dunia suka kpd kekeliruan, terlibat dgn maksiat2, tidak memelihara diri dari bid’ah2.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: