Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Bertawassul dengan Zat atau Jah Nabi saw

Tawassul adalah ibadah, wajib dengan dalil. Tawassul dengan Zat atau Jaah Nabi (kemuliaan Nabi saw) walau akal menganggapnya baik, tetapi tiada dalil yang sahih membenarkannya. Oleh tu adalah lebih baik meninggalkan bid’ah.
Adapun tawassul yang disepakati ialah
1. bertawassul dengan nama2 Allah
2.bertawassul dengan amalan2 salih
3.bertawassul dengan meminta orang2 salih berdoa untuk kita
Golongan yang mewajibkan atau mengharuskan tawassul dengan Zat atau Jah Baginda saw berhujah dengan hadith al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Saghir. Riwayat itu asalnya ada huffaz yang mensahihkannya seperti dalam Sunan al-Tirmidhi, tetapi cerita tambahan yang dibawa oleh al-Tabarani itu munkar, sangat da’if sehingga boleh sampai ke tahap palsu. Pertama kisah itu batil kerana kisah tidak diriwayatkan oleh mana2 kitab hadith yang mu’tamad. Ini tanda nakarah shadidah. Riwayat Ibn Wahb dari Shabib adalah munkar. Ibn ‘Adiyy berkata Shabib sayyi’ al-hifz. Ibn Hajar dlm Taqrib mengatakan riwayat anaknya boleh diterima, riwayat Ibn Wahb darinya tidak boleh diterima. Tariq kedua ada shaykh muttaham, dan ini menunjukkan kepalsuannya. Berlaku sariqah dalam sanadnya, Idris Ja’far al-‘Attar muttaham bil kazib, kata al-Daraqutni, matruk. al-Zahabi dlm al-Mizan dan Ibn Hajar dlm Lisan al-Mizan membawakan hadith palsunya.
Dalam Musnad al-Imam Ahmad dan Sunan al-Tirmidhi jelas bahawa lelaki buta itu meminta Nabi saw agar berdoa untuknya
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ ، أَنَّ رَجُلًا ضَرِيرًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَنِي ،
Dari ‘Uthman ibn Hunayf al-Ansari r.a., bahawa seorang lelaki buta datang kepada Nabi saw lalu berkata, “Wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah agar menyembuhkan saya.”
فَقَالَ : ” إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ ذَلِكَ ، فَهُوَ أَفْضَلُ لِآخِرَتِكَ ، وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ لَكَ ” ، قَالَ : لَا ، بَلْ ادْعُ اللَّهَ لِي ، فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ ، وَأَنْ يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ ، وَأَنْ يَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ فَتَقْضِي ، وَتُشَفِّعُنِي فِيهِ ، وَتُشَفِّعُهُ فِيَّ ” ، قَالَ : فَكَانَ يَقُولُ هَذَا مِرَارًا ، ثُمَّ قَالَ بَعْدُ : أَحْسِبُ أَنَّ فِيهَا أَنْ تُشَفِّعَنِي فِيهِ ، قَالَ : فَفَعَلَ الرَّجُلُ ، فَبَرَأَ ،
Musnad al-Shamiyyin, no 16903.

Sekiranya cukup bertawassul dengan zat atau jah Nabi saw, lelaki buta itu tidak perlu bersusah payah datang menemui Nabi saw, cukuplah beliau duduk bertawassul di rumahnya!
Dalam Sahih al-Bukhari, ketika berlaku kemarau, para sahabat bertawassul dengan doa ‘al-Abbas, tidak bertawassul dengan zat atau jah Nabi saw. Ini dalil dan ijma’ sahabat bahawa tidak harus bertawassul melainkan dengan orang2 yang hidup dan bertawassul dengan orang2 yang telah mati adalah batil.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: