Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “February 16, 2013”

Bertawassul dengan Zat atau Jah Nabi saw

Tawassul adalah ibadah, wajib dengan dalil. Tawassul dengan Zat atau Jaah Nabi (kemuliaan Nabi saw) walau akal menganggapnya baik, tetapi tiada dalil yang sahih membenarkannya. Oleh tu adalah lebih baik meninggalkan bid’ah.
Adapun tawassul yang disepakati ialah
1. bertawassul dengan nama2 Allah
2.bertawassul dengan amalan2 salih
3.bertawassul dengan meminta orang2 salih berdoa untuk kita
Golongan yang mewajibkan atau mengharuskan tawassul dengan Zat atau Jah Baginda saw berhujah dengan hadith al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Saghir. Riwayat itu asalnya ada huffaz yang mensahihkannya seperti dalam Sunan al-Tirmidhi, tetapi cerita tambahan yang dibawa oleh al-Tabarani itu munkar, sangat da’if sehingga boleh sampai ke tahap palsu. Pertama kisah itu batil kerana kisah tidak diriwayatkan oleh mana2 kitab hadith yang mu’tamad. Ini tanda nakarah shadidah. Riwayat Ibn Wahb dari Shabib adalah munkar. Ibn ‘Adiyy berkata Shabib sayyi’ al-hifz. Ibn Hajar dlm Taqrib mengatakan riwayat anaknya boleh diterima, riwayat Ibn Wahb darinya tidak boleh diterima. Tariq kedua ada shaykh muttaham, dan ini menunjukkan kepalsuannya. Berlaku sariqah dalam sanadnya, Idris Ja’far al-‘Attar muttaham bil kazib, kata al-Daraqutni, matruk. al-Zahabi dlm al-Mizan dan Ibn Hajar dlm Lisan al-Mizan membawakan hadith palsunya.
Dalam Musnad al-Imam Ahmad dan Sunan al-Tirmidhi jelas bahawa lelaki buta itu meminta Nabi saw agar berdoa untuknya
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ ، أَنَّ رَجُلًا ضَرِيرًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَنِي ،
Dari ‘Uthman ibn Hunayf al-Ansari r.a., bahawa seorang lelaki buta datang kepada Nabi saw lalu berkata, “Wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah agar menyembuhkan saya.”
فَقَالَ : ” إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ ذَلِكَ ، فَهُوَ أَفْضَلُ لِآخِرَتِكَ ، وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ لَكَ ” ، قَالَ : لَا ، بَلْ ادْعُ اللَّهَ لِي ، فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ ، وَأَنْ يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ ، وَأَنْ يَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ فَتَقْضِي ، وَتُشَفِّعُنِي فِيهِ ، وَتُشَفِّعُهُ فِيَّ ” ، قَالَ : فَكَانَ يَقُولُ هَذَا مِرَارًا ، ثُمَّ قَالَ بَعْدُ : أَحْسِبُ أَنَّ فِيهَا أَنْ تُشَفِّعَنِي فِيهِ ، قَالَ : فَفَعَلَ الرَّجُلُ ، فَبَرَأَ ،
Musnad al-Shamiyyin, no 16903.

Sekiranya cukup bertawassul dengan zat atau jah Nabi saw, lelaki buta itu tidak perlu bersusah payah datang menemui Nabi saw, cukuplah beliau duduk bertawassul di rumahnya!
Dalam Sahih al-Bukhari, ketika berlaku kemarau, para sahabat bertawassul dengan doa ‘al-Abbas, tidak bertawassul dengan zat atau jah Nabi saw. Ini dalil dan ijma’ sahabat bahawa tidak harus bertawassul melainkan dengan orang2 yang hidup dan bertawassul dengan orang2 yang telah mati adalah batil.

Mereka bukan muslimin

Beberapa tokoh sunnah mengatakan bahawa “agama syiah adalah himpunan segala ajaran sesat di muka bumi. Tiada satu pun ajaran sesat mealainkan ada di dalam syiah.” Kenyataan ini mungkin agak keterlaluan, nakal, pelik dan lucu. Tetapi bagi pengkaji-pengkaji tegar ajaran syiah, kenyataan ini ada kebenarannya. Ramai pengkaji yang membongkar buku-buku syiah dan membuktikan kebenaran dakwaan ini. Ini tidak menghairankan kerana syiah itu sendiri diasaskan oleh yahudi bernama Abdullah bin Saba’ al-Yahudi yang berasal dari Yaman. Agama Saba’iyyah yahudiyyah
1. Berkata Ibn Hazm, “Rawafidh bukanlah muslimin.”
al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi.
2. Mereka mengkafirkan ahl sunnah
Syi’ah Rafidhah adalah khawarij, mereka memandang bahawa kekafiran Ahli Sunnah lebih berat dari kekafiran orang Yahudi dan Nasrani, kerana mereka (Yahudi dan Nasrani) menurut Rafidhah adalah orang-orang kafir asli, dan mereka ini (ahl sunnah) adalah kafir murtad, dan kafir murtad lebih berat menurut ijma’, (tetapi sejak bilakah syiah itu Islam?)
oleh kerana itu mereka berkerja sama dengan orang-orang kuffar
untuk melawan kaum muslimin, hal itu seperti yang disaksikan oleh sejarah. Ibn Taymiyah
Menurut Khumayni, “3 imam itu (Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman) adalah taghut.” Bahkan dikatakan keduanya murtad keluar dari Islam. Minhaj al-Sunnah, 4/492
3.Mereka musyrikun
Shaykh Ibn Jibriin dalam Fatwa Lajnah Da’imah Lil Ifta’, (2/264) berkata, “Mereka (rawafidh) sangat berlebih-lebihan dalam mensifatkan Ali. Mereka mensifatkan beliau dengan sifat-sifat yang tidak layak kecuali hanya untuk Allah, sebagaimana kita mendengarnya dari mereka di Arafah, dan mereka disebabkan perbuatan itu telah murtad, yang mana mereka telah menjadikan ‘Ali sebagai Rabb, Pencipta, Yang mengatur Alam, yang mengetahui perkara ghaib, yang memberi manfaat dan lain-lain syirik.!!

Bahkan tidak diketahui siapakah yang mereka sembah. Menurut Khomeini dan Nu’man al-Jaza’iri, Tuhan mereka tidak sama dengan Tuhan yang Ahl Sunnah sembah, nabi mereka tidak sama dengan Nabi Ahl al-Sunnah. Lihat buku al-Kashf dan al-Anwar.
Dan sebagaimana mereka mencela Al Quran, mereka mendakwakan bahawa
para sahabat telah merubah, menghilangkan dari Al Quran ayat-ayat yang banyak berhubungan dengan Ahlu Bait dan musuh-musuh mereka, lalu
mereka tidak berpedoman kepada al-Quran dan mereka tidak
memandangnnya sebagai dalil dan hujjah.
Mereka menyalahi al-Quran dengan mengatakan Khulafa’ Rashidin sebagai taghut, kejam, pembunuh Fatimah, mengutuk Aishah Hafsah sebagai pembunuh, penzina pelacur dan ahli neraka. Sedangkan al-Quran telah menegaskan bahawa isteri2 Nabi saw adalah ibu orang2 beriman!! Sesiapa yang mengkafirkan Aisahh maka ia kafir murtad!
4. Kufur
Orang syiah rawafidh saba’iyyah tampil berbeza dengan keganjilan dari
jamaah kaum muslimin dengan masalah-masalah aqidah dan keyakinan di
dalam al-imamah (keimaman 12 imam mereka), kema’suman (terjaga para imam dari dosa), taqiyyah (kemunafikan), dan mengatakan raj’ah (imam kembali ke dunia), al-Ghaybah (menghilangnya
al-‘Askari) dan Al Bada’ iaitu Allah itu jahil kemudian barulah mengetahui.
5. Zina
Mereka sebagai ahli bid’ah, penyembah hawanafsu dan nifaq mempromosikan zina dengan nama nikah mut’ah yang diharamkan oleh Islam hatta boleh bermut’ah dengan isteri orang dengan syarat tidak memberitahu kepada suaminya. Untuk itu direka fadilat2 palsu tentang kelebihan mut’ah itu agar umat Islam dapat dirosakkan aqidah dan kehormatan mereka.
6. Pembunuhan paling kejam
Golongan rawafidh saba’iyyah melakukan cincangan dan penyembelihan paling kejam dalam sejarah manusia. Pembunuhan di Bahrain, Iraq, Iran, Syria, Lubnan, Libyia , Yaman dan lain2 dunia Islam sebagai bukti.

Post Navigation