Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Siapakah Pelampau Sufi

SOALAN
Apa yang ustaz maksudkan sebagai pelampau sufi?saya nak tahu.syukran.
JAWAPAN.
Tasawwwuf yang benar ialah akhlak dan adab2 sunnah, adab2 kpd Allah, Rasul dan manusia dan makhluk. Adapun tariqat2 sufiyyah, maka penuh sarat dengan kebatilan dan kesesatan.
Antara pelampau sufi yang saya maksudkan ialah
1.mengatakan ia bercakap2 dengan Nabi saw secara yaqazah (jaga) bukan dalam mimpi. Orang sebegini sebenarnya dajjal, kazzab, atau gila.
2.mengatakan ia fana’ bersama Allah lalu bersatu dengan Allah, dia Allah dan Allah adalah dia! Ini sebenarnya sesat lagi kufur bahkan inilah aqidah sesat wahdatul wujud yang dinamakan kasyaf dan wusul. atau maqam haqiqat dan ma’rifat
Di sisi Ahl Sunnah, makrifat ialah apabila mengenal nama2 dan sifat2 Allah lalu takut dan cinta kepadaNya, beribadah kepadaNya mengikuti sunnah2 nabiNya, sabar dgn bala, syukur dengan nikmat ialah maqam mu’min kamil,
3.berdoa meminta bantuan (madad) dari wali2 kununnya wali2 itu sentiasa hidup bersama Allah mentadbir alam. Mereka menganggap guru2 tariqat mereka ma’sum tetapi mereka menggunakan kalimah mahfuz.
4.yang mengatakan wajib ‘bertaqlid buta’ kepada al-Junayd dalam tasawwuf atau kepada al-Ghazali, tidak keluar darinya walau sekelumit. al-Junayd walau abid, wara’, alim, beliau bukanlah Nabi atau imam mujtahid bahkan terdapat Ulama’ Hadith yang mengkritik shatahat2 beliau. Kewajipan bertariqat sebenarnya adalah satu pembodohan terhadap akal manusia dimana pengikut2 diwajibkan menyerah diri dan harta kepada shaykh seperti mayat berserah tukang mandinya.
5.pesta zikir bid’ah, memekik-mekik sambil menari-nari sehingga tertutup majlis-majlis ilmu. Dan ketika berzikir disuruh membayangkan wajah al-Ghazali dan shaykh tariqat siang dan malam. Lihat akhir Hidayat al-Salikin.
6.Mendewakan hadith2 palsu dan daif, mensahihkan hadith2 palsu dengan kashf dan mimpi-mimpi. Mimpi2 karut dijadikan sumber ilmu atau turuq talaqqi!
7.bertawaf di kubur-kubur wali, meminta hajat dari penghuni kubur yang dianggap wali dan keramat, suka menguburkan mayat di masjid-masjid, bertawassul dengan Hallaj dan Ibn ‘Arabiyy yang sesat.
Sufyan al-Thawri berkata, “Allah enggan menerima taubat (dan amalan) ahli bid’ah sehinggalah ia meninggalkan bid’ahnya.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: