Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kekufuran al-Hallaj

al-Imam Ahmad ditanya, “Siapakah yang lebih utama, orang asyik bersolat dan berpuasa atau oang yang mendedahkan tembelang ahli bid’ah? al-Imam menjawab, “Orang bersolat dan berpuasa itu untuk dirinya sahaja, orang yang membicarakan ttg ahli bid’ah, maka ini untuk muslimin.”
Nama: al-Husayn ibn Mansur al-Hallaj, datuknya majusi berasal dari Parsi. Tidak menuntut sebarang ilmu agama, pendakyah agama batiniyyah. Mati tahun 309H. Seorang yang berpura2 masuk ke dalam kelompok sufi. Seorang batini zindiq, kazzab dajjal, syaitan.ahli sihir, penganut dan pendakyah agama syiah qaramitah. Ramai fiqaha, sufi, yg menkafirkan Hallaj dan menghukumnya sbg murtad. Oleh keraan kejahilannya dalam ilmu, ia menagut fahaman hulul dan ittihad seperti fahaman kristian dan hindu. Zindiq ini telah menyesatkan ramai muslimin.
Antara kalimah2 kufurnya
1. Aku boleh menandingi al-Quran
2. Sesiapa berpuasa 3 hari 3 malam tanpa berbuka maka tidak perlu lagi puasa ramadhan.
3. Apabila seseorang itu solat malam 2 rakaat sehingga tengahari, tidak wajib lagi solat selepas itu.
4. Haji hanya dengan niat.
5. Makhluk yang paling beriman ialah iblis. Iblis mu’min haqiqi.
6. Firaun dan iblis adalah terbaik.
7. Haqiqat iman adalah kufur. Hakikatnya kufur dan iman tiada beza.
8. al-Hallaj mengaku tuhan.!
9. Pada zaman al-Muqtadir billah al-‘Abbasi, hallaj mengaku mjd nabi
10. Antara syair, “Dicampurkan ruhku dengan RuhMU sptmana dicampur arak dengan air yang sejuk.”
Sila rujuk al-Muntazam, al-Bidayah wa al-Nihayah, Akhbar Hallaj oleh Ibn Bakawayh, Siyar A’lam al-Nubala’, Mizan al-I’tidal dan lain2.
Hallaj dan Ibn ‘Arabiyy antara zindiq dan munafiq yg dijadikan oleh para sufi sebagai tokoh, idola, wali dan imam! Ini antara punca kesesatan kebanyakan para sufi kerana melebihkan tokoh dari Nabi saw, dan bertahkim kepada taghut.
Anehnya penulis Aqidah Najin, seolah2 mengatakan kekufuran Hallaj pada zahir, tidak pada batin (kununnya Hallaj itu wali) lantaran terlalu kuat berpegang dengan aliran kesufiyyan. Sedangkan al-Junayd Muhammad al-Banghdadi menghukumkan Hallaj kafir murtad.
Semoga Allah SWT memberi sebesar pembalsan kepada al-Imam Abu ‘Umar al-Maliki, Muhmmad ibn Yusuf kerana berusaha mendedahkan kekufuran hallaj sehingga dapat dibunuh. al-Bidayah, 11/172.
IBN ‘ARABIYY shaytan akbar Muhammad ibn ‘Ali (558-638H). Bukan al-Faqih Ibn al-‘Arabiyy al-Maliki.
Ibn ‘Arabiyy berkata,
1. “Tiadalah anjing dan babi melainkan Allah.”
2. Tuhan itu haqq (Allah), hamba itu haqq (Allah) aku bingung siapakah mukallaf!?
3. Firaun itu mu’min.
4. Harus menyembah batu kerana batu adalah Allah, Allah adalah batu menurutnya (ittihad).
5. Dia mengatakan Nabi Nuh itu penipu.
6. Nabi Isa itu kafir.
7. Kenabian bukan berakhir dengan Nabi Muhammad saw.
al-Mujtahid al-Imam al-‘Izz berkata, “Ibn ‘Arabiyy lelaki yang jahat, kazzab, dia mengatakan alam ini qadim dan tidak mengharamkan zina!.”
Berkata al-Imam al-Zahabi, Di dalam bukunya Fusus, banyak terdapat di dalamnya kufr akbar! Antara bukunya yg paling buruk ialah Fusus, sekiranya didalamnya bukan, tiada lagi kufur dunia ini.
Ibn ‘Arabi pendakyah wahdatul wujud.
Terlalu ramai ulama yang mengkafirkan Ibn ‘arabiiy, antaranya
al-‘Izz, Ibn Daqiq al-‘Id, Ibn Hajar al-Asqalani, Ibn Jama’ah, al-Zahabi, Nuruddin al-Bakri al-Shafiei, Siraj al-Balqini, Ibn al-Solah, al-Harrani, Abu Zur’ah al-‘Iraqi, al-Hafiz al-Mizzi, al-Hafiz Ibn Kathir, Ibn Khaldun, Waliyyuddin al-‘Iraqi, al-‘Ayni al-Hanafi, al-Hafiz al-Suyuti, Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi, Taqiyy al-Subki, Taqiyy al-Husni al-Shafiei pengarang Kifayat al-Akhyar, ‘Ali al-Qariyy, al-Shawkani.
Bukunya fusus adalah kufur zahir dan batin, walau mrk mendakwa mereka muhaqqiqin.
ويقولون: إن عبّاد العجل ما عبدوا إلا الله، وإن موسى أنكر على هارون لكون هارون أنكر عليهم عبادة العجل، وإن موسى كان بزعمهم من العارفين الذين يرون الحق في كل شيء، بل يرونه عين كل شيء، وأن فرعون كان صادقاً في قوله: أنا (ربكم الأعلى) بل هو عين الحق، ونحو ذلك مما يقوله صاحب الفصوص.
ويقول أعظم محققيهم: إن القرآن كله شرك، لأنه فرق بين الرب والعبد ؛ وليس التوحيد إلا في كلامنا.
فقيل له: فإذا كان الوجود واحداً، فلم كانت الزوجة حلالاً والأم حراماً ؟ فقال: الكل عندنا واحد، ولكن هؤلاء المحجوبون قالوا: حرام. فقلنا: حرام عليكم” (الفتاوى 2/364-365).
Antara tokoh wahdatul wujud ialah Ibn Sab’in, Ibn al-Faaridh, al-Tilmisani, al-Qawnawi, al-Shastri, Ibn Hud,
Ibn ‘arabiiy mengatakan ia lebih mengenal Allah dari Nabi Muhammad saw penutup segala Nabi.!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: