Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 10, 2012”

Kekufuran al-Hallaj

al-Imam Ahmad ditanya, “Siapakah yang lebih utama, orang asyik bersolat dan berpuasa atau oang yang mendedahkan tembelang ahli bid’ah? al-Imam menjawab, “Orang bersolat dan berpuasa itu untuk dirinya sahaja, orang yang membicarakan ttg ahli bid’ah, maka ini untuk muslimin.”
Nama: al-Husayn ibn Mansur al-Hallaj, datuknya majusi berasal dari Parsi. Tidak menuntut sebarang ilmu agama, pendakyah agama batiniyyah. Mati tahun 309H. Seorang yang berpura2 masuk ke dalam kelompok sufi. Seorang batini zindiq, kazzab dajjal, syaitan.ahli sihir, penganut dan pendakyah agama syiah qaramitah. Ramai fiqaha, sufi, yg menkafirkan Hallaj dan menghukumnya sbg murtad. Oleh keraan kejahilannya dalam ilmu, ia menagut fahaman hulul dan ittihad seperti fahaman kristian dan hindu. Zindiq ini telah menyesatkan ramai muslimin.
Antara kalimah2 kufurnya
1. Aku boleh menandingi al-Quran
2. Sesiapa berpuasa 3 hari 3 malam tanpa berbuka maka tidak perlu lagi puasa ramadhan.
3. Apabila seseorang itu solat malam 2 rakaat sehingga tengahari, tidak wajib lagi solat selepas itu.
4. Haji hanya dengan niat.
5. Makhluk yang paling beriman ialah iblis. Iblis mu’min haqiqi.
6. Firaun dan iblis adalah terbaik.
7. Haqiqat iman adalah kufur. Hakikatnya kufur dan iman tiada beza.
8. al-Hallaj mengaku tuhan.!
9. Pada zaman al-Muqtadir billah al-‘Abbasi, hallaj mengaku mjd nabi
10. Antara syair, “Dicampurkan ruhku dengan RuhMU sptmana dicampur arak dengan air yang sejuk.”
Sila rujuk al-Muntazam, al-Bidayah wa al-Nihayah, Akhbar Hallaj oleh Ibn Bakawayh, Siyar A’lam al-Nubala’, Mizan al-I’tidal dan lain2.
Hallaj dan Ibn ‘Arabiyy antara zindiq dan munafiq yg dijadikan oleh para sufi sebagai tokoh, idola, wali dan imam! Ini antara punca kesesatan kebanyakan para sufi kerana melebihkan tokoh dari Nabi saw, dan bertahkim kepada taghut.
Anehnya penulis Aqidah Najin, seolah2 mengatakan kekufuran Hallaj pada zahir, tidak pada batin (kununnya Hallaj itu wali) lantaran terlalu kuat berpegang dengan aliran kesufiyyan. Sedangkan al-Junayd Muhammad al-Banghdadi menghukumkan Hallaj kafir murtad.
Semoga Allah SWT memberi sebesar pembalsan kepada al-Imam Abu ‘Umar al-Maliki, Muhmmad ibn Yusuf kerana berusaha mendedahkan kekufuran hallaj sehingga dapat dibunuh. al-Bidayah, 11/172.
IBN ‘ARABIYY shaytan akbar Muhammad ibn ‘Ali (558-638H). Bukan al-Faqih Ibn al-‘Arabiyy al-Maliki.
Ibn ‘Arabiyy berkata,
1. “Tiadalah anjing dan babi melainkan Allah.”
2. Tuhan itu haqq (Allah), hamba itu haqq (Allah) aku bingung siapakah mukallaf!?
3. Firaun itu mu’min.
4. Harus menyembah batu kerana batu adalah Allah, Allah adalah batu menurutnya (ittihad).
5. Dia mengatakan Nabi Nuh itu penipu.
6. Nabi Isa itu kafir.
7. Kenabian bukan berakhir dengan Nabi Muhammad saw.
al-Mujtahid al-Imam al-‘Izz berkata, “Ibn ‘Arabiyy lelaki yang jahat, kazzab, dia mengatakan alam ini qadim dan tidak mengharamkan zina!.”
Berkata al-Imam al-Zahabi, Di dalam bukunya Fusus, banyak terdapat di dalamnya kufr akbar! Antara bukunya yg paling buruk ialah Fusus, sekiranya didalamnya bukan, tiada lagi kufur dunia ini.
Ibn ‘Arabi pendakyah wahdatul wujud.
Terlalu ramai ulama yang mengkafirkan Ibn ‘arabiiy, antaranya
al-‘Izz, Ibn Daqiq al-‘Id, Ibn Hajar al-Asqalani, Ibn Jama’ah, al-Zahabi, Nuruddin al-Bakri al-Shafiei, Siraj al-Balqini, Ibn al-Solah, al-Harrani, Abu Zur’ah al-‘Iraqi, al-Hafiz al-Mizzi, al-Hafiz Ibn Kathir, Ibn Khaldun, Waliyyuddin al-‘Iraqi, al-‘Ayni al-Hanafi, al-Hafiz al-Suyuti, Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi, Taqiyy al-Subki, Taqiyy al-Husni al-Shafiei pengarang Kifayat al-Akhyar, ‘Ali al-Qariyy, al-Shawkani.
Bukunya fusus adalah kufur zahir dan batin, walau mrk mendakwa mereka muhaqqiqin.
ويقولون: إن عبّاد العجل ما عبدوا إلا الله، وإن موسى أنكر على هارون لكون هارون أنكر عليهم عبادة العجل، وإن موسى كان بزعمهم من العارفين الذين يرون الحق في كل شيء، بل يرونه عين كل شيء، وأن فرعون كان صادقاً في قوله: أنا (ربكم الأعلى) بل هو عين الحق، ونحو ذلك مما يقوله صاحب الفصوص.
ويقول أعظم محققيهم: إن القرآن كله شرك، لأنه فرق بين الرب والعبد ؛ وليس التوحيد إلا في كلامنا.
فقيل له: فإذا كان الوجود واحداً، فلم كانت الزوجة حلالاً والأم حراماً ؟ فقال: الكل عندنا واحد، ولكن هؤلاء المحجوبون قالوا: حرام. فقلنا: حرام عليكم” (الفتاوى 2/364-365).
Antara tokoh wahdatul wujud ialah Ibn Sab’in, Ibn al-Faaridh, al-Tilmisani, al-Qawnawi, al-Shastri, Ibn Hud,
Ibn ‘arabiiy mengatakan ia lebih mengenal Allah dari Nabi Muhammad saw penutup segala Nabi.!

Jenis2 Syirik Besar

Sesungguhnya bagi orang-orang bertaqwa mendapat kejayaan sebenar (syurga yang sangat luas). Taqwa ialah menjauhi diri dari segala bentuk syirik besar dan kecil, yang jelas dan tersembunyi, bid’ah-bid’ah, khurafat-khurafat dan sifat-sifat nifaq. Antara syirik yang membatalkan Islam ialah;
1. Syirik al-Du’a’, iaitu berdoa memohon kepada selain Allah, seperti meminta rezeki, hidayah atau kesembuhan penyakit dari nabi-nabi, dan wali-wali, kubur-kubur atau dukun;
وَلا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لا يَنْفَعُكَ وَلا يَضُرُّكَ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah, meminta atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).” Yunus: ayat 106.
Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang mati dan dia berdoa meminta dari selain Allah, ia masuk Api Neraka.”
“Pada hari Qiyamat mereka semua akan mengkafirkan kesyirikan kamu,…” Fatir: 13-14.
فَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ
“Maka jangan kamu menyembah (atau memohon) bersama Allah tuhan yang lain nanti kamu termasuk orang-orang yang diazab (dalam Jahannam).”
al-Shu’araa’: ayat 213.
Atau menyembah (atau memohon) dari bulan, matahari, lembu, patung, kubur, berhala, malaikat dan lain-lain. Ini semua adalah termasuk syirik akbar yang menyebabkan pelakunya menjadi kafir murtad.
2. Syirik dalam Sifat-sifat Allah; seperti meyakini bahawa nabi-nabi dan wali-wali atau imam-imam mengetahui perkara2 ghaib,
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
“Dan di sisiNya sahajalah pintu2 ghaib tidak mengetahui perkara2 ghaib selain Dia…” al-An’am ayat 59.
قُلْ لا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ [النمل:65]
“Katakanlah; tiada yang mengetahui sesiapa pun di langit dan bumi akan perkara ghaib melainkan Allah…” al-Naml: 65.
3. Syirik al-mahabbah (syirik dalam mencintai) iaitu mencintai pemimpin, berhala, keluarga, harta, perniagaan, wali-wali atau lain-lain seperti mencintai Allah. Firman Allah SWT, al-Baqarah ayat 165.
“…dan orang-orang beriman itu lebih dahsyat kecintaan mereka kepada Allah…”
4. Shirk at-ta’ah iaitu seperti mentaati ulama’, shaykh-shaykh, pemimpin=pemimpin dalam maksiat dengan mengi’tiqadkan keharusan perkara itu berdasarkan firman Allah dalam al-Tawbah; ayat 31, “Mereka mengambil ahbar mereka (ulama mereka) dan paderi-paderi mereka sebagai tuhan-tuhan yang disembah selain Allah (iaitu dengan mentaati perbuatan mereka yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal)…”
5. Syirik Hulul seperti al-Hallaj dan Ibn ‘Arabiyy yang mengatakan bahawa Tuhan masuk ke dalam jubahnya, dia berkata kalimah kufur yang nyata, “Akulah Allah.” dan “Maha suci aku.”, “Tiadalah anjing dan babi melainkan Allah…”. Ubatnya ialah percaya kepada sifat ‘uluww dan fawqiyyah Allah seperti dalam hadith jariyah.
6.Syirik Tasarruf: percaya bahawa sesetengah wali atau imam bertindak mentadbir alam yang mereka namakan sebagai imam-imam dan qutb-qutb. Lihat Yunus ayat 31.
7.Syirik Khawf : mempercayai bahawa sesetengah wali yang mati atau tersembunyi, syaitan atau jin mempunyai tasarruf dan boleh memberi mudarat yang menimbulkan rasa takut kepada mereka. Adapun takut kepada orang zalim atau binatang buas tidaklah syirik.
8.Syirik Hakimiyyah : iaitu syirik orang yang mencipta undang-undang yang menyalahi Islam (seperti undang-undang jahiliyyah lord reid dan lord cromer), dan memandangnya sebagai harus, atau menganggap hukum Islam itu tidak sesuai. Ini meliputi pemimpin dan rakyat, apabila mereka meyakininya dan redha dengannya. Ini kerana hakimiyyah ialah sifat khas milik Allah sahaja.
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ الشورى: 21
“Adakah bagi mereka tuhan-tuhan lain yang mensyariatkan bagi mereka agama (aqidah dan undang-undang) yang tidak diizinkan Allah…?” al-Shura: 21.
Bahaya syirik akbar ialah membatalkan segala amal salih, dan dosa syirik tidak akan diampunkan Allah, kecuali dengan taubat dan meninggalkan syirik-syirik itu semuanya. al-Nisa’ ayat 116;
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا
Begitu juga apabila berpaling dari bertahakum kepada undang-undang Allah, bertahakum kepada undang-undang ciptaan manusia dan undang-undang adat, merujuk kepada sami, paderi, dukun atau bomoh, maka kafir, redha kepada kepada mana-mana hukum manusia (jahiliyyah) adalah kufur dan syirik yang mengeluarkan dari Islam.
Tidak halal dimakan sembelihan mereka, sekiranya musyrik ini mati tanpa bertaubat, maka tidak disolatkan, tidak dikuburkan di perkuburan muslimin, harta tidak boleh diwarisi bahkan diserahkan kepada Baitulmal, dijatuhkan hukuman bunuh oleh pemerintah muslim sekiranya enggan bertaubat.
Antara bentuk syirik kecil (dosa besar) ialah
1. bersumpah dengan selain Allah, seperti bersumpah dengan bapa, nenek moyang, diri sendiri atau orang lain kerana itu merupakan ta’zim.
(ألا إن الله ينهاكم أن تحلفوا بآبائكم، ومن كان حالفا فليحلف بالله أو ليصمت)
“Ketahuilah, sesungguhnya Allah melarang kamu bersumpah dengan bapa-bapa kamu. Sesiapa yang bersumpah maka hendaklah ia bersumpah dengan Allah atau ia diam.”
Nabi saw menamakan org yang bersumpah dengan selain Allah sebagai musyrik.
روى ابن عمر رضي الله عنهما، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من حلف بغير الله فقد أشرك) رواه أحمد والترمذي والحاكم بإسناد جيد
Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah,maka sesungguhnya ia telah syirik.” HR Ahmad, al-Tirmidhi dan al-Hakim dengan sanad jayyid. Kaffarahnya ialah dengan menyebut Laa ilaha illa Allah.
2. seperti berkata, “kalau tidak kerana Allah dan kamu…”
3. Kalaulah tidak kerana kokokan ayam, itik, atau salakan anjing nescaya telah masuk pencuri
4. memanjangkan solat kerana manusia
5. main jampi serapah, tangkal dan tiwalah (sihir pengasih)
إن الرقى والتمائم والتولة شرك رواه أحمد وأبو داود.
“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan tiwalah (sihir pengasih) adalah syirik.”
6. percaya kepada sial lalu meninggalkan perkara yang baik spt musafir
الطيرة شرك، وما منا إلا، ولكنَّ الله يذهبه بالتوكل«” رواه أحمد والترمذي
“Tiyarah adalah syirik tiada seorang pun dari kita melainkan ada sesuatu dari tiayarah, tetapi Allah menghilngkannya dengan tawakkal.”
oleh itu, wajib berdoa kepada Allah agar terpelihara dari syirik kecil dan besar, jelas dan tersembunyi. Kaffarahnya ialah doa
عَنْ عُرْوَةَ بْنِ عَامِرٍ , قَالَ : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الطِّيَرَةِ ، فَقَالَ : ” أَحْسَنُهَا الْفَأْلُ ، وَلا تَرُدَّ مُسْلِمًا , فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ ذَلِكَ مَا يَكْرَهُ ، فَلْيَقُلْ :
اللَّهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إلا أنتَ، وَلا يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلا أَنْتَ , وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِكَ
“Ya Allah, tidak ada yang berkuasa mendatangkan kebaikan-kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menolak kejahatan melainkan Engkau, tiada daya dan kekuatan melainkan denganMU.”
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ ، فَقَدْ أَشْرَكَ ” ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ ؟ قَالَ : ” أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ
اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ ، وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ ” . رواه أحمد
Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikanMU, tiada kecelakaan melainkan dariMU, Tiada Tuhan yang disembah melainkanMu.”
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُ
“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari mensyirikkanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami meminta keampunanMu terhadap apa yang tidak kami ketahui.”
HR al-Imam Ahmad dgn sanad hasan.

Post Navigation