Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kegilaan & Kebatilan Denda Kesalahan Traffik

By: Abid b Muhammad Noor (Master of Shari’ah). FB Abid Faqeer 012-5123014.
Denda kesalahan trafik dengan duit adalah batil, haram dan munkar. Ia termasuk memakan harta manusia secara batil.
1. Ulama’ Hanafiyyah mengatakan denda (ta’zir) dengan duit adalah dilarang (kecuali Abu Yusuf), Abu Hanifah, Muhammad ibn al-Hasan dan imam yang tiga (Malik, al-Shafiei dan Ahmad). Antara hujah mereka ialah orang yang memfatwakan keharusan mengambil harta orang ramai menyebabkan orang-orang zalim mengambil harta orang ramai dan memakannya secara batil. (Ghunyah Zawi al-Ahkam, 2/504).
2. Ulama’ Malikiyyah mengharamkan ta’zir dengan duit dan mengatakan pengharaman itu adalah ijma’. Ashhab meriwayatkan dari Malik berkata, “Tidak halal sesuatu dosa atau kesalahan didenda dengan duit walau ia membunuh satu nyawa.” al-Turuq al-Hukmiyyah, ms 314.
3. Ulama’ Shafi’iyyah. al-Imam al-Shafiei r.a. berkata, “Hukuman itu hanya pada badan buan pada harta.” Sunan al-Bayhaqi, 8/279.
4. Ulama’ Hanabilah, “Takzir itu dengan pukulan, penjara atau celaan, tidak harus mengambil duit, kerana tidak datang dalil dalam syariah yang menghalalkan perkara itu, yang wajib ialah adalah adab dan ta’dib bukan itlaf (merosakkan harta atau mengambil harta).” al-Mughni 8/336; dan Matalib Uli al-Nuha, 5/72.

DALIL PENGHARAMAN DENDA DENGAN DUIT.
DENDA atau TA’ZIR dengan duit itu
1. menyalahi nas-nas yang jelas lagi umum dalam Kitab dan Sunnah yang menunjukkan secara putus bahawa haram mengambil harta seseorang muslim, tidak harus mengambilnya tanpa hak yang diiizinkan oleh syariah.
i. Dalam surah al-Baqarah ayat 188, Allah berkata,
وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah !!, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” al-Baqarah ayat 188.

ii. surah al-Nisa’ ayat 29;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, rampas, riba dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
iii. Hadith sahih dari Abu Hurrah al-Raqashi dari pakciknya, Rasulullah saw bersabda, “Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya.” Musnad al-Imam Ahmad.

2. Ijma’ ulama’ bahawa sesiapa yang merosakkan sesuatu dia tidak didenda melainkan sepertinya atau nilainya.
3. tiada mumathalah (persamaan) antara harta dan kesalahan kerana antara syarat ‘uqubah (hukuman) ialah mumathalah dengan nass.
4. Ta’zir dengan duit menghalalkan orang-orang zalim dari kalangan pemimpin-pemimpin merampas harta orang ramai dan mengajar mereka merampas harta orang lain.
5. Hukuman mestilah berasaskan prinsip musawah (persamaan). Denda dengan duit tidak memberi kesan melainkan ke atas orang-orang faqir. Orang-orang kaya tidak terkesan dan tidak insaf, begitu juga pemimpin yang jahat, mereka bebas untuk tidak membayar denda batil itu. Selain itu, ia amat membebankan faqir miskin apabila tidak mampu membayar denda haram tersebut. al-Tashri’ al-Jina’ei al-Islami, 1/706.
al-Imam az-Zahabi dalam al-Kaba’ir, mengatakan bahawa orang-orang yang memungut cukai termasuk dalam keumuman ayat 42 al-Shura; menzalimi manusia dan bertindak kejam terhadap manusia di muka bumi.
( إنما السبيل على الذين يظلمون الناس ويبغون في الأرض بغير الحق أولئك لهم عذاب أليم ) الشورى/42 .
“Hanyalah dosa itu ke atas orang-orang yang menzalimi orang lain dan menceroboh di muka bumi, bagi mereka itu azab yang sangat pedih.” al-Shura ayat 42.
Mereka adalah seperti para perompak dan pencuri.
Lihat Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin.
CUKAI KASTAM
Begitu juga cukai-cukai kastam, walau dengan alasan dangkal kununnya untuk menguruskan kepentingan-kepentingan negara.
فقد ثبت في حديث عبد الله بن بريدة عن أبيه في رجم الغامدية التي ولدت من الزنا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( والذي نفسي بيده لقد تابت
توبة لو تابها صاحب مكس لغفر له ) الحديث رواه أحمد ومسلم وأبو داوود وروى أحمد وأبو داوود والحاكم عن عقبة بن عامر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : ( لا يدخل الجنة صاحب مكس ) وصححه الحاكم .
Telah sabit dalam hadith ‘Abdullah ibn Buraydah dari ayahnya dalam kes rejam perempuan ghamidiyyah yang melahirkan anak hasil zina bahawa Nabi saw bersabda, “Demi Allah yang nyawaku ditanganNya, demi seungghnya dia telah bertaubat dengan satu taubat (nasuha) sekiranya pemungut cukai bertaubat sepertinya nescaya diampunkan baginya.” HR Ahmad, al-Musnad, hadith 22347; al-Darimi, hadith 2250; Ibn Abi Shaybah, al-Musannaf, hadith 28233, al-Nasa’ei, al-Kubra, 6932 dan lain-lain. Dalam hadith sahih, Nabi saw bersabda, “Tidak masuk syurga pemungut cukai.” al-Hakim mensahihkannya.
Menurut Fatwa Lajnah Da’imah, bekerja dengan urusan-urusan dan bahagian-bahagian cukai adalah haram. Bahkan para pemungut cukai adalah sebesar-besar pembantu orang-orang zalim, bahkan mereka itu sendiri adalah orang-orang zalim, mereka mengambil harta secara tidak halal, merampas harta manusia secara tidak benar, mereka adalah para perompak dan pencuri. Pemungut, penulis, dan yang mengambilnya semua bersekongkol dalam dosa, serta memakan yang haram.
Lihat Fatwa Lanjah Da’imah li al-Ifta’, 23/489.; al-Zawajir, al-Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’ei.
Di Akhirat, pemungut cukai diazab di dalam Api Neraka dan tidak memasuki syurga.
al-Hafiz al-Ruyani dengan sanad sahih, meriwayatkan
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لا يَدْخُلُ صَاحِبُ الْمَكْسِ الْجَنَّةَ ” .
dari ‘Uqbah ibn ‘Amir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seorang pemungut cukai.”
Dalam hadith yang masyhur, “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka Api Neraka lebih utaama baginya.”

APA TINDAKAN KITA.

1. Sebagai rakyat bayarlah cukai atau denda yang dikenakan dan banyaklah bersabar.

2. Banyakkan taubat, istighfar dan doa kerana kezaliman pemerintah disebabkan diri kita sendiri yakni kezaliman masyarakat atau rakyat.

3. Berterusan menentang kemunkaran tersebut dengan ucapan dan tulisan sbg menunaikan kewajipan ingkar al-munkar dan mengajak kepada keadilan.

4. Membetulkan aqidah tauhid dan menggiatkan amal2 salih yg menepati sunnah, menjauhi segala syirik, bid’ah dan maksiat.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: