Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Jama’ Solat Kerana Hujan di Masjid

Sunnah menjama’ solat zuhur dan asar, maghrib dan isya’ menurut Ulama’ Shafieiyyah
Dalil2.
1.Hadith Ibn ‘Abbas riwayat Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasaei, Ahmad, Malik, Shafi’ei al-Darimi dan Ibn Majah.
عن ابن عباس قال: جمع رسول الله –صلى الله عليه وسلم- بين الظهر والعصر والمغرب والعشاء بالمدينة في غير خوف ولا مطر في حديث وكيع قال قلت لابن عباس لم فعل ذلك قال كي لا يحرج أمته، وفي حديث أبي معاوية قيل لابن عباس ما أراد إلى ذلك قال أراد أن لا يحرج أمته. [رواه مسلم في كتاب صلاة المسافرين وقصرها وأبو داود والترمذي والنسائي وأحمد ومالك والدارمي وابن ماجة].
2. Amal Salaf para sahabat Nabi. Bahkan ia adalah perkara biasa pada zaman mereka. al-Imam Malik menyebut dalam al-Muwatta’ dari Nafi berkata, “Adalah Ibn ‘Umar apabila pemimpin2 menjama’kan solat, beliau solat jama’ bersama mereka.” Sahih seperti dalam al-Irwa’, no 583. Musa ibn ‘Uqbah berkata, Umar Abdul ‘Aziz menjama’kan solat maghrib dan isya’ ketika hujan, Sa’id ibn al-Musayyab, ‘Urwah, Abu Bakr ibn Abd Rahman dan ulama’ zaman itu tidak mengingkari beliau. Sanadnya sahih.
Allah SWT sangat cinta agar hamba-hambaNya mengambil rukhsah2 yg Dia berikan.

Syarat2.
1. Hujan itu lebat atau renyai2 hingga boleh membasahkan baju. Lihat al-Imam al-Nawawi, al-Majmu’, 4/381.
نصوا على أن سبب الجمع وجود مطر يبل الثياب ولا يجمع لأجل مطر لا يبل الثياب كما ذكره الإمام النووي في المجموع 4/381 .
قال الشافعي:”و يجمع من قليل المطر وكثيره” [الأم 1/158]
al-Imam al-Sahfiei r.a. berkata, “dan harus dijama’ antara 2 solat kerana hujan yang sedikit dan banyak (lebat).” al-Imam al-Shafiei, al-Umm, 1/158.
وقال النووي:”قال أصحابنا وسواء قوي المطر وضعيفه إذا بل الثوب” [ المجموع 4/381]
2. Hendaklah hujan masih berterusan turun ketika awal (takbiratul ihram) kedua2 solat.
قال الإمام الشافعي:[ ولا يجمع إلا والمطر مقيم في الوقت الذي تجمع فيه فإن صلى إحداهما ثم انقطع المطر لم يكن له أن يجمع الأخرى إليها ] الأم 1/95.
Imam Shafiei berkata, “Tidak harus jama’ melainkan hujan masih berterusan pada waktu dijama’kan di dalamnya. Sekiranya ia solat satu solat yang pettma kemudian hujan berhenti, tidak harus baginya menjama’kan solat itu kepada solat satu lagi.”
وقال الإمام النووي:[ ويشترط وجود المطر في أول الصلاتين باتفاق الأصحاب ] المجموع 4/382.
Berkata al-Imam al-Nawawi, “Disyaratkan wujudnya hujan di awal kedua2 solat dengan ittifaq Ashab (ulama’ Shaf’iyyah).” al-Majmu’, 4/382.
3. Hendaklah jama’ itu di masjid bukan di rumah kerana tiada sebarang mashaqqah ketika solat di rumah.
وقال الإمام النووي:[ قال أصحابنا والجمع بعذر المطر وما في معناه من الثلج وغيره يجوز لمن يصلي جماعة في مسجد يقصده من بُعدٍ ويتأذى بالمطر في طريقه ] المجموع 4/381 .

Sekiranya imam menjama’kan solat, tidak harus para ma’mum menyalahi dan mengingkari imamnya. Mereka hendaklah solat jama’ bersama imam keraan imam dijadikan imam untuk diikuti, juga bagi mengelakkan perselisihan. Jama’ ketika hujan ruksah dan sunnah serta disukai mengambil rukhsah dalam syariah untuk meringankan bebanan umat.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: