Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

SEBAB2 KEMENANGAN HAKIKI

Kewajipan memanah.
وَأَعِدُّواْ لَهُمْ مَّا اسْتَطَعْتُمْ مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ } [الأنفال: 60] من القُوَّةِ النفسيةِ الباطنةِ والقوةِ العسكريةِ الظاهرة.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat/mampu kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui tentang mereka; sedang Allah mengetahui tentang mereka, dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.

وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ.{الَّذِينَ إِنْ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَـاةَ وَأَمَرُواْ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْاْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ } [الحج:40-41].
(Sumpah wallahi) dan demi sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa – al-Hajj 40.
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka memelihara dan menegakkan mendirikan sembahyang serta memberi zakat (dengan rela hati), dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. 41.
1. Tamkin (kekuasaan) di muka bumi tidak akan terjadi melainkan dengan ibadah yang benar yakni tauhid dan makrifat Allah dgn aqidah yang benar. Ini syarat pertama, tashih ‘aqiidah!. Allah SWT berkata,
{ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ مِنْكُمْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ } [النور:55].
Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman (dengan iman sahih spt golongan salaf) dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana DIa telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan DIa akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan, DIa juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu sedikitpun. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq derhaka.
Apabila mrk beribadah dengan ikhlas, dalam segala perkataan dan perbuatan, dan iradatnya (niatnya), menghendaki wajah Allah dan Akhirat, bukan kemegahan, pengaruh, pujian manusia, harta dan segala kepentingan dunia, tanpa riya’, sum’ah, jawatan kepimpinan dan lain2.
Berterusan dalam ibadah yang ikhlas dan amalan salih, ketika senang dan susah, sempit dan lapang,
Kekuasaan di muka bumi memerlukan ibadah yg sahih (aqidah tauhid yang benar) sebeum mendapatkannya dan ikhlas, selepasnya.
2. Kedua, menegakkan solat dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw, memenuhi rukun2, syarat2, kewajipan2 dan mustahabbatnya, berwudhu’ bersuci menurut sunnah, I’tidal dalam rukuk dan sujud, berdiri dan duduk, memelihara waktu, menegakkan solat Jumaat dan jamaah, memelihara khusyu’ yakni khusyu’ hati dan anggota, kerana khusyu’ ialah ruh solat dan jantungnya, solat tanpa khusyu’ umpama jasad yang mati yang tidak mempunyai nyawa,
عن عمار بن ياسرٍ رضي الله عنه قال سمعتُ النبيَّ صلى الله عليه وسلّم يقولُ: « إنَّ الرجل لينصرفُ وما كتِب له إلاَّ عُشْرُ صلاتِهِ تُسْعُها ثُمنْها سُبْعُها سُدسُها خُمْسُها ربْعُها ثلْثُها نصفها »، رواه أبو داود والنسائي.
Dari ‘Ammar ibn Yasir berkata, saya mendengar Nabi saw bersabda, “ Sesungguhnya seseorang itu selesai solat tidak ditulis baginya melainkan 1/10, 1/9/, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, ¼,1/3, ½ solatnya.” HR Abu Dawud dan an-Nasaei.
3. Sifat ketiga, memberikan zakat “…wa aatawuz zakaah…”, dengan rela hati, kerana cinta kepada Allah, sempurna tanpa kurang, mrk mencari kurniaan Allah dan redhaaNya, dengan zakat itu mereka membersihkan diri mrk, mensucikan harta mereka, mrk memberi manafaat kpd saudara2 mrk yg faqir dan miskin serta org2 yg memerlukan, dari kalngan penerima2 zakat.
4. Sifat keempat, menyuruh kpd ma’rif, “…wa amaru bilma’ruf…” iaitu segala yang diperintah oleh Allah dan Rasul meliputi semua wajibat dan mustahabbat, kerana menghidupkan syariat Allah, mengislah hamba2Nya, untuk mendapatkan rahmatNya dan ridhaNya, keraan org mukmin dan mu;min yang lain, seumpama sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain, seorg mu’min menyukai dan mencintai saudaranya agar melakukan amal salih spt mana ia suka dirinya sendiri beramal salih,
Menyuruh kepada ma’ruf mestilah berasaskan iman dan tasdiq, memerlukan orang yang menyuruh itu beramal dengan perkara yang ia suruh, hatta ia kekal wajib walau ia tidak beramal dengannya.
5. Kelima, mencegah munkar, “…wa nahaw ‘anil munkar, wa lillahi ‘aaqibatul umuur”, . munkar ialah segala larangan Allah dan Rasul, samaada dosa-dosa besar, dan kecil, sama ada berkaitan ibadat, dalam muamalat, akhlaq,
Menyuruh kpd ma’ruf dan mencegah munkar adalah dua tiang yang teguh demi kekekalan umat, kemuliaannya dan kesatuannya, agar pelbagai bentuk hawanafsu dan aliran tidak memecahkan nya dan merosakkannya.
Kerana itulah amr ma’ruf dan nahi munkar adalah termasuk kefardhuan2 agama dan kewajipan stp muslim dan muslimah mengikut kemampuan. Ia adalah syarat falah, kekuatan dan kesatuan. Tanpa amar ma’ruf dan nahi mukar, manusia akan berpuak2, berpecah belah, masing2 ego dengan kelopok dan pandangan sendiri. Dengan kedua2nyalah umat ini dimuliakan ke atas umat2 yng lain. Dengan meninggalkannya, umat manusia dilaknat, dan diazab dunia dan di Akhirat spt dilaknat orang2 kafir Bani Israil. Empat perkara ini dilakukan dengan penuh ukhuwwah dan mahabbah.
Ini adalah 5 sifat yang apabila ditahqiqkan, berserta ukhuwwah, mahabbah, kesatuan, ketegasan, azam, dan persediaaan latihan dan senjata, akan membuahkan kemenangan dari Allah, tanpa syak lagi, dengan izinNya,
وَعْدَ اللَّهِ لاَ يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ . يَعْلَمُونَ ظَاهِراً مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ } [الروم:6- 7].
Ini janji Allah, Allah tidak memungkiri janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mrk hanya tahu zahir kehidupan dunia sedangkan kehidupan Akhirat mrk sgt lalai.
Dengan (persediaan iman dan amal salih itu) dtg bantuan Allah yang tidak disangka2, kerana persiapan dan kelengkapan material tidak mempunyai sebarang nilai, apabila dibandingkan dengan kekuatan Allah yang menciptakan kebendaan dan mewujudkannya.
Antara syarat lain ialah melakukan kebaikan kepada orang2 salih, yang suka solat,ikhlas, salih, mustajab doa dan lemah. Sahih al-Bukhari, al-Jihad dan al-Sayr, 2696.
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ ، قَالَ : رَأَى سَعْدٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ لَهُ فَضْلًا عَلَى مَنْ دُونَهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلَّا بِضُعَفَائِكُمْ ” . هَلْ تُنْصَرُونَ إِلا بِضُعَفَائِكُمْ ، بِدَعَوَاتِهِمْ ، وَصَلَوَاتِهِمْ ، وَإِخْلاصِهِمْ ؟ ” .

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: