Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Punca2 Bid’ah Yang Sesat

al-Imam Malik ibn Anas al-Asbahi (93-179H) ditanya, “Siapakah ahli bid’ah?”. Beliau berkata, “Ahli bid’ah ialah golongan yang suka memperdebatkan tentang Nama2 Allah, sifat2 Allah, kalamNya, ilmuNya dan qudratNya. Mereka tidak mendiamkannya sebagaiman para sahabat dan tabiin mendiamkannnya.” Lihat Abu ‘Uthman al-Sabuni, Aqidah yang Membawa Ke Syurga, ms 93.
Sesetengah Huffaz Hadith mentakrifkan bid’ah sebagai

البدعة ما خالفت الكتاب والسنة أو إجماع السلف من الاعتقادات والعبادات؛ كأقوال الخوارج والروافض والقدرية والجهمية وكالذين يتعبدون بالرقص والغناء في المساجد([2]) وكالذين يتعبدون بحلق اللحى وأكل الحشيشة وأنواع ذلك من البدع التي يتعبدها طوائف من المخالفين للكتاب والسنة
perkara yang menyalahi al-Quran, al-Sunnah, atau Ijma’ Salaf dalam kepercayaan dan ibadat, seperti keyakinan khawarij, rawafidh, qadariyyah, jahmiyyah dan seperti orang-orang yang beribadah dengan tarian, nyanyian di masjid-masjid, juga seperti orang-orang yang beribadah dengan mencukur janggut, makan ganja atau lalang, dan lain-lain yang menyalahi al-Kitab dan al-Sunnah.
al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali berkata, “Bid’ah ialah perkara baru yang tiada asalnya dalam syariah yang menunjukkan kepadanya, dapun yang mempunyai asal yang menunjukkan kepada maka ia bukan bid’ah dalam syarak walau ia bid’ah dari segi bahasa.” Ibn Rajab, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, ms 265.
al-Hafiz al-Suyuti berkata, “Bid’ah ialah perbuatan yang mencanggahi syariah, dengan melakukannya, boleh menambah atau mengurangkan amalan sedia ada dalam syariah.” al-Amr bi al-Ittiba’, ms 88.
Bid’ah diberikan perhatian besar oleh ulama Islam kerana ia merupakan satu bentuk syirik, menyamai sifat Tuhan dalam menciptakan agama, yakni seolah-olah agama Allah belum sempurna. nabi saw memperingtakan ttg bid’ah setiap minggu dalam khutbah Jumaat , menunjukkan besarnya bahaya bid’ah.

Tempat Asal Kemunculan Bid’ah.

Dimanakah asal bid’ah yang menyesatkan? Iraq. Di sanalah munculnya pelbagai aliran bid’ah dalam sejarah. Khawarij, rafidah, batiniyyah, jahmiyyah, mu’tazilah, Syiah, dan lain2 ajaran sesat berasal dari Iraq dan Iran.
al-Imam Ahmad, al-Bukhari, dan Tirmidhi dan lain2 meriwayatkan meriwayatkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ : ” اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا ، قَالَ : قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ، قَالَ : قَالَ : اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا ، قَالَ : قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ، قَالَ : قَالَ : هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ” .

dari Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah berdoa, “Ya Allah, berkatilah untuk kami Syam kami dan Yaman kami.” Mereka berkata “..wahai Rasulullah, dan juga Najd (Iraq) kami.” Nabi saw bersabda, “Di sana berlaku gempa bumi dan huruhara (peperangan). Dari sana munculnya tanduk syaitan.” Sahih al-Bukhari, al-Fitan, hadith 6592. Kebanyakan penduduk Najd Iraq tanduk syaitan mengalami kerosakan pemikiran.

Salim berkata, saya mendengar ayah saya (Abdullah ibn ‘Umar) ditanya ttg hokum darah naymuk lalu beliau berkata, “Wahai ahli Iraq, alangkah sukanya kamu bertanya tentang perkara remeh temeh, dalam masa yang sama lagi suka melakukan jenayah besar (seperti membunuh al-Husayn ibn ‘Ali di Karbala, Iraq) sebahagian kamu memenggal sebahagian yang lain.” Najd dalam hadith ini ialah Najd Iraq, bukan Najd Yamamah di Saudi. al-Khattabi (wafat 388H) berkata, “Najd ialah pedalaman Iraq dan sekitarnya.” Ini dipersetujui oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani dalam al-Fath, 13/47. Berita Ini termasuk mukjizat Nabi saw. Kini kesestan, peperangan dan pembunuhan dan huruhara berterusan di bumi Iran dan Iraq.

Sahl ibn Hunayf r.a. berkata sambil tangannya menunjuk ke arah Iraq, saya mendengar Nabi saw bersabda, “Dari sana (iraq), akan muncul kaum yang membaca al-Quran (kuat beribadah) tetapi bacaan mereka tidak melepasi tekak mereka. Mereka keluar dari Islam spt keluarnya anak panah dari busurnya.” Sahih al-Bukhari. Rasulullah saw juga bersabda, “Pangkal kekufuran dari timur (Iraq dan Iran).” al-Kushminahi berkata Itu menunjukkan betapa teruknya kekufuran majusi kerana kerajaan Parsi dan pengikut mereka dari kalangan arab di Timur Madinah. Mereka sangat keras, kasar dan angkuh. Parii Majusi amat dahsayt kekufuran dan kesesatan mereka. Di sana terdapat ramai ahli sihir, jin2 jahat dan dan penyakit2 berbahaya.
1527100_10202576246624253_445150619_n

1533834_788076321206313_736979820_n

TANDA2 AHLI BID’AH
Antara tanda ahli bid’ah ialah
1.kejahilan tentang maqasid al-shariah (objektif-objektif shariah),
2.berpecah belah, memisahkan diri dari jamaah muslimin,
3.suka berdebat dan bertengkar,
4.mengikuti hawanafsu,
4.menguatamakan aqal mengatasi ak-kitab dan al-sunnah,

PUNCA BID’AH
Antara unca-punca bid’ah ialah
1. Pertama, al-ahwa’ (emosi, tujuan dan keinginan jahat) seperti khawarij.
2. Kedua, al-‘aqliyyat menggunakaan akal dalam menentukan agama seperti jahmiyyah mu’tazilah, ahli kalam dan falsafah.
3. Ketiga, al-diyanat wa al-nihal al-qadimah iaitu agama-agama sesat dan ajaran-ajaran kuno seperti ajaran-ajaran kerahiban, rawafidh, batiniyyah dan ghulat sufiyyah.
4. Keempat, taqdis al-ashkhas iaitu pendewaan terhadap peribadi-peribadi tertentu dan para tokoh.
Ahli bid’ah mereka itu jahil tentang Kitab dan Sunnah, salah faham terhadap makna2 Kitab dan Sunnah kerana tidak mengikut tafsiran salaf serta tidak mengikuti manhaj ahl ilmu.
Allah SWT telah mengingatkan dalam firmannya, “Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokan ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka mereka membicarakan pembicaraan yang lain…” (Al-An’am: 68).

Ini dalil menunjukkan tidak halal duduk-duduk bersama ahli bid’ah kecuali memberikan nasihat dan peringatan. Ayat ini meliputi golongan musyrikin dan ahli al-ahwa’ muslimin. Ahli Sunnah wa al-Jama’ah sangat memelihara diri dari ahli bid’ah kerana ahli bid’ah itu sangat yakin mereka dalam kebenaran dan mereka tidak bertaubat dari bid’ah mereka. Mereka sangat licik memukau dan mempenagruhui orang ramai dengan ibadah, kefasihan dan penampilan mereka. Kerana itulah al-Imam Sufyan al-Thawri (97-126H) berkata bid’ah itu lebih dicintai oleh iblis dari maksiat.
Ahli Bid’ah wajib dijauhi. al-Imam Abu Qilabah al-Raqashi berkata,
“Jika kamu melihat seseorang duduk-duduk bersama ahli bid’ah, berikanlah peringatan keras dan jelaskanlah kepadanya tentang keperibadiannya. Apabila ia tetap duduk-duduk bersama ahli bid’ah setelah ia mengetahuinya, maka jauhilah ia kerana ia termasuk pengikut hawa nafsu (ahli bid’ah)“. (Sharh al-Sunnah, ms 144, al-Imam al-Barbahari)
HARAM Mempromosi Ahli Bid’ah
apabbila dudk bersama ahli bid’ah adaah haram kecuali utk memberi nasihat dan tazkirah, lebih2 lagi Haram mempromosikan ahli2 bid’ah dalam akhbar atau majalah, buku2 atau media elektronik.
Shaykhul Islam al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata:
من عظم صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام
“Sesiapa yang memuliakan seorang ahli BID’AH, maka dia telah MEMBANTU untuk MENGHANCURKAN Islam”
[Sharh al-Sunnah 2/321]
JENIS2 Ahli Bid’ah.
Umumnya terdapat 2jenis bid’ah iaitu bid’ah dalam aqidah dan bid’ah dalam amalan. Antara kelompok bid’ah dan sesat dalam aqidah ialah:-

1. al-Jahmiyyah Yang Bid’ah dan Sesat.
Jahmiyyah diasaskan oleh Jahm ibn Safwan yang dibunuh oleh Salim atau Salam bin Ahwaz pada tahun 121H. Mazhab mereka tentang sifat-sifat Allah adalah ta’thil (menolak dan ta’wil), menolak hampir semua sifat zatiyyah Allah (seperti Wajah Alah dan Tangan Allah) dan sifat fi’liyyah termasuk sifat istiwa’ dan nuzul. Mereka sering memperdebatkan perkara-perkara ini sehingga menimbulkan perpecahan. Jahm mengambil kesesatan menafikan sifat2 Allah (termasuk fahaman al-Quran makhluk bukan kalam Allah) dari Ja’d ibn Dirham, dari Aban ibn Sam’an, dari Talut anak buah Labid dari Labid al-Yahudi.
Ibn Abi Du’ad al-Mu’tazili mengambil dari Bishr al-Muraysi dari Jahm. (Lihat Tarikh Ibn ‘Asakir, terj Ja’d ibn Dirham).Asha’irah mengambil manhaj ta’wil bid’ah dari jahmiyyah. Dalam masalah takdir, mereka bermazhab Jabariyah. Dalam masalah iman mereka bermazhab Murji’ah (iman sekadar pengakuan dalam hati, manakala perkataan dan perbuatan tidak termasuk iman). Menurut mereka, pelaku dosa2 besar tetap sempurna imannya seperti iman para nabi dan malaikat. Mazhab mereka adalah Mu’attilah, Jabariyyah, dan sekaligus Murji’ah. Mereka terpecah menjadi banyak firqah. Kini, pemikiran jahmiyyah ini diwarisi dan diikuti oleh pelampau ahli ta’wil, ahbash dan syiah. Mereka mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka, menuduh kelompok lain sebagai nabitah (hina), mushabbihah (menyamakan Allah dengan makhluk), mujassimah (mengatakan Allah berjisim) dan zahiriyyah (berpegang dengan zahir ayatayat tentang sifat2 Allah). al-Imam ‘Abdullah ibn al-Mubarak dan Waki’ ibn al-Jarrah menganggap jahmiyyah terkeluar dari Islam, bukan satu kelopok dalam Islam.

2. Syiah (al-Rafidhah)

Mereka menamakan diri dengan sebutan Syi’ah kerana mereka menganggap diri mereka kononnya sebagai Syi’ah (pembela), penolong dan yang menuntut kekhalifahan ahlul bait yakni kepentingan politik semata-semata.
Mereka adalah kelompok yang melampau kepada Ahlul Bayt dan mengkafirkan atau mengfasiqkan para sahabat yang tidak termasuk ahlul bait. Firqah-firqah mereka banyak dan ada yang ekstrim, sehingga ketua atau tokohnya ‘Abdullah bin Saba’ al-Yahudi menyatakan bahawa Khalifah Ali bin Abi Talib R.A. adalah Tuhan. Ali R.A. memerintahkan untuk membakar ‘Abdullah bin Saba’, tetapi tidak berjaya kerana dia berjaya melarikan diri ke Mada’in.
Syiah rafidah juga menganggap imam mereka yang 12 sebagai maksum bahkan mempunyai sifat-sifat ketuhanan seperti memberi rezeki dan mentadbir alam bersama Allah.
Dinamakan Rafidhah juga kerana mereka rafadh (meninggalkan) Zayd bin ‘Ali bin Husayn bin Ali bin Abi Talib. Ketika itu mereka bertanya tentang Abu Bakr r.a. dan ‘Umar r.a. kepadanya. Zayd menjawab bahawa dia tarahhum (menghormati dan memuliakan keduanya). Mendengar jawapan Zayd, serentak mereka meninggalkan dan menjauhi Zayd.

Mazhab mereka tentang sifat Allah adalah berbeza-beza, ada di kalangan mereka musyabbihah, mu’attilah dan ada yang pertengahan. Kelompok paling ekstrem syiah ialah batiniyyah qaramitah nusayriyyah iaitu haqiqatnya mereka atheis. yang paling sederhan ialah syiah zaydiyyah di yaman. Rafidah mengatakan Allah bersifat al-bada’ iaitu Allah itu tidak tahu tentang sesuatu perkara melainkan setelah perkara itu berlaku.

3. al-Khawarij

Mereka adalah penderhaka, pemberontak dan penentang ‘Ali bin Abi Talib R.A. kerana masalah tahkim. Mazhab mereka membenci ‘Uthman R.A. dan ‘Ali R.A, memberontak kepada imam apabila imam itu menyalahi Sunnah. Mereka menyatakan bahawa pelaku dosa besar (spt penzina, peminum arak, pencuri) kafir dan kekal di dalam neraka. Antara penyakit mereka kejahilan, ujub dan mencela ahli ilmu dan beribadat tanpa ilmu serta ingin hukum Allah tanpa ilmu. Pelopor mrk ialah Zulkhuwaysirah Tamimi. Pelampau mereka sampai ke tahap kafir murtad, mereka membunuh orang2 Islam, membiarkan penyembah berhala sehingga Rasul saw memerintahkan agar membunuh mereka.
Golongan khawarij mengkafirkan ‘Ali, Mu’awiyah dan ramai sahabat. Mereka mengingkari ibadah menyapu atas khuff, hukuman rejam bagi penzina muhson, mengingkari banyak sunnah, mengkafirkan dan memerangi pemerintah yang zalim. Ramai dari mrk mengikuti pemikiran kalam mu’tazilah, percaya al-Quran makhluk, menafikan qadar, dan lain-lain.
4. al-Qadariyyah
Qadariyyah menyatakan bahawa perbuatan hamba bukan takdir, namun hamba memiliki kehendak dan kemampuan yang terlepas dari kehendak dan kemampuan Allah. Pelopornya ialah Ma’bad al-Juhani yang muncul pada masa akhir zaman sahabat. Mazhab ini diambil dari seorang Majusi dari Bashrah.
Mereka terbahagi kepada dua kelompok :
a. ekstrim : mengingkari ilmu Allah, kehendak dan kemampuan Allah atas perbuatan hamba. Mereka sudah pupus atau hampir pupus.
b. pertengahan : beriman bahawa Allah mengetahui perbuatan hamba tetapi mereka mengingkari bahawa perbuatan hamba terjadi dengan kehendak, kemampuan dan penciptaan Allah. Mereka ini masih wujud.

5. al-Murji’ah
Mereka ialah satu golongan menyeleweng yang meyakini bahawa amal tidak termasuk dalam iman. Iman semata-mata pengakuan hati. Kerana itu, orang yang fasiq tetap sempurna iman seperti mana iman para malaikat dan nabi, meskipun melakukan maksiat dan meninggalkan kewajipan-kewajipan agama. Seandainya seseorang dihukum kafir kerana meninggalkan sebahagian syari’at, ianya kerana hatinya tidak mengakuinya, bukan semata-mata kerana meninggalkan amal tersebut. Pada hakikatnya, ini adalah mazhab Jahmiyyah yang bertentangan dengan mazhab Khawarij. Murjiah mengangaap enteng perbuatan menghalalkan yg haram, mengharamakan yg halal serta sangat memandang remeh kepada dosa-dosa besar.
6. al-Mu’tazilah
Mereka adalah pengikut Waasil bin ‘Atha’ yang memisahkan diri dari majlis al-Hasan al Basri. Menurutnya bahawa orang fasiq berada pada manzilah baina manzilatin (di antara dua kedudukan), tidak beriman dan juga tidak kafir namun kekal dlm neraka. Ini falsafah yg sesat. Kemudian diikuti oleh ‘Amr bin Ubayd seorang laim dan ahli ibadah yang mengingkari taqdir. Mazhab mereka dalam sifat Allah sama seperti Jahmiyyah, iaitu ta’thil. Dalam masalah takdir, mereka bermazhab Qadariyyah, yang mengingkari adanya campur tangan kekuasaan dan takdir Allah terhadap perbuatan hamba. Menurut mazhab mereka, pelaku dosa besar kekal dlm neraka, keluar dari Islam, namun berada di antara dua kedudukan, kedudukan iman dan kafir. Dalam hal ini, mazhab mereka bertentangan dengan Jahmiyyah.
7. Al-Karramiyah
Mereka adalah pengikut Muhammad bin Karram (125H), mazhab mereka adalah seperti aliran Mushabbihah dan Murji’ah.
8. As-Saalimah atau al-Asha’irah
Mereka adalah pengikut Ibnu Salim yang bermazhab Musyabbihah. Mereka sejenis dengan kelompok Asha’irah yang mengikut pimpinan Abu al-Hasan Ali bin Ismail al-Ash’ari. Pada awalnya al-Ash’ari seorang mu’tazili (seorang yang bermazhab mu’tazilah) sehingga berumur 40 tahun. Kemudian bertaubat dan menjelaskan kebatilan Mu’tazilah lalu berpegang teguh dengan mazhab Ahl al-Sunnah.
Lihat Sharh Lum’at al-I’tiqad ila Sabil al-Rashad oleh al-Imam Ibn Qudamah al-Madqisi.
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ialah golongan paling benar dan dijanjikan syurga oleh Nabi saw. Mereka adalah golongan yang benar-benar mengikuti al-Quran dan al-Sunnah secara zahir dan batin, dalam aqidah, ibadah dan ahlak, meyakini semua sifat Allah tanpa tahrif, tashbih dan tajsim, memuliakan semua sahabat Nabi dan mencontohi mereka, Nabi saw menyebut mereka sebagai “ma ana ‘alayh wa ashabi” iaitu golongan yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku. Mereka juga dinamakan sebagai Ahl al-Hadith, Firqah Najiyah (golongan yang terselamat), Ta’ifah Mansurah (golongan yang sentiada tegar menegakkan sunnah), al-Jama’ah atau Jama’ah al-Muslimin. Mereka itu khusyu’, sangat ikhlas sujud dan ruuku kepada Allah mencari redhaNya, Orang yang mengikuti mereka disebut salafi sebagai membezakan antara ahl al-sunnah dengan ahli bid’ah. Setiap sunni salafi berpegang teguh dengan al-Kitab dan al-Sunnah serta memahaminya kedua-dua-duanya dengan kefahaman salaf. Kita berharap agar sentiasa mengikuti Ahl al-Sunnah dalam segenap aspek kehidupan dan berdoa agar dimatikan di atas aqidah sunnah, selamat dari semua bid’ah.
Penulis ialah Ust Abid b Muhammad Noor
Master Shariah
Pendakwah Bebas.
Eksekutif Hal Ehwal Islam,
Karangkraf.

BID’AH DALAM AMALAN.

Selain bid’ah dalam aqidah, bid’ah juga berlaku dalam amalan. Sesiapa yang mencipta bid’ah (ibadah baru) maka ia telah mendakwa Nabi saw mengkhianati Islam dan menuduh Islam belum sempurna.
al-Imam Malik ibn Anas (179H) berkata,
مَنِ ابْتَدَعَ فِي الْإِسْلَامِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً فَقَدْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَانَ الرِّسَالَةَ، لِأَنَّ اللهَ يَقُوْلُ: (الْيَومَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ) فَمَا لَمْ يَكُنْ يَوْمِئِذٍ دِيْنًا فَلَا يَكُوْنُ الْيَوْمَ دِيْنًا.
Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka ia tidak juga menjadi agama pada hari ini. Al-Shatibi, al-I’tisam, ms 35.

Bid’ah dalam amalan terbahagai kepada bid’ah haqiqiyyah (tulen) dan bid’ah idafiyyah (tambahan). Bid’ah-bid’ah ini ada yang sampai ke tahap syirik dan kufur, dosa besar dan dosa kecil.

1) Bid’ah Haqiqiyyah ialah mencipta ibadat yang langsung tiada asalnya dalam al-Quran dan al-Hadith antaranya ialah:
• menyiksa diri beribadat dengan berdiri solat, berpuasa di tengah panas, tidak bercakap-cakap, memukul-mukul badan dengan tangan atau alat tajam
• Mengadakan pesta peringatan kematian, misalnya tiga hari, empat puluh hari, seratus hari, satu hawl (setahun), seribu hari dan seterusnya, yang semua itu tidak ada dalilnya, bahkan bertentangan dengan dalil, meniru adat dan agama musyrikin (hindu).
• Mengadakan kenduri arwah ketika hari kematian dan ketika menanam batu nesan,
• Berdoa meminta hajat dari penghuni kubur.
• Memotong buah zakar untuk mematikan syahwat dan untuk menumpukan hidup dengan ibadat.
• Beramal dengan hadith palsu dan terlampau daif serta mengiktiqadkannya sebagai sunnah
• Menciptakan perayaan-perayaan yang tidak disyariatkan
• Menyembelih di kubur, bernazar di kubur, pesta makan di kubur, meninggikan kubur, bertawaf sekeliling kubur dan lain-lain.

2) Bid’ah Idafiyyah iaitu ibadat yang asalnya terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith tetapi dilakukan dengan cara yang tidak menepati kayfiyyat, waktu dan tempat yang disunnahkan. Antaranya ialah
• membaca selawat rekaan dan madih selepas azan dengan memekik di masjid dan surau,
• berdoa sambil memekik selepas solat,
• solat duha berjemaah,
• bid’ah mengkhususkan bacaan, puasa rekaan dan solat tertentu seperti solat ragha’ib dalam bulan rajab dan nisfu sha’ban,
• mengkhususkan ibadat pada malam jumaat,
• berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu,
• tahlil berjamaah,
• majlis taubat beramai-ramai dalam gelap,
• berzikir disertai rebana atau muzik dengan memekik-mekik.

Bid’ah menambahkan atau mengurangkan ibadat seperti menambah solat maghrib menjadi 4 rakaat, isya’ 5 rakaat, atau zuhur menjadi 3 rakaat.
Bid’ah mencipta ibadat-ibadat tertentu yang dianggap sebagai sunnah yang disyariatkan, berpahala dan mendekatkan diri kepada Allah, beribadat dengan ibadat-ibadat tertentu pada waktu tertentu, sedangkan amalan itu tidak disyariatkan dan tidak wujud dalam hadith-hadith sahih seperti

• mengadakan kenduri arwah,
• talqin di kubur,
• mandi safar,
• mencipta doa-doa, zikir dan selawat yang menyalahi tauhid dan sunnah,
• zikir sambil menari,
• beribadah dan tawaf di kubur, dan segala upacara khurafat.

Terdapat juga bid’ah dalam halal haram seperti menghalalkan arak, zina, judi, pelacuran, pendedahan aurat, mengharamkan nikah, mewajibkan sistem pendidikan dan perundangan sekuler. Semua bid’ah ini adalah kesesatan.

Akibat bid’ah DAN KESUDAHAN AHLI BID’AH
DI DUNIA
1. Pertama, ibadah ahli bid’ah tidak diterima Allah Ta’ala kerana ibadatnya adalah ibadat baru, menyalahi sunnah. Dimaklumi bahawa syarat penerimaan ibadah ialah ikhlas, iman yang sahih, menepati sunnah, dilakukan cinta, khawf dan raja’. Nabi SAW BERSABDA, “Allah enggan menerima ibadah ahli sehinggalah ia meninggalkan bid’ahnya.” Dinilai sahih oleh al-Suyuti dan lain-lain.
2. Ahli bid’ah sentiasa jauh dari Allah. Semakin rajin ia beribadah, ia semakin jauh dariNya.
3. Setiap bid’ah adalah kesesatan, menyalahi ahl al-sunnah wa al-jama’ah.
bahkan ahli bid’ah menyesatkan orang ramai dengan ibadah, populariti dan penampilan waraknya yang mempesonakan.
4. antara sikap ahli bid’ah ialah suka melabel ahl al-sunnah dengan pelbagai gelaran buruk di mata masyarakat spt mushabbih, mujassim, kafir, wahhabi, zahiri, nasibi, sampah dan lain-lain, semata2 krn ahl al-sunnah itu mengikuti al-Quran dan al-Hadith spt yang disebutkan oleh al-Imam Abu Hatim al-Razi. Akibatnya berlaku caci mencaci, label melabel, kebencian dan perpecahan serta mungkin hurur-hara. Mereka merosakkan agama yang telah sempurna.
Adapun ahl sunnah wa al-jamah mereka menajuhi debat dan pengtengkaran yang sia2. Al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni dalam kitab Aqidah Salaf Ahl- Sunnah wa al-Jama’ah berkata, Mereka (iaitu Ashab al-Hadith AHl al-Sunnah wa al-Jama’ah) itu saling mencintai kerana agama dan saling membenci kerana agama (kerana Allah bukan kerana dunia. Ini tanda kesahihan aqidah dan merupakan seteguh-teguh ikatan iman). Mereka juga menghindari perdebatan dalam agama Allah (Zat Allah dan Sifat-sifatNya) dan perbalahan tentangNya, mereka menghindari ahli bid’ah dan kesesatan, memusuhi ashabul ahwa’ dan orang-orang jahil yang berkata tanpa ilmu (ruwaybidhah).Mereka mengikuti jejak salaf salihin (Nabi, para sahabatnya dan tabi’in) dari kalangan imam-imam dan ulama’ muslimin para ulama salafus salih. Berpegang teguh dengan agama yang kukuh dan kebenaran yang jelas (al-Qur’an dan al-Hadith). al-Sabuni, ‘Aqidah al-Salaf (terj Abid Muhammad Noor), ms 47.
DI ALAM BARZAKH
Kubur ahli bid’ah dipenuhi api dan azab. al-Imam Ahmad ibn Hanbal berkata, “ahli bid’ah walau seorang ahli ibadah maka kubur satu lubang dari lubang api neraka Jahannam. Ahli sunnah walaupun fasiq, kuburnya satu taman dari taman-taman syurga.”

DI AKHIRAT
ahli bidah tidak mendapat syafaat Nabi saw, dan dihalau dari minum dari telaga Baginda.
Lalu Nabi saw bersabda,
“(Wahai Rabbku), mereka betul-betul pengikutku. Lalu Allah berfirman, ‘Sebenarnya engkau tidak mengetahui bahawa mereka telah mengganti ajaranmu setelahmu.” Kemudian aku (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam) mengatakan, “Celaka, celaka bagi orang yang telah mengubah ganti ajaranku sesudahku.” (HR al-Bukhari no. 7051).
Ini kemurkaan Nabi dan doa laknat untuk orang-orang yang mengubah ganti ajaran baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam serta berbuat bid’ah.
Nabi saw bersabda, “Setiap bid’ah (yang haqiqi) adalah kesesatan dan setiap kesesatan di dalam api Neraka.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: