Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Siapakah yang Diangkat Menjadi Pemimpin Umat

SOALAN
Siapa yang mesti dipilih menjadi imam atau pemimpin Islam?
JAWAPAN: Yang dipilih sebagai pemimpin ialah
1. yang paling faham kitabullah, faqih, yang paling hafiz akan kitab Allah, yang paling alim tentang sunnah serta beriman lagi beramal. Hadith Sahih, Musnad Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah, al-Tirmidhi, al-Nasaei, Ibn Khuzaymah. Nabi saw melantik lelaki muda yang menghafaz surah al-Baqarah dan paling banyak banyak menghafaz al-Quran sebagai amir (gabenor) kaumnya.
al-Hafiz Abu ‘Abdillah al-Hakim meriwayatkan dengan sanad sahih (1554)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْثًا وَهُمْ نَفَرٌ ، فَقَالَ : ” مَاذَا مَعَكُمْ مِنَ الْقُرْآنِ ؟ ” فَاسْتَقْرَأَهُمْ كَذَلِكَ حَتَّى مَرَّ عَلَى رَجُلٍ مِنْهُمْ هُوَ مِنْ أَحْدَثِهِمْ سِنًّا ، فَقَالَ : ” مَاذَا مَعَكَ يَا فُلانُ ؟ ” , قَالَ : مَعِي كَذَا وَكَذَا ، وَسُورَةُ الْبَقَرَةِ ، قَالَ : ” اذْهَبْ فَأَنْتَ أَمِيرُهُمْ ” . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ .
dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw mengutus satu kaum dalam peperangan lalu berkata, “Apa al-Quran yang ada bersama kalian?” Lalu baginda saw meminta mereka membaca al-Quran sehingga sampai kpd seorang lelaki yang paling muda dari kalangan mereka dan bersabda, “Apa surah yang ada bersama kamu wahai fulan?’ Lelaki muda menjawab, “Besama saya surah sekian, sekian dan surah al-Baqarah. Nabi saw bersabda, “Pergilah, kamulah sebagai ketua mereka.”

HR al-Firyabi dalam Fada’il al-Qur’an, dan Ibn Khuzaymah dalam Sahihnya.

2. yang memiliki sifat2 kepimpinan, ilmu dan kekuatan badan (al-Baqarah: 247), kuat dan amanah serta pandai mengurus. Sebaiknya boleh menulis dan mengira.
قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ(247)
“…Allah menambahkan dia dengan kekuatan dalam ilmu dan tubuh badan…” al-Baqarah ayat 247.
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ [القصص 26]
“…sesungguhnya sebaik2 orang yang kamu upah ialah yang kuat dan amanah.” al-Qasas ayat 26.
Dalam SUrah Yusuf ayat 55 Allah berfirman ttg Yusuf a.s.;
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
Dia (Yusuf) berkata; Jadikanlah saya penjaga harta2 negara, sesungguhnya saya sgt amanah menjaga harta dan berilmu ttg pengurusan harta. Yusuf ayat 55.
3. yang istiqamah menegakkan solat fardhu (Jumaat dan jamaah), yang memberikan zakat dengan rela hati, yg tunduk kpd syariat Allah, yg ada solat sunat siang dan malam. (Surah al-Ma’idah ayat 55)
Memilih org fasiq atau munafiq (juga syiah) sbg pemimpin adalah kufur dan riddah!!
Lihat Tafsir al-Baghawi, dan Jundullah.
Mana2 pemimpin yang dilantik sedngkan ia tidak layak, wajib ia melayakkan dirinya dengan berusaha memenuhi semua syarat yang disebut oleh syariah. Sekiranya tidak, maka wajib ia meletakkan jawatan.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: