Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “November, 2012”

SEBAB2 KEMENANGAN HAKIKI

Kewajipan memanah.
وَأَعِدُّواْ لَهُمْ مَّا اسْتَطَعْتُمْ مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ } [الأنفال: 60] من القُوَّةِ النفسيةِ الباطنةِ والقوةِ العسكريةِ الظاهرة.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat/mampu kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui tentang mereka; sedang Allah mengetahui tentang mereka, dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.

وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ.{الَّذِينَ إِنْ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَـاةَ وَأَمَرُواْ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْاْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ } [الحج:40-41].
(Sumpah wallahi) dan demi sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa – al-Hajj 40.
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka memelihara dan menegakkan mendirikan sembahyang serta memberi zakat (dengan rela hati), dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. 41.
1. Tamkin (kekuasaan) di muka bumi tidak akan terjadi melainkan dengan ibadah yang benar yakni tauhid dan makrifat Allah dgn aqidah yang benar. Ini syarat pertama, tashih ‘aqiidah!. Allah SWT berkata,
{ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ مِنْكُمْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ } [النور:55].
Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman (dengan iman sahih spt golongan salaf) dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana DIa telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan DIa akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan, DIa juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu sedikitpun. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq derhaka.
Apabila mrk beribadah dengan ikhlas, dalam segala perkataan dan perbuatan, dan iradatnya (niatnya), menghendaki wajah Allah dan Akhirat, bukan kemegahan, pengaruh, pujian manusia, harta dan segala kepentingan dunia, tanpa riya’, sum’ah, jawatan kepimpinan dan lain2.
Berterusan dalam ibadah yang ikhlas dan amalan salih, ketika senang dan susah, sempit dan lapang,
Kekuasaan di muka bumi memerlukan ibadah yg sahih (aqidah tauhid yang benar) sebeum mendapatkannya dan ikhlas, selepasnya.
2. Kedua, menegakkan solat dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw, memenuhi rukun2, syarat2, kewajipan2 dan mustahabbatnya, berwudhu’ bersuci menurut sunnah, I’tidal dalam rukuk dan sujud, berdiri dan duduk, memelihara waktu, menegakkan solat Jumaat dan jamaah, memelihara khusyu’ yakni khusyu’ hati dan anggota, kerana khusyu’ ialah ruh solat dan jantungnya, solat tanpa khusyu’ umpama jasad yang mati yang tidak mempunyai nyawa,
عن عمار بن ياسرٍ رضي الله عنه قال سمعتُ النبيَّ صلى الله عليه وسلّم يقولُ: « إنَّ الرجل لينصرفُ وما كتِب له إلاَّ عُشْرُ صلاتِهِ تُسْعُها ثُمنْها سُبْعُها سُدسُها خُمْسُها ربْعُها ثلْثُها نصفها »، رواه أبو داود والنسائي.
Dari ‘Ammar ibn Yasir berkata, saya mendengar Nabi saw bersabda, “ Sesungguhnya seseorang itu selesai solat tidak ditulis baginya melainkan 1/10, 1/9/, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, ¼,1/3, ½ solatnya.” HR Abu Dawud dan an-Nasaei.
3. Sifat ketiga, memberikan zakat “…wa aatawuz zakaah…”, dengan rela hati, kerana cinta kepada Allah, sempurna tanpa kurang, mrk mencari kurniaan Allah dan redhaaNya, dengan zakat itu mereka membersihkan diri mrk, mensucikan harta mereka, mrk memberi manafaat kpd saudara2 mrk yg faqir dan miskin serta org2 yg memerlukan, dari kalngan penerima2 zakat.
4. Sifat keempat, menyuruh kpd ma’rif, “…wa amaru bilma’ruf…” iaitu segala yang diperintah oleh Allah dan Rasul meliputi semua wajibat dan mustahabbat, kerana menghidupkan syariat Allah, mengislah hamba2Nya, untuk mendapatkan rahmatNya dan ridhaNya, keraan org mukmin dan mu;min yang lain, seumpama sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain, seorg mu’min menyukai dan mencintai saudaranya agar melakukan amal salih spt mana ia suka dirinya sendiri beramal salih,
Menyuruh kepada ma’ruf mestilah berasaskan iman dan tasdiq, memerlukan orang yang menyuruh itu beramal dengan perkara yang ia suruh, hatta ia kekal wajib walau ia tidak beramal dengannya.
5. Kelima, mencegah munkar, “…wa nahaw ‘anil munkar, wa lillahi ‘aaqibatul umuur”, . munkar ialah segala larangan Allah dan Rasul, samaada dosa-dosa besar, dan kecil, sama ada berkaitan ibadat, dalam muamalat, akhlaq,
Menyuruh kpd ma’ruf dan mencegah munkar adalah dua tiang yang teguh demi kekekalan umat, kemuliaannya dan kesatuannya, agar pelbagai bentuk hawanafsu dan aliran tidak memecahkan nya dan merosakkannya.
Kerana itulah amr ma’ruf dan nahi munkar adalah termasuk kefardhuan2 agama dan kewajipan stp muslim dan muslimah mengikut kemampuan. Ia adalah syarat falah, kekuatan dan kesatuan. Tanpa amar ma’ruf dan nahi mukar, manusia akan berpuak2, berpecah belah, masing2 ego dengan kelopok dan pandangan sendiri. Dengan kedua2nyalah umat ini dimuliakan ke atas umat2 yng lain. Dengan meninggalkannya, umat manusia dilaknat, dan diazab dunia dan di Akhirat spt dilaknat orang2 kafir Bani Israil. Empat perkara ini dilakukan dengan penuh ukhuwwah dan mahabbah.
Ini adalah 5 sifat yang apabila ditahqiqkan, berserta ukhuwwah, mahabbah, kesatuan, ketegasan, azam, dan persediaaan latihan dan senjata, akan membuahkan kemenangan dari Allah, tanpa syak lagi, dengan izinNya,
وَعْدَ اللَّهِ لاَ يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ . يَعْلَمُونَ ظَاهِراً مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ } [الروم:6- 7].
Ini janji Allah, Allah tidak memungkiri janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mrk hanya tahu zahir kehidupan dunia sedangkan kehidupan Akhirat mrk sgt lalai.
Dengan (persediaan iman dan amal salih itu) dtg bantuan Allah yang tidak disangka2, kerana persiapan dan kelengkapan material tidak mempunyai sebarang nilai, apabila dibandingkan dengan kekuatan Allah yang menciptakan kebendaan dan mewujudkannya.
Antara syarat lain ialah melakukan kebaikan kepada orang2 salih, yang suka solat,ikhlas, salih, mustajab doa dan lemah. Sahih al-Bukhari, al-Jihad dan al-Sayr, 2696.
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ ، قَالَ : رَأَى سَعْدٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ لَهُ فَضْلًا عَلَى مَنْ دُونَهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلَّا بِضُعَفَائِكُمْ ” . هَلْ تُنْصَرُونَ إِلا بِضُعَفَائِكُمْ ، بِدَعَوَاتِهِمْ ، وَصَلَوَاتِهِمْ ، وَإِخْلاصِهِمْ ؟ ” .

Punca2 Bid’ah Yang Sesat

al-Imam Malik ibn Anas al-Asbahi (93-179H) ditanya, “Siapakah ahli bid’ah?”. Beliau berkata, “Ahli bid’ah ialah golongan yang suka memperdebatkan tentang Nama2 Allah, sifat2 Allah, kalamNya, ilmuNya dan qudratNya. Mereka tidak mendiamkannya sebagaiman para sahabat dan tabiin mendiamkannnya.” Lihat Abu ‘Uthman al-Sabuni, Aqidah yang Membawa Ke Syurga, ms 93.
Sesetengah Huffaz Hadith mentakrifkan bid’ah sebagai

البدعة ما خالفت الكتاب والسنة أو إجماع السلف من الاعتقادات والعبادات؛ كأقوال الخوارج والروافض والقدرية والجهمية وكالذين يتعبدون بالرقص والغناء في المساجد([2]) وكالذين يتعبدون بحلق اللحى وأكل الحشيشة وأنواع ذلك من البدع التي يتعبدها طوائف من المخالفين للكتاب والسنة
perkara yang menyalahi al-Quran, al-Sunnah, atau Ijma’ Salaf dalam kepercayaan dan ibadat, seperti keyakinan khawarij, rawafidh, qadariyyah, jahmiyyah dan seperti orang-orang yang beribadah dengan tarian, nyanyian di masjid-masjid, juga seperti orang-orang yang beribadah dengan mencukur janggut, makan ganja atau lalang, dan lain-lain yang menyalahi al-Kitab dan al-Sunnah.
al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali berkata, “Bid’ah ialah perkara baru yang tiada asalnya dalam syariah yang menunjukkan kepadanya, dapun yang mempunyai asal yang menunjukkan kepada maka ia bukan bid’ah dalam syarak walau ia bid’ah dari segi bahasa.” Ibn Rajab, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, ms 265.
al-Hafiz al-Suyuti berkata, “Bid’ah ialah perbuatan yang mencanggahi syariah, dengan melakukannya, boleh menambah atau mengurangkan amalan sedia ada dalam syariah.” al-Amr bi al-Ittiba’, ms 88.
Bid’ah diberikan perhatian besar oleh ulama Islam kerana ia merupakan satu bentuk syirik, menyamai sifat Tuhan dalam menciptakan agama, yakni seolah-olah agama Allah belum sempurna. nabi saw memperingtakan ttg bid’ah setiap minggu dalam khutbah Jumaat , menunjukkan besarnya bahaya bid’ah.

Tempat Asal Kemunculan Bid’ah.

Dimanakah asal bid’ah yang menyesatkan? Iraq. Di sanalah munculnya pelbagai aliran bid’ah dalam sejarah. Khawarij, rafidah, batiniyyah, jahmiyyah, mu’tazilah, Syiah, dan lain2 ajaran sesat berasal dari Iraq dan Iran.
al-Imam Ahmad, al-Bukhari, dan Tirmidhi dan lain2 meriwayatkan meriwayatkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ : ” اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا ، قَالَ : قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ، قَالَ : قَالَ : اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا ، قَالَ : قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ، قَالَ : قَالَ : هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ” .

dari Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah berdoa, “Ya Allah, berkatilah untuk kami Syam kami dan Yaman kami.” Mereka berkata “..wahai Rasulullah, dan juga Najd (Iraq) kami.” Nabi saw bersabda, “Di sana berlaku gempa bumi dan huruhara (peperangan). Dari sana munculnya tanduk syaitan.” Sahih al-Bukhari, al-Fitan, hadith 6592. Kebanyakan penduduk Najd Iraq tanduk syaitan mengalami kerosakan pemikiran.

Salim berkata, saya mendengar ayah saya (Abdullah ibn ‘Umar) ditanya ttg hokum darah naymuk lalu beliau berkata, “Wahai ahli Iraq, alangkah sukanya kamu bertanya tentang perkara remeh temeh, dalam masa yang sama lagi suka melakukan jenayah besar (seperti membunuh al-Husayn ibn ‘Ali di Karbala, Iraq) sebahagian kamu memenggal sebahagian yang lain.” Najd dalam hadith ini ialah Najd Iraq, bukan Najd Yamamah di Saudi. al-Khattabi (wafat 388H) berkata, “Najd ialah pedalaman Iraq dan sekitarnya.” Ini dipersetujui oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani dalam al-Fath, 13/47. Berita Ini termasuk mukjizat Nabi saw. Kini kesestan, peperangan dan pembunuhan dan huruhara berterusan di bumi Iran dan Iraq.

Sahl ibn Hunayf r.a. berkata sambil tangannya menunjuk ke arah Iraq, saya mendengar Nabi saw bersabda, “Dari sana (iraq), akan muncul kaum yang membaca al-Quran (kuat beribadah) tetapi bacaan mereka tidak melepasi tekak mereka. Mereka keluar dari Islam spt keluarnya anak panah dari busurnya.” Sahih al-Bukhari. Rasulullah saw juga bersabda, “Pangkal kekufuran dari timur (Iraq dan Iran).” al-Kushminahi berkata Itu menunjukkan betapa teruknya kekufuran majusi kerana kerajaan Parsi dan pengikut mereka dari kalangan arab di Timur Madinah. Mereka sangat keras, kasar dan angkuh. Parii Majusi amat dahsayt kekufuran dan kesesatan mereka. Di sana terdapat ramai ahli sihir, jin2 jahat dan dan penyakit2 berbahaya.
1527100_10202576246624253_445150619_n

1533834_788076321206313_736979820_n

TANDA2 AHLI BID’AH
Antara tanda ahli bid’ah ialah
1.kejahilan tentang maqasid al-shariah (objektif-objektif shariah),
2.berpecah belah, memisahkan diri dari jamaah muslimin,
3.suka berdebat dan bertengkar,
4.mengikuti hawanafsu,
4.menguatamakan aqal mengatasi ak-kitab dan al-sunnah,

PUNCA BID’AH
Antara unca-punca bid’ah ialah
1. Pertama, al-ahwa’ (emosi, tujuan dan keinginan jahat) seperti khawarij.
2. Kedua, al-‘aqliyyat menggunakaan akal dalam menentukan agama seperti jahmiyyah mu’tazilah, ahli kalam dan falsafah.
3. Ketiga, al-diyanat wa al-nihal al-qadimah iaitu agama-agama sesat dan ajaran-ajaran kuno seperti ajaran-ajaran kerahiban, rawafidh, batiniyyah dan ghulat sufiyyah.
4. Keempat, taqdis al-ashkhas iaitu pendewaan terhadap peribadi-peribadi tertentu dan para tokoh.
Ahli bid’ah mereka itu jahil tentang Kitab dan Sunnah, salah faham terhadap makna2 Kitab dan Sunnah kerana tidak mengikut tafsiran salaf serta tidak mengikuti manhaj ahl ilmu.
Allah SWT telah mengingatkan dalam firmannya, “Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokan ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka mereka membicarakan pembicaraan yang lain…” (Al-An’am: 68).

Ini dalil menunjukkan tidak halal duduk-duduk bersama ahli bid’ah kecuali memberikan nasihat dan peringatan. Ayat ini meliputi golongan musyrikin dan ahli al-ahwa’ muslimin. Ahli Sunnah wa al-Jama’ah sangat memelihara diri dari ahli bid’ah kerana ahli bid’ah itu sangat yakin mereka dalam kebenaran dan mereka tidak bertaubat dari bid’ah mereka. Mereka sangat licik memukau dan mempenagruhui orang ramai dengan ibadah, kefasihan dan penampilan mereka. Kerana itulah al-Imam Sufyan al-Thawri (97-126H) berkata bid’ah itu lebih dicintai oleh iblis dari maksiat.
Ahli Bid’ah wajib dijauhi. al-Imam Abu Qilabah al-Raqashi berkata,
“Jika kamu melihat seseorang duduk-duduk bersama ahli bid’ah, berikanlah peringatan keras dan jelaskanlah kepadanya tentang keperibadiannya. Apabila ia tetap duduk-duduk bersama ahli bid’ah setelah ia mengetahuinya, maka jauhilah ia kerana ia termasuk pengikut hawa nafsu (ahli bid’ah)“. (Sharh al-Sunnah, ms 144, al-Imam al-Barbahari)
HARAM Mempromosi Ahli Bid’ah
apabbila dudk bersama ahli bid’ah adaah haram kecuali utk memberi nasihat dan tazkirah, lebih2 lagi Haram mempromosikan ahli2 bid’ah dalam akhbar atau majalah, buku2 atau media elektronik.
Shaykhul Islam al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata:
من عظم صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام
“Sesiapa yang memuliakan seorang ahli BID’AH, maka dia telah MEMBANTU untuk MENGHANCURKAN Islam”
[Sharh al-Sunnah 2/321]
JENIS2 Ahli Bid’ah.
Umumnya terdapat 2jenis bid’ah iaitu bid’ah dalam aqidah dan bid’ah dalam amalan. Antara kelompok bid’ah dan sesat dalam aqidah ialah:-

1. al-Jahmiyyah Yang Bid’ah dan Sesat.
Jahmiyyah diasaskan oleh Jahm ibn Safwan yang dibunuh oleh Salim atau Salam bin Ahwaz pada tahun 121H. Mazhab mereka tentang sifat-sifat Allah adalah ta’thil (menolak dan ta’wil), menolak hampir semua sifat zatiyyah Allah (seperti Wajah Alah dan Tangan Allah) dan sifat fi’liyyah termasuk sifat istiwa’ dan nuzul. Mereka sering memperdebatkan perkara-perkara ini sehingga menimbulkan perpecahan. Jahm mengambil kesesatan menafikan sifat2 Allah (termasuk fahaman al-Quran makhluk bukan kalam Allah) dari Ja’d ibn Dirham, dari Aban ibn Sam’an, dari Talut anak buah Labid dari Labid al-Yahudi.
Ibn Abi Du’ad al-Mu’tazili mengambil dari Bishr al-Muraysi dari Jahm. (Lihat Tarikh Ibn ‘Asakir, terj Ja’d ibn Dirham).Asha’irah mengambil manhaj ta’wil bid’ah dari jahmiyyah. Dalam masalah takdir, mereka bermazhab Jabariyah. Dalam masalah iman mereka bermazhab Murji’ah (iman sekadar pengakuan dalam hati, manakala perkataan dan perbuatan tidak termasuk iman). Menurut mereka, pelaku dosa2 besar tetap sempurna imannya seperti iman para nabi dan malaikat. Mazhab mereka adalah Mu’attilah, Jabariyyah, dan sekaligus Murji’ah. Mereka terpecah menjadi banyak firqah. Kini, pemikiran jahmiyyah ini diwarisi dan diikuti oleh pelampau ahli ta’wil, ahbash dan syiah. Mereka mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka, menuduh kelompok lain sebagai nabitah (hina), mushabbihah (menyamakan Allah dengan makhluk), mujassimah (mengatakan Allah berjisim) dan zahiriyyah (berpegang dengan zahir ayatayat tentang sifat2 Allah). al-Imam ‘Abdullah ibn al-Mubarak dan Waki’ ibn al-Jarrah menganggap jahmiyyah terkeluar dari Islam, bukan satu kelopok dalam Islam.

2. Syiah (al-Rafidhah)

Mereka menamakan diri dengan sebutan Syi’ah kerana mereka menganggap diri mereka kononnya sebagai Syi’ah (pembela), penolong dan yang menuntut kekhalifahan ahlul bait yakni kepentingan politik semata-semata.
Mereka adalah kelompok yang melampau kepada Ahlul Bayt dan mengkafirkan atau mengfasiqkan para sahabat yang tidak termasuk ahlul bait. Firqah-firqah mereka banyak dan ada yang ekstrim, sehingga ketua atau tokohnya ‘Abdullah bin Saba’ al-Yahudi menyatakan bahawa Khalifah Ali bin Abi Talib R.A. adalah Tuhan. Ali R.A. memerintahkan untuk membakar ‘Abdullah bin Saba’, tetapi tidak berjaya kerana dia berjaya melarikan diri ke Mada’in.
Syiah rafidah juga menganggap imam mereka yang 12 sebagai maksum bahkan mempunyai sifat-sifat ketuhanan seperti memberi rezeki dan mentadbir alam bersama Allah.
Dinamakan Rafidhah juga kerana mereka rafadh (meninggalkan) Zayd bin ‘Ali bin Husayn bin Ali bin Abi Talib. Ketika itu mereka bertanya tentang Abu Bakr r.a. dan ‘Umar r.a. kepadanya. Zayd menjawab bahawa dia tarahhum (menghormati dan memuliakan keduanya). Mendengar jawapan Zayd, serentak mereka meninggalkan dan menjauhi Zayd.

Mazhab mereka tentang sifat Allah adalah berbeza-beza, ada di kalangan mereka musyabbihah, mu’attilah dan ada yang pertengahan. Kelompok paling ekstrem syiah ialah batiniyyah qaramitah nusayriyyah iaitu haqiqatnya mereka atheis. yang paling sederhan ialah syiah zaydiyyah di yaman. Rafidah mengatakan Allah bersifat al-bada’ iaitu Allah itu tidak tahu tentang sesuatu perkara melainkan setelah perkara itu berlaku.

3. al-Khawarij

Mereka adalah penderhaka, pemberontak dan penentang ‘Ali bin Abi Talib R.A. kerana masalah tahkim. Mazhab mereka membenci ‘Uthman R.A. dan ‘Ali R.A, memberontak kepada imam apabila imam itu menyalahi Sunnah. Mereka menyatakan bahawa pelaku dosa besar (spt penzina, peminum arak, pencuri) kafir dan kekal di dalam neraka. Antara penyakit mereka kejahilan, ujub dan mencela ahli ilmu dan beribadat tanpa ilmu serta ingin hukum Allah tanpa ilmu. Pelopor mrk ialah Zulkhuwaysirah Tamimi. Pelampau mereka sampai ke tahap kafir murtad, mereka membunuh orang2 Islam, membiarkan penyembah berhala sehingga Rasul saw memerintahkan agar membunuh mereka.
Golongan khawarij mengkafirkan ‘Ali, Mu’awiyah dan ramai sahabat. Mereka mengingkari ibadah menyapu atas khuff, hukuman rejam bagi penzina muhson, mengingkari banyak sunnah, mengkafirkan dan memerangi pemerintah yang zalim. Ramai dari mrk mengikuti pemikiran kalam mu’tazilah, percaya al-Quran makhluk, menafikan qadar, dan lain-lain.
4. al-Qadariyyah
Qadariyyah menyatakan bahawa perbuatan hamba bukan takdir, namun hamba memiliki kehendak dan kemampuan yang terlepas dari kehendak dan kemampuan Allah. Pelopornya ialah Ma’bad al-Juhani yang muncul pada masa akhir zaman sahabat. Mazhab ini diambil dari seorang Majusi dari Bashrah.
Mereka terbahagi kepada dua kelompok :
a. ekstrim : mengingkari ilmu Allah, kehendak dan kemampuan Allah atas perbuatan hamba. Mereka sudah pupus atau hampir pupus.
b. pertengahan : beriman bahawa Allah mengetahui perbuatan hamba tetapi mereka mengingkari bahawa perbuatan hamba terjadi dengan kehendak, kemampuan dan penciptaan Allah. Mereka ini masih wujud.

5. al-Murji’ah
Mereka ialah satu golongan menyeleweng yang meyakini bahawa amal tidak termasuk dalam iman. Iman semata-mata pengakuan hati. Kerana itu, orang yang fasiq tetap sempurna iman seperti mana iman para malaikat dan nabi, meskipun melakukan maksiat dan meninggalkan kewajipan-kewajipan agama. Seandainya seseorang dihukum kafir kerana meninggalkan sebahagian syari’at, ianya kerana hatinya tidak mengakuinya, bukan semata-mata kerana meninggalkan amal tersebut. Pada hakikatnya, ini adalah mazhab Jahmiyyah yang bertentangan dengan mazhab Khawarij. Murjiah mengangaap enteng perbuatan menghalalkan yg haram, mengharamakan yg halal serta sangat memandang remeh kepada dosa-dosa besar.
6. al-Mu’tazilah
Mereka adalah pengikut Waasil bin ‘Atha’ yang memisahkan diri dari majlis al-Hasan al Basri. Menurutnya bahawa orang fasiq berada pada manzilah baina manzilatin (di antara dua kedudukan), tidak beriman dan juga tidak kafir namun kekal dlm neraka. Ini falsafah yg sesat. Kemudian diikuti oleh ‘Amr bin Ubayd seorang laim dan ahli ibadah yang mengingkari taqdir. Mazhab mereka dalam sifat Allah sama seperti Jahmiyyah, iaitu ta’thil. Dalam masalah takdir, mereka bermazhab Qadariyyah, yang mengingkari adanya campur tangan kekuasaan dan takdir Allah terhadap perbuatan hamba. Menurut mazhab mereka, pelaku dosa besar kekal dlm neraka, keluar dari Islam, namun berada di antara dua kedudukan, kedudukan iman dan kafir. Dalam hal ini, mazhab mereka bertentangan dengan Jahmiyyah.
7. Al-Karramiyah
Mereka adalah pengikut Muhammad bin Karram (125H), mazhab mereka adalah seperti aliran Mushabbihah dan Murji’ah.
8. As-Saalimah atau al-Asha’irah
Mereka adalah pengikut Ibnu Salim yang bermazhab Musyabbihah. Mereka sejenis dengan kelompok Asha’irah yang mengikut pimpinan Abu al-Hasan Ali bin Ismail al-Ash’ari. Pada awalnya al-Ash’ari seorang mu’tazili (seorang yang bermazhab mu’tazilah) sehingga berumur 40 tahun. Kemudian bertaubat dan menjelaskan kebatilan Mu’tazilah lalu berpegang teguh dengan mazhab Ahl al-Sunnah.
Lihat Sharh Lum’at al-I’tiqad ila Sabil al-Rashad oleh al-Imam Ibn Qudamah al-Madqisi.
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ialah golongan paling benar dan dijanjikan syurga oleh Nabi saw. Mereka adalah golongan yang benar-benar mengikuti al-Quran dan al-Sunnah secara zahir dan batin, dalam aqidah, ibadah dan ahlak, meyakini semua sifat Allah tanpa tahrif, tashbih dan tajsim, memuliakan semua sahabat Nabi dan mencontohi mereka, Nabi saw menyebut mereka sebagai “ma ana ‘alayh wa ashabi” iaitu golongan yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku. Mereka juga dinamakan sebagai Ahl al-Hadith, Firqah Najiyah (golongan yang terselamat), Ta’ifah Mansurah (golongan yang sentiada tegar menegakkan sunnah), al-Jama’ah atau Jama’ah al-Muslimin. Mereka itu khusyu’, sangat ikhlas sujud dan ruuku kepada Allah mencari redhaNya, Orang yang mengikuti mereka disebut salafi sebagai membezakan antara ahl al-sunnah dengan ahli bid’ah. Setiap sunni salafi berpegang teguh dengan al-Kitab dan al-Sunnah serta memahaminya kedua-dua-duanya dengan kefahaman salaf. Kita berharap agar sentiasa mengikuti Ahl al-Sunnah dalam segenap aspek kehidupan dan berdoa agar dimatikan di atas aqidah sunnah, selamat dari semua bid’ah.
Penulis ialah Ust Abid b Muhammad Noor
Master Shariah
Pendakwah Bebas.
Eksekutif Hal Ehwal Islam,
Karangkraf.

BID’AH DALAM AMALAN.

Selain bid’ah dalam aqidah, bid’ah juga berlaku dalam amalan. Sesiapa yang mencipta bid’ah (ibadah baru) maka ia telah mendakwa Nabi saw mengkhianati Islam dan menuduh Islam belum sempurna.
al-Imam Malik ibn Anas (179H) berkata,
مَنِ ابْتَدَعَ فِي الْإِسْلَامِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً فَقَدْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَانَ الرِّسَالَةَ، لِأَنَّ اللهَ يَقُوْلُ: (الْيَومَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ) فَمَا لَمْ يَكُنْ يَوْمِئِذٍ دِيْنًا فَلَا يَكُوْنُ الْيَوْمَ دِيْنًا.
Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka ia tidak juga menjadi agama pada hari ini. Al-Shatibi, al-I’tisam, ms 35.

Bid’ah dalam amalan terbahagai kepada bid’ah haqiqiyyah (tulen) dan bid’ah idafiyyah (tambahan). Bid’ah-bid’ah ini ada yang sampai ke tahap syirik dan kufur, dosa besar dan dosa kecil.

1) Bid’ah Haqiqiyyah ialah mencipta ibadat yang langsung tiada asalnya dalam al-Quran dan al-Hadith antaranya ialah:
• menyiksa diri beribadat dengan berdiri solat, berpuasa di tengah panas, tidak bercakap-cakap, memukul-mukul badan dengan tangan atau alat tajam
• Mengadakan pesta peringatan kematian, misalnya tiga hari, empat puluh hari, seratus hari, satu hawl (setahun), seribu hari dan seterusnya, yang semua itu tidak ada dalilnya, bahkan bertentangan dengan dalil, meniru adat dan agama musyrikin (hindu).
• Mengadakan kenduri arwah ketika hari kematian dan ketika menanam batu nesan,
• Berdoa meminta hajat dari penghuni kubur.
• Memotong buah zakar untuk mematikan syahwat dan untuk menumpukan hidup dengan ibadat.
• Beramal dengan hadith palsu dan terlampau daif serta mengiktiqadkannya sebagai sunnah
• Menciptakan perayaan-perayaan yang tidak disyariatkan
• Menyembelih di kubur, bernazar di kubur, pesta makan di kubur, meninggikan kubur, bertawaf sekeliling kubur dan lain-lain.

2) Bid’ah Idafiyyah iaitu ibadat yang asalnya terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith tetapi dilakukan dengan cara yang tidak menepati kayfiyyat, waktu dan tempat yang disunnahkan. Antaranya ialah
• membaca selawat rekaan dan madih selepas azan dengan memekik di masjid dan surau,
• berdoa sambil memekik selepas solat,
• solat duha berjemaah,
• bid’ah mengkhususkan bacaan, puasa rekaan dan solat tertentu seperti solat ragha’ib dalam bulan rajab dan nisfu sha’ban,
• mengkhususkan ibadat pada malam jumaat,
• berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu,
• tahlil berjamaah,
• majlis taubat beramai-ramai dalam gelap,
• berzikir disertai rebana atau muzik dengan memekik-mekik.

Bid’ah menambahkan atau mengurangkan ibadat seperti menambah solat maghrib menjadi 4 rakaat, isya’ 5 rakaat, atau zuhur menjadi 3 rakaat.
Bid’ah mencipta ibadat-ibadat tertentu yang dianggap sebagai sunnah yang disyariatkan, berpahala dan mendekatkan diri kepada Allah, beribadat dengan ibadat-ibadat tertentu pada waktu tertentu, sedangkan amalan itu tidak disyariatkan dan tidak wujud dalam hadith-hadith sahih seperti

• mengadakan kenduri arwah,
• talqin di kubur,
• mandi safar,
• mencipta doa-doa, zikir dan selawat yang menyalahi tauhid dan sunnah,
• zikir sambil menari,
• beribadah dan tawaf di kubur, dan segala upacara khurafat.

Terdapat juga bid’ah dalam halal haram seperti menghalalkan arak, zina, judi, pelacuran, pendedahan aurat, mengharamkan nikah, mewajibkan sistem pendidikan dan perundangan sekuler. Semua bid’ah ini adalah kesesatan.

Akibat bid’ah DAN KESUDAHAN AHLI BID’AH
DI DUNIA
1. Pertama, ibadah ahli bid’ah tidak diterima Allah Ta’ala kerana ibadatnya adalah ibadat baru, menyalahi sunnah. Dimaklumi bahawa syarat penerimaan ibadah ialah ikhlas, iman yang sahih, menepati sunnah, dilakukan cinta, khawf dan raja’. Nabi SAW BERSABDA, “Allah enggan menerima ibadah ahli sehinggalah ia meninggalkan bid’ahnya.” Dinilai sahih oleh al-Suyuti dan lain-lain.
2. Ahli bid’ah sentiasa jauh dari Allah. Semakin rajin ia beribadah, ia semakin jauh dariNya.
3. Setiap bid’ah adalah kesesatan, menyalahi ahl al-sunnah wa al-jama’ah.
bahkan ahli bid’ah menyesatkan orang ramai dengan ibadah, populariti dan penampilan waraknya yang mempesonakan.
4. antara sikap ahli bid’ah ialah suka melabel ahl al-sunnah dengan pelbagai gelaran buruk di mata masyarakat spt mushabbih, mujassim, kafir, wahhabi, zahiri, nasibi, sampah dan lain-lain, semata2 krn ahl al-sunnah itu mengikuti al-Quran dan al-Hadith spt yang disebutkan oleh al-Imam Abu Hatim al-Razi. Akibatnya berlaku caci mencaci, label melabel, kebencian dan perpecahan serta mungkin hurur-hara. Mereka merosakkan agama yang telah sempurna.
Adapun ahl sunnah wa al-jamah mereka menajuhi debat dan pengtengkaran yang sia2. Al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni dalam kitab Aqidah Salaf Ahl- Sunnah wa al-Jama’ah berkata, Mereka (iaitu Ashab al-Hadith AHl al-Sunnah wa al-Jama’ah) itu saling mencintai kerana agama dan saling membenci kerana agama (kerana Allah bukan kerana dunia. Ini tanda kesahihan aqidah dan merupakan seteguh-teguh ikatan iman). Mereka juga menghindari perdebatan dalam agama Allah (Zat Allah dan Sifat-sifatNya) dan perbalahan tentangNya, mereka menghindari ahli bid’ah dan kesesatan, memusuhi ashabul ahwa’ dan orang-orang jahil yang berkata tanpa ilmu (ruwaybidhah).Mereka mengikuti jejak salaf salihin (Nabi, para sahabatnya dan tabi’in) dari kalangan imam-imam dan ulama’ muslimin para ulama salafus salih. Berpegang teguh dengan agama yang kukuh dan kebenaran yang jelas (al-Qur’an dan al-Hadith). al-Sabuni, ‘Aqidah al-Salaf (terj Abid Muhammad Noor), ms 47.
DI ALAM BARZAKH
Kubur ahli bid’ah dipenuhi api dan azab. al-Imam Ahmad ibn Hanbal berkata, “ahli bid’ah walau seorang ahli ibadah maka kubur satu lubang dari lubang api neraka Jahannam. Ahli sunnah walaupun fasiq, kuburnya satu taman dari taman-taman syurga.”

DI AKHIRAT
ahli bidah tidak mendapat syafaat Nabi saw, dan dihalau dari minum dari telaga Baginda.
Lalu Nabi saw bersabda,
“(Wahai Rabbku), mereka betul-betul pengikutku. Lalu Allah berfirman, ‘Sebenarnya engkau tidak mengetahui bahawa mereka telah mengganti ajaranmu setelahmu.” Kemudian aku (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam) mengatakan, “Celaka, celaka bagi orang yang telah mengubah ganti ajaranku sesudahku.” (HR al-Bukhari no. 7051).
Ini kemurkaan Nabi dan doa laknat untuk orang-orang yang mengubah ganti ajaran baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam serta berbuat bid’ah.
Nabi saw bersabda, “Setiap bid’ah (yang haqiqi) adalah kesesatan dan setiap kesesatan di dalam api Neraka.”

Bahaya Syiah Nusayriyyah Qaramitah

SYIAH NUSAYRIYYAH SYRIA
Tidak dapat dibayangkan betapa ramai yang disiksa, dipenjara, dirogol dan dibunuh oleh keluarga Asad di Syria sejak tahun 80 hingga kini! Bandar Hamah yang terkenal sebagai Bandar Ulama dibom oleh rejim Hafez al-Asad pada tahun 1982! Tahun 2011-2012 seramai 35000 ahl sunnah dibunuh, mereka dipaksa mengakui asad sebagi tuhan, bahkan ramai yang ditanam hidup-hidup. Apakah anutan dan ideologi mereka sebenarnya? Mereka menganut fahaman syiah batiniyyah, etheisme, sekuler serta aqidah al-ba’th al-‘arabi (arab sebagai agama) iaitu sekuler tahap pelampau.
Tidak dapat dibayangkan betapa jauhnya kesesatan pemuja-pemuja syiah dan para pengkahum mereka (termasuk ahbash dan matshabu)!
Orang-orang bodoh menyalahkan CIA, Mossad, USA, Rusia dan China. Yang benar sekiranya negara-negara kafir itu tidak wujud sekalipun, nusayriyyah tetap mengganas liar!!
Sekiranya bashar asad tidak membunuh, tetap haram menyokong asad kerana mereka itu syiah nusayriyyah qaramitah batiniyyah majusi yang lebih kafir dan lebih jahat dari yahudi dan nasrani. apalagi dengan perogolan2, pengeboman2/kezaliman-kezaliman/pembunuhan-pembunuhan yang tidak henti2. (tindakan Matsabbu yang menyokong asad tidak boleh dimaafkan samasekali)!!
Di Syria, mereka beraya dengan memijak-mijak al-Quran, mengatakan Asad sebagai Tuhan, memaksa orang ramai mengucapkan syahadah bahawa Asad adalah Tuhan.! (Tiada tuhan melainkan bashar!)
Lihatlah kepada sejarah, Khalifah Nazzam al-Malik dibunuh oleh nusayriyyah, al-Imam al-Ghazali juga cuba dibunuh oleh qaramitah nusayriyyah batiniyyah!
PENYEMBELIHAN KANAK-KANAK.
Mengapa mereka menyembelih kanak-kanak sunnah?
Kerana mereka menganggap itu sebagai balasan terhadap pembunuhan sunnah ke atas Husayn r.a. sedangkan syiah saba’iyyah itulah sebenarnya yang membunuh Husayn r.a. Mereka mencincang ahl sunnah, memotong anggota2 badan mereka hidup2, menanam lelaki dan perempuan sunnah hidup-hidup! Mereka bukan Islam!!
Fatwa Ulama’ Tentang Syiah Nusayriyyah
“هؤلاء القوم المسمون بالنصيرية هم وسائر أصناف القرامطة الباطنية أكفر من اليهود والنصارى ; بل وأكفر من كثير من المشركين وضررهم على أمة محمد صلى الله عليه وسلم أعظم من ضرر الكفار المحاربين مثل كفار التتار والفرنج وغيرهم . ”
“ولهم في معاداة الإسلام وأهله وقائع مشهورة وكتب مصنفة فإذا كانت لهم مكنة سفكوا دماء المسلمين .”
شيخ الإسلام ابن تيميه -رحمه الله-
“Mereka itu yang bernama nusayriyyah dan lain-lain kelompok qaramitah batiniyyah lebih kafir dari yahudi dan nasrani, bahkan lbh kafir dari kebanyakan musyrikin, bahaya mudarat mereka terhadap umat Muhammad saw lebih besar dari mudarat kuffar yang memerangi Islam seperti kuffar Tatar, Perancis dan lain-lain.
Permusuhan mereka dalam menentang Islam dan umatnya telah banyak berlaku lagi masyhur dan banyak buku yang dikarang tentang kejahatan mereka. Apabila ada saja peluang mereka menumpahkan darah muslimin.” Fatwa al-Imam al-Harrani.
Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai ‘alawiyyin untuk mengaburi mata umat Islam, disokong oleh pengganas Peranchis. Muncul pada kurun 3 Hijrah, golongan pelampau, pengganas, ber’itiqad “Ali r.a. sebagai tuhan,

Ambilan agama Nusayriyyah Qaramitah.
Mencipta dan mencedok agama mereka dari Ibn Saba’ al-yahudi, agama kristian, majusi, hindu, budha, plato dan agama-agama musyrikin.
Pengasas nusayriyyah ialah : Abu Shu’ayb Muhammad ibn Nusayr al-Basri al-Numayri wafat 270H. Mengakui nabi dan rasul, mengangkat imam2 ahl bayt ke taraf tuhan, bahkan dalam masa yang sama mereka mencintai ‘Abd Rahman Muljam pembunuh ‘Ali r.a.! Ini satu kegilaan dan percanggahan fikiran yang sangat teruk.
Mereka meyakini Guruh itu ialah suara ‘Ali, dan kilat ialah tongkat ‘Ali!
Di sisi mereka, tiada solat Jumaat dan solat jamaah, tiada zakat dan haji, tiada puasa (puasa menurut mereka ialah menjauhi jima’ isteri pada waktu malam), mengganggap arak halal, ada malam upacara campur-baur lelaki perempuan seperti puak batiniyyah lain, dan tiada taharah.
Telah bersepakat ulama’ muslimin ASWJ bahawa haram berkahwin dengan mereka, memakan sembelihan mereka, mayat mereka tidak disolatkan, dan mereka tidak diambil sebagai tentera Islam. Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah menganggap mereka sebagai kuffar.
Kini, kuffar nusayriyyah telah membunuh 230,000 muslimin di Syria, dan mengebom semua masjid negara itu.
Bahkan menteri-menteri Asad terang-terang mengatakan “kami menyembah Asad sebelum menyembah Allah.!!”
Siapakah mereka ini sebenarnya??!

KESESATAN KHUMAYNI dan kesyirikan Imamiyyah.
Imam ahli bid’ah dan taghut : al-khumayni (1902-1989) menjadi Presiden Iran selam 10 tahun iaitu dari tahun 1979 hingga tahun 1989. Datuk berasal dari India, lalu berpindah ke Najaf Iraq dan akhirnya ke Khomein, Iran. Mati 3 Jun 1989 dikambus di bandar Tehran. Khomeini sangat diagungkan oleh para pengikutnya sehingga dimasukkan namanya dalam azan “Allahu akbar, Allahu akbar, Khoemini rahbar (pemimpin), ashhadu anna Muhammadan Rasulullah…”. Di Iran, Sesiapa saja yang mencela Khomeini dikenakan hukuman berat.

Khomeini Tiada Beza Dengan Syi’ah Zaman Lampau.
Ketika Khomeini menududuki kuasa pemerintahan Iran, ramai ahl al-sunnah terpukau dnegannya, sehingga mereka menganggap Khomeini seolah seorang mujtahid dan mujaddid Islam yang unggul. Akhiranya, mereka kecewa dan menyesal besar kerana jelas terbukti bhw Khomeini menzahirkan aqidah sesat rawafidh antaranya mengkafirkan sahabat Nabi saw. Selain itu, Khomeini didapati bersekongkol dengan rejim2 arab ketika itu untuk menanagkap dan membunuh tokoh-tokoh gerakaan islam ahl al-sunnah khasnya al-Ikhwan al-Muslimiun. Konspirasi ini dijelaskan oleh Shaykh Sa’id Hawwa dalam bukunya “Aliran Khomeini, Sesat Aqidah dan Menyeleweng Dari Prinsip-prinsip Islam, Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadawi, dan Dr. ‘Abdullah ‘Azzam dalam ucapan-ucapannya. Prof al-Qaradawi yg sejak sekian lama mengusahakan Program Sunnah-Syiah juga akhirnya menyesal kerana syiah tetap tegar dengan pemikiran yahudiyyah saba’iyyah.

Khomeini menzahirkan kalimah2 kufur dan sesat secara terang-terangan. Antara kata-kata Ayat al-Shaytan Khomeini al-kazzab ini terhadap Ahli Sunnah :
Antara kesesatannya ialah
MENSYIRIKKAN ALLAH
1. Khomeini al-Fasiq berkata, “Mestilah diyakini bahawa imam-imam kita mempunyai maqam-maqam tertinggi yang tidak dicapai oleh mana-mana malaikat yang dekat dengan Allah dan tidak dapat oleh mana-mana Nabi yang diutuskan.” Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyyah, ms 52.
2. “Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah menentang Ahli al-Sunnah…Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan.” [Lihat al-Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, ms 83.
3. “Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknati Allah) tanpa ragu-ragu adalah najis.” Lihat : al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jld 1, ms 118.
4. Imam-imam mentadbir alam menggantikan Allah, memberi rezeki dan menyembuh penyakit-penyakit! Kashf al-Asrar, ms 92. Ahmadinejad berkata, “Kalau bukan imam-imam (syiah) yang mentadbir alam, maka siapa lagi??”
MENGKAFIRKAN DAN MENYESATKAN SAHABAT
5. Dua shaykh (Abu Bakr dan ‘Umar r.a.anhuma) menentang al-Quran, menentang serta menzalimi Fatimah dan keturunannya, menghalalkan dan mengharamkan dalam agama sesuka hati, kami tunjukkan kejahilan kedua-duanya terhadap hukum-hukum Tuhan dan agama! Kashf, ms 126. Dalam kitab-kitab syiah, Abu BAkr al-Siddiq dan ‘Umar al-Khattab yang mulia itu digelar sebagai “Dua berhala Quraisy.”
MENGHINA NABI MUHAMMAD DAN PARA NABI
6. Nabi-nabi hatta Nabi Muhammad saw tidak berjaya membaiki alam, sehinggalah muncul imam mahdi yang ditunggu-tunggu, dialah yang akan membaiki alam. Kata-kata ini jelas kufur dan satu penghinaan terhadap Allah dan semua nabi. Dalam Kashf al-Asrar, Khomeini menulis, Kalaulah nabi seoang yg jujur dalam menyamapaikan risalah, pasti tidak berlaku perselisihan, perpecahan dan peperangan dalam umat ini, pasti tidak berlaku khilaf dalam usul dan furu’. ms 155. Alangkah besarnya penghinaan Khomeini terhadap aLLAH, agama, nabi dan islam sehingga boleh mengeluarkannya dari Islam.
MENGHALALKAN DARAH AHL AL-SUNNAH
7. Ahl Sunnah menyokong ‘Umar dalam kesalahan-kesalahannya, mengutamakan pendapat-pendapat ‘Umar mengatasi ayat-ayat al-Quran.
8. Khomeini menuduh ‘Umar r.a. sebagai kafir dan melakukan perbuatan-perbuatan kufur. Ini benar-benar menyalahi aqidah Islam. al-Imam Abu Zur’ah al-Razi telah menyatakan bahawa pencela sahabat adalah zindiq (munafiq). Di sisinya, sahabat yang bersih dan benar-benar beragama hanya lah ‘Ali ibn Abi Talib, Salman, Abu Zarr, ‘Ammar, Miqdad, al-Hasan, al-Husayn, al-‘Abbas dan Ibn ‘Abbas. Manakala Sahabat lain semuanya telah salah kerana melantik Abu Bakr al-Siddiq sebagai khalifah, sedangkan al-Quran telah memuji sahabat baginda semuanya tanpa kecuali, telah diampunkan dosa-dosa mereka, dikurniakan keredhaaan Allah dan dijamin syurga. Abu Bakr dituduh jahil agama kerana kononnya memotong tangan kiri seorang pencuri dalam satu kes, membakar pencuri lain dan menyokong Khalid ibn al-Walid membunuh Malik Nuwayrah. Yang lebih menzahirkan kebodohan dan kejahatan Khomeini ialah menuduh ‘Umar merejam perempuan hamil dan perempuan gila, jahil hukum mahar, mengharamkan haja tamattu’, nikah mut’ah, dan membakar pintu rumah Nabi saw. ms 128. Begitu mudah puak sesat mencipta fitnah, menipu dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang merupakan wali-wali terbesar di muka bumi ini. al-Imam al-Shafi’ei berkata, “Tidak saya temui golongan yang paling kuat berdusta seperti rafidhah (syiah).”
9. Khomeini menuduh Nabi membuat al-Quran dan menyembunyikan Surah al-Imamah dalam al-Quran. Ini tidak syak lagi satu kekufuran kepada Allah, Rasul dan al-Quran!
10. Dia juga berkata, “Zahir nass haram mengumpat mu’min, tetapi harus mengumpat mukhalif (penentang yakni sunni) kecuali apabila perlu taqiyyah,…” al-Makasib al-Muharramah, 1/249.
11. Mengutuk dan menggelar ahl al-sunnah sebagai pengembala unta yang hina lagi mundur, binatang-binatang buas, penghuni gurun sahara yang bodoh, golongan yang bertaqlid kepada Ibn Taymiyah dan sejahat-sejahat manusia.
FATWA2 YANG MENYESATKAN
Antara Fatwa Fiqh Khomeini yang gila dan sesat:
i. harus mut’ah dengan penzina walau makruh, Tahrir al-Wasilah, 2/265. Masyhur dari kalangan syiah keharusan bermut’ah dengan isteri orang lain. Ini satu kekufuran yang jelas.
ii. Pendapat Yang kuat, sunni adalah sama seperti kafir harbi, bahkan harus mengambil harta mereka dimana sahaja, dengan apa cara sekalipun, dan wajib khumus (1/5 untuk imam). Tahrir, 1/318.
iii. tidak salah mut’ah dengan kanak-kanak atau bayi dengan memeluk, mencium dan berlaga-laga peha. Ibid, 2/241.
iv. wajib membayar khumus iaitu 1/5 dari gaji pendapatan kepada imam-imam. Tidak hairanlah mereka itu kini kaya-raya dan senang-lenang tanpa diketahui apa pekerjaan mereka yang rasmi! Dalam Islam khumus ialah untuk Allah, RAsul, kerbata baginda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Itu pun tidak diambil oleh Nabi saw untuk dirinya walau halal. Baginda menghadiahkan bahagian baginda kepada anak-anak yatim dan faqir miskin.

Bolehkah kagum dan memuji ahli bid’ah mukaffirah? mengambil sebagai imam dan idola?
Ulama ASWJ ijma’ bahawa haram memuji ahli bid’ah, duduk bersama, bercakap-cakap bersama ahli bid’ah tanpa sebarang maslahah, apalagi mengambil mereka sebagai idola dan imam!! Menurut al-Imam ‘Abd al-Rahman ibn ‘Amr al-Awza’ei (w177H), ahli bid’ah itu sekiranya tersembunyi bid’ah mereka, dapat dilihat siapakah sahabat-sahabat rapat dan idola mereka!
Ibn Sirin dan al-Imam Abu Qilabah al-Raqashi berkata,
“Jika kamu melihat seseorang duduk-duduk bersama ahli bid’ah, berikanlah peringatan keras dan jelaskanlah kepadanya tentang keperibadiannya. Apabila ia tetap duduk-duduk bersama ahli bid’ah setelah ia mengetahuinya, maka jauhilah ia kerana ia termasuk pengikut hawa nafsu (ahli bid’ah)“. (al-Barbahari, Sharh al-Sunnah, ms 144)
Khomeini sebenarnya bukan bapa revolusi Islam Iran.
Sudah sampai masanya golongan ahl al-sunnah yang terpukau dengan khomeini sedar, insaf dan bertaubat dari kejahilan dan kesesatan mereka serta mensahihkan kembali aqidah mereka dari semua khurafat yang membinasakan.

Siapakah yang Diangkat Menjadi Pemimpin Umat

SOALAN
Siapa yang mesti dipilih menjadi imam atau pemimpin Islam?
JAWAPAN: Yang dipilih sebagai pemimpin ialah
1. yang paling faham kitabullah, faqih, yang paling hafiz akan kitab Allah, yang paling alim tentang sunnah serta beriman lagi beramal. Hadith Sahih, Musnad Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah, al-Tirmidhi, al-Nasaei, Ibn Khuzaymah. Nabi saw melantik lelaki muda yang menghafaz surah al-Baqarah dan paling banyak banyak menghafaz al-Quran sebagai amir (gabenor) kaumnya.
al-Hafiz Abu ‘Abdillah al-Hakim meriwayatkan dengan sanad sahih (1554)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْثًا وَهُمْ نَفَرٌ ، فَقَالَ : ” مَاذَا مَعَكُمْ مِنَ الْقُرْآنِ ؟ ” فَاسْتَقْرَأَهُمْ كَذَلِكَ حَتَّى مَرَّ عَلَى رَجُلٍ مِنْهُمْ هُوَ مِنْ أَحْدَثِهِمْ سِنًّا ، فَقَالَ : ” مَاذَا مَعَكَ يَا فُلانُ ؟ ” , قَالَ : مَعِي كَذَا وَكَذَا ، وَسُورَةُ الْبَقَرَةِ ، قَالَ : ” اذْهَبْ فَأَنْتَ أَمِيرُهُمْ ” . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ .
dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw mengutus satu kaum dalam peperangan lalu berkata, “Apa al-Quran yang ada bersama kalian?” Lalu baginda saw meminta mereka membaca al-Quran sehingga sampai kpd seorang lelaki yang paling muda dari kalangan mereka dan bersabda, “Apa surah yang ada bersama kamu wahai fulan?’ Lelaki muda menjawab, “Besama saya surah sekian, sekian dan surah al-Baqarah. Nabi saw bersabda, “Pergilah, kamulah sebagai ketua mereka.”

HR al-Firyabi dalam Fada’il al-Qur’an, dan Ibn Khuzaymah dalam Sahihnya.

2. yang memiliki sifat2 kepimpinan, ilmu dan kekuatan badan (al-Baqarah: 247), kuat dan amanah serta pandai mengurus. Sebaiknya boleh menulis dan mengira.
قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ(247)
“…Allah menambahkan dia dengan kekuatan dalam ilmu dan tubuh badan…” al-Baqarah ayat 247.
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ [القصص 26]
“…sesungguhnya sebaik2 orang yang kamu upah ialah yang kuat dan amanah.” al-Qasas ayat 26.
Dalam SUrah Yusuf ayat 55 Allah berfirman ttg Yusuf a.s.;
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
Dia (Yusuf) berkata; Jadikanlah saya penjaga harta2 negara, sesungguhnya saya sgt amanah menjaga harta dan berilmu ttg pengurusan harta. Yusuf ayat 55.
3. yang istiqamah menegakkan solat fardhu (Jumaat dan jamaah), yang memberikan zakat dengan rela hati, yg tunduk kpd syariat Allah, yg ada solat sunat siang dan malam. (Surah al-Ma’idah ayat 55)
Memilih org fasiq atau munafiq (juga syiah) sbg pemimpin adalah kufur dan riddah!!
Lihat Tafsir al-Baghawi, dan Jundullah.
Mana2 pemimpin yang dilantik sedngkan ia tidak layak, wajib ia melayakkan dirinya dengan berusaha memenuhi semua syarat yang disebut oleh syariah. Sekiranya tidak, maka wajib ia meletakkan jawatan.

Tahfiz Rabbani Cuti Sekolah 2012.

TAHFIZ AL-QURAN AL-RABBANI CUTI SEKOLAH 2012
al-RABBANI Publisher, TRAINING and CONSULTANCY
(IP0348689-U),
dengan kerjasama Masjid al-Siddiq.
Tempat : Masjid al-Siddiq, Bdr Seri Iskandar, Perak.
Pendaftaran: Jumaat 14 Dis 2012; Sabtu 15 Dis, Ahad 16 Dis 8.30 pagi.
Pendaftaran (online sahaja):
BIMB 0808602000552, atau BSN 0510029874390821 atas nama Abdullah B Mohd Noor, atau atas nama Pn Adilah Wahab Zahari BIMB 08086020004747.
Tel: 012-5123014; 012-5113014.

Hari : Ahad hingga Khamis
Waktu : 9.00pagi-12.00 tghari

Umur : 9-15 thn
al-Qari’ al-Muqri’ (Pengajar): Ust Abid (Master of Shari’ah)
Yuran : RM150 shj (percuma utk anak yatim). Minum pagi disediakan dan makan tengahari tidak disediakan.
Tempoh : minggu
Mula : Ahad, 16 Dis 2012 sehingga 27 Dis 2012.
Surah: al-Naba’ dan Juz ‘Amma (al-Mulk dan al-Sajdah bg yg telah menghafaz juz ‘amma)
Selain Tahfiz, disertakan asas pelajaran Ilmu Hadith (buku Minhaj al-Huffaz dgn harga RM40) dan Asas Bahasa Arab al-Quran.
Pengangkutan: Sendiri

Pendaftaran (online shj):
BIMB 0808602000552, atau BSN 0510029874390821 atas nama En Abdullah B Mohd Noor, atau atas nama Pn Adilah Wahab Zahari BIMB 08086020004747.
Tel: 012-5123014; 012-5113014
FB Abid Faqeer.

PERINGATAN DAN SYARAT.
1.Peserta mestilah menghormati guru (al-muqri’)
2.Peserta mesti memelihara solat
3.Peserta yang ingkar arahan dan melanggar akan diberhentikan dari mengikuti tahfiz
4.Peserta dan ibubapa mestilah sangat berminat
5.Peserta mesti lancar membaca al-Quran dan mempunyai daya hafalan yang baik
6.Tidak boleh ponteng lebih 3 kali kecuali uzur dan sangat mustahak
7.Berpakaian putih, berkopiah, berbaju kurung dan bertudung
8.Sentiasa menjaga nama baik guru ketika dan selepas program
9.ketidakhadiran mestilah dimaklumkan
CEPAT!! JANGAN BUANG MASA!!
sila lihat arabiyy.wordpress.com
Tahfiz al-Quran: Kewajipan dan Amanah.
Menjadi kewajipan setiap ibubapa mentahfizkan sendiri anak2 mereka. Semoga diberikan untuk menunaikan amanah Allah.
‘Umar al-Khattab r.a. berkata, “Antara kewajipan seorang bapa terhadap anak-anak ialah mencarikan ibu yang salihah, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al-Quran.”
Pesanan ‘Ali ibn Abi Talib r.a., “Ajarlah anak-anak kamu mencintai Nabi saw, keluarga baginda dan membaca al-Quran.”
al-Ghazali berkata, “antara kewajipan terawal ibubapa terhadap anak-anak ialah mengajar tawhid, hadith2 dan cerita salihin dan menghafaz al-Quran.” , memenuhkan masa anak-anak dengan al-Quran, menjauhkan mereka dari rakan-rakan yang jahat dan perkara2 maksiat.” al-Ihya’.

Post Navigation