Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Aqidah Islam vs falsafah sesat

1. Aqidah yang benar ialah mengakui dan mengimani bahawa Allah SWT Yang Maha pemurah istiwa’ di atas Arasy sebagaimana yang layak dengan kebesarannNya dan keagunganNya tanpa menyamai istiwa’ makhluk. Yang berada di setiap tempat ialah ilmuNya, kuasaNya, penglihatan dan pendengaranNya. Dia Maha Tinggi di atas langit yang ke tujuh. Adapun Dia Allah SWT, maha tinggi dengan ZatNya dan SifatNya. Inilah aqidah Nabi saw, sahabat, tabiin, para imam mujtahid dan ahli hadith, inilah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
2. Falsafah sesat menyatakan “WujuduHU bila makaan” (Allah wujud tanpa bertempat). Maka ini adalah aristotle yang batil, sesat lagi menyesatkan lalu dicedok oleh ahli kalam dalam kalangan muslimin yang lemah dan keliru. Akibatnya, penganut aqidah seperti ini tidak merasai kewujudan Allah dalam hati dan dirinya kerana Tuhan seperti TIADA! Sehingga akhirnya hilang rasa takut kepadaNya, lemah lah amalan salih, jiwa tidak kuat lagi meninggalkan munkar dan melakukan perintah2 dan amalan2 salih.
3. Falsafah sesat ahli kalam yang bid’ah, iaitu kepercayaan Allah itu di setiap tempat (wujuduHU fi kulli makaan), yakni ZatNya di setiap tempat. Pemikiran ini sangatlah batil kerana melazimkan Tuhan itu berada di setiap tempat2 kotor, di gunung-ganang, dalam perut binatang2, di dalam laut dan sungai2. Juga kerana bermakna Allah itu sebahagian dari makhluk atau alam, dan alam atau makhluk bersatu dengan Allah!! Dengan i’tiqad batil spt ini terhasillah fahaman sesat hulul, ittihad dan wahadatul wujud!! Maha suci Allah dari khayalan ahli bida’ah, musyrik dan sifat2 kelemahan dan kekurangan yang sangat tercela.
Brothers and sisters, now is the right time for me and you to repent.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: