Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Tazkiyah 19 Okt 2012 Zulhijjah 1433H

Khutbah 19 Okt 2012.
Fadilat Zulhijjah dan amal salih di dalamnya.

يَا أَيُّهاَ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا. أَمَّابَعْدُ؛
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Termasuk kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya ialah, Dia menjadikan untuk mereka musim2 tertentu untuk membanyakkan ketaatan dan amal2 salih. Agar mereka berlumpa2 dalam waktu itu mendekatkan diri kepada Tuhan mereka. Orang yang beruntung ialah yang mengambil peluang pada waktu2 itu dan tidak membiarkan waktu2 itu berlalu begitu sahaja. Antara waktu2 tersebut ialah 10 hari terawal zulhijjah, yang disaksikan oleh Rasul saw sebagai hari-hari terbaik di dunia ini dan baginda menggalakkan agar menggandakan amal2 salih di dalamnya. Bahkan Alah telah bersumpah dengannya dan ini pun sudah cukup menunjukkan kemuliaannya dan kelebihannya, kerana Allah yang maha besar tidak akan bersumpah melainkan dengan sesuatu yang besar. Sesiapa yang memenuhkan bulan ini dengan pelbagai ibadat, maka ia lebih utama dari seorang berjihad di jalan Allah dengan hartanya dan nyawanya. Awal zulhijjah ialah ayyam ma’lumat yang disuruh agar disebut nama Allah kerana rezeki2 yang diberikan termasuk rezeki binatang2 ternakan. Di dalamnya ada hari ‘Arafah, hari raya quran, dan terhimpunnya di dalamnya semua ibadat2 besar iaitu solat, puasa, sedekah kurban, haji, dan umrah serta zikrullah.
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan manfaat2 bagi mereka dan mereka menyebut nama Allah pada hari hari-hari ma’lumat (iaitu 10 hari terawal Zulhijjah), kerana rezeki2 yang diberikan termasuk rezeki binatang2 ternakan. Maka makanlah darinya dan berilah makan kepada yang malng langi faqir.” Al-Hajj: ayat 28
Antara cara menyambut zulhijjah ialah; pertama, dengan bertaubat dengan taubat nasuha lagi sadiqah, kerana manusia tidak akan Berjaya di sisi Allah melainkan dengan taubat nasuha. Al-Nur: ayat 31.
Kedua, berazam dan bermujahadah untuk melakukan amalan2 salih kerana Allah, kerana sesiapa yang berazam melakukan amal salih, nescaya Allah akan membantunya dan meluaskan jalan untuknya. Ketiga, dengan menjauhi maksiat2 kerana bulan ini ialah bulan keampunan dosa dan pembebasan dari Api Neraka. Pahala dan dosa digandakan.
Antara amalan yang digalakkan bersungguh2 melakukannnya pada bulan ini ialah menunaikan haii dan umrah kerana balasannya ialah syurga. Umrah kepada umrah seterusnya adalah penghapus dosa dosa antara keduanya, dan haji mabrur tiada balasannya melainkan syurga. Muttafaq ‘alayh. Haji mabrur ialah yang menepati petunjuk Nabi saw, tidak dicampuri dosa2, riya, sum’ah atau rafath dan kefasiqan. Tandanya ialah suka memberi makan dan berkata baik.
Kedua, berpuasa 1hb -9 hb Zulhijjah, sebagaimana yang dilakukan oleh salaf. Berpuasa pada 9 zulhijjah iaitu hari ‘Arafah menghapuskan dosa2 2 tahun, iaitu setahun yang lalu dan setahun selepasnya. HR Muslim. Berkata Abu ‘Uthman al-Nahdi, “Mereka (yakni salaf) mengagungkan (yakni berpuasa dan menggandakan amal salih pada) 10 zulhijjah, 10 hari terawal Muharram dan 10 malam terakhir Ramadhan.” Dari Hafsah r.anha berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ .
“Bahawa Rasulullah saw biasanya berpuasa 9 hari Zulhijah, hari ‘Ashuraa’, 3 hari setiap bulan iaitu Isnin pertama dan 2 khamis terawal.” Sahih Sunan Abi Dawuud. HR al-Imam Ahmad, al-Bayhaqi, Ibn ‘Asakir dan al-Tahawi. Dikatakan, sehari berpuasa dalam bulan zulhijjah menyamai puasa setahun, dan solat malam di dalamnya menyamai solat malam setahun. (HR al-Tirmidhi dari Abu Hurairah: gharib). Sekiranya tidak mampu maka puasa hari tarwiyah (hari mina 8 zulhijjah) dan Hari ‘Arafah (9 zulhijjah).
Ketiga, bersolat iaitu memelihara solat 5 waktu secara berjamaah dan membanyakkan nawafil sehingga dicintai Allah. Allah berkata dalam hadith qudsi, “Sentiasalah hambaKU mendekatkan diri kepadaKU dengan nawafil sehingga Aku mencintainya…”
Keempat, membanyakkan takbir, tahmid dan tahlil dan zikir2. Dari Ibn ‘Umar rahuma, dari Nabi saw bersabda, “Tiada hari yang lebih besar di sisi Alah dan tiada hari hari yang lebih dicintai Allah akan amal2 salih didalamnya, melebihi 10 terawal bulan ini, maka perbanyakkanlah didalamnya tahlil, takbir dan tahmid.” HR Ahmad.
Kelima, sedekah dan berkorban sebelum datangnya kematian. Selain mengikut sunnah Nabisaw, kurban adalah sunnah nabi Ibrahim as.
Al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmidhi dan Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad sahih dari ‘Aishah r.ahna, Rasulullah saw bersabda,
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ دَمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي قَرْنِهِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلافِهَا ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ فِي الأَرْضِ ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
“Tiada amalan anak Adam yang ia lakukan pada hari qurban yang lebih dicintai Allah dari menumpah darah (haiwan qurban). Sesungguhnya ia akan dataang pada Hari Qiyamat dengan tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah ditumpahkan (kerana taqwa) menyebabbkan redha Allah dan penerimaannNya sebelum jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu merasa gembira (yakni tidak terpaksa melakukannya).” Al-Albani mensahihkannya. Setiap muslim yang berkurban mdpt pahala sebanyak bulunya.
Inilah bekalan taqwa yg dengannya kita berbekal, untuk menemui Allah dalam keadaaan selamat.
بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم ، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم ، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: