Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Penjelasan Terhadap Taqdir

al-Imam Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata,
MASHI’AT (KEHENDAK) ALLAH AZZA WA JALLA
ومن مذهب أهل السنة والجماعة أن الله عز وجل مريد لجميع أعمال العباد خيرها وشرها، لم يؤمن أحد إلا بمشيئته، ولم يكفر أحد إلا بمشيئته، ولو شاء لجعل الناس أمة واحدة، ولو شاء أن لا يعصى ما خلق إبليس فكفر الكافرين وإيمان المؤمنين بقضائه سبحانه وتعالى وقدره، وإرادته ومشيئته، أراد كل ذلك وشاءه وقضاه، ويرضى الإيمان والطاعة،ويسخط الكفر والمعصية، قال الله عز وجل: (إن تكفروا فإن الله غني عنكم، ولا يرضى لعباده الكفر، وإن تشكروا يرضه لكم).
Demikian juga termasuk mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah, bahawa Allah azza wa jalla berkehendak atas semua amal perbuatan hamba-hamba-Nya, yang baik maupun yang jelek. Tidak ada seorang pun yang beriman kecuali dengan kehendakNya. Dan tidak ada seorangpun yang kafir kecuali dengan kehendakNya. Jika Allah menghendaki, nescaya Allah jadikan mereka satu umat, sebagaimana firman Allah:
“Dan jikalau Rabbmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya..”(Yunus: 99).
Kalau Allah menghendaki untuk tidak terjadi kemaksiatan, Allah tidak ciptakan Iblis. (manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa).
Maka kekufuran orang yang kafir, keimanan orang yang beriman, (keingkaran orang atheis, tauhidnya ahli tauhid, ketaatan orang yang taat, dan kemaksiatan orang yang bermaksiat) semuanya terjadi kerana ketentuan, takdir, keinginan dan kehendakNya. (Allah mencipta iradat dan qudrat, manusia melakukan perbuatannya dengan iradat dan qudratnya sendiri).
Dan Allah menghendaki semuanya itu dan mentakdirkannya. Namun Allah meridhai keimanan dan membenci kekufuran dan kemaksiatan. Allah berfirman:”Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman) kamu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.”(Az-Zumar: 7)
ULASAN
1. Iman dengan qada’ dan qadar wajib dalam agama, ia adalah salah satu rukun iman berdasarkan hadith, “Iman itu ialah kamu beriman ada Allah,…dan qadar baiknya dan buruknya.” Makna beriman kepada qada’ dan qadar ialah kamu beriman bahawa setiap yang ada di alam ini, di langit dan di bumi, mawjudat atau ma’dumat, ‘ammah dan khassah gerak dan diam, adalah dengan mashi’at Allah dan ciptaanNya. Dan kamu mengetahui (meyakini) bahawa apa sahaja yang menimpa kamu tidak akan terlepas dari kamu dan apa sahaja yang terlepas dari kamu tidak menimpa kamu.
2. Manusia tidak boleh berhujah dengan taqdir untuk melakukan maksiat dan meninggalkan taat. Bahkan Allah mempunyai hujah dengan menrurnkan kitab-kitab dan mengutuskan rasul-rasul. (al-Nisa’ 165). Allah telah menyurh hamba-hamabNya agar mentaatiNya dan mentaati RasulNya dan melarang mereka menderhakaiNya. Dia mencintai org2 bertaqWa, ihsan dan adil, redha kepada org2 briman dan beramal salih, tidak suka kepada org2 kafir, tidak redha kepada org2 fasiq, tidak menyuruh kekejian, tidak redha untuk hamba2Nya akan kekufuran dan suka fasad.
3. Manusia mencipta perbuatannya secara haqiqi, mempunyai ikhtiar, perbuatan dan kasb. Manusia mempunyai mashi’at (kemahuan) dan qudrat (kemampuan). Firman Allah, “Maka datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu kehendaki…” al-Baqarah: 223. “Maka bertaqwalah kamu semampu qudrat kamu…” (al-Taghabun: ayat 16). Bagi sesiapa yang mahu dari kamu ia boleh istiqamah (bertauhid dan beramal salih). (al-Takwir: ayat 28). Allah mensabitkan bagi hamba mashi’at dan iradat iaitu qudrat tetapi keduanya mengikut mashi’at Allah. al-Takwir ayat 29.
Lihat I’tiqad Ibn Qudamah al-Maqdisi dan Wasitiyyah al-Hafiz al-Harrani.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: