Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “October, 2012”

Maksud thamanan qalila

SOALAN.
Apakah yang dimaksudkan dengan membeli atau menjual harga sedikit dengan ayat2 Allah dalam al-Quran?

JAWAPAN.
Menurut al-Hasan, yang dimaksudkan dengan menjual ayat2 Allah untuk mendapat harga yang sedikit ialah dunia, iaitu menggunakan agama secara batil, meninggalkan kebenaran untuk mendapat dunia. Antaranya ialah dengan
1. mencari manfaat dunia dengan mentafsirkan ayat2 Allah dengan hawanafsu spt mencari2 jalan untuk menghalalkan riba dan meninggalkan syariat/hudud Allah.
2. mengharamkan yang halal atau sebaliknya dari kalangan pemimpin dan ulama’
3. menta’wil ta’awwul ayat2 Allah secara batil spt yahudi dan nasrani
4.menerima rasuah dan upah dengan fatwa2 batil
5.menyembunyikan hukum-hukum tertentu
Tujuan tahrif dan ta’wil mereka ialah kerana;
1.takut kepada pemimpin2, harap (harta dunia) mereka
2.mencari redha orang ramai atau orang2 kaya
3.degil mempertahankan pendapat sendiri, tidak mahu mengakui kesalahan
4.terputusnya para ahli fiqh

Sifat Pemimpin dan Pejuang Islam

1. Mencintai Allah, beraqidah dengan aqidah yang sahih, berakhlak dengan akhlak yang dicintai Allah spt taqwa, sabar, adil, ihsan, syukur, ridha dan lain2.
2. Tawadhu’ kepada orang2 beriman
3. Tegas dan garang terhadap orang2 kafir harbiyy, memusuhi mereka dan mengalahkan mereka.
4. Berjihad di jalan Allah tanpa takut celaan pencela dari kalangan kuffar dan munafiqun. semua akhlak mulia ini adalah kurniaan besar dari Allah.
5. Wala’, yakin kepada Allah, Rasul dan orang2 beriman yang menegakkan serta memelihara solat fardhu (jumaat dan jamaah) serta rukuk (iaitu tunduk kepada syariat Allah sepenuhnya, lagi bersolat sunat siang dan malam. Lihat Tafsir al-Baghawi. Dalam Tafsir Muyassar, wa hum raaki’uun bermakna khadi’uun. al-Mai’dah ayat 55.
Bukan wala’ kepada kuffar yahudi nasrani sekuler dan munafiqin.
Memilih pemimpin fasiq, kafir atau murtad mengeluarkan kalimah2 kufur secara sukrela adalah kufur kecuali sekiranya sekiranya terpaksa atau dipaksa.

Aqidah Islam vs falsafah sesat

1. Aqidah yang benar ialah mengakui dan mengimani bahawa Allah SWT Yang Maha pemurah istiwa’ di atas Arasy sebagaimana yang layak dengan kebesarannNya dan keagunganNya tanpa menyamai istiwa’ makhluk. Yang berada di setiap tempat ialah ilmuNya, kuasaNya, penglihatan dan pendengaranNya. Dia Maha Tinggi di atas langit yang ke tujuh. Adapun Dia Allah SWT, maha tinggi dengan ZatNya dan SifatNya. Inilah aqidah Nabi saw, sahabat, tabiin, para imam mujtahid dan ahli hadith, inilah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
2. Falsafah sesat menyatakan “WujuduHU bila makaan” (Allah wujud tanpa bertempat). Maka ini adalah aristotle yang batil, sesat lagi menyesatkan lalu dicedok oleh ahli kalam dalam kalangan muslimin yang lemah dan keliru. Akibatnya, penganut aqidah seperti ini tidak merasai kewujudan Allah dalam hati dan dirinya kerana Tuhan seperti TIADA! Sehingga akhirnya hilang rasa takut kepadaNya, lemah lah amalan salih, jiwa tidak kuat lagi meninggalkan munkar dan melakukan perintah2 dan amalan2 salih.
3. Falsafah sesat ahli kalam yang bid’ah, iaitu kepercayaan Allah itu di setiap tempat (wujuduHU fi kulli makaan), yakni ZatNya di setiap tempat. Pemikiran ini sangatlah batil kerana melazimkan Tuhan itu berada di setiap tempat2 kotor, di gunung-ganang, dalam perut binatang2, di dalam laut dan sungai2. Juga kerana bermakna Allah itu sebahagian dari makhluk atau alam, dan alam atau makhluk bersatu dengan Allah!! Dengan i’tiqad batil spt ini terhasillah fahaman sesat hulul, ittihad dan wahadatul wujud!! Maha suci Allah dari khayalan ahli bida’ah, musyrik dan sifat2 kelemahan dan kekurangan yang sangat tercela.
Brothers and sisters, now is the right time for me and you to repent.

Kenangan Idul Adha 1433H

KHUTBAH IDUL ADHA 10 ZULHIJJAH 1433H
Jumaat 26 OKT 2012.
Khutbah 1.
الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد، الله أكبر كبيرا ، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا، لآ إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين، ولو كره الكافرون، … لآ إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده، لآ إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد،
أشهد أن لآ إله إلا الله وحده لآ شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد، أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه والتابعين لهم بإحسانٍ إلى يوم الدين ، أما بعد، فيا عباد الله، اتقوا الله حق تقاته

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تعملون
أَمَّابَعْدُ؛ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar2 taqwa, dan jangan sesekali kamu sekalian mati melainkan dalam keadaan islam., bertaqwalah kpd Tuhan dengan mentauhidkanNya, yang tiada Tuhan dan Pencipta selain Dia, yg telah menciptakan kamu sekalian dari satu jiwa (iaitu bapa kamu Adam as), dan menciptakan darinya pasangannya (iaitu ibu kamu Hawwa’), kemudian membiakkan dari kedua2nya lelaki-lelaki dan perempuan2 yang banyak, bertaqwalah kpd Allah yang kamu meminta kepadanya menggunakan NamaNya, akan segala sesuatu, dan peliharalah silaturrahim dari terputus, krn kita semua berasal dari keluarga yg satu, dari ibu dan ayah yang satu. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan segala keadaan kamu dan amalan kamu.
Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah, berkatalah dengan kata2 yang benar, nescaya Dia membaiki segala amalan kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu. Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya secara mutlaq, maka sesungguhnya ia telah berjaya dengan kejayaan yang amat besar.
Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri mempersiapkan bekalan untuk hari esok, bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan dan akan membalasnya.
Amma ba’d, sesungguhnya sebaik2 bicara ialah kitabullah, sebaik2 petunjuk ialah petunjuk Nabi saw, seburuk-buruk perkara ialah muhdathat (yakni perkara-perkara baru dalam agama), setiap perkara baru (dalam aqidah dan syariah) adalah bid’ah, stp bid’ah adalah kesesatan, dan kesesatan dalam Api Neraka Jahannam.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Tanggal 10 zulhijjah ini, Allah swt menjadikannya sebagai hari raya kurban, hari kegembiraan, dan hari kesyukuran. Hari ini kita menyambut hari yg penuh kebesaran dalam Islam, iaitu ‘Idul Adha hariraya paling besar dalam islam selain ‘idulfitri,
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ، لا إله إلا الله والله أكبر، ولله الحمد،
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Semalam, adalah hari ‘arafah yang penuh dengan fadilat2 dan kemulaiaan, berpuasa pd hari ‘Arafah dengan ikhlas serta memenuhkannnya dengan ibadat, spt qiyamullal, nawafil, berzikir, bersedekah, menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datangg. Amat rugi bg yg tidak berpuasa pd hari ‘Arafah. Hari syaitan dhinakan, sehina2nya.
قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ ” .
Al-Imam Musim mentakhrij dari ‘Aishah, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tiada satu hari pun yang lebih banyak Allah swt membebaskan hambanya dari neraka seperti hari ‘Arafah, dia menurunkan rahmatNya dan berbangga2 dengan mereka itu kepada para malaikat, dan berfirman, APakah yang mereka itu mahu?”
Dalam riwayat lain disebut
انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحِينَ جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ وَلَمْ يَرَوْا رَحْمَتِي وَلَمْ يَرَوْا عَذَابِي فَلَمْ أَرَ يَوْمًا أَكْثَرَ عَتِيقًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ”
Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang kusut masai, berdebu, mereka berkorban, datangg dari segenap pelusuk dunia yang jauh, sedangkan mereka tidaklah melihat rahmtKu (yakni syurga) dan belum melihat azabKu (api neraka Jahannam), dan tidak dilihat satu hari pun yang lebih ramai dibebaskan dari neraka dari Hari ‘Arafah.”
Dalam al-Musannaf, al-Hafiz ‘Abdurrazzaq, 8832, meriwayatkan,
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ كَرِيزٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا يَوْمٌ إِبْلِيسُ فِيهِ أَدْحَرَ ، وَلا أَدْهَقَ ، وَلا هُوَ أَغْيَظَ لَهُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، مِمَّا يَرَى مِنْ نُزُولِ الرَّحْمَةِ ، وَتَجَاوُزِ اللَّهُ تَعَالَى عَنِ الأُمُورِ الْعِظَامِ ، إِلا مَا رَأَى يَوْمَ بَدْرٍ ، قِيلَ : وَمَا رَأَى يَوْمَ بَدْرٍ ؟ ، قَالَ : إِنَّهُ رَأَى جِبْرِيلَ يَزَعُ الْمَلائِكَةَ ” .
Dari Talhah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Tiada satu hari pun Iblis lebih dihina, diusir, diburukkan keadaannya, lebih membuatnya marah, dari hari ‘Arafah, kerana ia melihat turunnya rahmat Allah, dan Allah menghapuskan dosa-dosa besar kecuali yang ia lihat dalam Perang Badr iaitu ia melihat Jibril yang mengetui para malaikat untuk berperang.”
Pada hari ‘Arafah, doa dimakbulkan, Rasulullah saw bersabda
أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَأَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ” .
“Sebaik2 doa ialah doa pada Hari ‘Arafah. Sebaik2 yang saya katan begitu juga dengan nbai2 sebelum saya ialah Tiada Tuhan yang disembah, melainkan Allah satu2Nya, tiada yang sama denganNya dan tiada sekutu bagiNya.” HR al-Imam Malik dan al-Tirmidhi.
Hari ini, kita bertaubat, istighfar dan berzikir kepada Allah, serta bertakbir sebanyak-banyaknya.
Ingatlah, menyambut ‘idul adha bukanlah sekadar adat kebiasaan, bahkan ia adalah ibadat yang besar kepada Allah Ta’ala, hingga diharamkan berpuasa pada hari ini, diwajibkan menunaikan solat eid, mendengar khutbah di tanah lapang atau masjid, hatta ke atas perempuan2 muda dan haid, digalakkan makan dan minum, berbakti kepada ibubapa, berbaik sesama suami isteri, keluarga, sanak saudara, dan jiran tetangga, menyebarkan salam kepada sahabat2 dengan penuh jujur, serta bergaul dengan pergaulan yang baik. Sesungguhnya Nabi saw apabila pulang dari solat eid, baginda melalui jalan yang berlainan dengan pergi baginda. Oleh itu, jangan sesekali ibadat ini dirosakkan dengan dosa2 seperti mengumpat, namimah, mengadu domba, menipu, mendedahkan aurat, berjudi, meminum arak, menimbulkan fitnah dan api permusuhan, meninggalkan solat, dan lalai dari berzikir kepada Allah.

Antara amalan hari ini dan 3 hari tashriq ialah,
1. Bertakbir sebanyak-banyaknya, bermula selepas subuh hari ‘Arafah sehinggalah selepasa asar hari tashriq terakhir. Dalam al-Mustadrak, hadith 1047, al-Hakim meriwayatkan dengan sanadnya,
عَنْ عَلِيٍّ ، وَعَمَّارٍ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ فِي الْمَكْتُوبَاتِ بِ ” بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ” ، وَكَانَ يَقْنُتُ فِي صَلاةِ الْفَجْرِ ، وَكَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ” . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ ،
Dari ‘Ali dan ‘Ammar, Bahawa Nabi saw menguatkan bacaan Bismillahirrahim dalam solat fadhu dan baginda berqunut dalam solat subuh, bertakbir pada hari ‘arafah selepas solat subuh dan menghentikannya selepas solat asar pada hari tashriq terakhir.”
قال الله تعالى: وَاذْكُرُواْ اللّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ فَمَن تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (203) سورة البقرة.
Firman Allah ta’ala, “Dan berzikirlah kepada Allah pada hari2 yg dpt dihitung (iaitu hari2 tashriq),…” al-Baqarah 203.
2. Kedua, Berkurban. Bergembira dengan makan minum, bersyukur dan bersedekah. Tetapi bukan daging dan darah yang sampai kepada Allah melainkan taqwa kpd Allah dan korban yang dilakukan semata2 Allah, dari hati yang benar2 membesarkan Allah, tanpa riya’ dan sum’ah.
Al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmidhi dan Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad sahih dari ‘Aishah r.ahna, Rasulullah saw bersabda,
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ دَمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي قَرْنِهِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلافِهَا ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ فِي الأَرْضِ ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
“Tiada amalan anak Adam yang ia lakukan pada hari qurban yang lebih dicintai Allah dari menumpah darah (haiwan qurban). Sesungguhnya ia akan dataang pada Hari Qiyamat dengan tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah ditumpahkan (kerana taqwa) menyebabbkan redha Allah dan penerimaannNya sebelum jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu merasa gembira (yakni tidak terpaksa melakukannya).”
3. Ketiga, Bercukur selepas korban, beriktikaf, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa serta melontar jamarat bagi yang menunaikan haji.

KHUTBAH 2.
الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر،
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ 37
“Tidak akan sampai kepada Allah…” al-Hajj ayat 37.
Muslimin yang dirahmati,
Oleh kerana Hari raya Kurban hari ini jatuh pada hari Jumaat, maka solat hari raya menggugurkan kewajipan solat jumaat spt dalam hadith, tetapi sesiapa yang suka untuk datang solat Jumaat hendaklah ia datang.
Muslimin muslimat yg dirahmati,
Di Hari raya yang diberkati ini, jangan kita lupa kpd saudara2 kita yang disembelih, dirogol, dibunuh, yang ditimpa kebuluran, kelaparan, kesejukan, kefaqiran, penyakit dan diperangi di seluruh dunia. Kita berdoa agar Allah membebaskan mereka dari penindasan dan kezaliman, penghinaan dan pembunuhan., serta menggolongkan mereka dr kalangan siddiqin, syuhada’ dan solihin.
Antara yang dapat menyelamatkan umat Islam ialah apabila tertegak Negara Islam dan Khilafah Islamiyyah. Maka mengusahakan agar tertegaknya khilafah islam adalah wajib.
من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه، فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا (23)ليجزي اللهُ الصادقين بصدقهم ، ويعذبَ المنافقين إن شاء أو يتوب عليهم إن الله كان غفورا رحيما(24) الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله والله أكبر، ولله الحمد
إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما ، اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ، كما جعلتها على إبراهيم ، إنك حميد مجيد : اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي ، وعلى آله وصحبه وسلم تسليما، عدد…اللهم صل عى سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة ،
اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، برحمتك يا أرحم الراحمين ، اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلامِ ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهْرَ مِنْهَا وَمَا بَطْنَ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَأَزْوَاجِنَا ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ ، قَابِلِينَ بِهَا ، فَأَتمَّهَا عَلَيْنَا ، اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبرائنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي …ربنا ظلمنا أنفسنا ،وإن لم ، …لا إله إلا أنت، سبحانك إنا كنا من الظالمين …عباد الله ، إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (النحل:90)
فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، وسلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ! والله يعلم ما تصنعون ، تقبل الله منا ومنكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Tazkiyah 19 Okt 2012 Zulhijjah 1433H

Khutbah 19 Okt 2012.
Fadilat Zulhijjah dan amal salih di dalamnya.

يَا أَيُّهاَ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا. أَمَّابَعْدُ؛
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Termasuk kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya ialah, Dia menjadikan untuk mereka musim2 tertentu untuk membanyakkan ketaatan dan amal2 salih. Agar mereka berlumpa2 dalam waktu itu mendekatkan diri kepada Tuhan mereka. Orang yang beruntung ialah yang mengambil peluang pada waktu2 itu dan tidak membiarkan waktu2 itu berlalu begitu sahaja. Antara waktu2 tersebut ialah 10 hari terawal zulhijjah, yang disaksikan oleh Rasul saw sebagai hari-hari terbaik di dunia ini dan baginda menggalakkan agar menggandakan amal2 salih di dalamnya. Bahkan Alah telah bersumpah dengannya dan ini pun sudah cukup menunjukkan kemuliaannya dan kelebihannya, kerana Allah yang maha besar tidak akan bersumpah melainkan dengan sesuatu yang besar. Sesiapa yang memenuhkan bulan ini dengan pelbagai ibadat, maka ia lebih utama dari seorang berjihad di jalan Allah dengan hartanya dan nyawanya. Awal zulhijjah ialah ayyam ma’lumat yang disuruh agar disebut nama Allah kerana rezeki2 yang diberikan termasuk rezeki binatang2 ternakan. Di dalamnya ada hari ‘Arafah, hari raya quran, dan terhimpunnya di dalamnya semua ibadat2 besar iaitu solat, puasa, sedekah kurban, haji, dan umrah serta zikrullah.
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan manfaat2 bagi mereka dan mereka menyebut nama Allah pada hari hari-hari ma’lumat (iaitu 10 hari terawal Zulhijjah), kerana rezeki2 yang diberikan termasuk rezeki binatang2 ternakan. Maka makanlah darinya dan berilah makan kepada yang malng langi faqir.” Al-Hajj: ayat 28
Antara cara menyambut zulhijjah ialah; pertama, dengan bertaubat dengan taubat nasuha lagi sadiqah, kerana manusia tidak akan Berjaya di sisi Allah melainkan dengan taubat nasuha. Al-Nur: ayat 31.
Kedua, berazam dan bermujahadah untuk melakukan amalan2 salih kerana Allah, kerana sesiapa yang berazam melakukan amal salih, nescaya Allah akan membantunya dan meluaskan jalan untuknya. Ketiga, dengan menjauhi maksiat2 kerana bulan ini ialah bulan keampunan dosa dan pembebasan dari Api Neraka. Pahala dan dosa digandakan.
Antara amalan yang digalakkan bersungguh2 melakukannnya pada bulan ini ialah menunaikan haii dan umrah kerana balasannya ialah syurga. Umrah kepada umrah seterusnya adalah penghapus dosa dosa antara keduanya, dan haji mabrur tiada balasannya melainkan syurga. Muttafaq ‘alayh. Haji mabrur ialah yang menepati petunjuk Nabi saw, tidak dicampuri dosa2, riya, sum’ah atau rafath dan kefasiqan. Tandanya ialah suka memberi makan dan berkata baik.
Kedua, berpuasa 1hb -9 hb Zulhijjah, sebagaimana yang dilakukan oleh salaf. Berpuasa pada 9 zulhijjah iaitu hari ‘Arafah menghapuskan dosa2 2 tahun, iaitu setahun yang lalu dan setahun selepasnya. HR Muslim. Berkata Abu ‘Uthman al-Nahdi, “Mereka (yakni salaf) mengagungkan (yakni berpuasa dan menggandakan amal salih pada) 10 zulhijjah, 10 hari terawal Muharram dan 10 malam terakhir Ramadhan.” Dari Hafsah r.anha berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ .
“Bahawa Rasulullah saw biasanya berpuasa 9 hari Zulhijah, hari ‘Ashuraa’, 3 hari setiap bulan iaitu Isnin pertama dan 2 khamis terawal.” Sahih Sunan Abi Dawuud. HR al-Imam Ahmad, al-Bayhaqi, Ibn ‘Asakir dan al-Tahawi. Dikatakan, sehari berpuasa dalam bulan zulhijjah menyamai puasa setahun, dan solat malam di dalamnya menyamai solat malam setahun. (HR al-Tirmidhi dari Abu Hurairah: gharib). Sekiranya tidak mampu maka puasa hari tarwiyah (hari mina 8 zulhijjah) dan Hari ‘Arafah (9 zulhijjah).
Ketiga, bersolat iaitu memelihara solat 5 waktu secara berjamaah dan membanyakkan nawafil sehingga dicintai Allah. Allah berkata dalam hadith qudsi, “Sentiasalah hambaKU mendekatkan diri kepadaKU dengan nawafil sehingga Aku mencintainya…”
Keempat, membanyakkan takbir, tahmid dan tahlil dan zikir2. Dari Ibn ‘Umar rahuma, dari Nabi saw bersabda, “Tiada hari yang lebih besar di sisi Alah dan tiada hari hari yang lebih dicintai Allah akan amal2 salih didalamnya, melebihi 10 terawal bulan ini, maka perbanyakkanlah didalamnya tahlil, takbir dan tahmid.” HR Ahmad.
Kelima, sedekah dan berkorban sebelum datangnya kematian. Selain mengikut sunnah Nabisaw, kurban adalah sunnah nabi Ibrahim as.
Al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmidhi dan Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad sahih dari ‘Aishah r.ahna, Rasulullah saw bersabda,
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ دَمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي قَرْنِهِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلافِهَا ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ فِي الأَرْضِ ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
“Tiada amalan anak Adam yang ia lakukan pada hari qurban yang lebih dicintai Allah dari menumpah darah (haiwan qurban). Sesungguhnya ia akan dataang pada Hari Qiyamat dengan tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah ditumpahkan (kerana taqwa) menyebabbkan redha Allah dan penerimaannNya sebelum jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu merasa gembira (yakni tidak terpaksa melakukannya).” Al-Albani mensahihkannya. Setiap muslim yang berkurban mdpt pahala sebanyak bulunya.
Inilah bekalan taqwa yg dengannya kita berbekal, untuk menemui Allah dalam keadaaan selamat.
بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم ، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم ، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم

Puasa 9 hari terawal Zulhijjah

Sunat muakkadah puasa 9 hari terawal zulhijjah:
al-Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim berkata, yang dimaksudkan dalam hadith ialah puasa 9 hari (1-9 Zulhijjah hari ‘Arafah). hadith hasan sahih. al-Albani mengatakan sahih.

Hareez Faqiir: Hadith Hafsah r.anha,
“عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ .
dari Hafsah r.ha, berkata, “Bahawa Rasulullah saw biasanya berpuasa 9 hari Zulhijah, hari ‘Ashuraa’, 3 hari setiap bulan iaitu Isnin pertama dan 2 khamis terawal.” Sahih Sunan Abi Dawuud. HR al-Imam Ahmad, al-Bayhaqi, Ibn ‘Asakir dan al-Tahawi.

Kelebihan2 10 Zulhijjah.
1.Allah bersumpah dengannya (al-Fajr: 1-2) dengan menyebutnya sebagai (layalin ‘ashr).
2.Ia adalah hari zikrullah ayyam ma’lumat, Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Abbas ayyam ma’lumat ialah 10 hari terawal Zulhijjah
(ويذكروا اسم الله في أيام معلومات على ما رزقهم من بهيمة الأنعام) [الحج:28]
3.Nabi menyatakan 10 zulhijjah adalah hari2 dunia yg paling utama di dunia ini lbh utama dari jihad
عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ ” ، يَعْنِي : عَشْرَ ذِي الْحَجَّةِ ، قِيلَ : وَلا مِثْلُهُنَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، قَالَ : ” وَلا مِثْلُهُنَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ عُفِّرَ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ ” ، وَذُكِرَ عَرَفَةُ ، فَقَالَ : ” يَوْمُ مُبَاهَاةٍ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فَيَقُولُ : عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحينَ ، جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ يَسْأَلُونَ رَحْمَتِي ، وَيَسْتَعِيذُونَ مِنْ عَذَابِي وَلَمْ يَرَوْا ، فَلَمْ نَرَ يَوْمًا أَكْثَرَ عَتِيقًا وَعَتِيقَةً مِنَ النَّارِ ”
( [ رواه البزار وابن حبان وصححه الألباني]
yakni pahala segala amalan digandakan tanpa kecuali
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام ـ يعني أيام العشر ـ قالوا: يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء) [رواه البخاري].
4.Ada Hari ‘Arafah, hari keampunan dosa-dosa, hari pembebasan dari Api Neraka Jahannam.
5.Ada didalamnya kurban
6.Terhimpun ibadat2 besar di dalamnya, puasa, haji, umrah, sedekah, kurban, zikrullah, al-Fath Ibn Hajar.
Puasa Hari ‘Arafah menghapuskan dosa 2 tahun. Sahih Muslim.
(صيام يوم عرفة احتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده) [رواه مسلم
AMALAN2 SALIH DALAM BULAN ZULHIJJAH.
Bulan Zulhijjah ialah bulan lautan pahala, agar diterima segala amalan, wajib bertaubat terlebih dahulu dari segala dosa.
(وتوبوا إلى الله جميعاً أيها المؤمنون لعلكم تفلحون( [النور:31]. Antara amalan salih yang patut dilakukan ialah
1.Berpuasa 1-9 zulhijjah
2.Berzikir, bertahlil, bertakbir dan bertahmid sebanyak-banyaknya
عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد) [رواه أحمد]

3.Membaca al-Quran sebanyak2nya
4.Bersedekah
5.Solat jamaah dan i’tikaf membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Ibn ‘Abbas menggalakkan orang ramai beriktikaf di masjid pada Hari ‘Arafah, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan berdoa.
6.Berkorban. bagi yang berkorban hendaklah ia tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 zulhijjah. Yang terbaik ialah ia menyembelih sendiri binatang korbannya.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ”
Dari Ummu Salamah, bahawasanya Nabi saw. bersabda, “Apabila telah masuk sepuluh hari Dzulhijjah sementara ada diantara kalian yang ingin berkurban maka janganlah ia memotong rambut dan permukaan kulitnya (bulu) sedikitpun,” (HR Muslim, Kitab al-Adahi, hadith 3660, 3662). Dalam Musnad al-Imam al-Shafiei r.a. no 368,
أَخْبَرَنَا الشَّافِعِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ حُمَيْدٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، فَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلا يَمَسَّنَّ مِنْ شَعَرِهِ وَلا مِنْ بَشَرِهِ شَيْئًا
KORBAN KONGSI AQIQAH.
Hukum asal tiada perkongsian dalam aqiqah.
KORBAN atau AQIQAH dengan AYAM.
Dalam Matla’, disebutkan aqiqah dengan ayam satu riwayat dari Ibn ‘Abbas. Ia bukan aqiqah yang sebenar, tetapi hanya dikira sedekah biasa.

Penjelasan Terhadap Taqdir

al-Imam Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata,
MASHI’AT (KEHENDAK) ALLAH AZZA WA JALLA
ومن مذهب أهل السنة والجماعة أن الله عز وجل مريد لجميع أعمال العباد خيرها وشرها، لم يؤمن أحد إلا بمشيئته، ولم يكفر أحد إلا بمشيئته، ولو شاء لجعل الناس أمة واحدة، ولو شاء أن لا يعصى ما خلق إبليس فكفر الكافرين وإيمان المؤمنين بقضائه سبحانه وتعالى وقدره، وإرادته ومشيئته، أراد كل ذلك وشاءه وقضاه، ويرضى الإيمان والطاعة،ويسخط الكفر والمعصية، قال الله عز وجل: (إن تكفروا فإن الله غني عنكم، ولا يرضى لعباده الكفر، وإن تشكروا يرضه لكم).
Demikian juga termasuk mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah, bahawa Allah azza wa jalla berkehendak atas semua amal perbuatan hamba-hamba-Nya, yang baik maupun yang jelek. Tidak ada seorang pun yang beriman kecuali dengan kehendakNya. Dan tidak ada seorangpun yang kafir kecuali dengan kehendakNya. Jika Allah menghendaki, nescaya Allah jadikan mereka satu umat, sebagaimana firman Allah:
“Dan jikalau Rabbmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya..”(Yunus: 99).
Kalau Allah menghendaki untuk tidak terjadi kemaksiatan, Allah tidak ciptakan Iblis. (manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa).
Maka kekufuran orang yang kafir, keimanan orang yang beriman, (keingkaran orang atheis, tauhidnya ahli tauhid, ketaatan orang yang taat, dan kemaksiatan orang yang bermaksiat) semuanya terjadi kerana ketentuan, takdir, keinginan dan kehendakNya. (Allah mencipta iradat dan qudrat, manusia melakukan perbuatannya dengan iradat dan qudratnya sendiri).
Dan Allah menghendaki semuanya itu dan mentakdirkannya. Namun Allah meridhai keimanan dan membenci kekufuran dan kemaksiatan. Allah berfirman:”Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman) kamu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.”(Az-Zumar: 7)
ULASAN
1. Iman dengan qada’ dan qadar wajib dalam agama, ia adalah salah satu rukun iman berdasarkan hadith, “Iman itu ialah kamu beriman ada Allah,…dan qadar baiknya dan buruknya.” Makna beriman kepada qada’ dan qadar ialah kamu beriman bahawa setiap yang ada di alam ini, di langit dan di bumi, mawjudat atau ma’dumat, ‘ammah dan khassah gerak dan diam, adalah dengan mashi’at Allah dan ciptaanNya. Dan kamu mengetahui (meyakini) bahawa apa sahaja yang menimpa kamu tidak akan terlepas dari kamu dan apa sahaja yang terlepas dari kamu tidak menimpa kamu.
2. Manusia tidak boleh berhujah dengan taqdir untuk melakukan maksiat dan meninggalkan taat. Bahkan Allah mempunyai hujah dengan menrurnkan kitab-kitab dan mengutuskan rasul-rasul. (al-Nisa’ 165). Allah telah menyurh hamba-hamabNya agar mentaatiNya dan mentaati RasulNya dan melarang mereka menderhakaiNya. Dia mencintai org2 bertaqWa, ihsan dan adil, redha kepada org2 briman dan beramal salih, tidak suka kepada org2 kafir, tidak redha kepada org2 fasiq, tidak menyuruh kekejian, tidak redha untuk hamba2Nya akan kekufuran dan suka fasad.
3. Manusia mencipta perbuatannya secara haqiqi, mempunyai ikhtiar, perbuatan dan kasb. Manusia mempunyai mashi’at (kemahuan) dan qudrat (kemampuan). Firman Allah, “Maka datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu kehendaki…” al-Baqarah: 223. “Maka bertaqwalah kamu semampu qudrat kamu…” (al-Taghabun: ayat 16). Bagi sesiapa yang mahu dari kamu ia boleh istiqamah (bertauhid dan beramal salih). (al-Takwir: ayat 28). Allah mensabitkan bagi hamba mashi’at dan iradat iaitu qudrat tetapi keduanya mengikut mashi’at Allah. al-Takwir ayat 29.
Lihat I’tiqad Ibn Qudamah al-Maqdisi dan Wasitiyyah al-Hafiz al-Harrani.

Post Navigation