Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Bagaimana Jika Pemimpin itu Fasiq?

SOALAN : Adakah kita boleh solat dibelakang pemimpin fasiq dan jahil. Bagaimana apabila imam solat yang dilantik fasiq dan jahil??

JAWAPAN: al-Imam Abu ‘Uthman al-Sabuni al-Shafiei (449H) berkata dalam Aqidah Salaf Ashab al-Hadith,
SOLAT DI BELAKANG (PEMERINTAH) YANG SALIH MAHUPUN FAJIR, SERTA BERJIHAD BERSAMA MEREKA.
ويرى أصحاب الحديث الجمعة والعيدين، وغيرهما من الصلوات خلف كل إمام مسلم برا كان أو فاجرا. ويرون جهاد الكفرة معهم وإن كانوا جورة فجرة، ويرون الدعاء لهم بالإصلاح والتوفيق والصلاح، ولا يرون الخروج عليهم وإن رأوا منهم العدول عن العدل إلى الجور والحيف. ويرون قتال الفئة الباغية حتى ترجع إلى طاعة الإمام العدل.
Ahl Sunnah Ashabul Hadith berpendapat harus melaksanakan solat Juma’at, solat ‘Id dan selain keduanya di belakang imam muslim baik dia salih mahupun fajir.
Mereka juga berpendapat bahawa berjihad memerangi orang-orang kafir itu bersama-sama pemerintah meskipun mereka zalim dan fasiq.
Mereka juga menganjurkan untuk mendo’akan mereka agar menjadi baik dan mendapat hidayah (serta menyebarkan keadilan dalam masyarakat).
Mereka juga tidak membolehkan untuk memberontak kepada pemimpin-pemimpin fasiq tersebut, meskipun mereka menyaksikan penyimpangan pemerintah dari keadilan dan menggantinya dengan kezaliman diktatorisme dan penindasan (kecuali mereka kufur secara nyata dan umat mempunyai qudrat).
Mereka juga berpendapat wajib memerangi para pemberontak sampai orang-orang itu kembali taat kepada imam (pemerintah) yang adil.
Lihat : Aqidah Salaf Ashab al-Hadith Imam Sabuni, terj Abid Muhammad Nur Shakur Annuriyy.

Abid: Tetapi ini bukanlah lesen untuk menghukum penentang dan penashat pemrintah sbg khawarij spt yg disangka oleh org2 bodoh. Penentangan yg haram itu disebut oleh ulama sbg
al-Khuruj ‘ala al-imam al-haqq bi ghayr al-haqq

Khawarij ialah gelaran kpd pemberontak kepada pemimpin yg adil (al-imam al-haqq). Adapun penentangan terhadap golongan fasiq atau kafir (yg dengan selamba menuturkan kalimah2 kafir, mencaci-maki syariah), maka itu bukanlah khuruj sama sekali. Ini kerana si kafir atau murtad terlucut dgn sendiri dari jawatan imam muslimin.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: