Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Meringankan Kesakitan Mati

KERINGANAN SAKIT MATI DAN PENYELAMAT AZAB KUBUR
Antara amalan yang menyampaikan kepada maqam syahid sehingga diringankan kesakitan mati dan selamat dari azab kubur ialah berperang di jalan Allah, ribat, berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim, memelihara dan membiayai keluarga mujahid, membantu keperluan mujahid, berdoa meminta syahid dengan jujur, haji yang mabrur, memelihara doa-doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur, memelihara solat jamaah dan jumaat, belajar atau mengajar di masjid kerana Allah, berbakti kepada ibubapa, memelihara diri dari nifaq, bid’ah, ‘asabiyyah dan sifat-sifat jahiliyyah,
melangsaikan hutang, membaca akhir surah al-Hashr dan sayyidul istighfar setiap pagi dan petang, membaca surah al-Sajdah, al-Mulk, Yasin setiap malam, jujur dan amanah dalam perniagaan, sabar berpegang dan beramal dengan sunnah, memelihara lidah dari lagha dan melaknat, tidak bakhil, menghafaz al-Quran serta mempelajari tafsirnya, mati jauh dari tanahair dan keluarga, cinta kerana Allah, menyara janda dan orang miskin, selawat 100 kali setiap hari, membaca 1000 ayat al-Quran setiap malam, mengajarkan lebih 40 hadith, serta berjihad dengan lidah dan harta., dakwah sepanjang hayat seperti Habib al-Najjar.
Al-Imam al-Hafiz al-Tirmizi dengan sanad sahih dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak merasai orang mati syahid itu rasa sakit mati melainkan sepertimana seseorang kamu merasai gigitan semut.” Ini kelebihan yang amat besar bagi seorang syahid.
عَنْ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ ، عَنْ رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّ رَجُلا ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! مَا بَالُ الْمُؤْمِنِينَ يُفْتَنُونَ فِي قُبُورِهِمْ إِلا الشَّهِيدَ ؟ ! قَالَ : ” كَفَى بِبَارِقَةِ السُّيُوفِ عَلَى رَأْسِهِ فِتْنَةً ” .
Al-Hafiz al-Imam al-Nasa’ei dan al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan dari Rashid ibn Sa’d bahawa seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah orang-orang beriman diazab dalam kubur mereka melainkan syahid?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Cukuplah kilauan pedang-pedang di atas kepalanya sebagai azab.” Nasaei, al-Kubra, Kitab al-Jana’iz, Bab al-Shahid (2168); al-Sughra 2036 dan memandangnya sebagai sahih; Abu Nu’aym, Ma’rifat al-Sahabah, 6693.
ABID: Kelepasan dari azab ini dengan syarat memelihara lidah dari kata-kata yang tidak berguna dan tidak bakhil terhadap yang tidak mengurangkan harta dan tidak meninggalkan hutang.

Dari al-Miqdam ibn Ma’di Karib r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mati syahid itu mendapat 8 kelebihan di sisi Allah,
1. Diampunkan segala dosanya ketika terpancut darah kali pertama.
2. Ia dapat melihat tempatnya di syurga
3. Diselamatkan dari azab kubur
4. Selamat dari huru hara Qiyamat (al-faza’ al-akbar)
5. Di letak atas kepalanya tajulwaqar (mahkota ketenangan) yaqutah (satu permatanya) lebih baik dari dunia dan seisinya.
6. Dikahwinkan dengan 72 bidadari
7. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya
8. Diberi selendang iman.”
HR al-Imam Ahmad ibn Hanbal.

Alim salih sadiq di dalam syurga. Al-Hafiz al-Tabarani meriwayatkan dalam al-Awsat dari Ibn ‘Abbas r.a. berkata, dari Nabi s.a.w. bersabda, “Pemimpin syuhada’ ialah Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib, dan seorang lelaki yang datang kepada pemimpin zalim lalu menyuruhnya kepada makruf dan mencegahnya dari munkar, lantas pemimpin itu membunuhnya.” HR al-Hakim dalam al-Mustadrak dari Jabir.

Sebaliknya alim pengampu yg mencari keredhaan pemerintah menyebabkan terhumban ke Api Neraka Jahannam lbh jauh dari langit bumi, lebih jauh dari timur dan barat.
Al-Hafiz Ibn Mandah dlm al-Ma’rifah dan al-Daraqutni dalam al-Afrad, meriwayatkan dari Bilal ibn al-Harith al-Muzani, saya mendengar Rasulullah saw bersabda
يَكُونَ بَعْدِي أُمَرَاءُ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهمْ فَلَا يَقُلْ إِلَّا حَقًّا ، فَإنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يُرْضِي بِهَا السُّلْطَانَ يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مِنَ السَّمَاءِ ”
“Muncul selepasku pemimpin-pemimpin (yang zalim dan penipu). Maka sesiapa yang masuk kepada mereka janganlah berkata melainkan yang benar. Sesungguhnya seseorang itu berkata dengan perkataan yang denganya ia meredhakan pemerintah, ia jatuh (ke dalam Api Neraka Jahannam) dengan sebab perkataannya itu lebih jauh dari langit.” Dalam riwayat lain, “… ia jatuh ke dalam Api Neraka Jahannam lebih jauh dari timur dan barat.”
Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Amali al-Mutlaqah, no 197.
Al-Imam Muslim ibn al-Hajjaj meriwayatkan dari Sahl ibn Hunayf r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang meminta kepada Allah untuk mati syahid, nescaya Allah menyampaikannya kepada kedudukan syuhada’ walau ia mati di atas tilamnya.”

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ‘Aishah Umm al-Mu’minin radhiyallahu ‘anha berkata, Wahai Rasulullah kami melihat jihad itu amal yang paling utama, bolehkah kami berjihad? Baginda s.a.w. bersabda, “Tidak, tetapi sebaik-baik jihad (bagi wanita) ialah haji yang mabrur.” Jihad bagi wanita ialah haji yang mabrur, memelihara solat, banyak berzikir, membantu mujahid, mentaati suami, mengandung, bersalin, menyusukan dan mengasuh anak-anak.

Dikatakan peniaga yang sangat jujur diberi naungan di bawah arasy dan termasuk yg terawal memasuki syurga. Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf, Kitab al-Zuhd (35364) meriwyatakan
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ التَّاجِرُ الصَّدُوقُ
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” التَّاجِرُ الصَّدُوقُ تَحْتَ ظِلِّ الْعَرْشِ يَوْمَ القِيَامةِ ” ، قال ابن حجر في الأمالي المطلقة هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ، تَفَرَّدَ بِهِ يَحْيَى بْنُ شُبَيْبٍ ، وَهُوَ مُنْكِرُ الْحَدِيثِ ،98
Lihat: Abid ibn Muhammad Noor, Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith, Malaysia: al-Rabbani Publisher, 2011.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: