Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Buku2 Sayyid Qutb

SOALAN: Apa pandangan ust tentang Sayyid Qutb? Adakah orang2 awam sesuai membaca karangan2 beliau seperti Khasa’is, Fi Zilal dan Ma’alim fi al-Tariq?
………………………..

JAWAPAN: Sayyid Qutb seorang penulis dan pejuang Islam yang telah berjaya menggegarkan dunia sekuler pada zamannya, mengejutkan jahiliyyah dari kesesatannya yang sangat jauh. Beliau terkenal sebagai penulis yang sangat tajam idea dan tulisan2nya. Boleh dikatakan Fi Zilal adalah penulisan yang Berjaya dan menawan para pembaca.
Sayyid telah menghafaz al-Quran sejak berumur 10 tahun. Sejak kecil beliau suka ke masjid dan berbinnag2 dgn para ulama’. Termasuk dalam kalangan sasterawan arab yg cukup haebat, sehingga para pembaca terpukau hanya dengan melihat ungkapan2 yg tinggi. Sayyid termasuk tokoh Islam, pendakwah, penggerak dan pejuang Islam dan beliau mati kerana Islam yang diyakininya.
Antara sifat Sayyid Qutb.
Penyayang, marah, pengasih.
Sayyid menulis tentang dirinya, “Dan dia (maksudnya dirinya) cinta agar tidak marah, tidak emosi, pada suatu hari, hingga apabila tamat kpd mawqif itu, ia kembali kepada hanannya (kasihsayangnya), kembali kpd mazahir wudd dan mahabbah, spt mencarinya seseorang haus yang mencari tambahan…Inilah falsafah penyair kita sebenarnya (Sayyid) …walau terzahir di mata orang ramai…”
“…dan dia cinta agar alam ini semuanya dipenuhi dengan hanan (kasihsayang), dan seluruh makhluk dipenuhi juga dengan hanan, hingga kedua2nya saling kasih, mesra dan saling cinta…” Majallat al-Usbu’, ms 11.
Zuhud dan Pemurah.
Beliau menghadiahkan barang2 dan perabot2 rumahnya kepada kawannya yang berkahwin. Ketika mjd pensyarah sambilan beliau mengambil baju buruk seorg pelajarnya dan menghadiahkan baju barunya kepada pelajar itu. Beliau juga telah menolak hadiah dari sebuah Negara petrol benilai ribuan junaih.
Kejujuran, keberanian, Tawadhu’.
Menilai beliau mestilah dengan ilmiyyah, bukan zalim bodoh dan bias spt yg dilakukan oleh sesetangh kelopok yang menjafirkan belaiu atau menyesatkan beliau semata2 pencurian maklumt ttg kesilapan2 beliau dr golongan2 yg xthiqah. Satu kebodohan besar apabila maklmat Syyid diambil dari mulut atheis komunis dan kuncu2nya dimana mereka mengatakan Sayyid mengaku “nabi”. Dan mengkafir umat Islam sdgkan Sayyid dlm Fi Zilal menafikan beliau mengkafirkan muslimin.
Sesiapapun xberhak menghukum Sayyid kerana xsemua buku2 karangan dan pemikiran beliau diterbitkan, ada yang hilng, dibakar dn dirampas spt Fi Mawkib al-Iman, Fi zilal al-Sirah, Taswibat Fi Fikr al-Islami al-Mu’asir, Nahw Mujtama’ Islami dan Haza al-Qur’an dan lain2. Hatta buku ‘Amerika Yang AKu Lihat’ tidak diterbit, yg ada sekarang ialah himpunan yg disusun semula oleh Dr al-Khalidi.
Sayyid dalam penjara menulis kpd sahabatnya Ustaz ‘Attar , “Saya telah mendapati Allah, sptmana saya xmendapatiNya sebelum ini, saya telah mengenal manhajNya, dan jalanNya, sptmana yang tidak saya kenali sebelumnya, saya telah sgt yakin akan penjagaanNya dan janjiNya utk og2 beriman, yg tidak saya ketahui sblm ini,…” Selain itu, spt yang kamu ketahui ttg diri saya, tegar berdiri tegak, tidak tunduk melain kepada Allah,…dan Allah lakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, Allah sngat berkuasa atas segala urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…” Dr Solah, Sayyid Qutb Min al-Milad ila al-Istishhhad, ms 466.
Membaca buku2nya adalah bagus sekiranya seseorg muslim telah menguasai ilmu firaq (aliran aiqah dan pemikiran), dan dpt menta’wil maksud2 Sayyid dengan tafsiran yang benar, disertai ta’liq dn tahqiq para ulama’ spt al-Qaradawi, Sa’id Hawwa dan Solah al-Khalidi.
Antara buku yang patut dibaca oleh org2 awam dalam aqidah ialah ‘Aqidah Salaf Ashab al-Hadith oleh al-Hafiz al-Sabuni, Lum’at al-Iktiqad oleh al-Hafiz al-Maqdisi, Kitab Tawhid dari Sahih al-Bukhari, ‘Aqidah Wasitiyyah oleh al-Hafiz al-Harrani, Hamawiyyah Kubra, Tadammuriyyah, al-Radd ‘ala al-Jahmiyyah al-Darimi, al-‘Uluww al-Zahabi.
Tafsir: Tafsir al-Qurtubi, al-Hafiz Ibn Kathir, Tafsir al-Sa’di, Sofwat Tafasir al-Sabuni, Tafsir Muyassar Dr Ismail al-Misri,
Hadith: Sahih Bukhari, Muslim, Sunan Tirmidhi, Sahih Jami’ Saghir, al-Azkar, Riyadh al-Salihin,
Fiqh: Fiqh Manhaji , Fiqh al-Sunnah, Kifayat al-Akhyar,
Da’wah: Usul al-Da’wah Dr ‘Abd al-Karim Zaydan,
Tazkiyah, Zuhd dan Riqaq: Sifat Sofwah Ibn al-Jawzi, Madarij al-Salikin, Mustakhlas, Muzakkirat, Tarbiyatuna ar-Ruhiyyah oleh Sa’id Hawwa, Minhaj al-Qasidin dan lain2 dari tokoh2 sunnah.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: