Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Wujud Allah

Antara yang paling jelas menunjukkan kewjudan Allah Ta’ala ialah nass2 berkaitan dengan sifat ‘uluww, fawqiyyah dan istiwa’. Antaranya ialah
1.surah al-A’raf ayat 54 dan surah Yunus: ayat 3
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
“Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy (singgahsana),…” al-A’raf ayat 54.
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy (singgahsana) untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa’at kecuali sesudah ada keizinanNya” (Surah Yunus: 3)

2. Surah al-Ra’d ayat 2, dan Taha 5
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
“Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu”.(Surah Ar-Ra’d: 2).
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Allah yang maha pemurah di atas Arasy Dia bersemayam.” Taha: 5.

3.Surah al-Furqan,
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
“… kemudian Dia bersemayam di atas Arsy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang Maha Mengetahui” (Al-Furqan: 59)
4.al-Sajdah ayat 4
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا شَفِيعٍ أَفَلا تَتَذَكَّرُونَ
“…kemudian Dia pun bersemayam di atas ‘Arsy…”.(As-Sajdah:4)
Al-Hadid: ayat 4
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْـزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Dialah yang telah mencipta 7 petala langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Ia mengetahui apa sahaja yang mask dalam bumi, dan apa sahaja yang keluar darinya, dan Dia bersama kamu sekalian dimana saja kalian berada,…”

5.Fatir ayat 10,
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ
“…kepadaNya lah naik perkataan-perkataan yang baik..”.(Fathir:10)
6.al-Sajdah ayat 5,
يُدَبِّرُ الأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya..”. (As-Sajdah:5).
14

7.al-Mulk ayat 16,
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di atas langit bahawa Dia menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi itu bergoncang”. (Al-Mulk:16)
Berkata al-Imam al-Tabari, yang di atas langit ialah ALLAH.
القول في تأويل قوله تعالى : أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ (16) أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ (17)
يقول تعالى ذكره: (أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ ) أيها الكافرون (أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ ) يقول: فإذا الأرض تذهب بكم وتجيء وتضطرب (أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ ) وهو الله (أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا ) وهو التراب فيه الحصباء الصغار (فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ ) يقول: فستعلمون أيها الكفرة كيف عاقبة نذيري لكم، إذ كذبتم به، ورددتموه على رسولي.

Shaykh Sa’id Hawwa dlm al-Asas berata yang di atas langit ialah ALLAH.
8.Allah subhanahu wa ta’ala memberitakan tentang Fir’aun yang dilaknat, bahawa ia pernah berkata kepada Haman (pembantunya):
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأَسْبَابَ أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلا فِي تَبَابٍ
“Dan berkatalah Fir’aun: “Wahai Haman, buatkanlah untukku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, lalu aku melihat Ilah Musa (Tuhan Musa di atas langit) dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta…” (Al-Mu’min:36-37).
Fir’aun berkata demikian kerana ia mendengar Nabi Musa a.s. mengkhabarkan bahawa Rabbnya berada di atas langit.!!

Para ulama dan tokoh imam-imam dari kalangan salaf tidak pernah berbeza pendapat, bahawa Allah ‘azza wa jalla’ berada di atas ‘arsy-Nya. Dan ‘arsy-Nya berada di atas tujuh lapis langit. Mereka menetapkan segala yang ditetapkan Allah, mengimaninya serta membenarkannya. 2
يثبتون له من ذلك ما أثبته الله تعالى، ويؤمنون به ويصدقون الرب جل جلاله في خبره، ويطلقون ما أطلقه سبحانه وتعالى من استوائه على العرش، ويمرونه على ظاهره ويكلون علمه إلى الله، ويقولون: (آمنا به، كل من عند ربنا، وما يذكر إلا أولو الألباب) كما أخبر الله تعالى عن الراسخين في العلم أنهم يقولون ذلك، ورضيه منهم، فأثنى عليهم به.
Mereka menyatakan seperti yang Allah Ta’ala ithbatkan, mereka beriman dengannya dan membenarkan Tuhan jalla jalaluh dalam khabarNya. Mereka mengitlaq (membiarkan makna) ayat itu berdasarkan zahirnya, antaranya ialah Allah bersemayam di atas ‘ArsyNya (tinggi dan menetap) menerimanya menurut zahirnya dan menyerahkan hakikatnya yang sebenar kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Mereka mengatakan:”Kami mengimani, semuanya itu dari sisi Rabb kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal”. (Ali ‘Imran: 7). Sebagaimana Allah terangkan tentang orang-orang yang dalam ilmunya mengatakan demikian, dan Allah ridhai mereka serta memuji mereka. 3
(Berkata al-Muhaqqiq: Tetapi ahli ta’wil yang bid’ah mentafsirkan istiwa’ bukan dengan makna tinggi (‘uluww) dan menetap (istiqrar), tetapi menguasai (istila’ dan haymanah). Ini pemesongan dan penyelewengan makna yang bersalahan dengan ijma’ salaf, bersalahan dengan perbuatan Nabi dan sahabat serta bersalahan dengan bahasa Arab.)

15

2 Al-Imam Abu Hanifah berkata, sesungguhnya Allah di atas langit, bukan di bumi. al-Zahabi, Al-‘Uluww, ms 135. Beliau berkata, “Sesiapa yang mengingkari bahawa Allah di atas langit maka ia telah kafir.” Al-‘Uuww, ms 137. Yakni kerana mengingkari ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang menyatakan ketinggian Allah.
3 Al-Imam al-Shafiei r.a. (150-204H) berkata, “Pegangan sunnah yang saya yakini dan saya lihat ulama yang saya temui seperti Sufyan, Malik dan selain keduanya ialah : mengiqrarkan kesaksian bahawa Tiada Tuhan disembha dengan benar melainkan Allah, seseungguhnya Muhammad Rasul Allah, bahawa Allah di atas ArasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana yang Ia kehenddki, dan Dia TURUN ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki…”. Al-Zahabi, al-‘Uluww , ms 176. Ibn Khuzaimah dan lain-lain meriwayatkan, Yunus berkata saya mendengar Al-Imam berkata, “Tidak dikatakan kepada al-Asiil (aqidah) mengapa dan bagaimana. Hanya dikatakan kepada al-far’ mengapa, apabila sah qiyasnya kepada asl maka ia benar dan menjadi hujah.” Ibn Abi Hatim, al-Adab, ms 233.

Al-Imam Malik ibn Anas pernah ditanya dalam majlisnya tentang ayat Allah:”Ar-Rahman bersemayam di atas ‘Arsynya”.(Thoha:5), bagaimana caranya Allah bersemayam?. Maka al-Imam Malik menjawab:” Bersemayam itu maklum (diketahui maknanya iaitu tinggi dan menetap), bagaimananya (caranya) tidak diketahui, menanyakan bagaimananya adalah bid’ah!, dan saya memandang kamu (yang bertanya) sebagai orang yang sesat.” Kemudian beliau memerintahkan untuk mengeluarkan lelaki tersebut dari majlis.
Dari ‘Abdullah ibn Nafi’, Malik ibn Anas berkata, “Allah di atas langit, ilmuNya di setiap tempat, tiada yang terlepas dari ilmuNya.” Ditakhrij oleh ‘Abdullah dalam al-Sunnah, ms 5; Al-Ajurri, al-Shari’ah, ms 289; al-Lalika’ei, dengan sanad sahih.

Berkata Ma’dan al-‘Abid, al-Imam Sufyan al-Thawri (97-161H) tentang ayat, “…dan Dia bersama kalian di mana saja kalian berada…,” lalu beliau berkata , “Itu ilmuNya.” Mazhab beliau dalam hadith-hadith sifat ialah iqrar, imrar dan kaff dari ta’wil.

Al-Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak berkata,
نعرف ربنا فوق سبع سموات على العرش استوى بائنا منه خلقه، ولا نقول كما قالت الجهمية إنه ها هنا ” وأشار إلى الأرض.
“Kami mengenal Rabb kami berada di atas langit ke 7, bersemayam di atas ‘Arsy-Nya, terpisah dengan makhluk-Nya. Dan kami tidak mengatakan seperti ucapan Jahmiyyah bahawa Allah ada di sini, beliau menunjuk ke tanah (bumi)”. Sanadnya hasan. 4

Al-Imam Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah berkata:
من لم يقل بأن الله عز وجل على عرشه، فوق سبع سمواته، فهو كافر بربه، حلال الدم، يستتاب فإن تاب وإلا ضربت عنقه، وألقي على بعض المزابل حتى لا يتأذى المسلمون ولا المعاهدون بنتن رائحة جيفته، وكان ماله فيئا لا يرثه أحد من المسلمين، إذ المسلم لا يرث الكافر، كما قال الني صلى الله عليه وسلم ” لا يرث المسلم الكافر ولا الكافر المسلم ” رواه البخاري.
“Barangsiapa yang tidak menetapkan bahawa Allah subhanahu wa ta’ala berada di atas ‘ArsyNya maka dia telah kafir kepada Rabbnya, halal darahnya, diminta bertaubat, kalau menolak maka dipenggal lehernya, lalu bangkainya dicampakkan ke pembuangan sampah agar kaum muslimin dan orang-orang mu’ahad tidak terganggu oleh bau busuk bangkainya, hartanya
dianggap sebagai fai’ (rampasan perang)-tidak halal diwarisi oleh seorang muslim pun, kerana seorang muslim tidak mewarisi harta orang kafir, sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Seorang Muslim tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang muslim”(HR al-Bukhari).
Arsy ialah tempat istiwa’ Allah yang maha tinggi, menurut bahasa Arasy ialah katil dan pelamin raja. Dijunjung oleh 8 malaikat yang sangat besar. Sifatnya karim, ‘azim, majid dan
16

4 Al-Imam ‘Ali ibn al-Madini (234H) berkata, “Aqidah Ahl Sunnah dan al-Jama’ah ialah mereka beriman dengan ru’yah (melihat Allah di Akhirat) dan Kalam (al-Quran kalam Allah), bahawa sesungguhnya Allah di atas langit yang ketujuh, di atas ArasyNya Dia bersemayam.” Al-‘Uluww, ms 188-189.
Al-Imam Ahmad ibn Hanbal ditanya, Benarkah Allah di atas langit yang ke 7, di atas ArasyNya, berpisah dari makhlukNya, qudratNya dan ilmuNya di setiap tempat? Beliau menjawab, “Ya, Dia atas ArasyNya, tidak terlepas sesuatu pun dari ilmuNya.” Al-Imam al-Muzani (264H) berkata, “Sifat-sifatNya tidak menyamai sifat2 makhluk, Dia tinggi di atas ArasyNya, berpisah dari makhlukNya.” Al-‘Uluww, ms 200-201. Abu Zur’ah al-Razi (264H) berkata, Tafsiran istiwa’ dia atas arsy ayat 5 Taha, ialah sebagaimana yang dibaca, Dia di atas ArasyNya, ilmuNya di setiap tempat, sesiapa yang berkat dengan selain ini, maka ke atasnya laknat Allah. Al-‘Uluww, ms 203. Abu Hatim al-Razi (277H), Mazhab kami dan pilihan kami ialah mengiktui Rasulullah saw dan sahabt baginda, dan tabiin yang mengikut mereka dengan ihsan, berpegang teguh dengan mazhab ahli athar sperti al-Shafiei, Ahmad, Ishaq dan Abu ‘Ubayd rahimahumullahu ta’a’ala…

di atas air. Kursiyy ialah tempat dua kaki, berjuta-juta kali ganda lebih besar dari 7 langit dan 7 bumi, menunjukkan ketinggian dan kebesaran Allah.
Dalam hadith Mu’awiyah bin al-Hakam, bahawa ia berniat membebaskan hambanya sebagai kaffarah. Lalu ia bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menguji hamba perempuan itu. Baginda s.a.w. bertanya: “Di mana Allah?”, maka ia menjawab, “Di atas langit.” Baginda saw bertanya
lagi: “Siapa saya?”, Maka ia menjawab:”Tuan utusan Allah”. Nabi saw bersabda, “Merdekakanlah ia, sesungguhnya dia perempuan beriman.” SAHIH HR Malik, al-Shafi’ei, Muslim dan 25 hafiz dalam kitab-kitab besar hadith.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menghukumkannya sebagai muslimah mu’minah kerana ia menyatakan bahwa Allah di atas langit. 5

Al-Imam Az-Zuhri imam para imam berkata: “Allahlah yang berhak memberi keterangan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berhak menyampaikan dan kita wajib pasrah menerimanya”.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: