Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “September 9, 2012”

Sunnahkah Kenduri Sebelum Haji

Telah terkeliru ramai dalam kalangan masyarakat sehingga ada yg menganggap kenduri sebelum pergi menunaikan haji sbg sunnah. Yang betul ialah membuat makanan setelah selesai haji.
al-Imam Abu Dawud meriwayatkan
عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : ” لَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ نَحَرَ جَزُورًا أَوْ بَقَرَةً ” .
dari Jabir r.a. berkata, ketika Nabi saw tiba ke Madinah baginda menyeblih unta atau lembu.” SAHIH, Abu Dawud, Kitab al-At’imah, bab al-It’am ‘inda al-Qudum min al-Safar, no 3258.
قال الإمام النووي رحمه الله في المجموع: يستحب النقيعة وهي طعام يعمل لقدوم المسافر ويطلق على ما يعمله المسافر القادم وعلى ما يعمله غيره له.
Berkata al-Imam al-Nawawi, dlm al-Majmu’, “disukai naqi’ah iaitu membuat makan sempena ketibaan musafir…”

Post Navigation