Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “September, 2012”

Bagaimana Jika Pemimpin itu Fasiq?

SOALAN : Adakah kita boleh solat dibelakang pemimpin fasiq dan jahil. Bagaimana apabila imam solat yang dilantik fasiq dan jahil??

JAWAPAN: al-Imam Abu ‘Uthman al-Sabuni al-Shafiei (449H) berkata dalam Aqidah Salaf Ashab al-Hadith,
SOLAT DI BELAKANG (PEMERINTAH) YANG SALIH MAHUPUN FAJIR, SERTA BERJIHAD BERSAMA MEREKA.
ويرى أصحاب الحديث الجمعة والعيدين، وغيرهما من الصلوات خلف كل إمام مسلم برا كان أو فاجرا. ويرون جهاد الكفرة معهم وإن كانوا جورة فجرة، ويرون الدعاء لهم بالإصلاح والتوفيق والصلاح، ولا يرون الخروج عليهم وإن رأوا منهم العدول عن العدل إلى الجور والحيف. ويرون قتال الفئة الباغية حتى ترجع إلى طاعة الإمام العدل.
Ahl Sunnah Ashabul Hadith berpendapat harus melaksanakan solat Juma’at, solat ‘Id dan selain keduanya di belakang imam muslim baik dia salih mahupun fajir.
Mereka juga berpendapat bahawa berjihad memerangi orang-orang kafir itu bersama-sama pemerintah meskipun mereka zalim dan fasiq.
Mereka juga menganjurkan untuk mendo’akan mereka agar menjadi baik dan mendapat hidayah (serta menyebarkan keadilan dalam masyarakat).
Mereka juga tidak membolehkan untuk memberontak kepada pemimpin-pemimpin fasiq tersebut, meskipun mereka menyaksikan penyimpangan pemerintah dari keadilan dan menggantinya dengan kezaliman diktatorisme dan penindasan (kecuali mereka kufur secara nyata dan umat mempunyai qudrat).
Mereka juga berpendapat wajib memerangi para pemberontak sampai orang-orang itu kembali taat kepada imam (pemerintah) yang adil.
Lihat : Aqidah Salaf Ashab al-Hadith Imam Sabuni, terj Abid Muhammad Nur Shakur Annuriyy.

Abid: Tetapi ini bukanlah lesen untuk menghukum penentang dan penashat pemrintah sbg khawarij spt yg disangka oleh org2 bodoh. Penentangan yg haram itu disebut oleh ulama sbg
al-Khuruj ‘ala al-imam al-haqq bi ghayr al-haqq

Khawarij ialah gelaran kpd pemberontak kepada pemimpin yg adil (al-imam al-haqq). Adapun penentangan terhadap golongan fasiq atau kafir (yg dengan selamba menuturkan kalimah2 kafir, mencaci-maki syariah), maka itu bukanlah khuruj sama sekali. Ini kerana si kafir atau murtad terlucut dgn sendiri dari jawatan imam muslimin.

Hukum Emas Putih

SOALAN: Apakah hukum memakai emas putih bagi lelaki?

JAWAPAN: Emas putih terbahagi kepada dua; pertama emas putih yang merupakan platinum. Maka memakainya tidak haram bagi lelaki kerana ia bukan emas sebenarnya, walau ia mahal dan kadangkala disebut emas putih.
Kedua, emas putih yang berasal emas yang asli disapu atau disalut dengan platinum. Ini haram lelaki memakainya seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim.
Emas putih juga adalah campuran emas dgn 12%platinum, atau 15% nikel.
Warna kemerahan emas ialah dengan tambahan 5%perak atau 20% copper. Warna kehijauan boleh terhasil dengan campuran 75% emas dan 25% perak atau dicampur dengan zink dan kadmium.
Warna kebiruan boleh terasil dengan campuran emas dengan sedikt besi. Sekiranya emas dicampur dengan 20% aluminium, akan terhasil warna keunguan.

Meringankan Kesakitan Mati

KERINGANAN SAKIT MATI DAN PENYELAMAT AZAB KUBUR
Antara amalan yang menyampaikan kepada maqam syahid sehingga diringankan kesakitan mati dan selamat dari azab kubur ialah berperang di jalan Allah, ribat, berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim, memelihara dan membiayai keluarga mujahid, membantu keperluan mujahid, berdoa meminta syahid dengan jujur, haji yang mabrur, memelihara doa-doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur, memelihara solat jamaah dan jumaat, belajar atau mengajar di masjid kerana Allah, berbakti kepada ibubapa, memelihara diri dari nifaq, bid’ah, ‘asabiyyah dan sifat-sifat jahiliyyah,
melangsaikan hutang, membaca akhir surah al-Hashr dan sayyidul istighfar setiap pagi dan petang, membaca surah al-Sajdah, al-Mulk, Yasin setiap malam, jujur dan amanah dalam perniagaan, sabar berpegang dan beramal dengan sunnah, memelihara lidah dari lagha dan melaknat, tidak bakhil, menghafaz al-Quran serta mempelajari tafsirnya, mati jauh dari tanahair dan keluarga, cinta kerana Allah, menyara janda dan orang miskin, selawat 100 kali setiap hari, membaca 1000 ayat al-Quran setiap malam, mengajarkan lebih 40 hadith, serta berjihad dengan lidah dan harta., dakwah sepanjang hayat seperti Habib al-Najjar.
Al-Imam al-Hafiz al-Tirmizi dengan sanad sahih dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak merasai orang mati syahid itu rasa sakit mati melainkan sepertimana seseorang kamu merasai gigitan semut.” Ini kelebihan yang amat besar bagi seorang syahid.
عَنْ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ ، عَنْ رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّ رَجُلا ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! مَا بَالُ الْمُؤْمِنِينَ يُفْتَنُونَ فِي قُبُورِهِمْ إِلا الشَّهِيدَ ؟ ! قَالَ : ” كَفَى بِبَارِقَةِ السُّيُوفِ عَلَى رَأْسِهِ فِتْنَةً ” .
Al-Hafiz al-Imam al-Nasa’ei dan al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan dari Rashid ibn Sa’d bahawa seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah orang-orang beriman diazab dalam kubur mereka melainkan syahid?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Cukuplah kilauan pedang-pedang di atas kepalanya sebagai azab.” Nasaei, al-Kubra, Kitab al-Jana’iz, Bab al-Shahid (2168); al-Sughra 2036 dan memandangnya sebagai sahih; Abu Nu’aym, Ma’rifat al-Sahabah, 6693.
ABID: Kelepasan dari azab ini dengan syarat memelihara lidah dari kata-kata yang tidak berguna dan tidak bakhil terhadap yang tidak mengurangkan harta dan tidak meninggalkan hutang.

Dari al-Miqdam ibn Ma’di Karib r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mati syahid itu mendapat 8 kelebihan di sisi Allah,
1. Diampunkan segala dosanya ketika terpancut darah kali pertama.
2. Ia dapat melihat tempatnya di syurga
3. Diselamatkan dari azab kubur
4. Selamat dari huru hara Qiyamat (al-faza’ al-akbar)
5. Di letak atas kepalanya tajulwaqar (mahkota ketenangan) yaqutah (satu permatanya) lebih baik dari dunia dan seisinya.
6. Dikahwinkan dengan 72 bidadari
7. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya
8. Diberi selendang iman.”
HR al-Imam Ahmad ibn Hanbal.

Alim salih sadiq di dalam syurga. Al-Hafiz al-Tabarani meriwayatkan dalam al-Awsat dari Ibn ‘Abbas r.a. berkata, dari Nabi s.a.w. bersabda, “Pemimpin syuhada’ ialah Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib, dan seorang lelaki yang datang kepada pemimpin zalim lalu menyuruhnya kepada makruf dan mencegahnya dari munkar, lantas pemimpin itu membunuhnya.” HR al-Hakim dalam al-Mustadrak dari Jabir.

Sebaliknya alim pengampu yg mencari keredhaan pemerintah menyebabkan terhumban ke Api Neraka Jahannam lbh jauh dari langit bumi, lebih jauh dari timur dan barat.
Al-Hafiz Ibn Mandah dlm al-Ma’rifah dan al-Daraqutni dalam al-Afrad, meriwayatkan dari Bilal ibn al-Harith al-Muzani, saya mendengar Rasulullah saw bersabda
يَكُونَ بَعْدِي أُمَرَاءُ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهمْ فَلَا يَقُلْ إِلَّا حَقًّا ، فَإنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يُرْضِي بِهَا السُّلْطَانَ يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مِنَ السَّمَاءِ ”
“Muncul selepasku pemimpin-pemimpin (yang zalim dan penipu). Maka sesiapa yang masuk kepada mereka janganlah berkata melainkan yang benar. Sesungguhnya seseorang itu berkata dengan perkataan yang denganya ia meredhakan pemerintah, ia jatuh (ke dalam Api Neraka Jahannam) dengan sebab perkataannya itu lebih jauh dari langit.” Dalam riwayat lain, “… ia jatuh ke dalam Api Neraka Jahannam lebih jauh dari timur dan barat.”
Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Amali al-Mutlaqah, no 197.
Al-Imam Muslim ibn al-Hajjaj meriwayatkan dari Sahl ibn Hunayf r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang meminta kepada Allah untuk mati syahid, nescaya Allah menyampaikannya kepada kedudukan syuhada’ walau ia mati di atas tilamnya.”

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ‘Aishah Umm al-Mu’minin radhiyallahu ‘anha berkata, Wahai Rasulullah kami melihat jihad itu amal yang paling utama, bolehkah kami berjihad? Baginda s.a.w. bersabda, “Tidak, tetapi sebaik-baik jihad (bagi wanita) ialah haji yang mabrur.” Jihad bagi wanita ialah haji yang mabrur, memelihara solat, banyak berzikir, membantu mujahid, mentaati suami, mengandung, bersalin, menyusukan dan mengasuh anak-anak.

Dikatakan peniaga yang sangat jujur diberi naungan di bawah arasy dan termasuk yg terawal memasuki syurga. Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf, Kitab al-Zuhd (35364) meriwyatakan
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ التَّاجِرُ الصَّدُوقُ
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” التَّاجِرُ الصَّدُوقُ تَحْتَ ظِلِّ الْعَرْشِ يَوْمَ القِيَامةِ ” ، قال ابن حجر في الأمالي المطلقة هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ، تَفَرَّدَ بِهِ يَحْيَى بْنُ شُبَيْبٍ ، وَهُوَ مُنْكِرُ الْحَدِيثِ ،98
Lihat: Abid ibn Muhammad Noor, Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith, Malaysia: al-Rabbani Publisher, 2011.

Buku2 Sayyid Qutb

SOALAN: Apa pandangan ust tentang Sayyid Qutb? Adakah orang2 awam sesuai membaca karangan2 beliau seperti Khasa’is, Fi Zilal dan Ma’alim fi al-Tariq?
………………………..

JAWAPAN: Sayyid Qutb seorang penulis dan pejuang Islam yang telah berjaya menggegarkan dunia sekuler pada zamannya, mengejutkan jahiliyyah dari kesesatannya yang sangat jauh. Beliau terkenal sebagai penulis yang sangat tajam idea dan tulisan2nya. Boleh dikatakan Fi Zilal adalah penulisan yang Berjaya dan menawan para pembaca.
Sayyid telah menghafaz al-Quran sejak berumur 10 tahun. Sejak kecil beliau suka ke masjid dan berbinnag2 dgn para ulama’. Termasuk dalam kalangan sasterawan arab yg cukup haebat, sehingga para pembaca terpukau hanya dengan melihat ungkapan2 yg tinggi. Sayyid termasuk tokoh Islam, pendakwah, penggerak dan pejuang Islam dan beliau mati kerana Islam yang diyakininya.
Antara sifat Sayyid Qutb.
Penyayang, marah, pengasih.
Sayyid menulis tentang dirinya, “Dan dia (maksudnya dirinya) cinta agar tidak marah, tidak emosi, pada suatu hari, hingga apabila tamat kpd mawqif itu, ia kembali kepada hanannya (kasihsayangnya), kembali kpd mazahir wudd dan mahabbah, spt mencarinya seseorang haus yang mencari tambahan…Inilah falsafah penyair kita sebenarnya (Sayyid) …walau terzahir di mata orang ramai…”
“…dan dia cinta agar alam ini semuanya dipenuhi dengan hanan (kasihsayang), dan seluruh makhluk dipenuhi juga dengan hanan, hingga kedua2nya saling kasih, mesra dan saling cinta…” Majallat al-Usbu’, ms 11.
Zuhud dan Pemurah.
Beliau menghadiahkan barang2 dan perabot2 rumahnya kepada kawannya yang berkahwin. Ketika mjd pensyarah sambilan beliau mengambil baju buruk seorg pelajarnya dan menghadiahkan baju barunya kepada pelajar itu. Beliau juga telah menolak hadiah dari sebuah Negara petrol benilai ribuan junaih.
Kejujuran, keberanian, Tawadhu’.
Menilai beliau mestilah dengan ilmiyyah, bukan zalim bodoh dan bias spt yg dilakukan oleh sesetangh kelopok yang menjafirkan belaiu atau menyesatkan beliau semata2 pencurian maklumt ttg kesilapan2 beliau dr golongan2 yg xthiqah. Satu kebodohan besar apabila maklmat Syyid diambil dari mulut atheis komunis dan kuncu2nya dimana mereka mengatakan Sayyid mengaku “nabi”. Dan mengkafir umat Islam sdgkan Sayyid dlm Fi Zilal menafikan beliau mengkafirkan muslimin.
Sesiapapun xberhak menghukum Sayyid kerana xsemua buku2 karangan dan pemikiran beliau diterbitkan, ada yang hilng, dibakar dn dirampas spt Fi Mawkib al-Iman, Fi zilal al-Sirah, Taswibat Fi Fikr al-Islami al-Mu’asir, Nahw Mujtama’ Islami dan Haza al-Qur’an dan lain2. Hatta buku ‘Amerika Yang AKu Lihat’ tidak diterbit, yg ada sekarang ialah himpunan yg disusun semula oleh Dr al-Khalidi.
Sayyid dalam penjara menulis kpd sahabatnya Ustaz ‘Attar , “Saya telah mendapati Allah, sptmana saya xmendapatiNya sebelum ini, saya telah mengenal manhajNya, dan jalanNya, sptmana yang tidak saya kenali sebelumnya, saya telah sgt yakin akan penjagaanNya dan janjiNya utk og2 beriman, yg tidak saya ketahui sblm ini,…” Selain itu, spt yang kamu ketahui ttg diri saya, tegar berdiri tegak, tidak tunduk melain kepada Allah,…dan Allah lakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, Allah sngat berkuasa atas segala urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…” Dr Solah, Sayyid Qutb Min al-Milad ila al-Istishhhad, ms 466.
Membaca buku2nya adalah bagus sekiranya seseorg muslim telah menguasai ilmu firaq (aliran aiqah dan pemikiran), dan dpt menta’wil maksud2 Sayyid dengan tafsiran yang benar, disertai ta’liq dn tahqiq para ulama’ spt al-Qaradawi, Sa’id Hawwa dan Solah al-Khalidi.
Antara buku yang patut dibaca oleh org2 awam dalam aqidah ialah ‘Aqidah Salaf Ashab al-Hadith oleh al-Hafiz al-Sabuni, Lum’at al-Iktiqad oleh al-Hafiz al-Maqdisi, Kitab Tawhid dari Sahih al-Bukhari, ‘Aqidah Wasitiyyah oleh al-Hafiz al-Harrani, Hamawiyyah Kubra, Tadammuriyyah, al-Radd ‘ala al-Jahmiyyah al-Darimi, al-‘Uluww al-Zahabi.
Tafsir: Tafsir al-Qurtubi, al-Hafiz Ibn Kathir, Tafsir al-Sa’di, Sofwat Tafasir al-Sabuni, Tafsir Muyassar Dr Ismail al-Misri,
Hadith: Sahih Bukhari, Muslim, Sunan Tirmidhi, Sahih Jami’ Saghir, al-Azkar, Riyadh al-Salihin,
Fiqh: Fiqh Manhaji , Fiqh al-Sunnah, Kifayat al-Akhyar,
Da’wah: Usul al-Da’wah Dr ‘Abd al-Karim Zaydan,
Tazkiyah, Zuhd dan Riqaq: Sifat Sofwah Ibn al-Jawzi, Madarij al-Salikin, Mustakhlas, Muzakkirat, Tarbiyatuna ar-Ruhiyyah oleh Sa’id Hawwa, Minhaj al-Qasidin dan lain2 dari tokoh2 sunnah.

Antara Alim Jujur dan Munafiq

ANTARA DUA ALIM.
Alim salih sadiq di dalam syurga. Al-Hafiz al-Tabarani meriwayatkan dalam al-Awsat dari Ibn ‘Abbas r.a. berkata, dari Nabi s.a.w. bersabda, “Pemimpin syuhada’ ialah Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib, dan seorang lelaki yang datang kepada pemimpin zalim lalu menyuruhnya kepada makruf dan mencegahnya dari munkar, lantas pemimpin itu membunuhnya.” HR al-Hakim dalam al-Mustadrak dari Jabir.

Sebaliknya alim pengampu yg mencari keredhaan pemerintah menyebabkan terhumban ke Api Neraka Jahannam lbh jauh dari langit bumi, lebih jauh dari timur dan barat.
Al-Hafiz Ibn Mandah dlm al-Ma’rifah dan al-Daraqutni dalam al-Afrad, meriwayatkan dari Bilal ibn al-Harith al-Muzani, saya mendengar Rasulullah saw bersabda
يَكُونَ بَعْدِي أُمَرَاءُ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهمْ فَلَا يَقُلْ إِلَّا حَقًّا ، فَإنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يُرْضِي بِهَا السُّلْطَانَ يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مِنَ السَّمَاءِ ”
Ibn Hajar, al-Amali al-Mutlaqah, no 197.

Ayat2 dan Hadith2 Keampunan

Memperbetulkan iman dan beramal salih (dan itulah taqwa) adalah syarat mendapat maghfirah. Ini disebut oleh Allah sebanyak 17 kali dalam al-Quran. Begitu juga sabar dan amal salih syarat mendapat keampunan. Ini adalah janji Allah.
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
“Dan Allah telah menjanjikan orang2 beriman dan beramal salih bagi mereka keampunan dosa dan pahala yang sangat besar.” al-Ma’idah ayat 9.
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
al-Fath 29
Berzikir sebanyak2nya salah satu syarat untuk mendapatkan keampunan dosa2 yg telah lalu dan salah syarat memasuki syurga. Yakni zikir banyak dalam keadaan hudur, khawf dan khashyah, sampai ke maqam ihsan, ikhlas dan khawf.
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
al-Ahzab 35.
1. Bertasbih dan bertahmid subhanAllahi wa bihamdiH 100 kali pada waktu pagi dan 100kali pd waktu petang menghapuskan dosa2 walau sebanyak buih2 di lautan. al-Hafiz Ibn Hibban meriwayatkan dalam Sahihnya, dengan sanad sahih (hadith 866),
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ : سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، مِئَةَ مَرَّةٍ ، وَإِذَا أَمْسَى مِئَةَ مَرَّةٍ ، غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَإِنْ كَانَتْ أَكْثَرَ مِنْ زَبَدِ الْبَحْرِ ” .
Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Raqa’iq, Bab al-Azkar.
2. Tasbih, tahmid dan takbir selepas setiap solat fardhu. Abu Ahmad al-Hakim meriwayatkan dalam Shi’ar Ashab al-Hadith, hadith 66.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : جَاءَ الْفُقَرَاءُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنَ أَصْحَابِ الأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَلَهُمْ فُضُولٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا وَيَعْتَمِرُونَ بِهَا وَيُجَاهِدُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ قَالَ : ” أَلا أُخْبِرُكُمْ بِأَمْرٍ إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ بَعْدَكُمْ ، وَكُنْتُمْ خَيْرًا مِمَّنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلا أَحَدٌ عَمِلَ مِثْلَ عَمَلِكُمْ ، تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلاةٍ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ ” قَالَ : فَاخْتَلَفْنَا بَيْنَنَا فَقَالَ بَعْضُنَا : نُسَبِّحُ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَنَحْمَدُ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَنُكَبِّرُ أَرْبَعًا وَثَلاثِينَ قَالَ : فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ فَقَالَ : ” تَقُولُونَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ حَتَّى تَقُولَ كُلُّهُنَّ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ ” .
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَنْ سَبَّحَ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَحَمِدَ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَكَبَّرَ ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَخَتَمَ الْمِائَةَ بِلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمَلِكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ ” .
Shi’ar, hadith 67.
3. Mempelajari ilmu sehingga takut (taat) kepada Allah dan ittiba’ menghasilkan maghfirah dan CintaNya. al-Mulk ayat 12. Antara syarat mdpt maghfirah ialah takbiratul uulaa.
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
4. Antara lain jihad,hijrah, nusrah, iiwaa’,
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
al-Anfal 74
5. Tahajjud dan istighfar pada waktu sahur.
6. Infaq ketika senang dan susah, menahan marah dan memaafkan manusia. Ihsan kepada Allah, manusia dan makhluk. Infaq kepada kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin, ibn sabil, mujahid, memenuhi janji,
7.Sabar ketika faqir, sakit, ketika perang, sabar dalam taat, meninggalkan maksiat dan menanggung bala.
8.Wara’ lidah, tangan dan anggota2 badan.
Terdapat hadith2 daif yang menunjukkan keampunan Allah Ta’ala. Walau pun begitu, hadith2 tersebut sebenarnya mempunyai shawahid ma’nawiyyah dari ayat2 al-Quran dan hadith2 sahih. in shaAllah.
Antaranya ialah
1. hadith solat sunat duha riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmidhi
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , قََالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ حَافَظَ عَلَى شُفْعَةِ الضُّحَى ، غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ ” .
Sesiapa yang memelihara solat dhuha diampunkan dosa2nya walau sebanyak buih2 lautan.”
2. hadith tasbih dan tahmid riwayat ‘Ali an-Naysaburi dalam ‘Awaali,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُمَا , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ قَالَ : سُبْحَانَ اللَّهِ كَثِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَإِنْ كَانَتْ أَكْثَرَ مِنْ زَبَدِ الْبَحْرِ ” .
3. hadith istighfar selepas solat subuh riwayat Tammam al-Razi, dari Muaz r.a.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ قَالَ بَعْدَ الْفَجْرِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، وَبَعْدَ الْعَصْرِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ : أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ، غَفَرْتُ ذُنُوبَهُ ، وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ ”
“Sesiapa yang mengatakan istighfar astaghfirullah…”
4. hadith istighfar sebelum tidur riwayat Aslam ibn Sahl al-Razzaz dalam Tarikh Waasit,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ قَالَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ : أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَإِنْ كَانَتْ مثل زَبَدِ الْبَحْرِ ” .
5. hadith istighfar sebelum subuh riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam Awsat 7919
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ قَالَ قَبْلَ صَلاةِ الْغَدَاةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ثَلاثَ مِرَارٍ : أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ، غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَإِنْ كَانَتْ أَكْثَرَ مِنْ زَبَدِ الْبَحْرِ ”
6. hadith membantu muslim yang memerlukan bantuan riwayat Isma’il ibn al-Qasim al-Halabi (370H) dgn sanad da’iif jiddan,
عَنْ أَنَسٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ مَشَى لأَخِيهِ الْمُسْلِمِ فِي حَاجَةٍ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ سَبْعِينَ حَسَنَةً ، وَمَحَا عَنْهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ سَبْعِينَ سَيِّئَةً ، مُنْذُ يَبْتَدِئُ فِي الْحَاجَةِ إِلَى أَنْ تُقْضَى ، فَإِنْ قُضِيَتِ الْحَاجَةِ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ ، فَإِنْ مَاتَ قَبْلَ ذَلِكَ دَخَلَ الْجَنَّةَ ” .
“Sesiapa yang berjalan untuk membantu saudaranya yang memerlukan bantuan, Allah menulis baginya untuk setiap langkah 70 pahala, menghapsukan 70 dosa…”
7. hadith menggembirakan orang beriman, menghilangkan kesusahan, membayarkan hutang mu’min,
Ibn Abid Dunya dalam Qada’ al-Hawa’ij (dgn sanad hasan inshaAllah),
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ ، عَنْ بَعْضِ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , مَنْ أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ ؟ قَالَ : ” أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ ، وَإِنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٌ تَدْخِلُهُ عَلَى مُؤْمِنٍ : تَكْشِفُ عَنْهُ كَرْبًا ، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا ، أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا ، وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِي الْمُسْلِمِ فِي حَاجَةٍ , أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ شَهْرَيْنِ فِي مَسْجِدٍ ، وَمَنْ كَفَّ غَضَبَهُ سَتَرَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ ، وَمَنْ كَظَمَ غَيْظَهُ ، وَلَوْ شَاءَ أَنْ يُمْضِيَهُ أَمْضَاهُ ، مَلأَ اللَّهُ قَلْبَهُ رِضًى ، وَمَنْ مَشَى مَعَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ فِي حَاجَةٍ حَتَّى يُثْبِتَهَا لَهُ , ثَبَّتَ اللَّهُ قَدَمْهِ يَوْمَ تَزِلُّ الأَقْدَامُ ، وَإِنَّ سُوءَ الْخُلُقِ لَيُفْسِدُ الْعَمَلَ , كَمَا يُفْسِدُ الْخَلُّ الْعَسَلَ ” .
Ibn Hajar mengatakan Bakr ibn Khunays saduq. beliau seorang qadhi, ‘abid, zahid dan ahli perang.

Taubat dan Mengharap Keampunan

Dosa2 menyebabkan manusia sesat sama ada dengan kecewa bersangatan, putus asa atau menyalahkan taqdir Allah. Cthnya seorg perempuan berzina, ia putus asa dari rahmat Allah dan keampunanNya lalu membunuh diri, atau putus asa utk membersihkan diri dan mjd salihah, lalu ia terus-menerus bergelumang dengan maksiat2.
Seorang ahli ibadah yg salih, ‘alim dan pendakwah apabila terjatuh ke dalam dosa2, adakalanya kecewa putus lantas meninggalkan dakwah, ta’lim lalu menyendiri.
perkara ini berlaku kerana ia terlupa bahawa Allah amat berkuasa untuk mengampunkan semua dosa walau setinggi gunung dan sepadat bumi, walau telah berzina, mencuri dan minum arak. Sesiapa yang mnyangka Allah tidk mampu mengampunkan dosa-dosanya, maka ia telah menganggap lemah kpd qudrat Allah. Ini bukan meremehkan dosa2 atau menafikan bahaya dosa2, tetapi menunjukkan betapa luasnya rahmat kasihsayang Allah yg xbertepi dan tidak akan habis..! Allah Ta’ala berkata,
{قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ} [الزمر: 53]،
“Katakanlah, Wahai hamba2Ku yg telah melampaui batas (dalam dosa2) jangan kamu putus asa
dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa2 semuanya “dan Aku tidak peduli,” sesungguhnya Dia lah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.” az-Zumar ayat 53.
Yang tidak diampunkan, diazab kekal dan dahsyat hanyalah org yg sgt kafir.
{وَهَلْ نُجَازِي إِلاَّ الْكَفُور} [سبأ: 17]،
“Dan KAMI tidak menghukum melainkan orang yang sangat kafir.” Saba’ : ayat 17.
وَقالَ تَعَالَى: {إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَى مَنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى} [طه: 48]،
Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab azab akan menimpa orang yang mendustakan (dgn hati) dan berpaling (dgn lidah perbuatan). Taha: 48. Rahmat Allah terlalu luas, bukan spt sangkaan khawarij dan mu’tazilah! yang mengatakan org yg berdosa besar itu kekal di dalam Neraka.
وَقالَ تَعَالَى: {وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ} [الأعراف: 156].
Allah berkata, “…dan rahmatKU lebih luas dari segala sesuatu …! al-A’raf: 156. sehingga Allah mengampunkan pembunuh dan pelacur yang bertaubat kepadaNYA.
عن أَبي ذر – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم: «يقول الله – عز وجل: مَنْ جَاء بالحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أمْثَالِهَا أَوْ أزْيَد، وَمَنْ جَاءَ بالسَيِّئَةِ فَجَزاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا أَوْ أغْفِرُ. وَمَنْ تَقَرَّبَ مِنِّي شِبْرًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ ذِرَاعًا، وَمَنْ تَقَرَّبَ مِنِّي ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا، وَمَنْ أتَانِي يَمْشِي أتَيْتُهُ هَرْوَلَةً، وَمَنْ لَقِيني بِقُرَابِ الأرْض خَطِيئةً لا يُشْرِكُ بِي شَيئًا، لَقِيتُهُ بِمِثْلِهَا مَغفِرَةً». رواه مسلم.
Allah berfirman dalam hadith qudsiyy, Sesiapa yang melakukan satu kebaikan maka baginya 10 kali atau AKU tambah lagi. Sesiapa yang melakukan kejahatan maka balasan kejahatannya hanya seperti itu (hanya satu) atau AKU ampunkan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kpdKU sejengkal, AKU mendekat kepadaNYA sehasta. Sesiapa yang mendekat kepadaKU sehasta Aku mendekat kepadaNYA sedepa. Sesiapa yang dating kepadaKua dengan berjalan, AKU datang kepadaNya dengan berlari.

Bagaimana membersihkan diri dari dosa2.?
1. Memperbaharui iman dengan menyebut kalimah tawhid dgn hati yg tulus : ((Tiada Tuhan yang disembah dengan benar melainkan Allah)).
عن عبادة بن الصامتِ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم: «مَنْ شَهِدَ أنَّ لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمدًا عَبْدهُ ورَسُولُهُ، وَأنَّ عِيسى عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ ألْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ ورُوحٌ مِنْهُ، وَأنَّ الجَنَّةَ حَقٌّ، وَالنَّارَ حَقٌّ، أدْخَلَهُ اللهُ الجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنَ العَمَلِ». مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. (1)
وفي رواية لمسلم: «مَنْ شَهِدَ أَنْ لا إلَهَ إلاَّ اللهُ وَأنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، حَرَّمَ اللهُ عَلَيهِ النَّارَ».
(1) أخرجه: البخاري 4/ 201 (3435)، ومسلم 1/ 42 (28) (46) و (29) (47).
al-Bukhari dan Muslim mengisnadkan dari ‘Ubadah ibn al-Samit r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, “sesiapa yang menyaksikan bhw Tiada Tuhan yang disembah dengan benar melainkan Allah, satu2Nya tiada yang setanding denganNYA, dan sesungguhnya Muhammad itu hamabNYA dan utusanNYA, ‘Isa itu hamba ALLAH, RasulNYa dan kalimahNYa yang IA lontarkan kepada Maryam dan ruh dariNya, syurga itu benar, Api Neraka itu benar, …Allah memasukkannya ke dalam syurga mengikut amalannya.” yakni walau banyak amalanya yang buruk. dalam riwayat lain, “…Allah mengharamkan ke atasnya Api Neraka.” HR al-Bukhari dan Muslim.
Haraplah keampunan wahai stp yg berdosa walau zahir kita spt ahli maksiat dan perbuatanmu spt perbuatan munafiq.
«فإنَّ الله قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ: لا إلهَ إلاَّ الله يَبْتَغِي بذَلِكَ وَجْهَ الله». مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
“…sesungguhnya Allah telah mengharamkan Api Neraka, ke atas yg mengatakan Tiada tuhan melainkan Allah kerana mencari wajah Allah.” Sahih Muslim.
2. Berwudhu’, Solat taubat 2 atau 4 rakaat, juga solat 5 waktu dengan takbiratul uulaa, termasuk asbab maghfirah.
قَالَ: فقلتُ: يَا نَبيَّ الله، فالوضوءُ حدثني عَنْهُ؟ فَقَالَ: «مَا مِنْكُمْ رَجُلٌ يُقَرِّبُ وَضُوءهُ، فَيَتَمَضْمَضُ وَيسْتَنْشِقُ فَيَسْتَنْثِرُ، إلاَّ خَرَّتْ خَطَايَا وَجْهِهِ مِنْ أَطْرَافِ لِحْيَتِهِ مَعَ المَاءِ، ثُمَّ يَغْسِلُ يَدَيهِ إِلَى المِرفَقَيْن، إِلاَّ خَرَّتْ خَطَايَا يَدَيْهِ مِنْ أَنَامِلِهِ مَعَ الماءِ، ثُمَّ يَمْسَحُ رَأْسَهُ، إِلاَّ خَرَّتْ خَطَايَا رَأْسِهِ مِنْ أَطْرَافِ شَعْرِهِ مَعَ الماءِ، ثُمَّ يغسل قدميه إِلَى الكَعْبَيْنِ، إلاَّ خَرَّتْ خَطَايَا رِجلَيْهِ مِنْ أَنَاملِهِ مَعَ الماءِ، فَإنْ هُوَ قَامَ فَصَلَّى، فَحَمِدَ اللهَ تَعَالَى، وأَثنى عَلَيهِ ومَجَّدَهُ بالَّذي هُوَ لَهُ أَهْلٌ، وَفَرَّغَ قلبه للهِ تَعَالَى، إلاَّ انْصَرفَ مِنْ خَطِيئَتِهِ كهيئته يَومَ وَلَدتهُ أُمُّهُ».
Dari ‘Amr ibn ‘Abasah as-Sulami r.a. HR Muslim.
3. Uzlah, istighfar dan memelihara lidah serta menangisi dosa2 yg lalu. spt Istighfar selepas setiap solat, setiap pagi dan ptg dan pada waktu sahur.
4. Bergaul dgn orang2 salih, ulama salih dan menghadiri majlis2 ilmu, membaca al-Quran dengan tadabbur (atau dgn menghadiri majlis tafsir al-Quran), hadir solat jamaah dan Jumaat., membanyakkan zikir dan istighfar selepas setiap solat di masjid2.
عن جابر – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم: «مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الخَمْسِ كَمَثَلِ نَهْرٍ جَارٍ غَمْرٍ عَلَى بَابِ أحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْم خَمْسَ مَرَّات». رواه مسلم. (1)
«الغَمْرُ»: الكَثِيرُ.
dari Jabir r.a.,
عن ابن مسعود – رضي الله عنه: أنَّ رَجُلًا أصَابَ مِن امْرَأة قُبْلَةً، فَأتَى النَّبيَّ – صلى الله عليه وسلم – فَأخْبَرَهُ، فَأنْزَلَ الله تَعَالَى: {وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَات} [هود: 114] فَقَالَ الرجل: أَليَ هَذَا يَا رَسُول الله؟ قَالَ: «لجميعِ أُمَّتِي كُلِّهِمْ». مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Seorang lelaki mencium seorang perempuan lalu ia datang kepada Nabi saw,
عن أنس – رضي الله عنه – قَالَ: جاء رجل إِلَى النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَ: يَا رَسُول الله، أَصَبْتُ حَدًّا، فَأَقِمْهُ عَلَيَّ، وَحَضَرَتِ الصَّلاةُ، فَصَلَّى مَعَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – فَلَمَّا قَضَى الصَّلاةَ، قَالَ: يَا رَسُول الله، إنِّي أصَبْتُ حَدًّا فَأقِمْ فيَّ كِتَابَ الله. قَالَ: «هَلْ حَضَرْتَ مَعَنَا الصَّلاةَ»؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: «قَدْ غُفِرَ لَكَ». مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Dari Anas r.a. berkata, Datang seorang lelaki kpd Nabi saw lalu berkata, “Wahai Rasulullah, saya telah melakukan hadd (dosa besar) laksanaknlah hukuman hadd ke atas saya!”
Lalu masuk waktu solat lalu ia bersolat bersama Rasulullah saw. Selesai solat ia berkata, Wahai RAsulullah, saya telah melakukan dosa besar laksanakanlah kitab Allah (hukum Allah) ke atas saya.!”
Rasulullah saw berkata, “Adakah kamu hadir solat bersama kami?” Ia berkata “Ya”. Nabi saw bersabda, “Telah diampunkan untukmu dosamu.”
5.Meninggalkan semua tempat2 maksiat dan rakan2 yg zalim, jahat, bid’ah lagi syirik.

عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – قَالَ: قدِم رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – بسَبْيٍ فَإِذَا امْرَأةٌ مِنَ السَّبْيِ تَسْعَى، إِذْ وَجَدَتْ صَبيًا في السَّبْيِ أخَذَتْهُ فَألْزَقَتهُ بِبَطْنِهَا فَأَرضَعَتْهُ، فَقَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم: «أتَرَوْنَ هذِهِ المَرْأةَ طَارِحَةً وَلَدَها في النَّارِ؟» قُلْنَا: لاَ وَاللهِ. فَقَالَ: «للهُ أرْحَمُ بِعِبَادِهِ مِنْ هذِهِ بِوَلَدِهَا». مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Rasulullah saw melihat twanan perang. Tiba2 seorang wanita tawanan berlari2 mencari bayinya lalu mengambilnya, medukungnya dan menyusukannya. Rasulullah saw bersabda, “daakah kalin menyangka perempuan ini akan melonatr anaknya ke dalam api? kami berkata, Tidak!”. Baginda bersabda, “Allah benar2 lebih kasih akan hamba2Nya dari kasihnya ibu ini kepada bayinya.” Muttafaq ‘alayh.
6.Meminta doa dari 40 orang salih.
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: «مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ، فَيقُومُ عَلَى جَنَازَتهِ أرْبَعونَ رَجُلًا لاَ يُشْرِكُونَ بِاللهِ شَيئًا، إلاَّ شَفَّعَهُمُ اللهُ فِيهِ». رواه مسلم.

عن أَبي هريرة – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم: «لَمَّا خَلَقَ الله الخَلْقَ كَتَبَ في كِتَابٍ، فَهُوَ عِنْدَهُ فَوقَ العَرْشِ: إنَّ رَحْمَتِي تَغْلِبُ غَضَبي».
وفي رواية: «غَلَبَتْ غَضَبي» وفي رواية: «سَبَقَتْ غَضَبي». مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Perlu disedari dan diyakini, bhawa manuia dicipta memang akan melakukan dosa2 walau ia telah bersungguh2 mencari taqwa dan membersihkan diri.
قَالَ: قَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم: «والَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا، لَذَهَبَ الله بِكُمْ، وَجَاءَ بِقَومٍ يُذْنِبُونَ، فَيَسْتَغْفِرُونَ الله تَعَالَى، فَيَغْفِرُ لَهُمْ». رواه مسلم.
Dari Abu Hurairah ‘Abd Rahman ibn Sakhr r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang nyawaku di tanganNYA, sekiranya kamu tidak melakukan dosa nescaya Allah mematikan kamu, dan mendatangkan kaum2 yang melakukan dosa2, lalu mrk meminta ampun kepada Allah Ta’ala dan mengampunkan mereka.” HR Muslim.

عن ابن عمر رضي الله عنهما، قَالَ: سَمِعْتُ رسولَ الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: «يُدْنَى المُؤْمِنُ يَوْمَ القِيَامَة مِنْ رَبِّهِ حَتَّى يَضَعَ كَنَفَهُ عَلَيهِ، فَيُقَرِّرُهُ بذُنُوبِهِ، فيقولُ: أتعرِفُ ذَنْبَ كَذَا؟ أَتَعرفُ ذَنْبَ كَذَا؟ فيقول: رَبِّ أَعْرِفُ، قَالَ: فَإِنِّي قَدْ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ في الدُّنْيا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ اليَومَ، فَيُعْطَى صَحيفَةَ حَسَنَاتِهِ». مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. (1)
«كَنَفَهُ»: سَتْرُهُ وَرَحْمَتُهُ.
عن النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «يَجِيءُ يَوْمَ القِيَامَةِ نَاسٌ مِنَ المُسْلِمينَ بِذُنُوبٍ أَمْثَال الجِبَالِ يَغْفِرُهَا الله لَهُمْ». رواه مسلم
Dari Abu Musa r.a., Nabi saw berkata, “Akan datang beberapa orang dari kalangan muslimin pada Hari Qiyamat membawa dosa2 seumpama gunung-gangan, Allah mengampunkan bg mereka dosa2 mrk.” HR Muslim.
antara sebab-sebab maghfirah yang lain ialah;-
7. Bersedekah, memberi makan dan silaturrahim, berpuasa dan qiyamullayl
8. Menunaikan haji dan umrah
9. Berjihad di jalan Allah
10. Berzikir sebanyak2nya.

Post Navigation